Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Terima Kasih semua......

Assalamualaikum.....

Salam hari Isnin,

Di saat entri ini keluar, aku sedang dalam perjalanan ke JB rasanya (Entri auto-publish ya). Terima kasih tak terhingga ucapan dan doa dari kalian semua, pembaca ~Blog Yus- Our Life~ ini, teman-teman maya sekalian. Aku sangat-sangat menghargainya.

Agak-agak ada yang rindu aku tak bila lama tak online dan BW ni? :p.

Oh! Aku tahu pasti ada yang rindu kan....hihi. Contoh seperti pesanan di shoutbox aku ni.

Bila baca pesanan seperti ini buat rasa diri di hargai di alam blog ni. Serius! Kita memang boleh cari kenalan baik di alam maya ni kan. Suri!! Yus rindu juga nak BW, baca cerita Suri dan kawan-kawan blog yang lain. Tapi, kena tunggu lepas baik dari pembedahan matalah kan.

Doa dan kata-kata semangat dari semua pada entri-entri aku sebelum ni buat aku lebih kuat. Aku tahu antara yang setia masuk blog aku ini ialah mereka2 yang menjadi 10 pengomen terbaik aku sepanjang masa seperti di bawah.

Sayang anda semua. Namun follower yang lain pun aku sayang juga. Walaupun ada yang tidak tekan butang Follow tu, ataupun meninggalkan jejak di ruangan komen dan shoutbox, aku tahu ada beberapa  orang yang menjadi silent reader, baca entri aku senyap-senyap dan sentiasa kembali ke blog aku ni bila ada masa terluang. Terima kasih aku ucapkan.

Aku tak tahulah sampai bila aku akan berehat. Apa yang pasti 22hb Mac 2011 adalah tarikh mata kiri aku akan di bedah. Takut ni!!!! Tapi aku memang kena kuat semangat, demi suami , anak-anak dan keluarga. Selain itu, anda semua pun pemangkin semangat aku.

Terima Kasih semua.....:x:x

~ يوس ~

Monday, September 06, 2010

Mood Raya...

Mood Raya dah datang. Pagi tadi selepas SRD pergi kerja, meninjau di kawasan perumahan kami ni, macam tinggal kami jer yang masih ada..huhu. Jiran sebelah menyebelah dan juga jiran no 1 semua dah tak nampak kereta. Al-maklum, cikgu..dah balik kampung agaknya. Tinggal kami aje ker?

Aku pun dah tak sabar nak balik ni..tapi SRD masih lagi kerja sampai esok...huhu. (Takpe, esok petang dah boleh balik kampung )

Senarai persiapan untuk balik raya:-
  • Baju raya satu keluarga - siap
  • Kuih raya untuk di bawa kasi mak dan mil - siap ( semua beli di Salleh Food dan juga mak ina makcik aku..hehe)
  • Duit raya untuk anak2 buah - siap di isi dalam sampul malam tadi
  • Packing bag - baru separuh selesai...ahli keluarga dah 6 orang semuanya, macam banyak jer nak bawak balik ni. kata balik seminggu..huhu 
  • Kemas rumah - belum siap, tak kan nak tinggal rumah macam tongkang pecah ni, anak2 dah cuti, lagi haru..huhu

Ni kira macam nak beraya di kampung jer ni..rumah sendiri memang takde apa perubahan pun, tak sibuk pun aku nak tukar langsir ker ( baru lagi pun), letak alas meja ker, lap tingkap ker ( 2 minggu lepas SRD dah buat rasanya)...hehe. Memang takde mood untuk itu, Kemas serba sedikit supaya tak nampak bersepah jadi lah...Orang ada anak kecik dan baru nak habis pantang (aku dah 42 hari), baru buat keje sikit anak dah menangis. Update blog ni pun anak kat sebelah (letak dalam buaian).

Apa pun di kesempatan ini aku ingin ucapkan pada semua pengunjung blog aku ni... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bagi yang nak pulang ke kampung berhari raya tu, hati-hati di jalan raya, semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Orang sekarang dah jarang yang nak menghantar kad-kad raya ni, semua pun ber'sms' biasanya. Tak pun guna E-Kad. Jadi aku pun ambil peluang buat kad ni untuk semua sahabat handai, rakan blogger dan pengunjung blog ini. Walaupun ada yang cuma kenal di alam maya saja, kalau ada terkasar bahasa, atau ada tak puashati dengan penulisan blog ini harap di maafkan. 


~ يوس ~

Monday, June 07, 2010

Malasssss...

Kalau ada yg perasan, gambar pada tajuk blog telah bertukar. Kengkononnya nak update cerita kami ke Singapore  Sabtu lepas, menghadiri kenduri kahwin sepupu kami di sana. So, itulah antara gambar terbaru kami sekeluarga.Seronok ke sana, cuma yang tak seronoknya masa nak melepasi imigresen, waktu pergi dan balik...Punyalah lama. Naik kematu b****t aku dalam kereta....huhu. Nanti2 lah aku letak gambar. Malas sungguh nak resize dan letak watermarks. Perut pun lapar.....haha. Kita makan dulu.


~ يوس ~

Wednesday, June 02, 2010

Yee Haa!! Dah dapat makan durian..

Entri sebelum ni, aku cakap teringin sangat nak durian kan. Walaupun sebenarnya sebulan lepas dah dapat kot, tapi teringin lagi kan..hehe. Masa pertama kali aku teringin dulu, SRD punyalah terkejut sebab dia tahu aku tak suka makan durian. Dan kalau bau durian pun, mesti aku nak  termuntah ajer. Siap muka mencuka bila  terbau durian, sekali teringin durian. Masa tu terus dia belikan aku, punyalah banyak. Tapi ada orang lain tolong makan sekali.

Friday, January 01, 2010

Tak Puashati!!

Memang rasa tak puashati yang membuak-buak 2-3 hari lepas. Tapi kemudiannya aku lembut hati juga..huhu. Macam mana tu? Masih ada rasa tak puashati, tapi aku dah mula fikir rasional. Kenapa dan mengapa biar aku jer yang tahu. Permulaan tahun baru dengan rasa tak puashati, patut dihindarkan. Moga hari ini ada yang menggembirakan.

~ يوس ~

Permulaan tahun 2010

Sekejap aje dah masuk tahun baru. Selepas ini bermula lagi rutin harian yang biasa. Anak-anak dah nak mula masuk sekolah semula.

Blog ini aku masih kekalkan. Malas pulak nak create blog baru untuk tahun baru macam tahun lepas. Cumanya wajah blog aje yang aku tukar lain sikit.

Namun begitu, wajah blog lama aku nak simpan buat kenangan...



Salam tahun baru 2010. Ada beberapa perkara yang aku harap dapat tertunai tahun ini. Moga aku berjaya laksanakannya. ..InsyaAllah.
~ يوس ~

Saturday, September 05, 2009

Salam 15 Ramadhan

Salam...

Hari ini dah hari ke 15 kita berpuasa. Pejam celik, pejam celik sekejap saja masa berlalu. Aku tak sempat lagi nak ucapkan Salam Ramadhan pada semua..huhu. Rasanya belum terlewat kan. Dah separuh Ramadhan tak lewat ker...ekekek.

Minggu pertama puasa budak-budak kan cuti sekolah. Aku pulak sibuk habiskan jahit baju kurung akak ipar aku. Sebab aku tahu, kalau dah anak-anak dah sekolah semula, aku malas nak menghadap lagi benda tu. Asyik kuar masuk rumah, memang takde mood nak menjahit. Alhamdulillah dah selesai.

Pada Asia yang bertanya aku dah dapat kunci rumah tu, ye betul, Akak dah dapat kunci rumah dik..hehe. Tapi belum buat apa pun lagi. Baru cari quotation untuk grill, quotation untuk wiring dan tambah soket plug semua, mulakan operasi cari2 lampu cantik dan kipas. Huhu rambang mata bila tengok kat kedai segala macam design lampu dan kipas. Pertama sekali kene fikir BUDGET!!. Tak sempat beraya di rumah baru. ..hehe. Banyak benda belum settle. Banyak belanja gak nak masuk rumah baru ni. Rasanya paling awal bulan Disember kot, cuti sekolah, tak pun tahun depan terus. Kalau semua tak settle lagi, al-maklum Bos besar kat rumah ni, sibuk manjang.

Kita tunggu dan lihat. Sekali lagi, selamat meneruskan ibadah puasa untuk semua.


~ يوس ~

Saturday, July 18, 2009

Cerita pagi tadi dan JBX dalam kenangan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi yang mendung. Kalau ikut perancangan asal, aku mungkin sudah berada di KL bersama SRD dan anak-anak. Tetapi oleh kerana Aqil ada Kem Bistari Solat di sekolahnya hari ini, terpaksa aku batalkan perancangan mengikut SRD ke KL. Aqil sendiri tidak mahu ikut. Dia begitu bersemangat hendak mengikuti kelas tersebut, الحمدلله.

Sewaktu Aku menghantar Aqil ke sekolah pagi tadi, kami terlihat Kancil merah berada dalam parit di jalan depan. Entah bila Kancil itu terhumban di dalamnya. Kelihatan ada dua orang berdiri di tepi jalan, sambil memerhatikan kereta Kancil itu. Bila agaknya kemalangan itu berlaku, dan bagaimana ia berlaku? Aku tak nampak ada sesiapa di dalamnya. Rasanya tiada kehilangan nyawa.

Dan sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke rumah, semakin ramai orang yang memberhentikan kereta untuk melihat Kancil tersebut. Masih tidak kelihatan ada sesiapa yang tercedera. Namun aku masih pelik bagaimana kereta itu boleh terjatuh ke dalam parit tersebut. Yelah jalan kampung..... Takkan memandu laju sangat sampai tergelincir kedalam parit tu?Hmm macam-macam.

******************************************************


Kereta paling lama menjadi hak milik kami walaupun kami telah meninggalkannya di sini sewaktu kami di UK. Akhirnya kereta ini telah meninggalkan kami selama-lamanya pada bulan Februari yang lalu. Banyak jasanya pada kami. SRD sendiri sebenarnya paling sayang pada mu JBX. Sudah lama aku nak abadikan gambarmu di blog ini sebagai kenang-kenangan, tapi asyik terlupa saja. Hari ini aku kotakan hasrat hati ku itu. Jasamu akan tetap di kenang selamanya.





ros ~ يوس ~ peace

Wednesday, May 27, 2009

Streamyx problem...

Sejak pindah ke rumah baru nih, streamyx memang selalu buat masalah. Boleh di katakan setiap hari ada saja masalahnya. Masalah utama aku tak boleh nak online streamyx setiap kali pc di buka. Pc aku ni terpaksa di 'restart' berulang kali sebelum line streamyx boleh sangkut dan berjaya terus online. Selang dua tiga hari mesti aku buat report di line 100 tuh. Sampai aku sendiri naik bosan. Masalah tetap sama.

Ada sekali tuh, ada ker dia kata network aku yang dah corrupted. Kena tukar. Adeh!! sakit hati jer jawapan. Tecnician datang, tapi dia kata takde apa-apa. Nih tecnician yang mudalah. Lepas tuh dia pesan kat aku mungkin sebab anak selalu main game. Cuba jangan kasi anak main game semalam katanya. Lepas tuh call dia semula. Bila aku kata, masalah tetap sama walaupun anak tak main game, terus dia senyap jer.Semalam lagilah, dari pukul 7 pagi aku cuba online, tak dapat2. Sampai aku bengang. Pukul 8 malam baru berjaya online. Sakit hati dibuatnya. Akhirnya tadi, ada seorang lagi technician datang. Barulah nampak ok sikit. Terus jer boleh 'on' dengan senang. Dan pakcik tuh kata, memang port diluar tu ada rosak. Hari tuh tecnician yang muda tuh kata takde apa-apa pulak. Sampai dah dekat sebulan baru settle. Memang sengal tau diorang nih. Buat kerja macam mana ntah. Kalau nak diikutkan hati aku yang geram nih, memang rasa nak marah jer. Tapi sebab hari nih dah ok, sejuk sikit rasa hati nih. Tapi tengoklah esok. Mana tahu, aku masih susah nak connect internet masa mula2 nak buka pc aku nih. Harap-harap semuanya pulih seperti biasa.

Thursday, March 19, 2009

Update...

Alamak..aku rindu juga nak update blog rupanya. Ada beberapa cerita ingin aku cerita di sini, tapi...oooo bukan alasan biasa. Bukan aku malas, bukan aku busy. Tetapi minggu ni kan minggu cuti sekolah. Anak-anak semua di rumah. Bila semua di rumah sepenuh masa, aku tiada peluang sangat nak menghadap pc. Oh..tidaklah aku membiarkan mereka sepenuhnya di depan pc. Ada juga beberapa aktiviti untuk mereka. Tapi, sepanjang itu, aku kena pantau sama. Kena berada di sisi mereka. Dan bila selebihnya, untuk hilangkan boring mereka, apa lagi, di depan komputerlah 3 beradik nih.

Cuti-cuti...tapi abahnya tak cuti. Sama saja, tetap di rumah, tiada cuti-cuti Malaysia..yang jauh2 sikit...huwaaa. Pusing-pusing BP, dan selebihnya di rumah juga. Oh!, hujung minggu ini, SRD ajak jalan2 jauh sikit. Adakah misi akan berjaya? Tunggu dan lihat.

Thursday, February 05, 2009

Tangisan....Berkira.....

Hari Rabu malam Khamis keje aku tengok citer Mertua vs Menantu + Pemanduku Jutawan + Intan. Huhu, memang relax aku nih, keje tengok tv jer. Tapi, malam jerlah turn aku tengok tv, siang memang payah. Busy kat depan pc mrgreen plus anak2 yang berebut kat depan tv.

Malam tadi masa scene Erra dan Aqasha kat bilik tidur tu, masa Erra cakap " Kalau abang nak kahwin dengan liza tuh, abang kahwinlah. Saya izinkan", ....terus mata aku nih bergenang dengan air mata. Belum menangis betul lagi, tapi tiba-tiba lak sayu rasa hati. SRD boleh perasan pulak. Dia ketawakan aku sambil berkata "Eh! Ibu menangis ker? Lorr tengok citer nih pun menangis ker? Geli jerk!! "

Huhu. SRD memang tak layan cite macam nih. Macam manalah dia boleh perasan. Aku jawab " Abang tak faham perasaan pompuan". Dia jawab balik " Yelah, bukan abang yang buat pun, citer jer".

Tak tahulah kenapa boleh ter'emo'. Buat malu jerk. Tapi terasalah juga. Hati pompuan agaknya. Nasib mak mentua aku baik orangnya. Takdelah macam dalam citer tuh. Kalau dapat mak mentua macam dalam citer tuh, mesti tertekan kan.

Pas tuh pagi tadi tengok rancangan "Apa-apa aje" kat tv3 tu. Tadi kata malam je , ni pagi pun ada ni..huhu.Topik hari ini 'Siapa yang lebih berkira? Lelaki ke pompuan?' Biasalah si Amy kata lelaki, Shamsul pulak kata pompuan. Pada aku, tak boleh nak kata lelaki atau pompuan yang lebih berkira. Sama aje sebenarnya. Kena tengok sikap seseorang tu juga, bukan kira jantina dia. Aku perasan, biasanya orang yang kedekut nih lebih berkira..hihi. Yelah, dah kedekut kan, mesti nak keluarkan sesuatu dari dalam poket tu berkira kan.

Aku berkira? Bila fikir-fikir balik, aku nih berkira juga...huhu. SRD selalu kata aku berkira. Yer ker?Adakah itu membawa maksud aku ni kedekut? Oh tidak!!! Aku rasa aku berkira bertempat. Ikut situasi dan sebab juga. Yelah pasal apa? Kenalah juga berkira untuk sesuatu perkara tuh. Macam perbelanjaan dalam rumah ni. Kebanyakkannya memang akulah yang uruskan. SRD banker nya sajerk. Jadi kalau tak berkira-kira apa yang perlu dibeli, yang mana harus didahulukan, susah juga kan. Kadang-kadang kehendak kita ni melampaui apa yang kita mampu. Soal tu, perlulah kita berkira ye tak?Ikut budget juga. Itu pun kekadang terbabas..huhu. Lagipun, aku ni tak bergaji. Kalau tak berkira, mana nak korek masa-masa perlu tu kan mrgreen.

Tapi kadang-kadang tuh, tak boleh juga terlalu berkira. Kita kena percaya rezeki tu datangnya dari Allah. InsyaAllah, hari ini kita memberi, esok lusa adalah balasan baik untuk kita pula. Perlu ada give n take sebenarnya. Barulah masing-masing rasa puashati. Tak kiralah dengan siapa pun, dengan suami kita, dengan kawan2 kita, dengan sedara mara kita, dengan semua orang disekeliling kita, ye tak? Berkira ni bukan hanya pasal duit, tapi benda-benda lain pun ada juga. Kadang-kadang sumbangan tenaga pun ada yang berkira. Yelah, orang tu kata dia kerja lebih, penat dapat ciput jer, orang nih pulak kerja sikit, dapat banyak. Mana keadilannya?Eh! bukan itu pun ada kaitan dengan duit juga ker?

Alamak, hari ni aku buat n3 membebel ker? Apa pun aku suka tengok rancangan Apa-apa aje tu masa Sheila Rusly yang jadi pengacaranya. Tukar Amy Mastura ni, macam kurang ummphhhnya. ..lol. Perbincangan jadi kurang hangat, dan kurang bertekaknya...hehe. Suka bertekak juga aku nihredface. Oklah....adioss

Thursday, January 29, 2009

Itu ini...apa apa ajerlah

Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Aku nak update cerita balik kampung aku minggu lepas, tapi mood aku takde. Semalam mood tuh ada tapi pc aku ni pulak di serang virus. Virus yang di panggil "Antivirus 2009". Entah bagaimana ia boleh menyerang.

Rupanya malam Jumaat yang lalu, semasa kali terakhir pc ini di buka, SRD telah muat turun "Antivirus" itu yang kononnya akan membantu membuang segala virus atau spyware yang ada dlm pc. Tapi sebenarnya, dia sendiri adalah bapak segala virus . Virus yang memaksa untuk kita membeli produk dia mad. Ianya menyebabkan kejap-kejap keluarlah peringatan kata pc ku ini dah penuh virus. Peringatan yang ianya perlu dibuang segera. Nak buang kenalah beli Antivirus tuh. Adoii, sakit hati dibuatnya. Lepas tuh, tiba-tiba pc 'hang'. Dua tiga kali pc aku restart sendiri. Sakit hati dibuatnya. Aku cuba "uninstall" tak boleh. Nasib baik juga tetiba aku cuba google bagaimana nak buang antivirus 2009 tuh dlm pc aku dan aku jumpa laman web ini. Kiranya laman web inilah penyelamat aku. Nasib baik.

Bangun saja dari tidur pagi tadi, aku tengok jam pada hp aku, terpandang tarikh hari ini 29 Jan. Satu tarikh yang satu ketika dulu selalu aku ingat. Hingga kini pun masih aku ingat, cuma aku tak begitu teruja seperti satu waktu yang lalu.

Selepas bersarapan, tiba-tiba SRD bersuara, "Eh! Hari ni 29 Jan ekk", sambil wajahnya tersenyum memandangku. Tak ku sangka dia ingat juga. Tarikh detik persahabatan kami menjadi lebih akrab... 29 Jan 1994. Sudah 15 tahun berlalu, alhamdulillah persahabatan kami membawa kami sehingga kejinjang pelamin. Dari saat aku mengenali SRD hingga kami diijabkabulkan 7 tahun 9 bulan yang lalu, kasih sayang aku padanya tak pernah pudar sedikit pun malah berlebih-lebih lagi. Dia adalah teman, sahabat, kekasih dan suami yang paling memahami aku. Walau ada ketikanya aku merajuk, marah, sakit hati, malas atau apa juga yang aku lakukan, dia tetap cool. Huhu tiba-tiba 'jiwang karat' lak. Eh! Tapi ada gak ketikanya dia naik angin dan bila itu berlaku, aku kecut perut...hehe. Betul kan bang?

Dan kerana tarikh ini juga aku teringat pada gambar ini. Gambar pertama aku dan SRD 15 tahun yang lalu. Sewaktu masing2 belum pun 18 tahun...huhu. Nostalgia....

Waktu dan ketika di mana kami sama-sama masih slim. Dua-dua masih saiz 's' tapi sekarang seorang saiz 'L' sorang lagi 'XL'... haha. Kalau betul seperti kata Aqil, mungkin aku dan SRD masih seperti ini, tapi hakikatnya TIDAK lollol. Oh ye! Komen Alia bila dia lihat gambar ini.

Kenapa abah macam tuh? Macam Busu Ajul jer. Eh! baju samalah...

Hehe...aku senyum jer lol.

Hmm apalah yang aku merepek nih. Nantilah aku update cerita. Apa yang pasti aku nak update cerita rambut baru Abid yang telah digunting oleh abahnya mengikut gaya ala-ala "Ipin" atau mengikut kata maktoknya ala-ala "Pekan" dalam citer Batu Belah Batu Bertangkup. Tapi kena tunggu aku transfer gambar ke pc dulu...baru boleh tengok. mrgreenlol

Sehingga itu......

Salam...

Thursday, January 01, 2009

Melangkah ke tahun baru 2009...

Selamat tahun baru 2009. Sempena tahun baru ini, aku membuka laman yang baru buat blog ku ini. Semoga blog ini dapat terus berfungsi mencatatkan segala pengalaman suka dan duka, pahit dan manis kehidupan kami sekeluarga. Blog yang lama masih boleh di layari di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...