Hari lain kami jarang benar menonton drama. Waktu lain juga susah nak lihat kami menonton drama. Menonton drama di sini, ialah satu keluarga menonton dengan semua tertunggu-tunggu episod berikutnya.
Tapi hari Isnin setiap 9 malam, kami sekeluarga mesti berada di depan tv semata-mata nak tengok drama Juvana ni. Dari episod pertama lagi kami tengok dan nampaknya sampai semalam belum ada lagi tertinggal sebarang episod.
Bukan aku saja yang suka, anak-anak pun suka. "Cepat ibu, Juvana dah nak mula", kata Aqil sewaktu aku sibuk mengemas meja makan di dapur.
"Ibu, hari ini hari apa? Hari Isnin kan. Juvana hari Isnin kan", kata Abid pula. ( dari waktu siangnya dah bertanya ok!)
Pendek kata mereka suka pula tengok cerita ni. Ada mesej tersembunyi di dalamnya.
Aku tak tengok Nora Elena, serius satu episod pun tak pernah tengok. Ada lah tertengok 10 minit gitu kot, tapi Juvana ni memang aku suka tengok. Mula suka dengan Zahiril Adzim dan Izreen Azminda. Best pula tengok lakonan mereka.
para pelakon utama Juvana |
Episod semalam buat aku geram! Ada juga cikgu peel gitu ya. Cikgu Ariffin tu bermasalah!!! Macam manalah semua pelajar nak berubah kalau macam tu. Dan lebih sakit hati, warden Raja pun bermasalah.
Dan bila aku baca sinopsis cerita ni di blog ini, baru aku tahu, ada agenda tersembunyi rupanya warden Raja ni. Dia tak mahu semua pelajar berubah jadi baik ke? Aduhai! tak sabar nak tunggu episod seterusnya.
Korang semua layan tak drama Juvana ni?
~ يوس ~
of course la kak..peminat juvana gak ni..tak sabar nak nengok episod minggu depan, apa kaitan si kedah dengan daim tu..suka nengok semalam masa diaorang berdebat..macam best je..:)
ReplyDeletefeveret kak...geram nk lepuk si botak tu..jahat yg amat...
ReplyDeletewajib tgk kak... geram sgt dgn watak botak, warden raja ngan cikgu laki nama sapa tu...
ReplyDeletedulu kakD mula2 tngk episod 1 pastu jarang2 tapi skg koi 8 lg dah tepacak kat tv...
ReplyDeleteSuka juga tengok.. botak memang mantop.. tapi akak kena tengok korea 391.. dari awal lagi dah tersangkut dgn cita tu kenalah abiskan..
ReplyDeletemlm tadi kass ada tgk gak..pasal debat..sebelum ni nak tgk tapi byk adegan gaduh2..takut la pulok..
ReplyDeleteAnak kakcik si Adik @ Budak Sepet, sampai menangis kalau dilarang tengok drama Juvana ni. Tak tahulah apa yang dia suka sangat tengok.
ReplyDeletekak ain tak tengok tapi anak2 kat umah tu yg tengok..mmg ditunggu2...cepat2 buat kerja sekolah..nk tengok punya pasal..
ReplyDeletebest ye yus citer tu...
how many stars do u give?
ReplyDeletelayan jugak sis..tp ada jugak tertinggal episod..pastu layan kat tonton.com jelah..kita pernah jumpa bront palarae depan2..hensem tau..
ReplyDeleteayaaaaaaaaaa
ReplyDeletesedap ker ???
dulu tengok depan jer
pas tu terus tak tengokkkkk
kalau nak tengok sekarang , boleh faham lagi ker?
wajib layan!
ReplyDeletebest citer ni...lain dari yg lain kan kak yus :)
@missbby
ReplyDeletekan huda. Akak pun suka time debat tu.
Kedah tu ada kaitan dengan kematian mak si daim rasanya..huhu.
@zura_habib
ReplyDeletebetul tu. Tapi kesian botak tu sebenarnya, dia teruk juga kena dera dengan bapak dia dulu kan.
Tulah pengajaran tu, jgn suka lepuk anak, nanti anak jadi macam botak kan..
@Izan Ishak
ReplyDeletecikgu Ariffin. Tulah akak kata cikgu tu bermasalah, warden pun bermasalah...bukan nak ubah mereka jadi baik, saja nak simpan mereka di situ macam banduan kan..huhu.
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeleterugi akak tak tengok episod yang tengah2 tu kak..
citer ni ada message di setiap episod kan..:)
@Che Mid
ReplyDeletebotak tu best juga kan...
tak pernah nampak dia berlakon sebelum ni..
wah akak, layan citer korea, saya tak pernah layan..huhu
@nurkass
ReplyDeletetakut ke kass adegan gaduh2 tu..hehe
anak-anak akak setiap kali tengok minta penjelasan, kenapa gitu, kenapa gini.
Akak biar je mereka tengok, sbb mereka dapat pengajaran dari drama ni. Masing2 tak mahu jadi jahat...
@kakcik
ReplyDeletekakcik, kalau dah tgk dari mula mmg best drama ni kak...
@ainnoraini
ReplyDeletekak ainn, citer ni mmg bestlah...akak pun layanlah sekali next episod ya..hehe
@Andrik McVean
ReplyDelete4.5
@Dee
ReplyDeleteoo ya ke? Tak minat bront dalam citer ni, watak dia tu tak suka..huhu
@pB
ReplyDeletesusah sikit nak faham kot kalau tak tengok dari mula...
citer ni ada kesinambungan dari setiap episod
yus..layan jugak..tapi tidak le tiap2 minggu..kadang terlupa dah separuh..
ReplyDelete@Aku Ibu Muda
ReplyDeleteyupp, lain dari yang lain. Penuh mesej dan pengajaran...untuk kita juga ibubapa ni, jangan lalai sehingga anak2 terjebak dengan perkara yang tak betul kan...
@Acik Erna
ReplyDeletehehe, mesti sibuk benda lain tu yg terlupa kan kak...
yus biasa ada yg mengingatkan...:)
kalau saya kat mesia mesti saya pun layan cite2x nie kak..saya nie takleh tertarik kat cerita2x bersiri camni..nnt mesti asyik nak melekat aje ngan cerita tu..berhantu betul...hehe
ReplyDeleteMEMANG BEST LAH CITER NI.. TAPI MALANGNYA SAYA TAK DAPAT TENGOK SELALU.. ADA JE HAL HARI SENIN... :)
ReplyDeleteTak berapa ikut la Kak Yus, Juvana ni. Ada je kerja kena buat.
ReplyDeleteKak Yus, camana bila kita reply komen orang, kita add tanda @ sebelum username dia orang, jadi link pada blogger profile dia orang? :)
hehe...cma pom layan gak citer ni,,best kan....:P
ReplyDelete