Tanggal 24 June yang lalu blog aku ini ada war-war kan tentang program Kemah Keming oleh Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis yang kononnya akan bermula 3 Julai iaitu hari ini. Maklumat itu sebenarnya aku dapat dari FB Page Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus ini.
Takde niat apa, cuma rasa teruja nak menonton ceramah UAI di tv pula di samping berkongsi dengan semua kawan-kawan pembaca blog aku ni.. Dan aku lihat memang banyak lagi blog lain turut berkongsi maklumat yang sama.
![]() |
| Komen dari blogger Zulkifli yang mendakwa sebagai PA UAI |
Rasa bersalah kalau aku dah menyebarkan maklumat yang tidak tepat. Jadi aku simpan entri itu dalam draf buat sementara waktu. Aku minta maaf banyak-banyak kepada siapa yang datang sini dan mula fikir program tu akan di siarkan malam ini. Bila aku cuba google tajuk Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus, blog aku memang tersenarai di tangga ke dua.
![]() |
| Dala enjin carian google blog aku tersenarai no 2 untuk keyword kemah keming ni |
Hari ini, semalam dan beberapa hari ni, ramai yang masuk blog aku melalui keyword kemah keming UAI ni. Ramai betul peminat UAI ni kan. Aku dah sebarkan maklumat yang salah ke? FB page Kemah Keming tu masih wujud aku tengok. Mungkin tarikh siarannya belum di tetapkan lagi. Dan aku sendiri pun tak pernah nampak promo mengenai program ini di tv.
Hari ini aku saja masuk laman sesawang astro.com.my dan cari maklumat mengenai program ini. Aku jumpa ini dalam program guide astro ...
![]() |
| Tarikh siarannya di tulis 9 Jul 11.30pm pula. Tapi kat bawah tu kenapa dah jadi episod 3 tapi waktu siaran 9 Jul 5.30 pm pula. |
Kesimpulan yang aku dapat, program ni memang ada, cuma tarikh dan waktu siaran mulanya belum tetap lagi kot. Aku mohon maaf pada semua andai aku dah sebarkan maklumat yang tidak tepat sebelum ni. Aku pun cuma dapat dari FB page yang aku nyatakan tadi.
Apa pun, harap program ni akan bermula juga nanti, tapi kalau tidak, itu semua mungkin bukan di bidang kuasa kita. Baik korang semua semak di laman seaswang astro.com sendiri.
Korang rasa aku patut simpan je entri yang pertama mengenai hebahan ini dalam draf terus atau aku patut publish kan semula, sebab aku dah buat entri susulan yang ni kan.
Buat sementara aku biarkan dulu entri tu terus berada di blog ini.
Pandangan dan pendapat semua amat aku hargai.
Terima Kasih!
Terima Kasih!
updated 3 Julai 5:55pm: aku dah padam entri hebahan pertama tu. Rasa lebih elok entri tu tiada di blog ini. Moga kekeliruan ini dapat di atasi dari penjelasan dalam entri ini.
~ يوس ~












