Semalam dan hari ini asyiklah terbaca pasal iPad ni. Mula-mula terbaca status seorang rakan fb menyatakan anaknya yang baru 5 tahun dah tahu minta hadiah iPad. Kemudian terbaca pula di blog Kamalia, kisah iPad2 pula. Dan semalam perbualan kami sekeluarga di meja makan sewaktu makan malam juga menyebut pasal iPad.
Al-kisahnya bila SRD memberitahu kepada anak-anak Sabtu ini ada Hari Keluarga di tempat kerjanya. Penuh bersemangat SRD bercerita mengenai aktiviti yang ada di Hari Keluarga itu nanti. Sebenarnya abahnya sendiri tidak berapa pasti aturcara majlis yang akan berlangsung nanti. Pakai mengagak saja. Anak-anak jadi teruja bila abahnya kata, ada acara ibu dan anak, serta abah dan anak.
Masing-masing nampak seronok hendak pergi. Acara untuk kanak-kanak pun tentunya ada. Dalam pada itu, abahnya kata, "Abah nak tunggu cabutan bertuah sebenarnya. Hadiah best-best tau!".
"Hadiah apa abah?", Aqil paling bersemangat ingin nak tahu?
" Ada ice-box, lcd tv, iPad pun ada tau!Kali ini semua hadiah besar-besar, tapi cabutannya sedikit saja", jawab abahnya ringkas.
" iPad tu apa bu?", tanya Aqil lagi.
Terus aku teringat dengan status fb kawan yang aku baca siangnya dan aku pun bercerita dengan SRD.
"iPad tu macam komputer juga, tapi lebih kecil dan lebih canggih fungsinya," jawab abahnya ringkas kepada Aqil.
"Aqil tak nak iPad lah. Aqil nak tv. Kalau dapat tv besar tu, abah boleh letak tv kat ruang tamu kita, tv yang kecik tu abah letaklah dalam kereta. Nanti boleh tengok tv dalam kereta,"tambah Aqil lagi.
Wajah abahnya berubah sedikit.(Sedih bila anak cakap macam tu)."Aqil nak ada tv kecil dalam kereta ya? Tv kat rumah tu mana boleh letak dalam kereta, nantilah ada rezeki lebih abah pasang tv dalam kereta ya," abahnya memujuk.
Kesian anak-anak aku. Kat rumah ni memang guna desktop besar ni ha. Abahnya adalah laptop, kalau iphone ke, ipad ke semua tu kami belum pandai guna. Memang tak pandai guna gadjet2 tu semua. Memang jauh tertinggal kami ni.
Apa pun, aku rasa biarlah mereka kenal lambat benda-benda tu semua. PS2 atau segala mak nenek mainan tu pun mereka tahu-tahu gitu je. Dari kawan-kawan, tapi mereka masih tahu cara nak guna internet. Cari maklumat. Nanti lama-lama mereka belajar juga. Kalau cepat sangat dah tahu, susah pula kita. Mesti dah pandai minta, ibu abah pun belum merasa, anak-anak dah tahu dulu.
Games dalam telefon pun ada dua tiga games saja. Yang biasa-biasa tu, jadi anak-anak memang jakun bila jumpa telefon orang yang ada games canggih-manggih. Mulalah melekat. Bagus juga, bila tiada mereka tak sibuk pun nak main kan. Kalau ada, mesti mereka lagi pandai menggunakan.
Pagi tadi, sewaktu bersarapan, aku tanya lagi pada SRD, "iPad tu macam mana bang?" (sah masih buta IT aku ni)
Nak tahu apa jawapan suami aku?
"Entahlah bu. Belum ada keperluan lagi nak guna iPad, nanti kita survey ya kegunaan dia." (sama-sama buta IT rupanya...)
Hmm..kalau dapat iPad dalam cabutan bertuah tu nanti mesti best. Bolehlah aku belajar menggunakannya....
Korang yang pandai guna iPad tu bolehlah cerita sikit apa yang bestnya dengan iPad tu ya?
~ يوس ~
best nyer kalo dpt ipad...hihi...
ReplyDeletehehehe,actually,kami xnakla dedahkan ank kami bnda2 ni sume.yela,ramai je kwn2 yg belikn ank diorg PS bagai tu, tp yg si Mr K ni xbrminat jenis yg camtu.sbb games yg betul2 gameskan.kalu ipad ni or iphone tu kita bolela donlod benda yg brfaedah la kununnya.conth mcm games tuk tajamkan minda diorg.tu dr pndpt sy n suamila.
ReplyDeletetak reti jugak psl i pad ni...tgk mana2 contest byk bg hadiah ni...
ReplyDeleteKakcik pun tak ada dan tak pandai guna iPad tu. :(
ReplyDeleteeB pn x tau gaks... ha ha ha, lawaki mkan? ;p
ReplyDeleteps: camner nk wat shoutbox sembunyi g2 yer? leh ajorkan?
saya tahu juga semua gadget2 tu.. tapi takde sendiri punya pun.. he..he.. tahu sebab adik2 dan kwn2 ramai yg ada gadget2 tu.. he..he.. jd adalah sikit2 info ttg gadget2 tu semua..
ReplyDeletehehehe.... jawapan saya pun akan sama dengan SRD gak kalau ditanya ipad tu apa. misi sekarang adalah menggandakan duit utk beli ipad.. hehehe
ReplyDelete@♥Mrs.Eady♥
ReplyDeletebest kalau tahu fungsinya. Kalau blur2 macam akak ni, rasa best ke ya?...hehe
@Kamalia
ReplyDeleteoo iPad ni pun lebih kepada main games ya Kamalia. Entahlah, akak ni kurang arif lagi pasal iPad ni...
PS2 atau yang seangkatan dengannya pun takde...hehe
@ajumohit
ReplyDeletesamalh kita ya...:)
@kakcik
ReplyDeletetulah, orang2 sekarang ni memang advanced kan kak, kita ni masih ketinggalan...:(
@eB ezrin
ReplyDeletesamalah...
rasanya ada akak letak dalam entri. Nanti akak info ya..:)
@Hanis Azla
ReplyDeletekalau rakan2 dan adik beradik ada mestilah tahu serba sedikit ya Hanis. Yus ni mmg takde...huhu
@desilza
ReplyDeleteanak dah sebut tu, memang kena cari lah juga ya ...hehe
saya xambik port sgt bab ni lagipun pitis xbrp ada susah plak ni kalau dah berkenan he3
ReplyDeletemunna pun pakai desktop je kak yus...ada berangan nak pakai laptop... tapi budak berdua tu suka sgt main tekan2 takut juga nanti... bila maksu diaorg dtg bawa lapton dua2 mcm org jakun je... takde kepentingan lagi nak beli ipad rasanya
ReplyDeleteYus... terus-terang kakak kata yg kakak tak minat guna sebab cenonet. Kakak jenis jari nak picit mudah dan bukan jenis busy sentiasa hingga kalau berjalan nak surf itu-ini. Sedang laptop dgn pc pun kakak lebih suka pc. Senang... besar. Anak-anak biarlah mereka nak guna yg cangih-manggih tu...
ReplyDeletetak reti nak gune kalau dah terlebih canggih sikit...suke yg biasa2 jer...
ReplyDeleteskang ni mcm gadjet aderkan tapi satupun tak beli lagik best gak kalau dapat ipadd 2 ni mcm boleh buat tau...mula memang tergagau nak pakai tapi biler lama dah guna ok...
ReplyDeletekalau tak dapat ipad dapat Samsung Galaxy S2 pun jadilah...hehe
bestnya pergi family day
ReplyDeletetempat hubby kak ati fmly day
tahun ni yelek...boring betui..haha
kak sal tak begitu tahu pasal iPad,NNTI belajar drp yus..buatlah catatan pasal iPad..
ReplyDeleteada lappy ni ,alhamdulillah
Even amy sendiri jual ipad tapi untill now amy x ada untuk koleksi peribadi.Semua just untuk jual je , mungkin sebab amy bukan jenis orang yang gemarkan gadget2 nie kot..
ReplyDeleteKadang2 budak2 lbh expert benda2 gini dari kita kak hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum Yus..
ReplyDeleteSalam kenal dan nak tumpang komen yer..
Ramai kawan Mp guna ipad...tapi Mp sndiri pun masih tak reti dan tak tahu guna...bila dng kawan2...terasalah jugak kita ni mcam buta IT..tapi tak kisahlah kan...guna jer apa yg ada....
mahal
ReplyDeletekak yus..hehe..bestnye ank2 dah pandai bertanya,..
ReplyDeletecma mmg hantu gadget..iphone ngan ipad mmg gadget terbaru..
dpt menang ipad yu rezeki tu..
uwaaaaaaa saya pon taktau pasal iPad tuh,memang jakun pasa ipad..malunyerrrr
ReplyDeleteieda lagilah x pandai Ipad .. mak ped nie huhuh memang bute sikit bab2 hp nie .. even beli hp punn ajak adik yg lelaki tuu huhuhu kalau biasa2 tu ok lah kan ..
ReplyDeletekalau tiba yg canggih2 nie malas nak serabut tahu tu dan ini ... teruk kan ieda nie ekkekeke :))