Malam Selasa lepas, dengan tidak sengaja, aku menonton rancangan Halaqah: Sentuhan Kalbu di tv9.
Sungguh ini kali pertama aku menontonnya. Selama ini tidak berkesempatan, atau selalunya waktu itu aku sudah tidur. Tidak dapat menontonnya dari mula, namun walau sebahagian saja yang sempat aku saksikan, program pada hari itu, dengan tajuk Saham Amanah, betul-betul buat hati aku tersentuh. Bukan saja aku, malah semua penonton di studio pun begitu. Boleh di lihat semuanya menitiskan air mata...SubhanaAllah.
Satu pengisian yang begitu menyentuh hati aku. Saham yang di berikan oleh Allah secara percuma kepada kita, untuk kita mencorakkannya.
Satu yang terkesan di hati aku, perkongsian yang di berikan oleh salah seorang tetamu jemputan malam itu iaitu Dr. Rubiah. Apa yang boleh aku rumuskan, kita selalu merasa kesian, sedih dengan anak-anak yang di buang oleh ibubapanya. Belum dapat melihat dunia, mereka sudah di bunuh terlebih dahulu oleh ibu bapa yang memang pendek akalnya, jauh sifat perikemanusiannya dan hilang sudah keimanannya. Namun di sebaliknya, anak-anak ini tempatnya sudah pasti di syurga, jelas lagi nyata yang bersalah ialah ibu bapa mereka yang tidak menjaga saham amanah yang diberikan Allah kepada mereka.
Tetapi bagaimana dengan kita? Anak-anak kita, kita lihat setiap hari di depan mata kita. Mereka adalah saham amanah yang di pertanggungjawabkan kepada kita. Adakah kita membawa mereka ke jalan yang di redhai Allah?Adakah kita mendidik mereka menjadi insan yang berguna? Dan adakah kita membawa mereka menjadi anak-anak yang pasti tempatnya di syurga? Yang akan sentiasa mendoakan kita walau di saat kita tiada.
Bila mendengar program ini, aku tersedar sungguh berat tanggungjawab menjaga saham amanah ini. Suatu yang buat aku terfikir, apakah yang aku lakukan selama ini mencukupi? Tidak! Memang masih jauh, aku belum berjaya menjaganya dengan baik.
Sungguh aku tersedar dari lena. Sungguh aku hanya insan kerdil yang masih terlalu cetek ilmu dunia dan akhiratnya. Sangat banyak yang aku perlu pelajari dan dalami lagi.
Alangkah bahagianya seorang ibu itu bila di hari tuanya, anak-anaknya sentiasa ingat pada dia. Tahu menjaga hatinya, bukan sahaja anak itu berjaya, tetapi tidak pula melupakannya.
Aku sendiri? Boleh ke aku lakukan itu dengan baik, dan adakah aku akan menjadi ibu yang bahagia di hari-hari akhirnya melihat anak-anak yang tahu menghormati dan sentiasa mendoakan ibu dan bapanya walaupun aku sudah tiada.
Sungguh bagus program ini.
Sedikit yang aku ingin kongsi, klip video sebahagian dari perkongsian untuk tajuk Saham Amanah dalam program Halaqah malam Selasa lalu.
Kawan-kawan blogger sekelian. Bagi yang terlepas rancangan ini, atau ingin turut merasakan sentuhan kalbu yang meruntun jiwa kita semua untuk perkongsian tajuk Saham Amanah ini, bolehlah menonton siaran ulangannya hari Isnin nanti 23 May 2011 jam 9 malam.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
~ يوس ~
lya mmg x miss rancangan halaqah-sentuhan kalbu ni..
ReplyDeletetp y baru ni tajuk " saham" mmg betul2 myentuh hati.. smpai menangis.. mmg penuh pgajaran utk diri sendiri.. betapa ank itu saham paling beharga di dunia & akhirat,, semua d tangan kita utk menentukan saham & menjaga saham kita sebaiknya..
terasa kerdil diri ini... :(
ReplyDeleteWaktu siaran tu ke udara, kakcik selalunya dah tidur. :(
ReplyDeletebestnya ada saham amanah :-)
ReplyDeleteala tak tngk..nanti nk tngk ulangan lah...
ReplyDeleteAlhamdulillah merasa diberi saham amanah..semoga diberi kekuatan dan dapat menjaga saham tersebut dengan sebaiknya.
ReplyDeleteYus... Dr. Robiah ini memang bila bercakap boleh buat org menangis. Pertuturan dan lontaran suaranya amat jelas dan yg nyata anak-anaknya semuanya berjaya dan dia juga pernah sesama belajar ketika anaknya juga belajar.
ReplyDeleteSaham yg kita ada sekarang kita jagalah Yus moga anak-anak kita berjaya dan kita juga berjaya utk kebahagiaan dunia & akhirat.
munna tak tgk rancangan ni hari tu.. kena alert lah hari ulangan tu nanti
ReplyDeletetq dgn perkongsian ini, dan nampaknya wallpaper di sini pun dah bertukar ek :)
ReplyDeletetak tengok la yus..
ReplyDeletekwn kat opis ni ade tengok dia kate sedih...
besar sangat tanggungjawab kita untuk menjaga saham amanah itu kan.. harap2 kita dpt melaksanakannya sebaik mungkin walaupun masih banyak lagi peranan kita yg tidak tertunai yg membawa kepada kesempurnaan didikan pada anak.. haarp2 juga kita dapat menjadi anak2 yg baik buat ibu bapa kita..
ReplyDeleteya yus .. setiap perilaku anak adalah dari didikan kita .. baik coraknya terhasil lah baik .. jika sebaliknya .. sebaliknyalah hasilnya .. huhuh ..
ReplyDeletebila difikirkan kejadian skrg nie banyak anak2 yg abaikan ibu bapa .. kenapa ?? bukankan anak2 itu didik oleh kita .. kita yg mencorakkannya .. jadi fikirkanlah cara kita dahulu sebelum menyalahkan anak2 yg membesar itu .. kecuali anak2 yg " GILE" ...
tu la yus..akak pom salu ingatkan diri akak agar dlm mendidik anak2..akak nk buat yg terbaik.ttp itulah..selalunya terbabas dgn ciri kureng sabar akak ni tau..huhu
ReplyDeleteakak salute mak mentua akak didik anak2 dia yg 9 org..seme anak my mil tu..mmg NA'IM ko mok ayoh tau..ibarat kata mok ayoh is number one in da wol...
akak harap akak bole jd mok yg gtu...
mmg berat tggjwab kita, anak2 ibarat kain putih dan kita yg mencorakkannya...nk ajar anak pki tudung pon tak terlaksana lagi...
ReplyDeletex sempat nk tgk..bole tgk nnti..
ReplyDeleteassalam yus.akak selaalu juga tengok..tapi sayangnya..kadang2 tu..teridur..maklum le kan..mata ni dah tak tahan tengok tv malam2..
ReplyDeletesalam jumaat..
ReplyDeleteamanat menjaga anak2 ni besar sebenarnya... ibubapa yg bertanggungjawab mendidik & membesarkannnya kan..
ReplyDeleteemm cetek betul pemikiran yana td..baca tajuk ingat kat saham menabung tu...rupanya saham amanah merangkap saham akhirat...yer yana pn selalu lalai dan leka...mudahan kita semua tak terus leka dan memberikan yang terbaik utk "amanah" kita itu...Amin..
ReplyDeleterenungan yg boleh dijadikan pengajaran dan pelajaran.
ReplyDeleteakak selalu juga tertengok halaqah, tapi bab buat orang nangis kadang2 jadi terover pulak.. kita orang pompuan ok lagi tengok, tapi hasben suruh tukar canel..camno..
ReplyDeletesalam yus,
ReplyDeleteakak memang penonton setia halaqah sentuhan kalbu ni..insyaAllah belum pernah miss lagilah..setiap kali menonton anak akak akan sediakan kotak tisu untuk akak..
salam yus,
ReplyDeleteakak memang penonton setia halaqah sentuhan kalbu ni..insyaAllah belum pernah miss lagilah..setiap kali menonton anak akak akan sediakan kotak tisu untuk akak..
salam yus..terima kasih dengan perkongsian tu..kadang dengan kesibukan dan kepenatan harian anak2 terabai..banyak serah pada pengasuh..terukkan...insya allah nak tunggu ulang tayangnya
ReplyDelete