Wednesday, July 31, 2013

Abid & Amani

Abid yang berbalut di kepala akibat terjatuh ketika pulang dari sekolah Isnin lepas.
 Alhamdulillah luka tak dalam sangat, tak perlu jahit seperti 4 kali sebelum ni. Doktor yang merawat Abid sempat bergurau hari itu, "Abid kena mandi bunga ni!! Asyik jatuh dan dapat luka di kepala aja!"

Apa pun dah ke sekolah seperti biasa keesokkannya. Ligat seperti selalu, tak pernah serik walau selalu jatuh dan luka, huhu.
Amani yang baru lepas menyusu. Awat buat wajah pelik gitu Amani?? Hihi. Saya 47 hari today!. :-)

Saturday, July 27, 2013

MY DEAR ARIF....

27 Julai 2013, hari ulangtahun anak manja ibu Arif Zakwan. Selamat hari lahir yang ke 3 Arif. Doa ibu sentiasa bersama Arif ya sayang! Semoga membesar menjadi anak yang soleh!Ceria selalu hendaknya ya nak!
Kami semua sayang Arif !!

Friday, July 26, 2013

Tanda-tanda bayi anda hendak menyusu

 ** Sumber: FB
Comel dan cute baby dalam gambar tu kan. Dan bila di perhatikan, memang betul setiap kali bayi kita hendak menyusu, memang akan keluar tanda-tanda seperti yang di tunjukkan dalam gambar.

Saja nak simpan ni sebagai rujukan...hehe.

Contoh macam gambar Amani ni...

Saya nak susulah ibu!!! Kenapa sibuk nak ambil gambar lagi????...hehe
~ يوس ~

Bangun Amani!!! Bangun!!

Amani - day 42
Ada ketikanya suka je nak kacau dia supaya dia terjaga. Tapi bila dia dah jaga, ha!!! Baru tahu susahnya nak siapkan kerja, hehe

Thursday, July 25, 2013

Amani : Ngoceh dan berbarut

Hari ke 41 hari ini. Lagi 3 hari cukup 44 hari berpantang. Namun aku rasa aku dah tak macam orang berpantang pun. Makan je masih pantang dan jaga, tapi bab lain semua dah main redah je. Bab jalan, bab buat kerja, anak dah ramai ni tak bolehlah manja-manjakan diri sangat kan.

Hari ni nak kongsi gambar-gambar terbaru Amani lagi.

Amani dah mula pandai di ajak berbual 'ngoceh'. Pagi-pagi je mulalah nak berborak dengan kita. Masa nilah yang paling seronok kita melayan kan. Rasa macam dia pun faham je apa yang kita cakap...hehe.

Amani berbarut. Masa ni dia baru lepas mandi. Bila dah pakaikan barut tu, teringat rasa sebelum ni tak pernah ambil gambar anak2 dengan berbarut saja. Kenangan ni, bila dah besar sikit nanti, takdenya kita pakaikan dia barut kan.


 
 ~ يوس ~

Wednesday, July 24, 2013

WW : Testing baju raya bersama Arif

Gambar dari ig. Pagi ni mood suram sikit. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Ok, lega!! Alhamdulillah. Dan jangan lupa mulakan semua tugas kita dengan Bismillah....

Kata Arif " Dah boleh pegi raya ke ibu?"

Syawal jauh lagi ya nak, nikmati Ramadhan ini dulu dengan sebaiknya ya sayang!

Tuesday, July 23, 2013

Anak 5??

Ada masa aku sendiri seperti tak percaya yang aku sekarang dah punya anak 5. Macam baru semalam je kahwin...huhu.

Setiap kali anak bertambah, aku selalu risau bagaimana aku nak jaga sorang lagi. Boleh ke? Paling tak bersedia masa nak dapat Abid. Masa tu rasa macam ter'accident' je. Menangis masa dapat tahu mengandung. Alia belum pun dua tahun masa tu dah ada adik. Rasa penat jaga anak dua, nak jaga tiga pula. Tapi Allah lebih mengetahui. Semuanya di permudahkan.

Kemudian Arif pula lahir. Masa tu aku memang bersedia, memang nak sangat tambah sorang lagi, tapi perasaan bimbang tu tetap ada. Mula-mula serba tak kena juga. Tapi semuanya di permudahkan juga.

Namun nak dapat Amani, aku kurang bimbang. Walau dalam hati dup dap dup dap juga, tapi aku rasa biasa saja. Lebih relax, tahu bagaimana nak bagi masa dah. Tak rasa stress dengan waktu untuk selesaikan kerja rumah, cuma aku stress bila semua anak-anak berkumpul. Bisingnya!!! Kecohnya!!!

Masing-masing ada identiti tersendiri, kadang tu rasa pening bila bercakap dengan sorang, sorang lagi pun nak bercakap. Suruh cakap sorang-sorang semua nak serentak. Maka dengan itu, semua kerja lain harus beres sebelum mereka berlima berkumpul. Kalau tidak, aku memang boleh jadi tarzan perempuan....huhu.

Anak bertambah, tanggungjawab pun bertambah. Aku rasa memang banyak kelemahan aku, cuba nak jadi ibu yang terbaik cuma tahap kesabaran aku kadang kurang. Ada ketikanya ketika mereka bermain bersama, mesti berlaku pergaduhan kecil. Semua pun nak mengadu dan kata mereka yang betul. Sebagai ibu, kena adil, tak boleh lebihkan yang sorang, nanti sorang lagi merajuk hati. 

Dua yang atas, kalau bergaduh, mereka bergaduh mulut. Dua yang tengah pula, bila bergaduh siap bertepuk tampar. Lain pesen....hihi. Tapi bila mereka seronok bermain, semua pun boleh ketawa bersama, gelak bersama, macam takde apa pun. Itulah namanya adik beradik kan. Cuma aku kena biasakan, yang keluarga aku dah makin besar, rumah memang tak boleh sentiasa kemas dan senyap. Bersepah, bising tu biasalah untuk keluarga ramai ni kan. Kenalah lebih sabar!!

Walau yang besar dah boleh di harap untuk menolong serba sedikit, tapi mereka pun masih suka nak bermain juga. Cabaran nak menjadi ibu yang lebih matang tu yang aku perlu perbaiki. Apa pun aku memang sayang mereka semua, permata hati ibu dan abah yang tak ternilai dan tak akan dapat di tukar ganti. Terima kasih Allah atas pemberianMu ini. Bantulah aku dalam menjaga dan mendidik mereka dengan baik, semoga mereka dapat menjadi insan soleh dan solehah yang berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat, Aminn.

My precious


~ يوس ~

Friday, July 19, 2013

Reaksi Arif bila dah ada adik

Ada yang bertanya bagaimana Arif bila dah ada adik ni. Jeles ke dia, kacau adiknya tak? Kalau nak di ikutkan, Arif lebih cool menerima adik baru berbanding masa Abid dulu. Abid memang nampak sangat jeles bila dapat Arif, tapi Arif menerima adiknya dengan baik. Cuma dia terlebih nak membantu dalam semua hal berkenaan adiknya, sampai aku jadi hangin kadang tu.

Macam mana tu ya? Masa nak mandikan Amani, dia sibuk nak letak baby wash semua, bila nak pakaikan baju Amani pun dia sibuk. Ada hati nak dukung adik dia, tapi aduhai!!! Faham-fahamlah kan. Suka cium adiknya berulang kali, pantang dengar adiknya menangis, mula sibuk nak tolong diamkan. Tapi cara dia diamkan adik tu menakutkan, di tutup mulut adiknya, konon nak suruh diam, huhu. Kalau terlambat sikit, dia ada hati nak angkat adiknya, tapi sebab tak kuat, terlangkup adiknya tu jadinya. Dah dua kali terjadi begitu, satu di atas katil, satu lagi dalam buai. Berderau darah rasa kan!

Ni dah cakap elok-elok nampak dia faham. Dah tak buat lagi macam tu. Masa mula-mula dapat adik hari tu, bila kita tanya siapa nama adik Arif? Dia jawab, " Mak Nani!!!!"

Hahaha, nak sebut Amani laju-laju tak pandai, dia sebut, Mak Nani, Mak Nani, comel je dengar....ekekek. Sekarang dah pandai dah sebut Amani.

Ibu denga abah dia pula, selalu tersasul panggil Amani sebagai Arif. Hihi, Arif masih melekat di bibir kami sebagai yang paling kecil sebelum ni walau dah ada baru. Selalu benar tersasul.

Dan Arif nampak matang dan macam cepat besar je bila dah ada adik ni padahal dulu kami rasa dialah budak kecik comel yang tak besar-besar...hehe. Namun seperti kanak-kanak lain, dia memang sentiasa mencari perhatian kami. Kalau abahnya ada di rumah lega sikit, dia lebih kepada abahnya kalau nak sesuatu, jadi perhatian aku akan lebih pada Amani. Masalah berlaku bila abahnya kerja, seboleh-boleh nak dengan aku jugalah walau apa-apa. Minta kakaknya buatkan pun tak mahu, nak ibu juga. Pastu suka gaduh manja dengan ibu dia.

Kalau aku suruh apa-apa, malas sekarang, kalau dulu rajin je, pastu bila kita cuba terangkan sesuatu jawapan standard dia, "Apsal?". Tension je dengar kadang tu. Hihi, Arif, Arif, masih anak manja kami seperti abang2 dan kakaknya juga.

Dua video Arif yang aku upload di keek .




Arif yang sibuk nak posing di stroller baru adiknya.
Arif dan Amani. Masa ni Amani baru 16 hari.
Dua beradik. Cer teka mana satu Arif, mana satu Amani....hehe.

Moga Arif dan Amani akan jadi kawan baik bila besar nanti, sama seperti adik beradik yang lain. Ibu dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berlima.
~ يوس ~

Wednesday, July 17, 2013

Amani Zuhrah dah sebulan

Pejam celik, pejam celik dah sebulan pun Amani pada 14 Julai lalu. Rasa baru je update mengenai kelahiran dia kan.

Kira hari ini aku dah berpantang 33 hari. Cepat masa berlalu. Memang malas betul nak jengah blog sekarang ni. Kuranglah cerita Amani. Mesti Amani jeles sebab dulu masa Arif banyak betul ibu update cerita di blog. Tapi ibu dia ni rajin update di instagram dan fb. Rasa penuh muka Amani di insta setiap hari....hihi.

Ni pun gambar ambil dari insta.

Amani berwajah baru pada 6 Julai yang lalu ketika usianya 22 hari. Cukur sendiri saja, abah cukur, ibu pegang. Anak-anak kami memang semua di cukur sendiri.
Dua wajah Amani. Satu sehari sebelum rambutnya di cukur, kedua selepas di cukur rambutnya.
Dan akhir sekali wajah terbaru cik puan blog bersama ke lima-lima anaknya.

Lima orang permata hati ibu dan abah. Sayang korang semua.
Ok. Terupdate juga blog ini akhirnya....hehe. Sekejap je nak update blog sebenarnya. Rajin tak rajin je kan....

~ يوس ~

Nuffnang Julai 2013

Hampir sebulan tak update blog langsung. Sekali buka akaun nuff ada 5 CPUV (BE) baru untuk bulan Julai. Kenapa ya nuff ni suka bagi CPUV masa orang malas update blog?....huhu.

Apa pun alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan walau pun ciput je....:) 

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...