Tuesday, December 16, 2014

Inspirasi Teknik BAD

Assalamualaikum, salam sayang buat semua yang masih sudi baca blog saya ◕‿◕。.

Hari ini rasa nak berkongsi dengan semua apa  yang berlaku hari ini.

Al-kisahnya hari ini keluar jalan-jalan dengan anak5 ke pekan. Mulanya ke bank, kemudian ke kedai gambar, ambil gambar pasport untuk Aqil naik sekolah menengah nanti dan kemudian fotostat dokumen-dokumen yang perlu untuk pendaftaran sekolah nanti.

Sempat ber'wefie' sebelum memulakan perjalanan ◕‿◕。. Nampak tak ada seorang budak tu menyorok?

Antara dokumen yang di fotostat ialan slip keputusan UPSR dia yang baru hari tu. Selesai semua, sampai rumah dah hampir pukul 1. Perut dah lapar, letak saja semua barang-barang yang di bawa atas katil, terus ke dapur urus apa yang perlu untuk makan. 

Sampailah selesai makan tengahari, rehat sekejap, solat Zohor, tidurkan Amani dan kemudian baru periksa semula sampul yang berisi dokumen dan salinan fotostat dari kedai tadi.

Periksa punya periksa, semua yang di fotostat ada, tapi dokumen asal slip keputusan UPSR Aqil hilang!!! Huwaaaaa..........!!!

Memang terus panik, mana pergi slip UPSR dia ni??

Keluarkan semua, periksa satu-satu, tiada juga. Periksa juga di fail dia kotlah dah simpan atau dia simpan. Tanya Aqil jawapan memang dah tahu, " Ibu yang bawa tadi kan, Aqil tak tengok pun lagi bu. Hilang ke??"

Dalam hati rasa sedikit menyesal juga, kenapalah tadi tak periksa dulu masa di kedai tu. Bila dah pasti dalam rumah tiada, terus cepat-cepat capai tudung, berdesup drive semula ke kedai tadi. Dalam hati terdetik, "Ya Allah, di manalah slip UPSR Aqil ni?"

Sampai kedai, tanya pada adik yang fotostat tadi, jawapannya takde juga. Dia pasti, dia dah masukkan dalam plastik sekali dengan dokumen lain. Hati cuak sangat, sebelum keluar dari kedai sempat pesan pada adik tu, kalau jumpa simpankan.

Sambil jalan ke dalam kereta, sambil tu juga mulut tak henti menyebut, " Ya Allah, di manalah slip ni tercicir Ya Allah. Adalah slip UPSR Aqil ni Ya Allah. Temukan aku semula dengan slip asal UPSR anakku ni Ya Allah. Janganlah slip itu hilang Ya Allah. Adalah hendaknya di mana-mana Ya Allah, Dalam rumah, atau di mana juga ianya tercicir. Temukanlah aku semula dengan slip UPSR Aqil Ya Allah. Aku yakin ianya masih ada Ya Allah. Ianya tidak hilang, cuma aku yang tak nampak. Tunjukkan pada aku Ya Allah!! "

Memang sepanjang perjalanan dari kedai fotostat kerumah itulah yang saya sebut berulang-ulang. Inspirasi dari #TeknikBAD yang baru di baca beberapa hari lalu.

Sampai saja di rumah, baru nak ambil beg dan plastik yang berisi dokumen yang lain tadi, tiba-tiba mata terperasan dengan satu kertas putih kecik terselit di celah pintu sebelah, penumpang. Ya Allah, terus capai dan betul, itulah kertas yang saya tercari-cari tadi. Terima Kasih Allah !!!

Memang berjaya dan berkesan #TeknikBAD ni kalau kita yakin. Mungkin Allah tak beri cepat, tapi lambat laun dapat juga. Suka sangat baca mengenai BAD ni.

Kawan-kawan yang nak tahu apa itu Teknik BAD, jemput ke link ini [Klik]


Atau jika ada yang tak boleh nak download, boleh tinggakkan email address di ruangan komen, nanti Yus bagi menerusi email. Ikhlas, benda baik biar di kongsi dengan semua kan.

Saya pun dah cuba juga untuk beberapa perkara, antaranya #TeknikBAD untuk lebih mudah bangun awal pagi sebelum azan Subuh, alhamdullillah berjaya lakukan untuk 3 hari ini. Terima Kasih Allah.


~ يوس ~

Thursday, November 27, 2014

Keputusan UPSR 2014 : Satu permulaan kepada yang lebih besar

Tahniah kepada semua ibubapa yang anak-anaknya mengambil keputusan UPSR semalam, Tak kira apa keputusan mereka, kena redha, panjatkan syukur, sesungguhnya itu mungkin keputusan terbaik saat ini untuk perjalanan yang lebih baik di masa hadapan.

Aqil anak saya dapat 4A 1B ( B untuk Sains).

Dengarnya semua sekolah prestasi untuk subjek Sains merudum. Mungkin sebab subjek pertama di dapati bocor, soalan susah dan murid hilang mood sekejap. Apa pun keputusan, ibu ok je dengan keputusan Aqil. Cukup dah buat ibu senyum, Alhamdulillah.Tahniah Aqil!!.

Aqil dan rakan baikknya di sekolah Akashah. Sahabat dia ni dapat 5A, tahniah ya Akashah dari auntie Yus.
Masing-masing berbaju melayu Johor, sebab masing-masing baru selesai peperiksaan kertas akhir SDEA semalam.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, seorang rakan yang anaknya juga dapat 4A 1B (Sains) telefon saya. Dia mengajak saya untuk buat rayuan bagi pemeriksaan semula kertas Sains, mana tahu boleh dapat A katanya. Jawapan ringkas saya, takpelah.

Dari yang saya tahu, anaknya memang kecewa tak dapat 5A, bercita-cita nak masuk asrama penuh, tak dapat 5A memanglah rasa sedih sangat. Di tambah selama ini setiap kali percubaan 5A, tiba2 yang sebenar tidak, mungkin menambah kekecewaan anak itu. Tambahan anaknya perempuan, persaingan nak masuk asrama lebih tinggi. Saya faham kalau dia nak buat semakan semula supaya anaknya puashati, tidak terlalu kecewa atau apa jua alasannya. Tapi untuk Aqil??

Saya dah cukup puashati dengan pencapaiannya. Bagi saya apa pun keputusan itu cuma satu permulaan kepada yang lebih besar. Bohong kalau saya kata saya tak harap anak dapat 5A, tapi keputusan dia dah cukup melayakkan dia dapat masuk kelas yang baik di sekolah menengah di daerah ini. Dan dia sendiri memang dari awal tak mahu masuk sekolah asrama, saya tak mahu paksa pun, jadi kenapa perlu nak buat semakan semula bagai kan. 

Di pujuk juga kami lagi agar buat semakan, sebab katanya kalau kertas SPM pun biasa bila buat semakan, 50% kebarangkalian untuk gred meningkat memang ada. 

Hmmm....hujah saya di sini pula, ok itu SPM, memang berbaloi di buat semakan semula, sebab SPM akan membawa ke hala tuju yang lebih besar. UPSR, baru permulaan tak perlulah kot kan. Lagipun Aqil dan Akashah (bff dia yang dapat 5A di atas) dah berjanji nak sekolah dekat2 sini je. Janji tak nak kemana-mana kata mereka...hihi. 

Saya pula memang 50-50 nak hantar anak ke asrama atau tidak ni. Tu yang hantar je permohonan ke SBP hari tu, kalau dapat bole pergi.Tapi dalam masa sama, saya mahu anak-anak saya dekat dan rapat dengan adik beradik masing2, so kalau dari form 1 dah ke asrama, selalunya memang kurang rapat hubungan tu. Jadi tunggu lepas PT3 pun takpelah kan. Dah besar sikit, dah lebih pandai berdikari. Tapi apa pun, semua terpulang kepada pandangan masing-masing. Setiap dari kita pasti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, dan tak semestinya pandangan kita sama.

Ibu dan abah cuma mengharapkan keputusan ini akan buat Aqil lebih semangat belajar di masa hadapan. Perjalanan masih jauh, ibu pun tak mahu paksa2 Aqil, harap Aqil dapat beri semangat kepada adik-adik untuk belajar bersungguh-sungguh juga. Tapi apa pun, ibu memang akan sentiasa pantau Aqil, tak mahu Aqil tersasar ke lain, anak2 generasi X ni lagi banyak dugaanya untuk kita bentuk kan. Semoga Allah sentiasa melindungi  anak-anak kita semua, Ameen.


~ يوس ~

Tuesday, November 25, 2014

Tips Atasi Anak Muntah-muntah Dengan Cepat

Assalamualaikum semua....

Pagi ini mulanya nak kongsi cerita mengenai prestasi Arif di tadika, tapi oleh kerana semalam dia tiba-tiba muntah-muntah, saya nak kongsi tips atasi masalah anak tiba-tiba muntah dengan semua. Kadang-kadang bila anak asyik muntah saja, panik sekejap kan, lebih-lebih lagi kalau ianya berlaku pada waktu malam.

Kejadian berlaku ketika maghrib, waktu semua yang lain sedang bersiap nak bersolat dan kemudian nak mengaji, Arif tiba-tiba muntah. Dia sempat berlari ke bilik air waktu tu. Terkejut juga saya. Kemudian ingatkan semua dah ok, baru abahnya bentang sejadah nak solat, sekali dia muntah lagi. Banyak pula tu, dahlah habis semua tempat solat dan sejadah terkena muntah dia...huhu. Yang keluar semua mee segera yang dia makan petangnya pukul 5. Baru teringat, abang dan kakak, sibuk nak mee segera, ibu tak kasi buat, mereka buat juga sendiri, adik pun makan sama, sekali muntah-muntah sudah....huhu. (Kan dan kata jangan makan mee segera, pi buat juga saper suruh...hehe). Sudahnya, lewat sikit semua bersolat maghrib kena kemas dulu najis muntah yang ada.

Tak habis di situ, kemudian tu, dia muntah lagi 2 kali, adeh!! Risau ibu di buatnya, suruh makan tak mahu pula. So, apa saya buat untuk mengatasinya?? Meh kita baca sama-sama ya...◕‿◕

Kalau anda google cara atasi masalah muntah mesti banyak yang keluar, tapi saya hanya cuba 2 ni saja, dan itu sudah memadai, alhamdulillah.

"Try some ginger tea with a little sugar or eat some fresh gingerbread or fresh ginger slices with salt." [Sumber]
"Ginger tea stops vomiting immediately." [Sumber]

1. Ok, dari 2 maklumat di atas, tahulah saya air teh halia boleh atasi masalah muntah. Makanya apa lagi, cepat-cepat buatkan segelas air teh kosong di campurkan dengan seinci halia tanpa gula buat Arif. Walau tak minum habis, tapi nampak ok dia minum tu alhamdulillah.

segelas teh tanpa gulu + seinci halia

2. Saya juga buatkan Arif  air Performance Drinks untuk di minum. Air teh halia tu dia minum dalam 6 sudu teh saja, tapi air Performance Drinks dapat dia habiskan sehingga ke pagi. Saya cuma bancuh 400ml air masak bersama Performance Drinks dalam shaker dan kemudian beri dia minum.

Arif tidur selepas minum separuh air performance drinks dalam shaker biru tu.

Kenapa Air Performance Drinks pula??

Ini kerana Performance® Natural Orange Drink Shaklee juga di gelar sebagai minuman penghidratan tulen. Apabila kita mengalami muntah-muntah yang teruk, badan kita akan kehilangan banyak air dan ini akan mengakibatkan dehidrasi (penyahairan) berlaku. Bila badan dah kehilangan banyak air, perlulah minum air yang banyak, tapi air Performance Drinks bukan setakat air oren biasa saja tau!!

Performance Drink terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga kepada badan kita. Sebab itu saya pilih PD untuk mengembalikan tenaga Arif yang hilang akibat kerap muntah-muntah tadi. 

Arif kemudiannya tidur nyenyak sampai ke pagi. Ada dua kali dia terjaga dari tidur, tapi cuma sebab nak minum lagi air Performance Drinks tu. Alhamdulillah habis dia minum dan pagi ini dia nampak sangat ceria.

Performance Drink ni memang wajib ada di setiap rumah. Bila ada saat-saat genting macam ni, boleh terus guna. Kalau sebagai minuman seharian pun memang elok sangat. Yalah, anak-anak kita ni banyak bermain, tapi jarang nak minum air masak sangat kan. PD bantu mereka kekal cergas bertenaga. Untuk ibu dan abahnya pun sangat bagus.

Arif yang kembali ceria pagi ini bersama robot GimLock nya...pakai baju askar lagi,...◕‿◕

Ok, selamat mencuba tips @ petua di atas ya, mudah je kan... ◕‿◕. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai Performance Drink?? [Klik sini
p/s: kalau ada tips atau petua lain yang rakan2 blogger nak tambah, jangan segan-segan tinggalkan komen ya... 

Salam Ceria buat semua ,..



 ~يوس ~

Monday, November 24, 2014

Anugerah, Birthday dan Optimus Prime

"Ada yang up status di fb kata tak perlulah kongsi kisah kejayaan anak yang tak seberapa, ada orang yang anaknya lebih berjaya diam-diam je ni baru dapat sikit dah kecoh"...huhu.

Oklah, lain orang lain pendapat, ramai juga yang up status kejayaan anak-anak masing-masing. Tumpang seronok baca, ibu pun up juga. Tapi terasa jugalah dengan status di atas, bukan nak bermegah atau apa cuma nak abadikan sebagai sweet memories. Dan ibu tahu, kejayaan anak ibu tidaklah seberapa di banding dengan anak-anak kawan lain, tapi ianya dah cukup menggembirakan hati ibu. Walau tak cemerlang tip top, semua ibubapa pun pasti tersenyum bila anak dapat anugerah kan.

Dan tahun ini antara 5 anak2 ibu,2 yang berjaya dapat anugerah. Hari ni nak abadikan cerita Abid anak ke 3 ibu yang manis.

Kejayaan dapat tempat ke 3 untuk sekolah kebangsaan, serta terbaik dalam mata pelajaran Jawi. Tahniah Abid!

Majlis Anugerah yang di adakan pada 19 November yang lalu.

Abid juga dapat anuerah untuk sekolah agama. Berjaya dapat tempat ke 2, kalah lagi dengan Zabir kawan baikknya yang ibu tunjuk mukanya pada gambar di atas tu. Tinggi kawannya tu kan, dapat 5 hadiah untuk sekolah pagi saja, sekolah agama dapat lagi 1. Ibu memang suka Abid kawan dengan Zabir, sebab nampak peningkatan yang sangat baik dalam pelajaran. Bila anak-anak kita berkawan dengan kawan2 yang pintar ni, mereka dapat auranya sama kan. Tu yang bagusnya.

Gambar kenang-kenangan terima hadiah untuk tahun 2, 2014. Majlis di adakan pada 19 November juga.

Dan tarikh 20 November pula ialah hari ulangtahun Abid yang ke 8. Selamat hari ulangtahun ke 8 anak ibu Muhammad Abid Zulfan.

wajah-wajah Abid dari lahir hingga sekarang.

Dari awal tahun dia dah minta nak robot Opitmus Prime. Tapi bila melihat harganya ibu dan abahnya ni buat dunno je. Setiap kali ke Aeon Big BP ( dulunya Carefour) mesti dia menuju ke rak yang ada terpamer Optimus Prime tu. Di belek satu2. Setiap kali itu juga di mintanya. Kalau ikut ibu memang tak bagi punya, huhu.

Tapi nak bagi dia bersemangat sikit belajar, ibu cabar dia, kalau sekolah pagi dan sekolah petang Abid dapat no baik dan dapat hadiah di pentas, mungkin abah akan belikan Optimus Prime tu, siapa tahu? Berdasarkan prestasinya pertengahan tahun, sekolah pagi no 27, sekolah petang no 5, so ibu pun yakin tak yakinlah dia dapat ke tak capai. Sekali dapat, alhamdulillah. Memang tak sangka juga. Dia sendiri menjerit gembira walau tidak tempat pertama. 

Dan kerana birthday Abid juga jatuh bulan November, abahnya berbesar hati tunaikan permintaan dia nak Optimus Prime tu. Harap dapat di jaga dengan baik ya Abid. 

Wajah Abid bila dapat Optimus Prime. Sebenarnya dah malas nak senyum tu, tak sabar nak buka Optimus Prime dia.
Belajar erti syukur ya Abid kerana abah mampu belikan untuk Abid, sedangkan di luar sana ramai yang tidak mampu. Ibu dan abah berdoa sentiasa moga Abid dan anak-anak yang lain terus cemerlang dunia akhirat.

Terima kasih pada yang sudi baca.  

p/s: next cerita Arif pula...

~ يوس ~

Sunday, November 23, 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2014 MELALUI SMS

Pagi ini menerima WhatsApp dari rakan yang juga seorang guru tentang tarikh pengumuman keputusan UPSR 2014. Anak ambil periksa, ibu yang berdebar sama...huhu. 

Di maklumkan, calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 akan memperoleh keputusan UPSR mereka pada 26 November ini. Selain daripada mendapatkan keputusan di sekolah masing2 pada hari tersebut bermula jam 10 pagi,  keputusan boleh juga disemak melalui SMS bermula jam 10:00 pagi 26 November 2014 sehingga 11:59 malam 2 Disember 2014.

Ini image yang saya terima dari rakan ; Makluman untuk murid/ibu bapa/penjaga Tahun 6 mengenai Semakan Keputusan UPSR melalui SMS.


Semua dah mudah sekarang kan. Segalanya di hujung jari. Tapi kesian pula pada Aqil anakku, kerana pada hari yang sama 26 November tu, dia masih perlu menghadapi kertas akhir untuk peperiksaan SDEA ( Sijil Darjah Enam Agama). Peperiksaan dahlah habis pukul 12 tengahari, tak dapatlah nak pergi sekolah ambil keputusan awal, kiranya ibu jelah yang tolong ambil keputusan ni nanti ya...

26 November, hari akhir peperiksaan SDEA bagi murid2 sekolah agama Kerajaan Negeri Johor.
Rasanya tak tenanglah jawab periksa SDEA dia ni. Semua gara-gara pengulangan beberapa kertas UPSR 2014 menyebabkan tarikh keputusan lambat dari biasa, kalau tidak pengumuman tentu tidak bertindih dengan tarikh peperiksaan SDEA ni.

Takpelah, kena fikir yang positif. Semoga keputusan peperiksaan kedua-duanya UPSR dan SDEA tidak mengecewakan.



Murid Yang Mendapat Keputusan Cemerlang

Bagi calon yang mendapat keputusan cemerlang boleh memohon kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Maklumat permohonan boleh rujuk melalui judul pautan (link) yang disertakan

Klik – Permohonan SBP Tingkatan 1 permohonan sudah dibuka pada 1 Oktober hingga 30 Oktober

Klik – Permohonan MRSM Tingkatan 1 permohonan akan dibuka mulai tarikh keputusan UPSR diumumkan

Pautan sumber : [Klik]


Untuk Aqil, dia dah kata dapat 5A atau tidak, tak mahu pergi mana-mana Asrama...huhu, tapi ibu dia 50-50, kejap nak anak masuk asrama, kejap kata tidak. Ibu yang konfius ya Aqil...hihi, yang nak belajar dia, apa2 yang terbaiklah nak...

Sama-sama kita doakan semoga anak2 yang ambil UPSR tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang, Ameen.

~ يوس ~

Wednesday, October 01, 2014

Sukaneka dan Hari Keluarga Tadika Arif

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan nak update aktiviti Jumaat lepas, 26 September 2014.
Kami sekeluarga ke perkarangan Pasti Al-Fitrah untuk memberi sokongan padu kepada Arif.
Ada acara sukaneka dan Hari keluarga gitu.

Dari rumah terfikir, Arif masuk acara ke?
Kalau tanya dia memang jawapannya tak tahu je...hihi.
Bila sampai sana dan tengok aturcara yang di beri, ada nama Arif untuk satu acara saja.
Oklah tu, tambah semangat nak beri sokongan.

Arif di majlis pembukaan
Sampai je di perkarangan tadika, tengok Arif sudah beratur.
Abahnya dah hantar dia dulu pagi2 pukul 7 sebab dari hari sebelumnya dia dah sibuk kata,
"Kena datang pagi ibu. Pukul 7"
Semangat gitu...hehe.

Dari jauh ibu dah nampak dia memang tak reti duduk diam.
Terpusing sana, terpusing sini.
Tapi suka pulak tengok gelagat dia masa ikut kawan berikrar dan membaca doa.
Besar dah rupanya anak ibu.
Arif baru 4 tahun ya kawan-kawan.

Acara kemudiannya di mulakan dengan sukaneka untuk murid 6 tahun.
Lepas tu 5 tahun, adeh berjanggut juga nak tunggu untuk acara Arif.
Bila sampai acara Arif di mulakan, abahnya takde pulak.
Sebab kena hantar abang2 dan kakaknya ke kelas taekwondo.
Dia dah sibuk, " mana abah bu??"

Bila cikgunya panggil nama untuk bersedia, punyalah tak reti duduk diam.
Kejap pusing sana, kejap pusing sini.
Dalam hati ibu dah kata, " Adeh! Boleh ke Arif ni??"
Nombor akhir pun takpelah nak, asal kamu ikut serta (dalam hati ibulah)
Semangat kesukanan mesti ada.
Tapi bila cikgu nak mula tiup wisel permulaan, pandai pula dia bersedia....hehe.

Nampak Arif tak? Dia yang semangat nak mula tu, kaki dah bersedia nak berlari...hehe.

Inilah acara yang Arif sertai. Acara puzzle huuf kata cikgunya.
Ibu yang sambil tengok Arif, sambil layan Amani,
tak sempat nak ambil gambar masa dia tengah susun huruf2 tu.
Adeh!! Rasa terkilan pulak, macam cepat sangat dia buat.
Tiba2 dah berlari ke depan, dan dapat tempat pertama!!!
Wah!! Tahniah Arif Zakwan! Tak sangka ibu,

Punyalah suka dapat no 1 tu...tahniah Arif.
Dah dapat kad no 1 tu, siap tak mahu pulangkan balik pada cikgu.
Adehlah! Sampai menangis2.
Kata dia, "ni kan hadiah Arif, habis mana hadiah Arif!"
Buat malu je eh, tak sabar nak terima hadiah....hihi.

Ni rupa orang kepenatan nak tunggu masa dapat hadiah, sambil minum air, dia mencangkung...huhu buruk...hehe

Bila acara untuk pelajar dah habis, acara terbuka untuk ibu bapa pulak.
Ibu malas nak ambil bahagian, jaga Amani jelah.
Abahnya masuk dua acara.
Satu acara Ayam Bentan, satu lagi acara mencari barang tersembunyi.

Aksi abahnya MR SRD kita ketika acara Ayam Bentan

Ayam Bentan tu acara berlari, pastu ambil bola,
dan melompat dengan bola tu di celah kelengkang...haha.
Abahnya dapat no 1, dan yang paling gembira bila abahnya dapat tempat pertama ialah Arif.
Punya dia berlari peluk abah dia dan melompat2 suka....hehe.
Untuk acara mencari barang tersembunyi pun menang dapat no 3.

Arif bersama piala yang di menanginya
Gambar masa cikgu pakaikan kalung kemenangan tu tak dapat nak ambil.
Anak2 tadika ceria dan sibuk di depan, nampak kepala mereka saja...hihi.

Ini pula hadiah yang MR SRD dapat. Hehe, sampai 4 besen, kira untuk ibulah ni....kihkihkih

Selesai acara penyampaian hadiah, abahnya pegi ambil abang2 dan kakak di sekolah.
Kemudian tu, kami makan tengahari di situ saja, cikgu dah sediakan pelbagai juadah.
Kalau balik rumah pun mana sempat masak kan, dah pukul 12 masa tu, perut pun dah lapar...hehe.
Keseluruhan, puashati dan Arif memang gembira menang dan dapat hadiah.
Belum sampai rumah, pingatnya tu dah tertanggal dari talinya...hihi.
Punyalah ganas....

Oklah, cukup kot cerita Sukaneka Arif ni.
Oh ya, kepada kawan2 blog yus, jemput ke blog yus satu lagi kalau sudi.
Sihat & Ceria Bersama Ibu MazNaz

Blog lebih detail tentang Shaklee, malas rasanya nak campur2.
Apa pun terima kasih sudi singgah dan tinggal jejak di sini,
Salam Ceria....

~ يوس ~

Thursday, September 25, 2014

5 dan 14 hari lagi : Resit UPSR 2014

Mulanya ingat Sains saja, tiba-tiba dah ada English dan Matematik pula.
Redha jelah kan, buat jelah kan.

Apa pun ibu syukur anak ibu tidak terkesan sangat dengan UPSR 2014 yang tertangguh ni.
Tapi ibu nampak aura belajar tu dah lain.
Macam dah malas nak gerak sendiri, kena juga ibu pesan.
Ibu punya semangat pun dah lain.
Sedikit sebanyak memang memberi impak negatif pada semangat tu.
Menurun keterujaan nak periksa.

Ok , Sains dan English 5 hari lagi, Matematik kertas 1 14 hari lagi.
All the best Aqil!

Anak bujang saya ni memang tidak suka bergambar, muka masam sokmo.

Selalu ibu rasa, betul ke Aqil dan 12 tahun, kecik, comel je,
tapi dalam masa yang sama, tak mahu dia besar cepat juga, nanti jauh dari ibu pula.
Sah ibu ni konfius kan.... hahaha.

~ يوس ~

Thursday, September 11, 2014

UPSR 2014 : Bila hari akhir periksa tidak lagi menjadi hari akhir...huhu

Assalamualaikum semua....

Di gagahkan juga diri ini untuk mencoret sesuatu di blog ini.
Agak lama juga bersawang, tapi ini merupakan satu peristiwa penting dalam keluarga.
Maka harus di abadikan di blog untuk kenangan.

9, 10 dan 11 September adalah tarikh penting buat anak ibu Aqil Zafran.
Hari peperiksaan UPSR 2014.
Ibu sentiasa mendoakan kejayaan Aqil dunia akhirat.
Ibu tahu Aqil dah buat persediaan yang terbaik.
Walau mainnya tak pernah tinggal, game perlu ada seminggu sekali,
Tapi ibu tahu, Aqil dah banyak juga korbankan masa game tu untuk belajar.
Syabas Aqil.

9 hb September, hari pertama untuk kertas BM Pemahaman, BM Penulisan dan Matematik kertas 2,
Sempat ibu menjengah ke sekolah dari sebelum peperiksaan berlangsung,
dan setiap kali waktu rehat di berikan untuk memberi sokongan moral dan semangat.

Seorang guru sedang memberi taklimat terakhir sebelum anak2 calon UPSR 2014 masuk ke dewan peperiksaan

Anak ibu Aqil dan kawan2nya sedang mendengar taklimat dan nasihat guru dan meng'amin' kan doa sebelum mula beratur dan melangkah ke dewan peperiksaan
Dan hari ini, 11 September, sepatutnya menjadi hari terakhir  debaran mengahadapi UPSR 2014.
Tapi!!! Tapi!!!
Kita di kejutkan pula dengan berita soalan Sains yang di dapati bocor semalam,
sebelum peperiksaan di jadualkan hari ini.
Kertas UPSR Sains 2014 di tunda pula ke tarikh 30 September ini.
Aduh!! Ibu pun ikut stress, tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya kan Aqil.

Reaksi Aqil, muka nampak sedikit stress, tapi relax lagi.
Ayat yang keluar dari mulut dia,
" Alah! Baru plan nak main bola esok petang!" 
"Macam ni 80% jelah merdeka esok, kalau tidak kan dah 100%".

Huhu, apa nak buat kan Aqil,
bila ada insan2 yang tidak amanah dalam memegang amanah yang di beri,
insan-insan lain pula yang terpaksa menanggung akibatnya.
Redha dan pasrah jelah, mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Allah beri peluang untuk Aqil lebih bersedia menghadapi kertas Sains.
Ibu tahu, Aqil lemah Sains selain BM kan!!
Yang penting sekarang, hadapi dan cuba jawab kertas Bahasa Inggeris dengan baik.

Selain itu, panjatkan doa semoga 30 September nanti,
untuk jadual baru UPSR Sains tu, akan berjalan dengan lancar,
tanpa sebarang masalah lain.

Buat anak-anak, calon-calon UPSR 2014 semoga berjaya dalam peperiksaan anda.
Buat Aqil, buat je yang terbaik, semoga mendapat keputusan lebih baik dari trial hari tu kan.
Ibu sentiasa mendoakan kejayaan Aqil.

~ يوس ~

Tuesday, August 19, 2014

Video: Let it Go;Frozen Versi Amani

Sila abaikan suara yang lain menyibuk tu. Cer dengar suara Amani menyanyi je ya.....hehe


Ni masa baru dapat Anna , sekarang Anna tu dah tinggal sebelah kaki je. Penangan hari2 dia belek dan kemudian menyanyi lagu let it go versi dia....hehe.

Semalam check-up Amani di klinik untuk 1 tahun 2 bulan. Berat dah 9kg, tinggi 72 cm. Perkembangan sangat baik, gigi dah 8 batang. Ligat, jangan cakaplah, ibu dia je tak sempat nak ambil gambar. Oh! Ada satu peel Arif dia ikut, suka memanjat grill pintu. Adehlah! Pastu tak tahu turun, hihi.

Arif dan Amani?

Arif sangat sayang adik dia, tapi suka buli adik dia. Macam mana tu? Kalau dia dengan adik dia, maka adiknya asyik lah menangis kena buli, tapi kalau ada yang cuba ambil adik dia, dialah orang pertama yang melalak tak hingat dunia. Macam dia sorang ada adik...hehe.

#akhirnyaberjayajugaupdatesatulagientrihariini


~ يوس ~

Semangat!! Di mana kamu??

Kerajinan + Semangat. Itu yang di cari sekarang. Rajin dan semangat nak update blog. Ni kira dah rajin sikitlah ni, kalau tidak mana datang entri ni kan.

Saja tepek CPUV bulan ini yang sedang berlegar2 dalam blog ni bagi datang rajin dan semangat!!
Manalah pegi semangat dan kerajinan macam tahun 2011 dulu?? Setahun dapat 417 entri, paling rajin dan paling banyak entri setahun pernah saya buat. 2013 49 entri je?? 2014 lagi sedih, dah bulan Ogos pun baru 22 entri yus??? Huhu......




~ يوس ~

Tuesday, August 12, 2014

GLA COMPLEX vs EPO (Evening Primrose Oil)

Saya percaya ramai wanita yang mengamalkan pengambilan EPO (Evening Primrose Oil) untuk masalah PMS, untuk kekal sihat, kekal cantik dan bertenaga serta awet muda. Tapi tahukan anda di Shaklee kita juga ada satu produk yang setanding malah mampu menandingi kehebatan EPO?

Perbezaan Shaklee

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! 

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.

Bunga Borage (kredit pic to google)
Apa istmewanya GLA Complex Shaklee ni?

GLA Complex Shaklee (Kredit pic to google)
Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang di patenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Manfaat Utama:-


  • Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing dan sakit payudara.
  • Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus
  • Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
  • Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  • Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis
  • Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi
  • Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.
  • Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung
  • Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
  • Membantu kanak-kanak Hiperaktif dan Autisme (ADD/ADHD) - Di bukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisme, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


INFO YANG ANDA PERLU TAHU


GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

* Sumber: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Jadi sekiranya anda berminat nak cuba GLA Complex dari Shaklee, mulakan dari sekarang ya! Macam2 khasiatnya. Bagus juga untuk mereka yang plan untuk hamil, tapi belum berjaya tu. InsyaAllah GLA boleh bantu anda.Siapa yang dah biasa amalkan EPO pun boleh bertukar kepada GLA Complex Shaklee sebab GLA Shaklee mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dari EPO. Dah cuba pasti anda terpikat.

Harga mampu milik hanya RM91.25 sebotol (60 kapsul) bekalan untuk sebulan.


Berminat nak cuba?

Anda boleh buat belian Online terus melalui link di bawah menggunakan kad debit/kad kredit anda :-

http://1.bp.blogspot.com/-Y357QYgvTyM/U7TUfWcWDYI/AAAAAAAAKLA/lpfyrvIkE4Y/s1600/tempah+sekarang.gif


Atau anda boleh hubungi saya terus untuk info lanjut dan tempahan, mana tahu ada harga isimewa kan...:)

Jangan malu, jangan segan hubungi saya ya...:)
Yus ( Ibu Maz-Naz)
SMS/WhatsApp: 013-7308040

FB Personalhttps://www.facebook.com/YusmawatiPaiman
FBpage: https://www.facebook.com/YusVitaminStore
Email: yus76.maznaz@gmail.com



~ يوس ~

Wednesday, August 06, 2014

Gambar pagi raya pertama 2014

Tahun ini tak banyak ambil gambar. Mood nak pegang kamera takde. Bila belek2 memang paling sikit gambar hari raya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tapi kalau takde langsung tu macam tak best lah pula kan.

Pagi raya tahun ni di Muar pula kampung suami. Malas nak cerita panjang eh. Memang nak tepek gambar raya je ni....hihi.

Tema tahun ni biru + pink....:)

My two princess....Alia dan Amani

3 beradik, Abid, Arif dan Amani

Gambar keluarga kami di pagi raya. Aqil tu tak tahulah, memang mood dia suruh bergambar takde, asyik masam je muka...huhu. Tahun ni sebab Alia sibuk nak jubah ala frozen tu, ibunya pun ikut berjubah...hehe. Amani je pagi raya lentok je, denga peplum dia tu. Lentok punya pasal, peplum pun tak nampak...hihi.

Gaya sedikit santai katanya, tapi still anak sulung saya Aqil monyok...adoiii lah anak!! Cer ceria sikit .....huhu.

Keluarga besar Hj Mahzan, keluarga belah suami saya....ramai kan. 9 adik beradik, campur menantu dan cucu cicit semua, cicit baru sorang je pun, tapi meriah....hehe.
 Oklah, itu saja gambar pagi raya 2014 yang nak di kongsi. Lelain tak menarik eh....hehe.

Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir dan Batin.


~ يوس ~

Tuesday, July 15, 2014

Teruja dapat kasut baru | Bila nak raya ibu??

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah masuk 17 Ramadhan hari ini. Alhamdulillah masih dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan tenang je kan kita di Malaysia ni. Bila teringat sahabat2 kita di Gaza Palestin sana, Ramadhan mereka sangat berbeza dengan kita, tapi kekuatan dan semangat mereka buat kita rasa malu. Malu kalau kita yang baru ujian sikit ni dah rasa berat, tapi meraka di sana masih mampu tersenyum....Masya Allah.

Hari ni nak cerita pasal Arif lagi lah. Arif memang hari2 ada cerita. Dia je kot yang terlebih2 cerita, saya tak tahu nak cerita sangat pasal Amani berbanding dia....hihi. Tahun ini pertama kali belikan dia kasut raya. Sebelum ni selalu belikan sandal raya, atau selipar raya je. Bukan tak mahu, tapi sebab abangnya Aqil memang tak suka berkasut. Katanya susah nak keluar masuk rumah orang beraya dengan kasut.Lambat nak sarung nanti, jadi bila abangya dah beli selipar atau sandal je, yang lain pun ikut sama.

Permintaan kasut raya datangnya dari Abid, Tahun lepas dia baru darjah 1, biasalah lepas raya naik sekolah tu mesti ada jamuan raya kat sekolah kan. Kawan2 semua berkasut raya cantik, tapi dia bersandal saja, tak cantik kata dia. Sebab tu tahun ni sibuk sangat nak kasut. Bila abangnya Abid nak kasut, Arif apa lagi, kalah semua orang lah kan.....huhu.

Makanya Sabtu lepas shopping kasut raya untuk anak2. Semua dapat, tapi paling teruja Arif le. Belum sampai kereta dah sibuk nak pakai kasut baru dia. Tak dapat, sampai rumah, tanya lagi tak dapat juga. Abahnya letak nun jauh atas almari.

Hari2 tanya, bila boleh pakai kasut baru. Saya kata, tunggu raya. Lepas tu hari2 tanya, "bila nak raya bu??? Lambatnya"....Aduhai!!! .

Arif ni walau di sekolah cikgunya kata tekun dia siapkan kerja, tapi kalau di rumah saya suruh, memang tak nak dia buat. Cakaple macam mana pun, tulis satu huruf pun dia kata penat. Memang dari mula cuba ajar dia sikit2 dia tak makan di ajar dengan saya. Semua dia tolak, sebab tu saya masukkan dia sekolah awal dari abang2 dan kakak2nya. Belum 4 tahun dah masuk sekolah. Tapi penangan kasut raya, semalam saya suruh buat latihan menulis, dapat dia siapkan habis. Nak pakai kasut raya punya pasal, hehe.

Saya suruh dia buat tulis no 2 dan huruf B selepas tu . Perasan tak, ultraman dia ada je teman....huhu.
Masa tulis no 2 ni punyalah bersemangat. Habis tulis no 2, sambung tulis huruf B dah mula malas. Ayat dia, " Banyaknya ibu suruh ni. Bila nak siap ni?? Ibulah buatkan. Arif nak kasut je!!"

Sampai menangis, tapi sebab saya tegas, nak try kasut baru kena siapkan, berjaya juga dia siapkan tu, walau muka muncung. Sila percaya, dia memang paling malas kalau saya suruh buat latihan apa2. Baru dua hari ni berjaya, penangan nak pakai kasut raya....hahahaha.

Selama ni saya ingat dia tak pandai menulis lagi, ialah baru masuk 7 bulan di sekolah, dah dia pun belum 4 tahun, tapi betul kata cikgunya, cantik juga tulisan dia, tapi sebab dia tak pernah nak tunjuk di rumah, cikgunya pula tak pernah bagi buku sekolahnya bawa balik, saya tak nampak. Alhamdulillah, kerana kasut baru, kasut raya dia tu, dia nak tunjuk pada saya. 

Ke hulu ke hilir dengan kasut baru dari tadi. Amani pun dia suruh pakaikan kasut.
Nasib baik mendengar kata juga, pakai di rumah je, lepas tu simpan, raya baru boleh bawa keluar. Dan kerana itu jualah asyik tanya, bila nak raya??...huhu.

Ada yang tanya, Arif puasa ke?

Jawapan saya tidak, saya kata pada dia, Arif puasa ya sampai pukul 12. Tapi sibuk nak bawa bekal air juga. Hihi, saya pun tak suruh dia puasa sangat, solat pun belum pandai, baru tahu tertib solat je, bacaan tak pas langsung sebab dia sangatlah pelat. Takpe pelan2 kan, buat apa nak cepat2 ikut orang lain. Bab mengaji alhamdulillah terang hati juga dia. Iqra 1 tu dah lebih dari huruf   ي.

Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak ya Arif. Ibu sentiasa doakan kamu. Nakal2 kamu, kamu sentiasa menghiburkan hati ibu. Gaduh2 manja dengan ibu....hihi. Oklah, cukup kot cerita Arif hari ini, lain kali kita sambung lagi.

Sekian, tq sudi baca.



~ يوس ~

Thursday, July 10, 2014

Apa dah jadi dengan kasut kamu Arif??

Kes budak terlebih bijak ni....huhu.

Kasut sekolah putih jadi hitam legam....huhu.
Pembaca blog Yus pasti kenal Arif Zakwan yang lincah, suka memanjat dari kecik, ligat tak reti duduk diam, ada je benda dia nak buat.

Ni saya sendiri pun tak perasan mulanya, dah malam baru perasan sebenarnya...huhu.

Dua hari lepas balik dari sekolah, saya ke dapur sekejap, dia bermain di luar beranda dengan adiknya Amani. Senyap je dua beradik tu. Tiba-tiba dia berlari masuk ke dalam. Saya tanya kenapa? Dia diam je, kata takde apa2.

Kemudian terkedek2 adiknya Amani masuk dengan tangan hitam legam, habis kaki semua bercop sana sini. Bila tengok luar habis lantai dah penuh dengan kapur kasut hitam abangnya Aqil.

Bila di tanya pada Arif, dia boleh kata, "Amani buat!! Arif tak buat apa pun!!!"

Ok, walau dalam hati tak percaya, biarkan aje, Kemaskan apa yang patut. Tak nampak pun kasut dia dah jadi hitam gitu. Dia letak atas tiang tu, saya tak perasan,

Malamnya, abahnya yang biasa suka rehat di luar sekejap lepas berbuka kata, "Ni kenapa kasut Arif dah jadi hitam ni?"

Aduh!!! Anak ibu dah pandai sorok kesalahan ya??? Kita pandang muka dia, terus sengih...."Iya! Arif buat, tadi tak cakap, nanti ibu marah!!"

Huhu....Arif...Arif....:)

~ يوس ~

Wednesday, July 09, 2014

eSell Shaklee | Tutorial Cara baru Order Vitamin Shaklee Online

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua...

Shaklee baru saja memperkenalkan satu sistem Ordering Online Melalui Laman Web nya kepada yang bukan ahli yang di kenali sebagai eSell Shaklee.


Kalau biasanya, anda nak beli produk Shaklee kena beritahu dulu SID anda maklumat semua, sekarang selepas anda tahu apa yang anda nak beli, buat saja pembelian sendiri terus melalui mana-mana link yang anda jumpa di blog/page SID anda. Pembelian boleh di buat melalui kad kredit atau kad debit yang anda ada. Mudah, ringkas dan senang. 

Tak faham bagaimana?? Hari ni Yus akan tunjukkan tutorial cara order vitamin Shaklee Online ni ya.

Ok, biasa kan SID buat entri promo satu2 produk. Yus pun sama. Dalam setiap entri tu, kami akan tinggalkan link untuk anda klik bagi pembelian produk Online. Contoh untuk pembelian Set Mighty 3 Gems Shaklee anda boleh klik link ini [http://bit.ly/SetMighty3Gems].

Apabila anda klik link tersebut, anda akan terus di bawa ke laman Online Ordering System seperti di bawah:


Ok, apa yang perlu anda buat sekarang ya?

1. Klik Agree ( setelah anda baca dan faham Online Ordering Agreement tersebut)

2. Klik Next ( untuk teruskan pembelian)


3. Tick produk yang anda ingin beli seperti contoh di atas, dan kosongkan kotak dari tanda tick tersebut pada mana-mana produk yang tidak berkenaan.

4. Isikan kuantiti yang di perlukan. (Biasanya memang dah sedia ada 1 di situ, kalau anda nak beli lebih boleh tukar ya).

5. Setelah selesai membuat pilihan dan jumlah kuantiti yang di perlukan bolehlah klik 'Checkout'.


6. Isikan maklumat anda untuk tujuan pengeposan barang. (Pastikan jangan ada yang tersalah alamat pulak, takut tak sampai....hehe)

7. Setelah semua lengkap di isi, klik 'Continue'.


8. Semak Jumlah Bayaran yang di perlukan. Pastikan ianya tidak melebihi had penggunaan kad debit atau kad kredit anda supaya transaksi dapat berjalan dengan lancar.

9. Semak maklumat penghantaran anda .

10. Setelah pasti dan yakin semua maklumat betul, Klik ' Proceed for Payment'.

11. Isikan maklumat Kad Kredit / Kad Debit anda.

12. Klik ' Confirm Payment ' setelah semuanya lengkap.

Apabila transaksi sudah berjaya, anda akan mendapat satu salinan order untuk anda print atau print screen sebagai rujukan. Tapi biasanya anda juga akan mendapat salinan tersebut melalui email.

Mudahkan. Sekarang anda hanya perlu tunggu barang yang anda order sampai ke tangan anda melalui pos. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan memerlukan khidmat bantuan, jangan malu-malu hubungi Yus ya. Saya sedia membantu.....:)

Kalau melalui blog yus ni, anda juga boleh klik menu Order Vitamin Shaklee Online - eSell Shaklee di atas untuk proceed order.

Jangan lupa untuk klik menu ini untuk order ya...:)

Atau boleh juga klik  di bawah ini untuk lihat-lihat produk yang ada dan teruskan dengan pembelian online anda.

http://bit.ly/AllVitaminShaklee
Selamat Membeli Belah

Untuk Sebarang Pertanyaan dan Bantuan, jangan malu, jangan segan hubungi Yus ya.

SMS/WhatsApp: 013-7308040 (Yus)

FB Personal:  https://www.facebook.com/YusmawatiPaiman
FBpage: https://www.facebook.com/YusVitaminStore
Email: yus76.maznaz@gmail.com



~ يوس ~

Monday, July 07, 2014

Nasi Ambeng untuk berbuka

 بسم الله الرحمن الرحيم

Kita masuk cerita keluarga pula hari ini....

Sabtu lepas adik beradik SRD dan mil datang berbuka di rumah. Walau tak semua hadir, tapi dah cukup meriah, bising dengan suara anak-anak. Boleh pening kepala kalau tak sabar. Time tulah pintu bilik boleh terkuncilah, tangan Alia kena bunga apilah, hai, macam-macam. ( hehe, belum 10 hari puasa dah main bunga api kan)

SRD sibuk suruh Yus masak nasi ambeng yang lengkap . Oklah, buat nasi ambeng tu boleh, cuma Yus ni tak pernah buat serunding sendiri. Dalam banyak2 serunding, saya sebenarnya suka serunding kelapa je, yang lain2 tu kureng sikit.

Makanya men'google' cari resepi serunding kelapa yang mudah . Jumpalah resepi di sini yang nampak mudah dan sedap. Maka operasi pun bermula.

Bila semua sampai, siaplah nasi ambengnya. Tak makan dalam dulang, sebab rumah Yus takde dulang besar...hahaha. Makan dalam pinggan masing-masing sudah waktu berbuka tu kan. Lain2 menu berbuka tambahan, adik2 beli di bazaar ramadhan sebelum mereka sampai ke rumah kami.

Gambar dari hp adik ipar saya. Yus sendiri tak sempat nak ambil gambar apa pun, tetamu ramai di rumah kita sibuk nak ambil gambar, ada yang kena perli nanti kan....hehe.
Lengkaplah kot nasi ambeng untuk berbuka Yus ni. Ada ayam masak kicap, mee goreng, sambal goreng, ikan kering, serunding dan mesti di makan atas daun pisang gitu...hehe. Nasi tak cukup, minta maaf, ingat dah banyak, rupanya tak cukup....hihi. Serunding kali pertama buat pun, SRD dan mil  kata menjadi...alhamdulillah.

Anak-anak semua makan buka di bawah ya.

 Ok, ni pula semalam testing baju raya yang baru di terima. Beli online untuk Amani.

Saja buat gambar hitam putih, nanti tak surprise pulak kan belum raya dah tunjuk semua...hehe. Tak teruja pun dia pakai baju tu, yang teruja abang dia Arif, sibuk suruh keluar baju raya dia juga....hehe.
Sekian.....salam sayang untuk semua.
TQ sudi baca....
 ~ يوس ~

Friday, July 04, 2014

GASTRIK DI BULAN PUASA?

Hari ni nak update entri info sikit. Blog Yus ni sekarang dah jadi blog campuran. Apa-apa pun ianya tetap mengenai Our Life. Dah kehidupan pemilik blog sekarang adalah salah seorang pengedar Shaklee, haruslah beri info mengenai sesuatu yang ada kaitan dengan Shaklee serba sikit kan....:)

Ok. Nak cerita pasal gastrik. Bulan Ramadhan ni, biasa tiba-tiba je ramai ke klinik sebab gastrik. Ada yang memang dari dulu menderita akibat gastrik, ada yang saja-saja buat2 gastrik sebab tak tahan nak puasa....hihi.


Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.  Ia juga boleh di kenali sebagai ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).[SUMBER]

Bagaimana gastrik boleh berlaku?

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. [SUMBER]

Antara Tanda-tanda Gastrik
    • sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen,
    • senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung
    • sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
    • rasa mual (loya) dan muntah
    • hilang selera makan dan berat badan turun (pada peringkat teruk)
    Bagaimana gastrik boleh di rawat?

    Rawatan lazimnya, boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.

    Ikhtiar lain selain ubat?
    Makan pada waktu yang betul, dan jagalah apa yang kita makan. Jangan main makan je kan. Selain itu, anda juga boleh cuba mengambil supplemen. Shaklee ada menawarkan supplemen cadangan untuk atasi masalah gastrik ni...:)


    SUPPLEMEN CADANGAN SHAKLEE UNTUK MERAWAT GASTRIK:-

     1. Energizing Soy Protein (ESP)

    Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

    Selain ESP, anda juga boleh mengambil supplemen tambahan lain iaitu OsteMatrix dan Peppermint GingerPlus bagi membantu mengatasi masalah gastrik anda.

    2. Ostematrix

    Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D mampu membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu selalunya jarang mendapat sakit gastrik.


    3. Peppermint Ginger Plus

    Ia membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Kandungan bahan bahan seperti herba asli pudina, halia, jintam hitam dan jintan manis memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

    Mari kita lihat pula Testimoni dari pengguna yang berpuashati dengan supplemen Shaklee:





    Anda berminat nak cuba? Siapa2 yang ada masalah gastrik tu bolehlah cuba ya. Tahun ini kita lakukan perubahan, cuba puasa penuh sebaik mungkin, jangan ada yang tinggal puasa atas alasan gastrik lagi.


    Order sekarang !!!


    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=147540e129e096fa91700e9db6588354

    Atau jika sekiranya anda memerlukan bantuan, tak faham bagaimana nak order online terus, jangan malu-malu contact Yus ya. Konsultasi PERCUMA berpanjangan untuk semua pengunjung blog ini. Mungkin ada sesuatu yang istimewa menanti. Hubungi saya...:)

    SMS/WhatsApp: 013-7308040 (Puan Yus)
    SID : 1094266
    FB Personal:  https://www.facebook.com/YusmawatiPaiman
    FBpage: https://www.facebook.com/YusVitaminStore
    Email: yus76.maznaz@gmail.com


    TQ SUDI BACA...:)


    ~ يوس ~

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...