Wah! Seronoknya. Setiap hujung minggu ada saja aktivitinya!
Kata siapa tu? Kata akukah?
Korang jangan pening-pening eh! Aku memang kepenatan ni. Setiap hujung minggu, tak pernahnya lekat di rumah. Tak lekat di rumah bukan kerana siangnya asyik berjalan, pegi sana, pegi sini, (adalah juga ke sana sini) tapi malam pun tak lekat di rumah. Maksud rumah di sini, rumah sendiri ok. Hujung minggu saja, mesti kami tidur tempat lain...huhu.
Seronok? Memang seronok. Kita ambil contoh sepanjang bulan June ini.
- 4-5 June, ni aku tak ingat ada kemana-mana tak? Rasanya ada, tapi tak catit di blog pula.
- 11-12 June, Sabtu tu hari terbuka UTHM, petang tu terus balik rumah mil di Muar. Ahad petang baru sampai rumah semula.
- 17-19 June, ke Kuantan. Ahad maghrib baru sampai rumah.
- 24-26 June, Jumaat tu balik rumah mil, malam tengok maharaja lawak di sana. Sabtu tengahari balik Melaka pula. Ahad sampai rumah sendiri pukul 9.30 malam..huhu.
Semalam adik aku kata, "akak kalau balik rumah emak malasss".Statement boleh buat hati panas mendengarnya!
Seronok weii, bila balik rumah emak, dapat senang-senang jap, makan dah siap masak, emak masak banyak lak tu. Tinggal makan je..hihi.
Tapiiiiiiii.......yang tak bestnya bila dah sampai rumah sendiri. Penat tau! Satunya, tiap hujung minggu, kena packing dan unpack baju. Paling tak tahan, hari Isnin je mesti baju melambak-lambak nak basuh. Tak cukup sekali je mesin tu berpusing, kurang-kurang 3 kali. Keluarga dah 6 orang kan.
Tu pasal aku suka bermalas-malasan bila balik rumah emak. Tapi balik rumah mil, aku ada segan sikit nak buat gitu. Kenalah juga tunjuk muka bantu mana yang patut kan..haha. Sah memang bukan anak yang baik ni, menantu baik okle, ke tunjuk baik je...huhu.
Hujung minggu akan datang ni pula, ke Kuantan lagi..... Jalan lagi.....
Oh tidak! Bukan aku tak suka jalan, suka tau!! Kalau tidak aku mesti tak nak ikut punya. Cuma bila tiap2 minggu jalan, nilah jadinya, lepakkkkkk.....
Masa jalan-jalan tu tak ingat kan, dah balik jalan, baru nak membebel. Alhamdulillah, dapat lagi jalan-jalan, kang bila terperap je kat rumah lagi tak suka!!
Ok, ok. Hari ini mari sama-sama kita lihat gambar-gambar Arif ni. Balik dari Melaka semalam, sempat lagi shopping kat Carefour. Bila tengok raut di wajahnya, penat juga kot...
Bilalah nak sampi rumah ni. Lagi tadi kat sini je |
Abah ni nak bawa aku pergi mana ni? Tin susu ni beratlah abah!! |
Abang Abid ni memang tak habis-habis nak kacau aku. Takde kerja lain agaknya?? |
Boringgnya!! Bila aku nak dapat "tekk" ni...Ibu, cepatlah! |
Haha...serius memang penat Arif tu. Dalam kereta terus tidur dia selepas "ngempeng" dengan aku. Tak sedar apa dah lepas tu, terus sampai pagi...hihi.
p/s: Suka sangat SEPAH menang maharajalawak..hihi. MIL aku peminat SEPAH no 1 tau!
~ يوس ~
salam kenal, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog...
ReplyDeletealahai comel sgt arif tu geram nak cubit!
yus,,suri sekarang ni dah tak larat nak jalan2 sangat...masa duk luar dulu memang...cuti je berjalan saja huhu
ReplyDeletemembasuh satu hal kak...
ReplyDeletenak melipat satu hal...
kalau hujan lagi naya...
sy jugakla penunggu setia rumah tiap2 mggu sbb cik abg kije...gi kuantan lg mggu nie..kem salam kt org kuantan..rindu nk blk
ReplyDeleteYus...akak suka pi jenjalan... penat pun boleh tahan...tapi bab mengemas baju tu...alamak ada kureng gemar sikit...hehehehe
ReplyDeleteakak, banyaknya shoping..samalah ngan kita kak, tiap hujung minggu tak duduk rumah, jumaat petang balik kerja je terus balik rumah ayah mertua jaga dia (tapi rumah FIL setaman dengan rumah mak ayah kita) kat bandar bp je pun..:) lepaknya nak mengemas tu lah..subuh isnin pukul 5 baru bertolak balik pt raja..
ReplyDeletewah...pack nye jadual akak..huhu....
ReplyDeletecomei pic die...
assalam yus..anak2 dah besar..pi jenjalan..dah balik tu..silabasuh dan kemas baju sendiri..he he
ReplyDeletesian arif kepenatan dia..
hari minggu lah hari jln2..
ReplyDeletehari lain urus anak skoloh..hehe
ke kuantan lagi???
bestnya hujung minggu jln2... munna cuti tak sama dgn en. abg susah nak planning aktiviti bersama...
ReplyDeletemak ai padatnya jadual akak.. amy dok kat umah je sebab nak uat persediaan untuk out station.
ReplyDeleteyang pasti bila dah berjalan
ReplyDeleteserata...
tak sabaq nk nk balik rumah sendiri
home sweet home ...
take care ...bye2
hehehe betul kan kak, saya sabtu duk umah sebab hubby keje, hari ahad tu pulun je beronggeng hehehe..hubby kata sebut je nk gi mana dia bwkkan, tp yg tak bestnya ajak gi jalan TAR taknak plak dia huhuhuu
ReplyDeletesame laaa...cuti mcm tak cuti jugak...ke sane ke mari...
ReplyDeleteKakyus, qema pun kalau balik umah mek kat kampung, memang relax habis je, masak dah siap, ammar pun kadang2 kakak yang terajin urus mandi suap makan semua hihi dah dia mmg suka sukarela buat. Tapi kalau umah MIL idok la gitu hihi
ReplyDeletebila hujung minggu penuh dgn aktiviti mmg terasa penatnya kan.. tp klu stay kat rumah aje rasa tak seronok pula.. he..he.. saya pun gitu yus.. dah beberapa minggu ni mmg tak lekat kat rmh.. walaupun tak stay tp penatnya mmg terasa sbb lebih byk masa kat luar rmh berbanding dari kat rmh sendiri..
ReplyDeletesaya pun selalu je weekend tak lekat kat umah kak...mesti ada je plan nak ke sana sini..heheh...saya suka je jln sana sini sbb saya ni malas sikit nak masak...hahaha!!
ReplyDeletetapi betul ckp akak, kalau dah jalan sana sini, yg malas bila melambak nak kena basuh baju...adeh la..pas tu nak sidai satu hal, nak lipat lagi..huhu...bila sampai time tu, tu yg rasa nak amek maid je tu...huhu....