Monday, January 24, 2011

Home » » Begedil Kentang Special

Begedil Kentang Special

Semalam kan di rumah MIL buat soto. Makanya, aku pun buatlah begedil kentang special resepi dari mak aku ni. MIL tak pernah buat begedil ni. Jadi dia tugaskan aku untuk membuatnya..hehe.

Aku kalau masak soto, mesti buat begedil ni. Tak suka begedil daging sangat. Resepi yang ni lebih mudah dan sedap bagi aku. SRD pun sangat suka. Aku nak kongsi di sini kalau-kalau ada yang ingin mencuba.

Begedil yang baru siap di kepal


Bahan-bahan:-

10 biji kentang saiz sederhana
Minyak untuk menggoreng
2 biji telur

Bahan tumbuk:-

1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 genggam ikan bilis ( di buang taiknya ye)
3 batang cili padi
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 sudu besar ketumbar (lagi banyak lagi sedap sebenarnya tp jangan banyak sangat pulak)
garam secukup rasa


Begedil yang aku buat semalam
Cara membuatnya:

  1. Kentang di buang kulit, dipotong 4 memanjang dan kemudian di goreng.
  2. Setelah di angkat, di lenyek semasa ia masih panas....masa ni dah boleh ngap dah.:))
  3. Setelah itu campurkan bahan-bahan yang di tumbuk tadi ke dalamnya. Gaul sebati.
  4. Kemudian, bolehlah mula kepal-kepal kan kentang tadi mengikut saiz yang anda suka. Kalau aku, suka macam saiz dalam gambar tu lah kan. Senang nak ngap masuk mulut...:D
  5. Pecahkan telur dan pukul macam nak goreng telur dadar tu. Masukkan begedil yang sudah di kepal kedalamnya. Dan kemudian bolehlah di goreng begedil tadi satu persatu.
  6. Setelah siap semua bolehlah di makan bersama soto ye...nyam-nyam, memang sedap.
Aku buat semalam tak cukup banyak kot. Mana taknya, sekejap je dah hampir licin. Kalau tak ingat orang belakang, sure dah licin..huhu. Kalau nak banyak, boleh ubah kuantiti bahan ikut saiz dan banyaknya kentang ye. Kalau terkurang tak sedap pulak.

Yang special dan lainnya dari resepi begedil kentang lain, sebab resepi mak aku ni ada ketumbar dan jintan, Tu yang sedap tu. Jintan kalau takde ok lagi, tapi ketumbar tu yang buat begedil ni sedap banget...hihi.

p/s: rasa pagi ni macam Monday blues je....semuanya terasa malas..huhu. tolong:p.
~ يوس ~

44 comments:

  1. huyoo..buat begedil..ok..pinjam resepi..hehe..nnti rajin sy buat kat umah laa...bole?

    anak2 mesti suke kan bwk begedil sebagai bekal..^^

    ReplyDelete
  2. mak mertua akak pun suka buat bergedil bilis.. mmg lagi sedap dari bergedil ayam atau daging.. itu yg bertambah2 makannya..

    ReplyDelete
  3. @Hanis Azla
    betul kan kak. Saya pun suka begedil bilis ni dari daging. Lebih2 lagi ada ketumbar tu, rasanya lebih enak kan. Rasa lagi jimat sebab tak perlu beli daging kisar semua kan..

    ReplyDelete
  4. wah macam best harus di cuba nie...

    ReplyDelete
  5. nape akak tak suka begedil daging?kan sedap jugak~

    ReplyDelete
  6. salam yus..sedapnya pulak begedil tu..nak try buatlah malam nanti..tq kongsi resipi

    ReplyDelete
  7. terbaekk..pasni bley la blaja buat begedil lak..thanks siS! ^_^

    ReplyDelete
  8. @atie
    mmg sedap jugak, cuma kan akak tulis tak suka sangat..means prefer yg ni lah...hehe.

    Lagipun yg ni bahan lebih simple, tak perlu nak gi kedai cari daging, semua biasa ada di rumah...:D

    Tapi kalau org hulur begedil daging ngap juga....haha.

    ReplyDelete
  9. @suri solehah
    hehe, kak suri cuba buat ye. Nanti info kat yus sedap tak...hehe

    ReplyDelete
  10. @YanaMIB
    antara persediaan nak jd isteri kan yana...hihi.

    ReplyDelete
  11. akak suka mkn begedil jika mkn ngan soto..suko sgt weh..

    tapi nok buat malas dan xreti..hehe

    ReplyDelete
  12. cam sedap je tu, tp lagi sedap if yana tinggal makan, yana pn malas tp bila2 nanti cuba resepi akak ni suruh mak buat

    ReplyDelete
  13. sedapnye lama tak makan...
    nak tanya sikit boleh tak...ukuran header kat atas tu berapa X berapa ye...

    ReplyDelete
  14. @sarah-najwan
    saya pun kalau buat begedil sebab nak makan dengan soto. Kalau makan dgn nasi, malas saya nak buat..hihi.

    Soto tanpa begedil mcm kurang kick kan...:)

    ReplyDelete
  15. @ermayana a.k.a mrs mahzan
    haha...suruh mak buat ke?

    Ala yana buat sendiri pun takdelah susah sgt.

    Tapi betul tu, lagi sedap bila tinggal makan je kan..:D

    ReplyDelete
  16. @Cik Jue
    Oh! Ukuran header tu saya buat 975px X 330px.

    ReplyDelete
  17. FUHH,, ADA RESEPI.
    BLH TRY PAS NI :-)

    ReplyDelete
  18. bergedil..nyum2...cma penah buat..tp x jadi..bole try buat lg ni..pinjam resepi ekh..

    ReplyDelete
  19. oh kalau step goreng kentang yg pertama tu ganti dgn rebus boleh tak ? sebab tk nk mkn minyak byk2 ..huhu

    bee tk pernah buat kentang begedil nih

    ReplyDelete
  20. @LYAfrina
    silakan Lya bila berkesempatan. Jgn lupa info jadi tak ye..hehe

    ReplyDelete
  21. @Cma Shiema
    practice make perfect. mana tahu kali ni menjadi kan...

    ReplyDelete
  22. @PuanBee
    boleh Bee. Sebenarnya dulu pun yus rebus kentang tu. Tapi selalu salah budget. Kentang tu mesti terlembik, so, bila di kepal mudah terabur. Masuk dalam kuali nak goreng dengan telur lagi dia terabur, tu yg yus goreng, kentang tak terlalu empuk.

    Tapi kalau bee pandai budget, ok je, kentang tak boleh terlalu empuk tau, nnti dia berterabur...huhu

    ReplyDelete
  23. kak, sampai sekarang saya x reti makan begedil...huhu...x tau nape...

    ReplyDelete
  24. @wahida
    laa ye ker? ada orang mmg tak suka kot. Lain orang lain citarasa kan...

    ReplyDelete
  25. Sedapnya begedil Yus buat. Yati punya version lain, kentang direbus, dan guna daging, dan sebelum goreng, golek dengan serbuk roti. (Serbuk roti sendiri tumbuk dari roti kering, bukan breadcrumbs yang dah siap dijual tu). Tapi next time nak cuba style Yus ni. Begedil ni, Yati suka makan ngan roti. :D
    Thanks share resepi tu ya!

    ReplyDelete
  26. senang rupa nyer buat bergedil nih?ku ni tau mkn jeeekkkk...kekeeke...:D

    ReplyDelete
  27. 1st time baca bergedil tu kentang digoreng dulu. Selama ni dok ingat kentang tu kena rebus dulu.

    Pasni kena la belajar buat. Sedapppp!

    ReplyDelete
  28. sedap nye kak..ermm..nk kena blaja nie..kalau bli kat luar 1 ni da 50 sen kan..baik wat sendiri..jimat pon jimat..hehe..

    ReplyDelete
  29. salam


    dalam pantang , leh makan tak ???


    Psst ..psst

    nak tanya , cam ner nak banyakkan susu ????

    ReplyDelete
  30. @Yati
    yus kadang2 rebus juga, tapi selalu salah budget. Nanti terlebih empuk kentang tu, trus susah nak kepal dan berterabur..huhu.

    Serbuk roti, tak pernah cuba guna serbuk roti, mungkin yus boleh cuba juga nanti..hehe

    ReplyDelete
  31. @Mrs.Eady
    Oklah izwa, takdelah susah sgt. kalau free cubalah buat..hehe

    ReplyDelete
  32. @azieazah
    kalau di goreng lebih senang nak di kepal berbanding kalau di rebus. Tapi dua2 pun boleh..hehe

    ReplyDelete
  33. @niesz
    ha betul tu. Tapi biasa yg di jual kat luar tu begedil daging kan, ni begedil kentang bilis..hihi

    ReplyDelete
  34. @pB
    rasanya boleh kak...

    kalau nak banyakkan susu tu yus pernah share di entri ini. Selain itu yus sekarang ambil produk Shaklee set B.

    ReplyDelete
  35. salam yus..sedap pegedil ni..boleh uba buat ni..
    ambik resepi ye..
    biasa akak buat letak daging..

    ReplyDelete
  36. @kak Erna
    boleh kak..

    cuba begedil kentang bilis ni pulak kan. Lain sikit...hehe

    ReplyDelete
  37. sedap ni.. tak pernah buat.. sbb jarg ade stok kentang kat rumah.. len kali buleh la coba..

    ReplyDelete
  38. @kakyong
    saya mmg sentiasa ada stok kentang kakyong, sbb anak2 semua suka makan kentang. Mereka panggil potato...huhu

    ReplyDelete
  39. kak yus sue suka pegedil.. alahai nak belaja buat lah...

    ReplyDelete
  40. @Isteri Yang Comel
    apa lagi sue. Cubalah buat lepas ni, cuma yg ni bukan begedil daging lah. Tapi mmg sedap juga tau...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...