Tuesday, June 14, 2011

Home » » Menghadapi kerenah anak di tempat awam

Menghadapi kerenah anak di tempat awam

Anak itu anugerah yang paling berharga dari Allah. Kitalah yang bertanggunjawab untuk mencorakkannya. Kalau sudah punya anak, mesti semua tahu kan, anak ni ada bermacam ragam dan kerenahnya. Dan tak semua anak-anak itu sama. Bagaimana mereka menyuarakan rasa tidak puashati mereka, cara mereka berkomunikasi dengan kita semua berbeza.

Bila di rumah, kalau anak meragam, banyak sangat kerenah, mungkin kita boleh marah, cubit, atau biasalah ibu-ibu seperti kita ni, tak lepas dari terkeluar suara-suara tarzan yang sedap kan. Tetapi bagaimana anda menghadapi kerenah anak di luar rumah, contohnya di tempat awam. Boleh kongsi tak?


Pernah tak anda menghadapi situasi seumpama ini bersama anak anda?
Contoh 1  ketika di kedai makan/restoran:
  • Masing-masing sibuk nak tengok menu, tapi ordernya sama juga. 
  • Dalam pada menunggu makanan tu, ada yang menyanyi, tak reti duduk setempat, sibuk nak tukar kerusi, berlari berpusing keliling meja.
  • Bermain dengan pinggan dan sudu yang ada di atas meja, mulalah nak buat gendang kuat-kuat.
  • Bila air dah sampai, minumnya sikit saja, tapi bermain dengan straw yang lebih. Kemudian tu bermain dengan ais. Sibuk nak keluarkan ais.
  • Belum pun makanan sampai, air dah tumpah.
  • Sibuk nak ke bilik air, kejap nak kenc*ng, kejap lagi nak b*rak pulak. (Adohai! Sakit jiwa kalau yang tak sabar)
  • Lebih menguji diri bila anak cakap nak b*rak, tapi hakikatnya dah melabur pun dia dalam seluar tu...huhu
  • Kalau anak bukan sorang, dan semua di atas berlaku serentak lagilah haru!!
 Contoh 2 di Supermarket/Shopping Kompleks:
  • Anak tak reti duduk diam.
  • Suka berlari dan boleh pulak tu main nyorok-nyorok.
  • Sibuk nak ambil barang yang kita tak mahu beli. Dia yang over excited nak beli benda tu. Bila kita larang, mula buat perangai menangis sekuat hati, atau lagi teruk, mula guling-guling kat situ.
  • Terpecahkan barang yang kita tak mahu beli.
  • Kita keluar duit nak bayar, dia yang sibuk nak bayarkan. Kita tak beri, boleh merajuk sampai tak boleh nak pujuk.
Ok, aku bagi dua tempat sajalah sebagai contoh. Banyak lagi, contoh bawa anak  tengok wayang ke atau di dalam kapal terbang. Macam-macam kerenah anak boleh muncul. Apa lagi kalau anak-anak kita tu jenis yang hyperaktif, bukan tak nak dengar kata, tapi memang mereka lambat sikit nak faham apa kita kata. Seronok sangat dan jenis yang tak boleh duduk diam.

Orang yang tak faham akan kata, kita tak pandai jaga anak. Apalah anak dia tu macam tu di tempat awam. Terjerit-jerit bagai, boleh berebut-rebut pun ada. Kalau dah tahu anak tu super duper aktif, kenapa nak bawa di tempat awam? Tak hormat orang lain namanya. Itu mungkin tanggapan mereka yang tak faham. Tapi cuba orang yang kata tu berada dalam situasi serupa.

Bagaimana pula  ketika kita berziarah ke rumah sedara mara atau sahabat handai. Anak kita ni jenis yang memang tak reti duduk diam. Dah penat menjeling sampai nak terkeluar anak mata pun, muka selamba je. Tak kan kat rumah orang pun kita nak marah kan. Masa tu memang sabar ajelah, balik rumah mulalah kita membebel. 

Ada juga jenis anak yang bila di rumah, pijak semut pun tak mati. Baik benor perangainya, tapi bila di rumah orang, atau di tempat awam, mula tunjuk perangai. Manja lebih2, atau suka buat hati kita panas. Pecahkan cawan di rumah orang ke, atau mungkin habis semua segala tempat, dari ruang tamu sampai ke bilik, malah sampai ke dapur dia nak masuk. Agak-agak bagaimana anda menghadapi situasi begitu?

Ada je aku perhatikan, setengah ibu bapa yang anak2nya memang jenis aktif ni, tak bawa anak mereka berjalan. Biar anak-anak duduk di rumah dengan orang gaji, atau di tinggalkan dengan atok dan nenek mereka. Semua sebab malas nak hadapi kerenah anak di tempat awam kan.

Tapi aku, jarang benar tinggal anak kalau ke mana-mana. Mana aku pergi memang anak aku bawa sekali. Bagi aku mereka memang aktif, tapi masih dalam kawalan. Cuma ada masa bila minda kurang sihat, cepatlah aku hangin, mulalah rasa nak balik cepat ke rumah.

Ada masa bila orang lain menegur anak kita, itu pun boleh buat kita terasa hati.Kekadang bila lihat anak orang yang senyap aje, cukup baik bila di tempat awam, kita akan terfikir mungkin ada yang salah pada didikan kita. Tapi orang kata, anak2 yang aktif ni memang bijak, biasalah nakal sikit cuma kita yang perlu pandai tackle mereka.

Ingin aku petik dari apa yang SRD kata. Semuanya bergantung kepada penerimaan kita. Sama ada kita menerima segala yang berlaku dengan positif atau negatif. Bila kita fikir negatif, hati akan mudah terguris, tapi bila minda kita positif, segalanya boleh berjalan dengan tenang. Anak buat perangai pun, kita masih boleh kawal dan sabar....InsyaAllah.

~ يوس ~

49 comments:

  1. Musim itu dah tamat. anak2 dah besar semua nya tapi kadang tu rindukan suasana mcm tu sekali lagi...dgn cucu pulak lah.

    ReplyDelete
  2. Kakyus,qema baru je lalui pengalaman ni setelah ammar pandai jalan ni, p memana dia sibuk nak berjalan, tak nak duduk bila dipegang nangis takmo bagi pegang..kena pandai tackle baru okey, kalau ke pusat membeli belah sibuk mau pegang2 barang..
    so ke taman permainan la selalu dibawa, bebas bermain disana hihi

    ReplyDelete
  3. saya yg kerja kat dlm shopping complex selalu ada pengumuman anak hilang...sama ada mak ayah terlalu leka atau anak terlalu nakal...huhu

    ReplyDelete
  4. yelah kak...kita yg kena selalu positifkan diri kalau anak2 buat perangai. mmg selalu ada rasa nak marah je...tp sampai bila kan~

    ReplyDelete
  5. anak akak xkira tmpt..seme bergiat aktif...huhu

    setakat ni walaupun aktif..masih terkawal..masa kecik ajo dorang camtu..dah smpi djh 4 ke atas..ok la..

    mak pak kene byk sobar..mcm akak..akak xkisah..tapi kalu tmpt awam tu..kukontrol gak lontaran vokal emasku..tapi jika dirumah..ai la juara..hahhahah

    ReplyDelete
  6. akak pun jnis klau k mn2 mmng bwk ank bsama.

    tp Alhamdulillah anak2 akak kategori yg bleh dkwl.

    dah byk kali org tegur, boleh ke shopping bwk 3 org anak skali? akak sngih je mmng t.de mslh langsung malah mnyenangkn coz diaorng ni byk mbantu wlpun msih kcil ;D

    ReplyDelete
  7. eyy.. kenkadang tegur anak kawan yg main bahaya2 pon kita kena marah...

    ReplyDelete
  8. eB akui anak2 eB notti & moody. tapi eB ttp bwk kemaner2 pn eB pegi... x kesah aper org nk kater... eB x pandai jager anak sbb eb msh belajar... tapi eB bahagier setiap saat :)

    ReplyDelete
  9. assalam yus..betul kata SRD tu..
    zaman ada anak kecik dah berlalu..he he..anak2 semua dah besar..tapi dulu..pernah mengalami semua tu..dah la anak2 semua lelaki..

    ReplyDelete
  10. memang betul tu, kesabaran kena sangat tinggi bila ada yg buat perangai

    tp alhamdulillah setakat ni anak anak akk tak berapa nak buat perangai golek guling ke bila kita tak ikut kehendak diorang, sbb memang tidak di ajar pergi ke kedai/ keluar aje beli barang yg tak ada dlm senarai.

    dan yang best diorang faham lirik mata ibu bila ibu tak setuju dgn diorang ;p
    w.pun kekadang tu jatuh kesian jugak
    tp itu yg ayah diorang terapkan pada anak anak

    kalau nak makan di luar, dari rumah lagi kami dah rancang nak makan apa, senang bila ambik oder laju je sebut apa yg nak di makan/minum

    tp biasalah perangai anak anak, kalau tidak tak kan namanya kanak kanak kan?

    ReplyDelete
  11. akak...saya suka pendapat SRD tu... so trueeee...;-)

    Dulu2x sblm ada anak mmg saya akan rasa annoy kalau jumpe bebudak kat luar yg hyperactive tp mak ayah taknak tegur.. masa tu geram aje... tp bila dah ada anak baru saya sedar.. kenkadang tu akan ada 1 masa kite rasa let it be..kalau dia dah merasa sakit tu baru dia tau benda tu bahaya...let them learn thru experience..

    ReplyDelete
  12. nadiah susah hati nak bwk safiyyah gi rumah org sbb dia suka buat rumah org mcm rumah sendiri tapi yg bagusnya org kat sini tak kisah. kalau nadiah larang safiyyah usik brg2 org, diorang cepat2 cakap "it's ok..let her be. she's exploring & learning at the same time". cuma tu la..kita je la risau & rasa tak selesa. takut anak terpecahkan brg org pun ye jgk

    ReplyDelete
  13. tu la kan kak...
    akak lagi berpengalaman...sy pun kadang2 rasa stress tapi sy try dan selalu la try fikir positif...anak kita aktif sbb cerdik....

    kadang2 mmg geram kalo atuk nenek sendiri kata anak kita aktif...padahal mereka dah biasa dgn budak2....

    tapi yg sy suka kalo gi umah org yg terbuka fikirannya...dia akan kata begini 'biasalah tu budak2'

    lega la hati skit kalo tuan umah kata gitu walau anak dia duk perhati je gelagat anak kita...ehehehehehehee...

    ReplyDelete
  14. situasi sama seperti ku kak....syahmi yg aktif sgt adik yg nk berlwn dgn abg..ape abg buat dia nk buat...hurm..

    ReplyDelete
  15. Hmmm TQ for the info kak, kekdg kita tak sedar cara mendidik anak tu salah kan..dgr radio IKIm pagi td, pon ada ttg cara mendidik anak yg betul ni

    ReplyDelete
  16. Kalau kakak tak kisah lihat ada anak-anak seperti yg Yus katakan. Sepupu kakak (lecturer di UTM skudai) anak 8 org, 7 lelaki. Kalau turun tangga bukan ikut mata tangga, ikut tepi rail. Sorang-sorang terjun. Tapi mak-ayah dia tak kisah, biarkan saja. Kalau naik kereta pun berebut, makan berebut tak kira dimana. (itu dululah)

    Kini 3 darinya berada di U'sity dan sulung di USA (bakal doktor). Anak saban tahun jadi pelajar cemerlang.

    Arwah atuk kakak pantang marah anak depan org. Jadi itulah kami ikut, insya-Allah bila besar dia boleh fikir. Marah masa kat rumah macam yg Yus amalkan sekarng betul.

    ReplyDelete
  17. terima kasih kak yus...info yang berguna buat jue...

    ReplyDelete
  18. info yg bguna kak yus..tq for sharing..
    mmg seriau nk bw anak kedunia luar..takut marah dpn org ramai..merajuk plak nnti...nk kena blajaq ni,,

    ReplyDelete
  19. amalan saya pula, dalam kereta dah siap2 pesan dan bagi ceramah dulu... masuk kereta nnt mulakan ceramah balik.. bila perkara itu berlaku berulang kali, anak2 dah faham sendiri.. tp takdelah langsung tak buat perangai.. tp sikit demi sikit makin kuranglah buat perangainya sbb tak tahan telinga dengar ceramah dalam kereta dan tak boleh nak lari dah..

    ReplyDelete
  20. amalan saya pula, dalam kereta dah siap2 pesan dan bagi ceramah dulu... masuk kereta nnt mulakan ceramah balik.. bila perkara itu berlaku berulang kali, anak2 dah faham sendiri.. tp takdelah langsung tak buat perangai.. tp sikit demi sikit makin kuranglah buat perangainya sbb tak tahan telinga dengar ceramah dalam kereta dan tak boleh nak lari dah..

    ReplyDelete
  21. memang kita kena byk bersbr dgn karenah ank2 ni..22 tempat tu semuanya terjadi pada kakD..biasa la kita cuma harus bersbr ja...klu tak bw nak tinggal kat sapa kan...itu ank kita..

    ReplyDelete
  22. Amy x de pengalaman but pernah berdepan situasi macam tue dengan rakan dan anaknya.kita tegur last maknya pulak yang tarik muncung panjang

    ReplyDelete
  23. emm yana ni krg sabar sebenarnya...dulu lagilah tgah pregnant pergi lawatan smbil belajar dgn budak esyhad tu dia dah terjerit2 nak beli itu ini...tp nk buat macamana yana je yg pergi...tkde mood yana biarkan je...tk larat nk dukung dah...malu tak malu je kak :(

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Tips CM dan suami pada 3 anak tak termasuk deeja... 1) tepati janji dgn anak.. kalau dah janji nak beli sesuatu, sampai masa mesti belikan. kalau tidak anak akan memberontak dan tak percaya pada janji dan buat hal masa shopping sbb tau emak bapak tak boleh pegang janji. 2) Suami akak tegas. Kalau anak menangis atau buat hal, dia akan cubit sikit dan angkat anak jauh dari tempat tu. Alihkan perhatian dia pada benda lain. 3) Seboleh2nya kalau nak shopping bukan barangan anak, jgn bawa anak.. tentu dia cepat boring dan buat hal. 4) Kalau di rumah orang.. marah anak kalau buat hal tapi jgn over sampai malukan anak. Sebagai tuan rumah pulak jgn kata," takpe.. budak-budak.." anak akan naik lemak. Elok kalau tuan rumah juga sokong teguran tetamu yg marahkan anak mereka tapi berhemah.. jgn lebih-lebih pulak..

    ReplyDelete
  25. pada ieda yus perkara ini terlalu subjektif .. mcm bagaimana kita melentur dia dari kecil .. sedikit sebanyak dia akan mengikut jugak kan :) sooo anak2 nie dah mcm kain kapas dan putih bila lahir .. kita yg membentuk dia kan ..

    soo pandai2 lah kita mencorakkan .. apa yg ieda tahu apa yg kita marahkan kalau selalu dia akan ingat jugak akhirnya .. soo x ada timbulnya anak2 x mengikut kata ..

    sikit2 tu normal lahh kan sbb mereka masih kecil , masih memerlukan pemerhatian kita .. tapi lama kelamaan dia akan sedar apa yg dia buat itu betul @ tidak :))

    ReplyDelete
  26. @hani@debumelukut
    bila saya di tempat akak nanti pasti rindu juga saat ini....:)

    ReplyDelete
  27. @qemaishak
    semakin anak membesar, semakin banyak yang dia ingin cuba dan tahu. Kita memang perlu banyak sabar kan qema...

    ReplyDelete
  28. @Papa Mifz
    Kadang2 bukan sebab ibubapa yang leka, tapi sebab anak2 yang terlalu aktif, memang sekejap je boleh hilang dari pandangan kadang tu...huhu

    ReplyDelete
  29. @Izan Ishak
    betul, betul. Sampai bila nak marah je, kita mmg sentiasa perlu positifkan minda, baru anak2 pun tambah positif

    ReplyDelete
  30. @sarah-najwan
    samalah yus kak. Dah tak boleh buat apa kadang tu, biarkan saja, tapi ada masa kita panas hati juga. Kena banyak sabar kan. Tahun depan Aqil darjah 4, tgk macam mana harap2 semakin matang dia. Sekarang pun dah ok juga sikit2..:)

    ReplyDelete
  31. @So Shy Lady
    Wah! Membantu bagaimana tu ya kak? Bolehlah turunkan petua ni.

    Yus shopping dengan anak 4 orang, tak berani lagi kalau tanpa suami. Tak terkawal jadinya nanti..hehe

    ReplyDelete
  32. @MULAN
    teguran untuk anak memang isu sensitif juga kan kak kalau tak kena cara dan gaya.

    ReplyDelete
  33. @eB ezrin
    baguslah begitu eB. Kita memang kena berbangga dengan anak2 kita kan, kalau tak kita siapa lagi.

    ReplyDelete
  34. @Acik Erna
    Suami saya memang lebih sabar dengan anak2 berbanding saya sebenarnya kak. Dia banyak membantu..:D

    ReplyDelete
  35. @sayangsayangibu
    Itulah anak-anak. Kalau tidak, nampak tak normal pulak ya kak.

    Anak2 saya pun lom pernah buat perangai guling2 tu, tapi yang lain2 tersenarai tu, biasa juga..hehe

    ReplyDelete
  36. @Umie
    Betul, orang yang belum ada anak mungkin rasa annoy benda2 macam ni. Tunggulah bila dah merasa, pasti dia faham punya...

    SRD memang penasihat akak sepanjang masa..:)

    ReplyDelete
  37. @Nadiah Sidek
    Alhamdulillah bila dapat orang yang terbuka fikirannya begitu kan nadiah. Anak2 akak pun serupa, rumah orang macam rumah sendiri je di buatnya..huhu

    ReplyDelete
  38. @~aSHa~
    Akak pun pernah terasa hati dengan emak sendiri bila dia kata anak2 akak aktif sangat. Rasa macam akak tak buat yang sebaiknya, tapi mungkin zaman kita dulu lain, anak2 sekarang memang lagi cepat belajarnya..

    ReplyDelete
  39. @♥Mrs.Eady♥
    biasalah tu izwa, adik suka nak ikut abang, abang pula jeles dengan adik..huhu

    ReplyDelete
  40. @ajumohit
    akak cuma berkongsi situasi, masih belajar juga cara didik anak yang betul. Memang satu tugas yang mencabar sebenarnya...perlu banyak sabar kan.

    ReplyDelete
  41. @Kakzakie
    Harap2 anak2 saya pun berjaya satu hari nanti kak...aminnnn.

    ReplyDelete
  42. @cik Jue Aka Ibu Farisyah
    mana yang boleh jadikan panduan bolehlah ikut Jue, mana yang tak elok tu jadikan sempadan kan..

    ReplyDelete
  43. @♥cmª shIemª♥
    akak pun memang kurang sabar, perlu banyak belajar lagi...

    ReplyDelete
  44. @Hanis Azla
    Saya pun begitu juga hanis, tapi ada masa mereka lupa juga sebab terlalu leka dan seronok...huhu

    ReplyDelete
  45. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    Yus pun serupa, kalau tak di bawa nak tinggal pada siapa?...huhu

    ReplyDelete
  46. @Amy Syaquena
    teguran dari orang lain kalau tak kena cara mmg boleh buat ibu si anak berkecil hati.

    ReplyDelete
  47. @Maya Mayana
    bila berdepan dengan anak yg aktif ni, kita mmg kena buat muka tembok je Yana..hehe

    ReplyDelete
  48. @Che Mid
    terima kasih atas tips nya CM. Memang kena selalu tepati janji pada anak, kalau tidak mereka pun tahu berkecil hati. Yang ni memang saya amalkan juga...

    ReplyDelete
  49. @ieda
    setuju ieda.

    anak2 ni pun ambil masa nak belajar kan..:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...