Monday, October 31, 2011

Ulangtahun kelahiran anak maz-naz????

Salam petang Isnin...

Wah! Hari ini aku terover rajin update blog nampaknya.
Kita lupakan dulu sekejap gambar-gambar dari Melbourne tu.
Ni aku nak ulas pasal benda lain ni.

Korang ada pasang tak Widget Feedjit di blog?
Widget ni memberitahu mengenai "Live Traffic Feed" blog kita.
Aku letak widget ni sebab aku suka tengok siapa yang keluar masuk blog aku.
Kadang-kadang aku terus terjah kunjungan balas korang semua dari situ.

Hari ini aku jumpa sesuatu yang mencuit hati.
Melalui widget tersebut, aku lihat ada yang sampai ke blog aku ni melalui google.com dengan ayat ini;
ulangtahun kelahiran anak maz-naz.

Mesti si pengoogle itu nak tahu ulangtahun kelahiran anak-anak aku untuk sertai GA kan.
Sila lihat print screen ini.

Klik image untuk paparan lebih jelas
Apa yang mencuit hati aku, perkataan anak maz-naz tu.
Hahahah...nama aku Yus bukan maz-naz ya.
Mesti ada yang kompius sebab url blog ini ialah maz-naz.blogspot.com kan.

Sebenarnya maz-naz itu adalah singkatan nama anak-anak aku.
Yang lelaki maz dan yang perempuan naz.
Dulu masa create blog ni, tak tahu nak letak url apa, terus letak mcm tu.
Singkatan nama mereka.

Walau masa aku mula2 ada blog ni anak aku baru dua orang,
Tapi dah memang aku set kat kepala,
anak lelaki mesti maz, anak pompuan naz,
so, bila anak dah bertambah pun masih sesuailah kan.

Senyum aku tengok usaha kawan-kawan yang nak join GA aku tu.
Terima kasih semua.
Setakat ini sudah ada 28 penyertaan.
Nampaknya memang kena buat pemilihan sebab ramai yang jawab betul ni.
Kita tunggu sehingga GA itu tamat ya.

~ يوس ~

Foto Melbourne: Sama tapi tak serupa

Gambar-gambar dari Melbourne siri 2.
Kali ini aku kategorikan dia sebagai "Sama tapi tak serupa"

Kenapa begitu?
Mari kita lihat sama-sama....

Lukisan abstrak di dinding yang sangat menarik. Kat tempat kita susah rasanya nak nampak lukisan cantik mcm ni di tepi jalan kan. Kalau ada semua lukisan yang tak sedap mata memandang. 

Tong surat di Melbourne, yang sama warna merah untuk biasa, kuning untuk ekspress. Yang tak sama, bentuk dan saiz mungkin kan... (sila bandingkan dengan tempat kita ya)

Ok! yang samanya di sini dengan negara kita, ada contengan  di dinding dan nampak gak lah sampah kat jalan kan. Kalau tidak nampak bersih je negara diorang ni. Papan tanda Salam Namasthe tu aku suka!!!Teringat cerita hindi Salam Nasmathe lakonan Preti Zinta dengan Saif Ali Khan tu . Aku suka citer tu...hihi. 

Restoran nama Melayu di negara orang putih. SRD kata restoran ni milik orang Singapura, bukan dari negara kita ya. Ramai juga mat salleh yang makan kan...

Nasi Goreng Melbourne! Aku tak tahu nama dia, aku sajakan namakan begitu sebab nasi goreng ni SRD makan di sana kan. Ada kacang tanah tu!! Nampak menarik, kata SRD sedap!

Budak-budak sekolah di Melbourne. Ni apa aktivit sebenarnya ni? Jungle tracking mungkin. Topi merah mereka cantik, uniform biru muda, itu yg jelas tak sama kan.

Gambar ni nak tunjuk cikgu dia. Kelasss cikgu dia kan, vogue gitu...hihi. Cikgu di Malaysia mana ada macam ni kan...
Ok, entri foto dari Melbourne akan bersambung lagi nanti.

Nota kaki: Pengunjung blog ini di jemput untuk join GA FM dari Australia yang aku anjurkan. Sila terjah link ini ya!

~ يوس ~

Foto: Pengangkutan di Melbourne

Salam Isnin....

Minggu ini rasanya entri aku akan banyak menunjukkan gambar.
Sebelum SRD berangkat ke Melbourne minggu lepas,
antara benda yang aku pesan ialah ;
"Ambil gambar banyak-banyak ya bang!!"
Kalau tak di pesan, en. SRD kita ni memang susah nak ambil gambar.

Banyak juga foto menarik dari lensa kamera SRD.
Aku akan cuba kelaskan kepada beberapa bahagian.
Pagi ini aku nak kongsi foto-foto yang aku kategori kan sebagai pengangkutan di Melbourne.

Bas di Melbourne

Tram...SRD banyak menggunakan ini di sana. Comel pulak tram dia ni kan?

Kapal layar?? Aku tak tahu mereka guna kapal ni untuk apa. Pelancongan mungkin, tak sempat tanya SRD..huhu

Pandangan dari sisi....

Teksi di Melbourne. Warna kuning besar-besar pulak tu. Menurut SRD teksi di sana kebanyakkannya menggunakan kereta 3000cc...huhu. Besar tu!!! Tapi SRD dan kawannya tak naik teksi pun, tram lagi murah...hehe

Basikal di Melbourne. Yang ini memang menarik kan. Siap ada tempat letak basikal lagi. Kalau di lihat macam nak guna basikal tu kena masukkan duit kot kat situ ya. Oh! aku tak sempat tanya lebih2 lagi dengan SRD.

Menarik kan!
Nanti kalau ada peluag aku tanya en abang aku tu pasal basikal ni.

Tunggu lagi foto menarik dari sana dalam entri berikutnya...:)

Nota kaki: Pengunjung blog ini di jemput untuk join GA FM dari Australia yang aku anjurkan. Sila terjah link ini ya.

~ يوس ~

Saturday, October 29, 2011

Cenderahati dari Melbourne

Salam Sabtu....

Hari ini hari yang ceria bagi aku...
SRD dah selamat sampai kan...
Tapi ada juga yang tak bestnya.
Baru sampai pagi tadi, tapi hari ini dia kerja juga...huhu.

Ada majlis konvokesyen di Uni.
Wajib menghadirkan diri gitu...
Kesian dia...
Esok pun sama....huhuhu.

Ok. Apa cenderahati yang kami dapat...

Antara cenderahati yang SRD bawa balik
Anak-anak mencuba t-shirt yang abahnya bawa pulang
Australia haruslah warna kuning kata SRD.
Takde kena mengena dengan BERSIH ya...hihi.
Alia saja yang dapat kaler pink.
Anak daralah katakan...

Ada FM yang aku nak kongsi dengan pembaca blog aku yang setia ini.
Tapi tak banyak, jadi hajat hati nak buat GA kot.
Ada soalan yang harus di jawab.
Tunggu entri dari aku berikutnya ya.
GA untuk kawan-kawan agar mudah aku beri FM tu pada siapa yang bertuah.

Harap ada yang turut serta nanti.
Tungguuuuu!!!!!........

~ يوس ~

Friday, October 28, 2011

Tolong jangan cakap ini yang terakhir, pleaseeee...

Sekejap aje dah tiba hari Jumaat.
Sekejap aje SRD dah nak balik.
Hati berbunga riang tak sabar tunggu suami balik ni...:">.

Sedari pagi menyibukkan diri dengan kerja-kerja di rumah.
Al-maklum 5 hari juga aku tinggalkan rumah kan.

Sambil aku buat kerja, anak-anak aku suruh buat ulangkaji

Semua sibuk buat kerja sebab ibu dia kata nak ambil gambar. Kalau tidak, bercakap yang lebih, tangan perlahan aje menulis..hihi. Sila perhatikan, ada mandur tukang tengok yang lain buat latihan, siapa lagi kalau bukan si cilik Arif.
Dalam pada sibuk dengan urusan rumah,
SRD juga ada telefon beberapa kali dari Melbourne.
Aku rasa hari ini lebih dari 5 kali kot aku dapat panggilan dari dia.

Panggilan pertama tu, memang panjang juga bercakap.
Kedua kurang sikit dah,
masuk kali ketiga, rasa macam ulang benda yang sama aje.
Kali empat, aku sendiri dah kompius nak cakap apa lagi ni??
Hihihi..........

Bukan apa, SRD kata dia nak habiskan kredit telefon dari Aussie yang dia beli tu.
Dia beli  kad telefon yang bernilai  Australia dollar $20.
Dia ingatkan jumlah tu tak cukup untuk bekalan telefon ke Malaysia selama 6 hari dia di sana.
Tapi rupanya, hari terakhir hari ini, masih ada  Australia dollar $8.
Tu yang dia nak menghabiskan sebelum dia naik flight tu.
Kelakar pun ada, sampai tak tahu nak cakap apa....huhu.

Murah rupanya panggilan dari sana ke sini.
1 minit lebih kurang 20 sen aje kata SRD.
Tapi, kita nak sms ke sana dah 50 sen.

Tapi bila SRD kata,
"Ini panggilan terakhir dari abang ni. Last call ok!"

Aku boleh kecut perut!
Otak aku boleh fikir lain.
"Tolong bang, jangan cakap ini yang terakhir, pleaseee....."

Sebenarnya panggilan terakhir dari sana sebab dah nak naik flight walau kredit masih ada katanya.

Sentiasa mendoakan agar kami sekeluarga sentiasa di bawah lindunganNya.....Aminn.
Kami tunggu abah sampai pagi esok ya.
(SRD di jadualkan tiba di BP pukul 2 pagi esok...:))

~ يوس ~

Thursday, October 27, 2011

Berhujan, sampai rumah air takde??...

Terima kasih kepada semua yang mendoakan perjalanan aku hari ini.
Alhamdulillah dah selamat sampai.

Konon-konon bertolak awal sebab nak mengelak hujan.
Tak suka memandu dalam hujan,
di tambah mata aku sejak operation hari itu kurang awas dalam hujan sebenarnya.

Tapi hujan tu kan rahmat,
Walau cuba mengelak, kalau dah hujan terpaksa juga di tempuh.
Dari rumah mil pukul 3 petang.
Cuaca nampak mendung, guruh berdentum.

Belum 15 minit perjalanan, hujan pun turun.
Sepanjang perjalanan berhujan
Letih kan memandu dalam hujan ni.
Bukan apa, sejuk segala urat kaki...hihi.

Sampai rumah keletihan, kemas apa yang patut.
Mandi, solat, bila capai periuk nak masak nasi,
baru tersedar air tak keluar rupanya.
(mandi guna air tangki so tak perasan awal air takde)

image hasil carian google
Tambah penat kan bila pulang dari perjalanan jauh, air tak keluar.
Geram pun ada...huhu.
Nasib baik emak dan mil dah bekalkan lauk.
Takdelah susah-susah nak masak lauk.

Emak dan mil memang sayang aku kan...hihi.
Emak bekalkan asam pedas ikan duri dan kerang goreng cili.
Mil pula bekalkan sup ayam.
Terima kasih emak!!!
Dua-dua pun emak ku yang terbaik kan!

Menu makan malam dah siap,
Tinggal tunggu nasi masak...
Balik dalam hujan ni, perut terus laparrrrrrrrrrrrrrr........
Tak sabar lak nak makan ni...:D
(Tunggu lepas maghrib ya yus...)
~ يوس ~

Arif: Gaya baru...rambut baru

Salam hari Khamis....

Ok, dah bersiap sedia nak balik BP.
Tapi sebelum tu nak singgah rumah mil di Muar sekejap.
Anak-anak dah tak sabar nak balik nampaknya.

Pagi ini, Arif bergaya dengan rambut barunya...

Taraaaa....
Comel tak saya??....hihi.  
Ini hasil kerja tangan pakngah nya semalam...
Sangat susah ok nak gunting rambut si Arif ni.
Budak tak reti duduk diamlah katakan.
Dengan aku-aku sekali gatal sebab terkena tempias rambut dia...

Walaupun bahagian kiri tu ada terbotak sikit, oklah.
Nampak lebih kemas si kecik aku ni kan...

Ok, masa untuk bertolak...

.....بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

~ يوس ~

Wednesday, October 26, 2011

Di gula-gulakan dengan motor

Selamat bercuti semua sempena Deepavali hari ini.

Aku??
Lama dah rasanya bercuti di rumah emak ni kan...hihi.
Boleh aku katakan, cuti menggemukkan badan.
Tak habis-habis makanlah katakan.

Perancangan awalnya hari ini nak pulang ke BP.
Tapi aku rasa malas sangat.
Sebabnya esok sekolah agama saja yang tak cuti.
Sekolah kebangsaan masih bercuti.
Walaupun Alia beriya nak pergi sekolah esok,
Aku pulak boleh pujuk pontenglah sehari...hihi.

Abid pun beriya nak balik.
Dah tak betah di rumah maktoknya mungkin.
Kata dia,
" maktok asyik marah Abid aje."
Dari pagi berusaha pujuk Abid untuk stay lagi sehari di sini.
Nasib baik poksunya janji nak bawa dia jalan-jalan naik motor lagi.
Terus muka ceria....

Haha, anak aku di gula-gulakan dengan motor saja dah cair.
Jangan besar nanti jadi mat rempit sudah.

Hakikatnya, dapat naik motor sekejap saja.
Jalan-jalan keliling taman rumah atok ayah dia ni.
Lepas tu kena dera cuci kereta bersama poksunya.

Satu terapi juga tu...
Terapi untuk pandai basuh kereta..:)):)).
Sukahati aku je kan...

Alia dan Abid tolong poksunya basuh kereta. Aqil masa ni mengadap game.
Risau juga aku dengan anak sulung aku sorang tu.
Game adalah segala bagi dia.
Tak dapat main game sehari boleh sakit agaknya.
Adik-adik ada juga nak buat benda lain tanpa di paksa.
Tapi dia, harus kena bebel dulu...
Bagaimana ya???

Hmm.....ok.
Kesimpulannya hari ini sambung cuti deepavali.
Esok baru kita balik BP... :x.
Selamat bercuti kawan-kawan semua....

~ يوس ~

Tuesday, October 25, 2011

Antara Tempe dan Pizza

Mula sampai rumah emak, sajian yang aku dapat tempe dan pizza.
Makcik aku pembuat tempe yang sedap.
Tempe dia memang sedap..
Hari kami tiba di rumah emak, dia pun ada.
Jadi stok tempe sangat banyak ada di rumah emak.

Malam itu kami makan pizza kan.
Malam itu juga ada tempe goreng.
Dan hari ini, apa yang aku nak kata ya??

Lauk tengahari tadi...
Sambal tempe cili padi resepi emak yang marveles.
Tempe goreng, ikan tongkol masak asam rebus, telur goreng.

 lebih kurang mcm ni rupa sambal tempe cili api emak tapi emak punya resepi lebih kuah biasanya. (kredit picture to Catzscafe.blogspot.com)

Superbbb...
Tak tahu kenapa kalau makan lauk tempe di rumah emak memang superbb.
Sedap bertambah-tambah.
Tapi bila buat sendiri tak sedap pun..huhu.

Sejak balik, mulut ni memang tak berhenti makan kot.
Selang sejam makan.
Apa aku makan hari ini ya??

Nasi goreng ada, nasi lemak ada, mee hoon goreng ada..
Lagi???
Roti telur, nasi putih dengan lauk di nyatakan tadi,
Jagung tin, kerepek tempe,(tempe lagi??) roti pizza...
Aduh!!

Perut ni rasa dah tak boleh nak masuk, tapi mulut ni sedap aje makan...
Lagi lama aku di rumah emak, makin tembam pipi aku nanti.
Hahahaha....

Anak aku suka pizza, ayah aku penggemar tempe.
Aku?? Di tengah-tengah...
Dua-dua pun suka..hehe

Alhamdulillah....
Seronok dapat menikmati makanan kegemaran bersama-sama orang2 tersayang kan..
Tapi SRD tak suka tempe...
Bang! Kami makan tempe hari ini!!
Kat Melbourne ada tempe tak??..hehe

~ يوس ~

Monday, October 24, 2011

Alhamdulillah...BERJAYA!!!

Satu kejayaan bagi aku,
bila berjaya pulang ke rumah emak bersama-sama anak-anak tanpa SRD.
Biasa kalau SRD ada,
aku tak pernah pun di beri kepercayaan oleh dia untuk memandu ke Melaka.
Lagipun aku sendiri lebih selesa duduk di sebelah tidur...hahaha.

Bertolak dari rumah jam 2.39 petang,
dan aku berjaya sampai ke rumah emak jam 5.35 petang.
Hampir 3 jam!!!

Permulaan perjalanan Arif behave di dalam car seat dia.
Anak-anak yang lain tak berhenti bercakap,
mulut masing-masing berceloteh saja.

Serius eh?

Suasana memang agak bising, mengganggu kosentrasi.
Tapi aku cuba pekakkan telinga, tak mahu ianya terlalu mengganggu.
Selepas hampir sejam lebih, di Parit Jawa masa ni, Arif mula buat perangai.
Dia cuba meloloskan dirinya dari ikatan tempat duduknya.
Suara dah macam halilintar.
Memekik, menangis...aduh!!!

Penyelamat aku adalah anak dara aku Alia.
Aqil tak boleh di harap nampaknya.
Masa ni dia dah membuta tidur di belakang..huhu.

Alia jadi co-pilot aku.
Membantu menjaga Arif.
Kalau boleh Arif sibuk nak bersama aku, dia pun nak pegang stereng.
Nasib baik Alia pandai memujuk.

Selain berhenti sekejap di Parit Jawa isi minyak,
aku berhenti kali ke dua di lebuh raya AMJ.
Ada orang tak tahan nak buang air.
Minta tunggu sampai stesen minyak pun tak boleh.

Aduh! Terpasksalah aku berhenti juga di tepi jalan.
Tengok pembantu aku tu dah terlompat-lompat macam apa aje.
Menahan nak buang air kecil..hihi.

Gelagat Arif, masa ni dah keluar dari car seat dia, Alia yang tolong jaga.

Abid ada juga menganggu, tapi sekejap saja.
Apapun, aku berjaya......

Sampai rumah emak memang riuh rendah.
Malamnya, pakngah budak-budak ni belanja makan pizza dan kfc pula.
Kecoh!
Tapi seronok! Hilang sekejap rindu pada abah mereka.
Aku yang terlebih rindu sebenarnya....hihi

Makan pizza di rumah emak...
Aku memang tak yakin dengan diri sendiri sebelum ni.
Tak yakin aku boleh memandu dengan anak2 yang bising untuk perjalanan yang jauh.
Tapi aku tekadkan diri.
Aku boleh!!!

Komen dan kata-kata semangat dari korang semua juga pendorong kuat.
Kalau tidak mesti terperap aje kat rumah sendiri dengan anak-anak.
Takut pun ya juga sebenarnya.

Macam tak biasa kena tinggal je kan aku ni.
Dah selalu pun, cuma biasa dalam negeri aje.
Ni lain sikit rasa bila keluar negara,
rasa tak boleh nak sms atau tepon selalu.

Tambahan anak-anak cuti sekolah.
Aku tak sesibuk selalu.
Tu yang tak best kalau tak jalan-jalan kan.

Ok, di harap perjalanan pulang nanti pun akan berjaya!
Tunggu hari Rabu pula...hihi.
Aminnnn....

~ يوس ~

Sunday, October 23, 2011

Nak balik rumah emak; drive sendiri; boleh ke??

Ok, tak mahu sedih-sedih,
Tak mahu fikir-fikir lagi,
Sekejap je seminggu tu,
Kita doakan yang terbaik..
Semoga SRD selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke Melbourne tu.

Aku??
Di rumah.....,anak-anak cuti sekolah seminggu.
Apa perancangan ni???

Nak jalan-jalan mall???
Oh! Tidak!!!!
Aku tahu aku belum pandai handle mereka 4 beradik sendiri tanpa abahnya di shopping kompleks.

Sekarang dalam kepala, nak sangat balik rumah emak di Melaka.
Boleh ke aku harungi perjalanan 2 jam lebih dalam kereta tu bersama 4 kids??
4 orang kanak-kanak yang berusia, 9,7,5 dan 1 tahun..huhu

Hati aku dup-dap, dup-dap sedari semalam.
Masih berkira-kira..
Bagi yang biasa mesti akan berkata.
"Alah, apa ada hal kan? Bawa sajalah kereta tu dengan anak-anak. Dapat juga jalan-jalan dari terperap di rumah?"
Siapa kenal anak-anak aku?
Mereka semua kanak-kanak cerdik, aktif dan terlebih aktif walaupun di dalam kereta.
Konsentrasi memandu boleh terganggu.
Perjalanan jauh tu!!!!

Sepanjang perjalanan muka aku boleh stress macam ni kot??
Tapi ini jumlahnya ramai sangat ni....hahaha.

Yang pasti aku tak boleh memandu laju begini.

Pun boleh jadi ribut nanti.
Setakat ini aku pernah bawa 3 anak-anak tanpa Arif berjalan jauh sikit.
Tapi bersama Arif, 4 orang semuanya belum pernah lagi.
Dan Arif sekarang sangat-sangat tak reti duduk diam.
Perjalanan memakan masa agak lama tu!!
Agak-agak aku boleh tak??

Atau nak paling selamat,
Duduk rumah sajalah Yus!!
Study dengan anak-anak tu.
1 November mereka semua mula periksa.

Tapi aku perlu ada kekuatan untuk bawa mereka semua balik!
Aku nak balik rumah emak!!
Sehari dua pun jadilah!!!

Mungkin ini jalan penyelesaiannya.
Beri mereka buku, beri mereka mainan...but Arif!! Beri dia susu!!!
Aku tanya SRD...
"Abang percaya tak ibu boleh bawa anak-anak sendiri balik rumah emak?"

Dan dia memberi kepercayaan penuh kepada aku.
Aku boleh katanya.
Tetapi kenapa aku sendiri was-was ya???

Sebenarnya terfikir-fikir, kenapa macam tak ingat jalan nak balik Melaka ni??
Hahahahaha.....:D :">
Tulah asyik jadi co-driver je bila jalan jauh, terus jadi pelupa...hihi :D.

Ok. Wait and see....
Berjaya ke tidak aku balik Melaka??

*Semua image hasil carian google*

~ يوس ~

Friday, October 21, 2011

:::10 Jenis Siksaan:::

SEPULUH jenis siksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Isra` dan Mi`raj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenang-nya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Siksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula
(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwhudlu dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Semoga kita terhindar dari Siksaan tersebut diatas...

Wallahualam

Nota kaki: Ini adalah artikel C&P . Kita pernah belajar, kita pernah baca, tapi kita selalu lupa. Untuk peringatan aku dan pembaca lainnya.

Sumber: Facebook: Page Islam Itu Agamaku

~ يوس ~

"Hari ini bawa driver nampak??"

Santai pagi Jumaat...
Keluar ikut abang SRD hantar anak-anak ke sekolah.
Biasa aku di rumah saja, sebab lepas hantar anak-anak SRD pun terus ke tempat kerja.
Hari ini berbeza....

Sarapan pagi bersama-sama.
Singgah di kedai makcik yang jual roti canai kosong yang bulat seperti di dalam entri ini.
Dan bila aku perhatikan betul-betul..
"Roti kosong makcik tu segiempat lah!!""Mana datang bulatnya bang??"

Rupa-rupanya yang bulat itu adalah lempeng kelapa.
Makcik tu ada jual lempeng kelapa sekali.
Comel bulat-bulat rupanya.
En SRD sudah salah tengok....hihi.

Selesai bersarapan, singgah di pasar segar Jue seperti biasa.
Kiranya hari ini awal dari biasa aku ke kedai dia.
Masuk aje kedai, suara dari akak tu kedengaran sambil tersenyum memandang aku;
"Hari ini bawa driver nampak??"

:) :) aku.
Yalah, biasa aku yang jadi driver kan....

Mulut aku tak berhenti berbual kot dengan akak kedai tu.
Aku pun tak ingat apa lagi kami bualkan tadi.
Ada pasal Abid, pasal ikan, pasal masak.
Cerita orang pompuan, suri rumah macam aku.

Tak sangka rupa-rupanya SRD memerhatikan dari dalam kereta.
"Apa yang abang tengok menceceh aje mulut tu?"Borak apalah agaknya? Menceceh aje mulut dia!"

Hihi..menceceh dia kata aku??
Ambik nko Yus!!!
:)) :p .

Tapi kan statement dari akak kedai tu memang buat aku suka!!!
Hari ini aku ada driver!!
Hihi....sweet rasa.

image dari carian google

Sahabat aku terbaik dunia akhirat.
En SRD yang aku sayangg!!
Dia memang pemandu aku.
Tapi bukan pemandu kereta, pemandu aku dalam hidup.
Pembimbing, pembantu, pelindung, penasihat...
Segala yang seorang isteri perlukan...
Aku dapat daripada dia.
Terima Kasih abang!!
Dan Terima Kasih Allah kerana memberikan suami yang terbaik untukku...
(Apsal tiba-tiba air mata aku mengalir ni?? Terasa touching sendiri pula..huhu)

Korang, rasanya angin kuskus aku datang balik...
Selepas Aqil beritahu semalam,
minggu depan dia  dan Alia cuti seminggu,
Dari Isnin sampai Jumaat...
Dan SRD pula bilang....
Urusan dia di Aussie sampai Jumaat juga,
Bukan Khamis.....huhu
Anak-anak cuti, cik abang takde....
TAK BESTNYA KAN!!!!:((:((

p/s: Dalam hati je sayu ni, tapi muka tidak tau! Aku kuat!!! Aku boleh!! Blog ini tempat aku hilangkan rasa sayu tu. Terima Kasih blogku....:thumbsup:
~ يوس ~

Thursday, October 20, 2011

Ibu!!! Hencem tak Aqil??

Sangat susah nak suruh dia sikat rambut.
Setiap hari mulut aku tak henti membebel suruh dia sikat rambut selepas mandi.

Selalu juga aku pesan, supaya dia pakai minyak rambut.
namun tidak pernah dia ikut selagi muka aku tak menyinga.

Tapi pagi tadi, bila aku tunjuk minyak rambut baru kepadanya,
Dengan sendirinya dia sikat rambutnya dengan kemas.
Tanpa di suruh-suruh,
Tanpa di bebel-bebel...

Setelah rambut terkemas rapi,
Dengan muka yang comel dia datang kepada aku...
"Ibu!!! Hensem tak Aqil ibu??"

Haha...tersenyum aku melihatnya.
Memang kemas rapi rambut dia.
Siap berbedak lagi...

Penangan minyak rambut baru ya???

Korang rasa minyak rambut baru apalah yang aku beli tu kan??

Sebelum ini, sedari dia kecil inilah minyak rambut yang kami sekeluarga guna...

image dari carian google
Dan semalam, buat pertama kalinya aku beli minyak rambut ini pula..

image dari carian google
Dan bukan Aqil saja,
Malah Alia, Abid, Arif dan SRD pun tersenyum-senyum guna minyak rambut baru.
:D  :cheer

Sebenarnya, apa saja kalau baru pertama kali di guna pasti teruja kan.
Bukan hanya kanak-kanak, yang dewasa pun sama, tak gitu??

p/s: angin kuskus aku dan kurang dah...komen anda semua buat aku ceria...terima kasih :x.

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...