Friday, May 27, 2011

Arif dah 10 bulan...

Hari ini genap usia Arif 10 bulan. Cepat aje masa berlalu. Tiada gambar terbaru dia hari ini. Tapi saja nak kongsi gambar-gambar dia sepanjang bulan Mei ini...

Arif si bongsu (buat masa ini :D)Ada hati nak menambah tu...

Di ICT Shah Alam. Semua yang lain muka monyok, Arif bukan main ceria lagi ya...

Arif dan Abid tak pandang kamera

Bersama ibu, abang2 dan kakak di lobby hotel De Palma

Ada hati nak main jongkang-jongkit

Tersenyum riang di bilik Hotel Selesa JB





Klip video paling baru Arif di ambil pada 12 Mei yang lalu. Masih jalan jatuh, tapi sekarang dah berlari terkedek2, tapi masih jatuh sebab laju sangat...hahaha

Arif penghibur hati ibu di kala yang lain ke sekolah. Senyuman Arif selalu buat ibu rasa tenang....

p/s: Hari ini buat pertama kalinya tekan butang cashout di akaun nuffnang tu. Gabra habis...huhu.
Hari akhir peperiksaan untuk Aqil dan Abid. Alia semalam lagi dah habis. Malam ini balik Muar....:yuhuu

~ يوس ~

Thursday, May 26, 2011

HambaMu - Mawi, Akhil Hayy dan Imam Muda

Sungguh aku jatuh hati dengan lagu tema Imam Muda ini.
Melodinya penuh bersemangat, liriknya pula sangat indah.
Mari sama-sama kita dengar...

Owh ho..Owh ho…2x

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,

Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah ku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho ( 2x)
Hambamu Allah…..

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,

Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah ku
Hamba mu Allah

Lagu dan Lirik oleh Edry KRU.






Sangat suka dengan penampilan Juara Imam Muda 1 dalam klip video ini Ustaz Ashraf.
~ يوس ~

Wednesday, May 25, 2011

Abang tak makan ikan berenang (^_^)

Tersenyum bila mengingat kembali statement dari SRD seperti tajuk di atas. "Abang tak suka makan ikan berenang". Itulah yang dia selalu cakap bila aku suruh dia makan ikan yang aku masak.

Pernah aku berkecil hati bila dia tak sentuh pun ikan yang aku masak. Masa tu tak faham lagi selera dia. Kita dah masak penat-penat, dia tak makan, mana tak terasa hati kan. Tapi sekarang aku dah tahu dah. Jadi kalau masak ikan yang berkuah, ikan tu memang untuk aku sajalah. Untuk dia cuma kuah dah sayur-sayurnya...:p.

image ehsan google
Contoh hari ini, aku masak asam pedas ikan selar. Aku cuma masak seekor saja, sebab aku tahu yang makannya aku seorang. Yang lain aku goreng, sebab kalau di goreng baru SRD dan anak-anak makan.Mula-mula dulu memang rasa kelakar dan lucu bila dia kata macam tu. Yelah! Aku tak faham sebenarnya, mana ada orang makan ikan yang berenang lagi kan. Mesti takut nak makan kan.

image ehsan google

Tapi bagi dia kalau ikan tu di masak yang ada kuahnya, tak kiralah asam pedas ke, sup ke, lemak cili ke, itu di kira ikan berenang, sebab ikan tu terendam dalam air....:D. Bukan dia tak makan langsung, kalau dah takde pilihan tu, dia makan juga tapi sikit saja, orang kata setakat menjamah gitu.

Apa pun alhamdulillah sebab aku dapat suami yang tak cerewet pasal makan. Apa saja yang aku masak dia ngap. Cuma yang satu nilah, tak suka makan ikan berenang.....:)):)).

Bila sudah berumahtangga, adakalanya selera kita dan pasangan kita tidak sama. Aku pun sama. Ada yang aku suka dia tak suka. Namun begitu, banyak yang aku suka, dia pun terpaksa suka kot. Kalau dah aku masak, dia makan lah kan. Yang dia suka selalunya aku suka juga....jadi tak jadi masalah untuk aku :).

Bagaimana anda dan pasangan anda? Cerewet tak bab-bab makan ni?

~ يوس ~

Tuesday, May 24, 2011

Mungkinkah ini salah satu sebabnya??

Agak lama aku tak update mengenai kondisi mata aku. 

Sebenarnya 18 Mei yang lalu, aku ke klinik pakar 3 lagi di hospital BP untuk pemeriksaan susulan mengenai mata aku. Tapi malas betul aku nak cerita di sini.

Satunya, ada insiden kurang sedap lagi mengenai servis di sana. 

Keduanya, selepas berjumpa dengan pakar optometrist, keputusan yang aku terima, power semakin meningkat tetapi mata masih kabur. Aku sedikit kecewa sebenarnya dengan keputusan itu.Tambah kecewa bila dia kata, masih belum boleh buat spec baru..:(

Kemudian semalam ada pertanyaan dari follower baru blog aku ini. Hasil dari carian google aku kira mengenai retinal detachement telah membawa dia ke catatan aku mengenai perkara ini.

Dua pertanyaan beliau ialah:-

Pertanyaan1 dari entri ini


Pertanyaan 2 dari entri ini
Apa yang boleh aku kata??

Ya dik. Penglihatan akak untuk mata kiri masih kabur. Sedih kan! Apa pun ada sedikit baik dari sebelumnya. Namun begitu kalau mata kanan di tutup, memang tak boleh membaca, tapi masih boleh mengenal apa yang di lihat di depan mata. Objek-objek besar tu, nampaklah...huhu.

Komen dari doc?

Doktor di JB pun ada menjelaskan dulu, semua pun bergantung kepada individu. Tidak semua pembedahan akan membawa kejayaan seratus peratus. Jadi aku sepatutnya memang dah bersedia dengan segala kemungkinan itu.

Komen dari doktor di BP pula selepas pemeriksaan kali terakhir 18 Mei lalu, kemungkinan saraf mata aku ada yang terganggu. Tambahan pula kawasan retina yang koyak dulu sudah hampir ke kawasan sensitif. Rasanya doktor pernah sebut dulu, bendalir yang masuk ke dalam mata akibat retina koyak itulah yang mengakibatkan penglihatan aku gelap separuh. Kini kawasan gelap itu sudah tiada, tetapi penglihatan masih kabur. Semuanya mungkin di sebabkan ada saraf dalam mata yang rosak. 

Aku sedikit kecewa dengan jawapan itu, dan ini juga merupakan salah satu sebab mood berblog aku menurun. Hmmm....

Apa pun semua itu ketentuan dariNya. Aku pasrah dan redha. Teringat pula sewaktu aku menunggu giliran berjumpa doktor hari itu, aku sempat berbual dengan seorang makcik ni. Penglihatan dia juga tidak terang untuk kedua-dua mata akibat saraf mata yang rosak. Sudah hampir 14 kali dia membuat rawatan laser untuk kedua-dua matanya, namun begitu masalah tetap sama. Susah sikit nak pulih mungkin di sebabkan dia ada kencing manis. Tapi penyakit kencing manisnya bukanlah di tahap yang tinggi baru 5 je kata dia, tapi itu juga merupakan punca matanya susah nak sembuh.

Kalau dulu aku selalu terbaca, rawatan laser mata boleh membuatkan penglihatan terus terang, rabun mata hilang. Kini aku tak percaya semua tu! Semua pun bergantung kepada individu dan qada dan qadar dariNya. 

Pesanan dari doktor untuk aku hari itu, jaga mata kanan baik-baik. Kemungkinan untuk mata kanan pun mendapat retina koyak sangat tinggi kerana mata kiri pernah kena. Sentiasa berjaga-jaga kalau ada terperasan seperti nyamuk terbang pada penglihatan. Kalau ada nampak seperti itu, cepat-cepat datang berjumpa doktor.

Harapan aku semoga mata kanan sentiasa sihat. Rabun biasa tu normal lah sebab dari dulu dah rabun. Jangan terkena retinal detachment juga sudah. Setakat ini setiap kali berjumpa dengan doktor, memang kedua-dua mata di periksa. Alhamdulillah mata kanan tiada tanda-tanda retina koyak. Apa pun sentiasa perlu menjaga kesihatan mata.

p/s: Terima kasih kepada semua yang tak jemu-jemu singgah sini dan meninggalkan komen. Aku baca semua komen itu, terima kasih.
~ يوس ~

Monday, May 23, 2011

Fruit picking???

Hari Isnin yang suram....

Sungguh aku masih belum ada mood nak bercerita seperti selalunya. Apa yang sudah terjadi? Mood sudah berpusing nampaknya.

Minggu peperiksaan untuk anak-anak....

Ada yang baru ingin di kongsi, tapi tulah, mood nak edit gambar atau menulis tiada. Jadi apa kata kawan-kawan lihat gambat-gambar ini saja.

Ini aktiviti kami hampir 4 tahun yang lepas. Huh! Lama tu!....
Aku suka tengok, jadi aku nak ajak korang tengok sekali kalau sudi :).





Peristiwa berlaku pada 6 Ogos 2007


Kalau nak tahu cerita lanjut di sebalik gambar-gambar di atas....silalah ke entri ini ya.

p/s: Satu yang aku rasa berbaloi bila punya blog, setiap peristiwa yang berlaku ada tarikhnya, dan ada cerita mengenainya. Bila-bila rasa teringat dan ingin mengimbas semula, cari saja entri berkenaan. Best kan!
~ يوس ~

Thursday, May 19, 2011

SAHAM AMANAH

Malam Selasa lepas, dengan tidak sengaja, aku menonton rancangan  Halaqah: Sentuhan Kalbu di tv9. 

Sungguh ini kali pertama aku menontonnya. Selama ini tidak berkesempatan, atau selalunya waktu itu aku sudah tidur. Tidak dapat menontonnya dari mula, namun walau sebahagian saja yang sempat aku saksikan, program pada hari itu, dengan tajuk Saham Amanah, betul-betul buat hati aku tersentuh. Bukan saja aku, malah semua penonton di studio pun begitu. Boleh di lihat semuanya menitiskan air mata...SubhanaAllah.

Satu pengisian yang begitu menyentuh hati aku. Saham yang di berikan oleh Allah secara percuma kepada kita, untuk kita mencorakkannya.

Satu yang terkesan di hati aku, perkongsian yang di berikan oleh salah seorang tetamu jemputan malam itu iaitu Dr. Rubiah. Apa yang boleh aku rumuskan, kita selalu merasa kesian, sedih dengan anak-anak yang di buang oleh ibubapanya. Belum dapat melihat dunia, mereka sudah di bunuh terlebih dahulu oleh ibu bapa yang memang pendek akalnya, jauh sifat perikemanusiannya dan hilang sudah keimanannya. Namun di sebaliknya, anak-anak ini tempatnya sudah pasti di syurga, jelas lagi nyata yang bersalah ialah ibu bapa mereka yang tidak menjaga saham amanah yang diberikan Allah kepada mereka.

Tetapi bagaimana dengan kita? Anak-anak kita, kita lihat setiap hari di depan mata kita. Mereka adalah saham amanah yang di pertanggungjawabkan kepada kita. Adakah kita membawa mereka ke jalan yang di redhai Allah?Adakah kita mendidik mereka menjadi insan yang berguna? Dan adakah kita membawa mereka menjadi anak-anak yang pasti tempatnya di syurga? Yang akan sentiasa mendoakan kita walau di saat kita tiada.

Bila mendengar program ini, aku tersedar sungguh berat tanggungjawab menjaga saham amanah ini. Suatu yang buat aku terfikir, apakah yang aku lakukan selama ini mencukupi? Tidak! Memang masih jauh, aku belum berjaya menjaganya dengan baik.

Sungguh aku tersedar dari lena. Sungguh aku hanya insan kerdil yang masih terlalu cetek ilmu dunia dan akhiratnya. Sangat banyak yang aku perlu pelajari dan dalami lagi.

Alangkah bahagianya seorang ibu itu bila di hari tuanya, anak-anaknya sentiasa ingat pada dia. Tahu menjaga hatinya, bukan sahaja anak itu berjaya, tetapi tidak pula melupakannya.

Aku sendiri? Boleh ke aku lakukan itu dengan baik, dan adakah aku akan menjadi ibu yang bahagia di hari-hari akhirnya melihat anak-anak yang tahu menghormati dan sentiasa mendoakan ibu dan bapanya walaupun aku sudah tiada.

Sungguh bagus program ini.

Sedikit yang aku ingin kongsi, klip video sebahagian dari perkongsian untuk tajuk Saham Amanah dalam program Halaqah malam Selasa lalu.







Kawan-kawan blogger sekelian. Bagi yang terlepas rancangan ini, atau ingin turut merasakan sentuhan kalbu yang meruntun jiwa kita semua untuk perkongsian tajuk Saham Amanah ini, bolehlah menonton siaran ulangannya hari Isnin nanti 23 May 2011 jam 9 malam. 

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. 

~ يوس ~

Monday, May 16, 2011

Abid dan peperiksaan...

Blogger.com mengong minggu lepas
Alhamdulillah dah kembali pulih minggu ni
Tapi banyak komen yang hilang untuk dua entri akhir
Akibatnya mood aku nak berblog terus ke laut

Tengok blog pun macam suam-suam kuku aje
Tambahan pula minggu ni dan minggu depan Abid periksa
Jangan tak tahu, tadika Abid punya jadual periksa boleh tahan padatnya
Cer korang tengok....


Abid yang baru 4 tahun 5 bulan lebih tu nak kena jawab periksa :D
Baca pun masih belum begitu pandai.
Kalau perkataan yang  mudah, ada dua suku kata aje tu dah laju dah.
Lebih-lebih faham-faham sendirilah
Tapi yang kelakarnya, walaupun dia tak tahu, dia akan bantai sebut apa saja...:))
Asal berjawab kata dia

Hari ini ujian lisan Solat Subuh
Cikgunya puji, dia baca laju aje.
Alhamdulillah....
Bacaan dalam solat Abid memang sudah lancar
Doa Qunut pun dia dah boleh baca
Semua berkat jasa gurunya Cikgu Zainab

Tapi tengok nanti bab bahasa inggeris, mesti tak laju...:p
Cikgunya selalu kata, apa ni budak lahir kat England tapi kecik aje?
Budak lahir kat England, tapi english tak pandai...

Aku kurang masa ajar dia
Walaupun aku tahu hatinya cukup terang
Mudah dapat apa yang di ajar
Hmm.....

Misi untuk ajar Abid membaca dengan baik tahun ini harus berjaya
Semua yang lain pandai membaca dalam usia yang sama
Kalau Abid tak boleh, maknanya aku dah abaikan dia....
Bantu aku Ya Allah....

Aku mula jatuh hati dengan majalah Solusi

Solusi Isu 31
Satu majalah yang penuh dengan pengisian....
Korang macam mana?
Bagi yang belum pernah baca majalah ni, cuba-cubalah baca
Aku percaya korang tak akan rasa rugi...

Seperkara lagi...
SELAMAT HARI GURU
Buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku
Juga buat semua bloggers yang bergelar guru
Jasamu mendidik anak bangsa
Tiada nilanya....
TERIMA KASIH CIKGU!
~ يوس ~

Thursday, May 12, 2011

Saya dah boleh berjalan ibu!!! (^_^) dan..........

Salam bloggers....

Akhir-akhir ini aku selalu sebut dalam entri aku Arif dah mula jalan jatuh kan. Biasanya setiap step baru dalam perkembangannya aku akan kongsikan di sini. Step yang ini pun mestilah nak tunjuk juga.....:).

Mari kita lihat.....





Arif sudah mendahului abang-abang, dan kakaknya untuk ini. Semua anak-anak aku yang lain berjalan pada usia 11 bulan. Abah dia aje yang kerek dari dulu kata dia jalan umur 10 bulan :D.

Ibu tabik spring kat Arif sebab dapat kalahkan abah, berjalan dalam usia 9 bulan....:yuhuu:yuhuu

Ibu doakan moga berjaya macam abah juga ya. Untuk semua anak-anak ibu, semoga berjaya di dunia dan akhirat...aminn.

Semalam dapat kad hari ibu dari Alia. Satu yang mengusik aku ialah apa yang tertulis di dalam kad itu. Tak dapat nak sertakan gambarnya di sini, sebab dah berapa kali ambil, tak terang juga..huhu. Aku taipkan semula apa yang dia tulis di dalam kad itu di sini.

Ibu Hari ini hari Ibu
Alia sayang ibu
Alia dah bagi ibu bunga yang ini Alia nak bagi ibu kad
Ibu lain kali jangan marah Alia lagi ye
Alia sayang ibu
Alia :x ibu
Aku taip sebiji macam yang dia tulis. Tapi dia tulis sambung semua, tiada noktah langsung. nasib baik bahagian huruf besarnya betul...;).

Bahagian yang aku hitamkan tu buat air mata aku menitis. Aku selalu marah dia agaknya. Kejamnya ibu ya! Tapi Alia pun nakal juga. Aku perlu lebih bertoleransi dengan dia, kena kurangkan sikit amarah di hati yang cepat melonjak naik ni, tak gitu kawan-kawan.

Wajah terbaru anak daraku Alia Zafirah...
Bukan pada Alia saja. Kepada Aqil, Abid dan Arif juga mesti begitu, Seorang ibu tidak boleh membeza-bezakan anak-anaknya kan, Tak adil buat mereka nanti. Takut juga kalau mereka ada terasa begitu sedangkan kita sebagai ibu tidak pernah terlintas begitu.

Tapi kadang-kadang kita tidak sedar, tindakan dan cara kita mungkin buat anak-anak merasakan sedemikian. Aku bercakap dari pengalaman sendiri, bila dalam adik beradik pun ada terfikir begitu, sedangkan emak atau ayah merasakan tidak.

Bagaimana dengan kawan-kawan, pernah ke terasa begitu? Walau apa pun, ibu tetap ibu, sayangilah ibu kita seikhlas hati kita. Jasa ibu tak mungkin akan terbalas selamanya.

~ يوس ~

Wednesday, May 11, 2011

Proxy Server Refused Connection

Salam bloggers.....

Aku masih tension, tetapi semakin baik. Sejak dari pagi aku tak boleh nak buka internet ni. Bila tengok modem, semua lampu menyala. Elok je. Lihat pada network connection pun cantik. Memang internet dah bersambung dengan pc aku ni. Tapi bila buka browser dia tak dapat masuk!!!

Geram weii!! Dua-dua browser dalam pc aku ni aku buka dapat message yang sama. Mozilla dan IE. Dua-dua keluar message serupa seperti ini.

Ini bila buka mozilla, bila buka IE lain sikit, tapi maksudnya sama lah.
Balik-balik dia kata proxy server refused connection. Apa menatang proxy server ni pun aku tak faham!!!Seingat aku memang aku tiada usik apa-apa pun yang ada perkataaan proxy sebelum tu. Aku telefon 100. Adalah sessi tunjuk ajar sekejap dari pihak TMNet sana. Semua yang dia suruh aku buat, aku buat, tapi tetap dapat message yang sama. Geram dah ni..!!

Oleh kerana semuanya tak jalan, dia kata nanti akan ada yang buat susulan untuk betulkan apa sebenarnya masalah yang aku hadapi. Seorang blogger bila tak dapat buka internet atas sebab yang dia tak tahu, memang sakit hati tau!...X-(.

Ok, aku biarkan saja. Dalam pukul 3 pihak TMNet telefon lagi. Kali ini mungkin technician dia kot. Orang yang lebih arif pasal benda ni. Dia kata tiada kaitan dengan internet connection, tapi mungkin masalah windows atau browser saja.

Dia suruh aku baca apa message yang keluar. Dan aku pun ikut saja arahan yang di berikan. Dengan beberapa klik saja, masalah selesai.

Walaaa!! Suka aku. Terima kasih untuk orang itu. Siapa nama dia aku tak tanya pun, lelaki tapi suara dia lembut-lembut, ala-ala Usop Wilcha pulak......:)).

Apa pun kalau korang ada masalah sama, tadi selepas internet berfungsi dengan baik aku google dan jumpa laman sesawang ini. 

Mamat dalam telefon tu pun ajar cara yang sama. Terima kasih TMNet. Harap-harap lepas ni tiada lagi masalah serupa. Sakit hati di buatnya. 

Hmm..barulah boleh nak balas komen atau BW. Lambat mula aku hari ini jadi nampaknya, tak dapat jalan jauhlah. BW pun boleh jauh dekat ya?? :D

~ يوس ~

Tuesday, May 10, 2011

Terlupa tutup api dapur

Korang pernah tak terlupa tutup api dapur selepas masak? Aku sebelum ni tak pernah. Tapi hari ini, terlupalah pula menutup api dapur gas di dapur tu selepas menggoreng ikan kerisi tadi.

[image:google]
Al-kisahnya, hari ini aku goreng ikan kerisi. Semasa menggoreng tu, seperti biasa Arif sibuk mengacau. Sejak dah mula jalan jatuh ni, dia memang tak suka lagi duduk di dalam walkernya. Kalau aku letak juga, mulalah cuba mengeluarkan diri sendiri dari situ, atau paling senang, dia menjerit bagai nak terkeluar anak tekak:D. Kuat tu.

Dah dia asyik saja memegang kaki aku, risau juga terkena minya panas kan. Bila aku jauhkan dia, dia datang balik. Lemas pun ada, asyiklah nak pegang kaki aku saja. Lepas aku angkat ikan, terus keluar rumah menjemur kain.Arif memang seronok dapat keluar. Mulalah melatih diri berjalan lagi.

Semasa menjemur kain tu, dah terbau semacam. Bau apakah itu? Aku biarkan saja. Dalam kepala tak teringat lansung yang aku dah terlupa tutup api dapur. Aku meneruskan saja apa yang aku buat, sehinggalah bau itu semakin kuat. Masa tu baru terfikir, " Ya Allah! Tak tutup api dapur ke?".

Bila menjengah ke dalam rumah, nampak kelabu je, penuh dengan asap. Ruang dapur dah rasa kelam je. Dari jauh nampak asap panas dari kuali di dapur. Sah! Memang aku terlupa tutup api. Terus berlari menutup api. Semua tingkap yang ada aku buka. 

Lama juga baru asap hilang. Kuali pun dah jadi hitam, minyak dalam kuali pun gelap jadinya. Nilah bila buat kerja di dapur ada yang mengganggu.

Nasib baik, tersedar awal juga, kalau tidak.....hmmm.

Kita memang kena selalu berhati-hati kan. Peringatan untuk aku ni. Jangan sekali-kali lupa tutup api dapur lagi. BAHAYA!!

Korang pernah tak terlupa tutup api dapur? Cer citer sikit kalau ada pengalaman yang hampir serupa ya...:)

~ يوس ~

Penyakit kaki tangan dan mulut

Satu ketika dulu kita di kejutkan dengan banyak kematian kanak-kanak yang di sebabkan oleh penyakit ini kan.

Penyakit kaki tangan dan mulut atau Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

HFMD di sebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala penyakit:-
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Kenapa aku sibuk-sibuk nak bercerita pasal penyakit ini??

Semuanya bermula bila Arif demam malam Jumaat 29 April itu. Malam itu, SRD belanja kami sekeluarga makan pizza. Biasalah tu, memang restoran kegemaran sekeluarga. Arif tidak senang duduk. Asyik meragam saja. Tak tahu kenapa.

Malam itu, kami tak tidur. Serba tak kena di buatnya. Semua yang aku beri pada Arif dia menolak. Aku BF dia tak mahu. Aku beri botol pun tak mahu, air masak pun tak mahu, tidurkan di buainya pun menangis juga. Semua dia tak mahu melainkan melalak saja. Sampai ke pukul 4 pun dia masih tak lena tidur. Badan dia tidaklah panas sangat, biasa2, tapi memang di kira demam sikit lah. Aku tak tahu nak buat apa, hanya berdoa saja supaya dia dapat lena tidur.

Sampai ke pagi pun serupa. Bila dah pagi tu aku perasan ada tanda-tanda ruam, bintik-bintik pada siku, tapak kaki, kaki, dan tapak tangannya. Di mulut aku tak perasan, tapi dia memang tidak mahu makan atau minum apa pun. Selalu kalau dapat BF seronok dia, ini itu pun dia tak nak. SRD ingat dia demam urat sebab semalamnya tu dia memang asyik jalan jatuh saja. Orang baru nak belajar jalanlah katakan.

Kami pun bawa dia berurut di rumah bidan mak long. Melalak sakan Arif di urut mak long. Mak long kata urat-urat di kepalanya berbiji-biji. Yalah, dia memang lasak sekarang ni. Mak Long suruh aku belikan air kelapa. Dia rasa, Arif nak kena campak kot. Sebab bintik-bintik merah tu semakin ketara. 

Aku?? Masih keliru, betul ke Arif kena campak, atau lain. Kemudian kami bawa Arif ke Klinik Sejahtera. Telinga Arif memang berair semula seperti sebelum ni. Dah biasa dah, kalau demam atau selsema sikit, telinga dia pun berair semula. Aku tunjukkan bintik-bintik merah pada siku, tangan dan kaki Arif pada doktor. Aku tanya doktor campak ke ni?

Doktor periksa semuanya. Bila aku kata dia tak mahu makan atau minum satu apa, doktor periksa mulutnya pula. Ada bintik-bintik merah dalam mulut juga, dan doktor pun menyatakan, " Ini bukan campak. Ini penyakit kaki tangan dan mulut."

Berderau jantung aku masa itu. Tak tahu nak kata apa. Aku pernah dengar dulu penyakit ini banyak mengakibatkan kematian. Siapa tak takut kan.

[sumber image : google] Beginilah rupa bintik-bintik merah pada Arif hari tu. Tak ingat pun nak ambil gambar Arif masa tu, takut punya pasal...

Doktor menambah lagi, kalau selepas di berikan ubat sapuan di mulut, Arif masih tak mahu minum susu dan makan apa-apa, aku perlu segera hantar dia ke hospital. Dum! Memang takut sangat masa tu. Ya Allah, kenapa dengan anakku Arif...

Aku tanya doktor bagaimana agaknya virus ni boleh menyerang? Doktor kata, mungkin di sebabkan benda-benda kotor, atau persekitaran yang kurang bersih.

Bila doktor berkata begitu, terus teringat, akhir-akhir sebelum dia demam, dia suka sangat bermain dengan bakul sampah dalam rumah ni. Pantang nampak bakul tu, habis di selongketnya. Siap lagi di tarik plastik sampah dalam bakul tu, dan ambil segala apa ada di dalamnya. Pergerakkan dia sudahlah semakin pantas. Tak sempat nak kejar, dah habis bakul tu di telangkupkannya. Mungkinkah itu menjadi punca dia terkena virus ini??

Balik dari klinik, terus beri Arif ubat sapuan di mulut dan antibiotik yang doktor beri. Dalam pada tu, tak putus-putus, aku beri dia air masak, walaupun dia menolak. Aku suakan juga ke mulutnya. Doktor dah pesan, beri dia banyak air masak kalau dia tak mahu susu.

Alhamdulillah, selepas itu, dia mula nak minum. Mungkin di mulutnya belum berapa banyak bintik-bintik merah tu, jadi cepat hilang.

Sehingga petang Sabtu itu, Arif mula tunjukkan perkembangan positif. Makanya malam itu baru kami bertolak balik ke rumah emak di Melaka. Mulanya takut  nak berjalan, sebab Arif tak sihat.

Esoknya, Abid, lepas tu Alia, dan Aqil juga mula sakit  di mulut. Semua mulut mereka pecah-pecah. Sudah! Penyakit ini aku tahu mudah berjangkit, tak kan semua nak kena. Risau dah! Aku nak ikut SRD ke Shah Alam. Boleh ke mereka semua sembuh.

Cuti hari buruh tu memang semua kena kuarantin. Semua aku suruh minum air dengan banyak. Mereka lupa je aku sua dengan air. Alhamdulillah, semua ceria, walaupun ada lagi pecah-pecah di mulut tu. Semua memang nak ikut abahnya, sebab nak main air di swimming pool di hotel. Itu aje sebenarnya anak-anak aku ni.

Apa pun, kalau terdapat tanda-tanda serupa, eloklah berjumpa dengan doktor segera. Takut juga kalau di biarkan akan membahayakan kan.

Boleh baca lanjut mengenai penyakit HFMD di sini.

~ يوس ~

Monday, May 09, 2011

Bila seminggu tak jengah blog....

Salam semua...
Mood cuti-cuti masih ada. Nak mencoret sesuatu di sini pun tangan rasa keras semacam nak menaip. Otak blurr kejap. Walau banyak benda boleh di kongsi sepanjang bercuti, tapi serius, belum datang lagi semangatnya tu.

Maka untuk kembalikan semula semangat blog yang hilang, aku nak tepek gambar ni...

Graf pengunjung blog aku yang menurun sepanjang tak update blog
Harap-harap, graf penurunan 3 - 4 kali ganda ni boleh menaikkan semangat semula nak update dan BW seperti biasa...huhu.

Ada yang tanya aku kemana? Kami ke Shah Alam saja, ikut SRD OS sebenarnya. Gatal ikut sebab anak-anak cuti sehingga 4hb Mei. Ada kejohanan bola tampar di sekolah, maka murid tahun 1 sehingga tahun 3 di cutikan. Mereka ponteng lah Khamis dan Jumaat tu..haha. Abid lagilah, 4 hari sederet ponteng. ( Siapa ajar ni....ibu dialah kan. Nak kena babap ni)

Sampai rumah semula hari Sabtu hampir pukul 12 malam. Hari Ahad, semalam pukul 2 petang SRD dah bertolak lagi untuk OS di Temerloh, Pahang pula sehingga Selasa. Sedih tau bila suami asyik OS ni, tu yang bila dapat peluang ikut, ikut!!!:D

Oklah, memang enjin untuk berblog belum panas. Nanti-nanti kita sambung cerita.....

Selamat hari Ibu buat semua ibu-ibu di luar sana...

Salam....

p/s: OS = outstation
~ يوس ~

Monday, May 02, 2011

Bercuti!


Sebelum tu.......

Our 10th Wedding Anniversary Gift for ourselves.....sepasang jam tangan Santa Barbara Polo in black. (Tangan kami je yang masuk majalah....:)))
Terima Kasih my dear husband SRD for this lovely gift.
  
p/s: Terima Kasih atas semua ucapan dan doa dari kalian kepada kami dalam entri sebelum ini.. Aku sangat-sangat menghargainya. GTG....salam :x
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...