Salam Isnin, selamat pagi semua....
Apa khabar hari ini? Aku sedikit penat. Baru pulang dari Kuantan semalam kan. Apa yang pasti, kami bukanlah pergi bercuti-cuti sakan, atau bersukaria. Kami sekeluarga mengikut SRD yang ada tugas di sana. Kiranya cuti-cuti kecil sajalah, sambil menyelam minum air gitu. Jadi tak dapatlah nak ke Gambang resort ke, TC ke, atau apa-apa tempat menarik yang di cadangkan tu. Apa pun TC dah pernah pergi dulu masa pertama kali ke Kuantan.
Jadinya, apa yang menarik kali ini dalam trip 2 hari ke Kuantan ni?
Sampai Jumaat malam, esok paginya SRD dah ada tugasan di POLISAS sampailah petang. Kami anak beranak di hotel saja. Lagipun penat, sambil tu melayan anak-anak menyiapkan kerja sekolah masing-masing dan tengok tv...
.
Petangnya dah janji nak jumpa dengan blogger
sarah-najwan sekeluarga. So, untuk cerita selanjutnya, kita tengok gambar ya...
|
bersama sarah-najwan dan keluarga. Mama sarah-najwan ni memang kecil molek je orangnya. TQ kak, sudi jumpa kami... |
|
Sabtu malam mencari restoran Ana Ikan Bakar Petai yang popular tu. Memang ramai sungguh pelanggan dia, kena beratur nak tunggu tempat duduk..huhu |
|
Antara pilihan seafood yang ada. Anak-anak suka sangat nampak ketam batu yang masih bergerak tu, dari mula sampai dah nak balik, asyik lah nak tengok ketam tu..huhu |
|
Antara pilihan menu yang kami order |
|
Ini menu utama yang popular tu. Ikan bakar + sotong bakar petai |
Kiranya, puaslah makan malam tu. Rasa macam kenyang sangat pun ada..huhu. Untuk semua yang kami order malam tu seekor ikan pari, dua ekor sotong, 6 ekor udang, lala 1/2 kg, kailan ikan masin, tomyam campur, kerabu mangga dan minuman harganya 99 hinggit. Bagi kami harga ni biasa saja, lebih kurang je dekat sini, tapi mungkin sini lom jumpa lagi ikan bakar petai ni kot..hehe.
|
Ini pula aktiviti hari Ahad. Berendam di swimming pool. Aku pun berendam juga..hehe |
|
Sebelum pulang, mengambil peluang bergambar di sini. Tak ingat nama tempatnya..haha. Orang Kuantan, sila beritahu, di mana ni ya? |
|
Anak-anak yang ceria |
Seterusnya, kami berhajat sangat nak merasa murtabak mengkasar yang popular di Pekan, Pahang tu. Makanya, kami pun mencarilah lokasi Murtabak Mengkasar yang katanya tebal dan sedap tu. Cari-cari punya cari, jumpalah, tapi takde rezekilah pulak. Tutup kedai tu..huhu
|
Hampa tengok kedai tutup, dapat tangkap gambar kedai jadilah, tak dapt nak merasa... |
Tak dapat makan di situ, kami makan di Restoran Mesra Tomyam tak silap yang lokasinya di seberang jalan dari gerai murtabak mengkasar ni. Sedaplah juga.
Selesai makan, solat Zohor dulu di masjid berhampiran, kemudian meneruskan perjalanan ke BP. Penat! Sampai rumah lebih kurang maghrib. Al-maklum banyak kali juga berhenti sepanjang perjalanan tu. Apa pun enjoy dapat jalan-jalan dan makan-makan...hehe.
Oh ya! Ole-ole dari Kuantan yang kami bawa balik....
|
Hadiah dari mama sarah-najwan yang comel. Terima kasih kak. Belum sempat merasa lagi... |
Oklah. Sekianlah saja cerita kami ke Kuantan kali ini. Nak sambung basuh baju lagi, trip yang ke 3 dah tu...huhu
~ يوس ~
HEHE.. yus dah publish stori yer..akak tggu yus buat dulu hehe..
ReplyDeletenati lenkali dtg kuantan..call akak lagi deh...
waaa..cuti cuti kak yus,best tur..
ReplyDeleteteringat mase blajo kat pekan dl..sll la p jln2 kuantan..hehe
ReplyDeleteseronoknya dpt jln2 sekali.....
ReplyDeleteaci jeles... hu3
ReplyDeleteSeronoknya dapat jumpa teman blogger. Nanti bila kakcik ke Kuantan, nak jumpa jugalah dengan Mama Sarah tu. :)
ReplyDeleteke kuantan ke? sabtu lepas sy pun ke kuantan..selamat dtg ke negeri kelahiran sy
ReplyDeletewah..bestnye g jalan2...mkn ikan bakar lagi..selera sungguh tgk pic2 makan tu...
ReplyDeletejumpe kak zia lagi..huhu...jelesz..~~
wah menariknya kak yus..segar2 lagi ikan tu, mandi pool lak tu..terbaekkk
ReplyDeletewah bestnya.. dapat berseronok bersama keluarga.. dalam masa yg sama dpat jumpa teman blogger.. bilalah dpt peluang nak jumpa yus atau kak sarah..
ReplyDeletewahhhh..
ReplyDeleteseronoknye..
cam sedap jek ikan bakar tu..
bestnya jln2 n dapat jumpa blogger... saya belum merancang nak pergi jalan2..
ReplyDeletelooor sampai ati x call kite .. kalau tidak leh jumpe .. :(
ReplyDeletehuhuhu kalau di murtabak mengkasar tuu dekat sgt ngan umah mak ieda tau .. kalau tauu yus nak kesana leh ieda call tanye kan anak tokey sbb anak tokey tuu kenalan adik msa sek .. huhuhu
mencik .. singgung ! hahahahha
wah2...dah pandai cakap hampa yaaa...
ReplyDeleteemm napa abid tu tutup muka? emm sedapnya mkanan di atas tu..okaylah tu seronok jugak jln2 cri mkn dgn anak2..diorang ni naik kete je kira dh jln jauh la tu..hehe..lum berpeluang jumpa mana2 blogger..jumpa dlm blog je...
ReplyDeleteADUHAI PART YG MAKAN2 TU JUGA YG BESTNYA...KECIK MOLEK JE YE KAK SARAH-NAJWAN TU...
ReplyDeletealaaa... kit akat KL.. kalo kat kontan, buleh tumpang sekaki jumpa..
ReplyDeletedah lama tak ke kuantan
ReplyDeleteAna ikan bakar tu kawan sekolah sy manger nyer..ada 3 restoren...lama dh x mkn situ...
ReplyDeletetmpt yg akak gi tu namanya Benteng or esplanade...tepi jalan je bertentangan ngan spital...
ikan bakar ada petai...mmmm mcm best. dan lg best kn (jeles pun ada)pshbatn d alam maya d truskn k alam nyata
ReplyDelete@sarah-najwan
ReplyDeleteInsyaAllah kak...yus pun seronok dapat jumpa akak...
hehe, semalam buka gak blog kejap kot2 akak ada update citer, tunggu yus rupanya..hihi
@mama tims
ReplyDeletemakan angin bersama keluarga tims..:)
@♥MiZz-siHa♥
ReplyDeleteoo dulu study sana ya....mesti banyak kenangan di sana kan..:)
@Keluargaku Syurgaku
ReplyDeletekalau ada peluang ikut tu, mmg tak akan lepas peluang Nurul, sebab tahu, suami selalu bz...:)
@eB ezrin
ReplyDeletejeles dengan yg mana tu eB? Makan2 atau jumpa teman blogger?..:)
@kakcik
ReplyDeletebila dapat peluang jumpa teman blogger, mmg seronok kan kakcik. Jangan lepas peluang, kalau ada free masa, apa salahnya persahabatan tu di teruskan ke alam nyata kan kakcik
@~aSHa~
ReplyDeleteoh ya ke asha? balik kg lah ni kiranya ya...
@♥cmª shIemª♥
ReplyDeletecma, jangan jeles ya. Ada rezeki zma pun boleh sampai sana dan jumpa kak zia kamu tu..hehe
@ajumohit
ReplyDeleteikan dan sotong dia mmg nampak segar aju..best!
@Hanis Azla
ReplyDeleteYus pun teringin nak jumpa pemilik blog Hanis Azla...dah lah di blog pun tak pernah nampak muka..hehe
@nurkass
ReplyDeleteSedap nurkass, lain dari yang lain sebab ada petai...terbaik!
@Sofya
ReplyDeleteSaya pun bukan merancang tu sofya, kebetulan suami ada tugas di sana, tumpang sibuk sama..hehe
@ieda
ReplyDeletealahai ieda, janganlah gitu, lenkali kita jumpa ya!
oo, nnti kalau yus ke sana lagi, harus contact ieda ni. Memang nak sangat rasa murtabak mengkasar tu...hehe
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeletekakD, tu bukan 'hampa' bahasa kedah tu, sila baca dia ikut sebutan 'hampe' ya...
@Maya Mayana
ReplyDeletedia protes apa ntah dengan abahnya masa tu yana...
akak dah jumpa beberapa orang blogger setakat ini...seronok!
@munna
ReplyDeletehehe....kecil molek lah munna berbanding akak ni..huhu
@MULAN
ReplyDeletehari tu pun terlepas peluang jumpa akak di majlis kak anie kan...
InsyaAllah kalau ada rezeki nnti, jumpa juga kita kan kak..
@Aku Ibu Muda
ReplyDeleteakak ni pun baru second time ke sana..
@zura_habib
ReplyDeletewah! ya ke? kawan zura manager dia ya. Memang ada nampak satu lagi kedai nama serupa. Tapi pelanggan dia memang ramai ya, beratur nak tunggu tempat duduk, sentiasa penuh!..
Apa pun sedap juga makan di sana..
Thanks infonya Zura, baru teringat, mmg bertentangan hospital...:)
@So Shy Lady
ReplyDeleteikan bakar ada petai tu mmg yus pun pertama kali makan kak....bestlah juga!
akak... dah la tgh lapar ni... hadoi..
ReplyDelete@NM02
ReplyDeletehehe, selalu blog niezza je letak gambar makanan kan, akak pun nak letak juga, ....hahahah
yus x sempat terjun laut ek? best makanan sedap2...saya x sempat lg nak post entry holiday cherating
ReplyDeleteeh bape jam ek dr Kuantan ke BP?
@Farra
ReplyDeletehaha, mmg tak sempat nak masuk laut pun farra. Dapat masuk pool pun jadilah...
perjalanan lebih kurang 5 jam...jauhlah juga..huhu
akak ke kuantan gak cuti baru2 ni tapi frust sbb tak tau nak kemana..tak plan dan tak buat homework sebelum pergi jadi buang masa aje duk kat hotel..
ReplyDelete@hani@debumelukut
ReplyDeletekalau tak buat homework dulu mmg biasanya tak tahu nak kemana kan kak..
Yus sebelum pergi tu, mmg search dulu di internet, tempat2 makan menarik dan popular. Bila tgk lokasinya tak jauh dari hotel tu yg terjah...
Selalu juga, ikut husband OS, dan tak tahu nak kemana duduk di hotel je, boring kan..
baru 2 fmly blogger yg
ReplyDeleteberhimpun tu pun nmpk ramai betui..
kalaulah ramai lagi blogger ..
pasti lagi meriahkan...hehe
sah..comel loteh cikgu sarah tuh
best la tu kak dapt jalan2. free lagi. ekekeke... x mkn kepok lekor ke kat sana? bagus la akk survey dulu mana nak pegi. hehe..
ReplyDeleteseronoknye...gi jln2 kat kuantan...
ReplyDeletesedap jer tengok makanan tu semua tu yus..
wah kak yus cuti2 ye , ikan bakar tue betul2 mengugat imanku melihatnya... tergoda dan ternoda dah nie kak cam ner hehe..
ReplyDeletex penah smpai kuantan :)
ReplyDeleteBest tu, pergi Kuantan. :)
ReplyDeleteTak silap Yati, tepi sungai tu orang panggil Esplanade kan. Sini takde ikan bakar petai. Mesti best, tengok gambar pun terliuq!!