-edXz6JhJAULnIDihv4okJege6w

Monday, March 19, 2012

Aktiviti cuti sekolah - Mac 2012

Bila update blog melalui email guna henfon pulak tu, macam nilah. Tak dapat nak susun gambar dengan betul. Tak dapat nak letak caption bawah gambar. Tak dapat nak cerita panjang macam selalu. Aaaahhhhhhh! Tension juga macam ni. Apa boleh buat, lappy masih di hospital.

Dari gambar dah dapat nyatakan serba ringkas kot aktiviti kami cuti sekolah seminggu baru ni. Walau banyak juga lepak di rumah saja, tapi SRD isi juga dengan aktviti ceria bersama anak-anak. Bila anak-anak seronok, ibu pun sama seronok dan gembira.

Kemana agaknya kami tu ya? Cuba teka?
Takde hadiah, just for fun. Nanti bila dapat pinjam lappy SRD aku cuba update cerita penuh...hehe.

Apa aktiviti cuti kawan2 pula? Apa yang pasti tentu semua seronok dan rasa hari ni berat nak mula rutin biasa. Monday blues terlebih, akulah tu...huhu.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Wednesday, March 14, 2012

Arif: Dia seronok main lecak!| Rentetan dari peristiwa adik Dirang

Lecak ke becak ya?
Rasa aku lebih selalu guna lecak kot.

Beberapa hari senyap dari dunia blog, aku akui rindu sebenarnya.
Tapi lappy masih dalam workshop, nak selalu guna hp ni pun jadi malas.

Dua tiga hari ni hujan aje kan.
Pagi ini pun sama, hujan yang turun buat aku rasa nak relax aje.
Tapi ada sorang budak kecik yang tak bagi aku relax.
Ada saja ragamnya yang buat aku bz dan mencuit hati.

Contoh pagi tadi, dalam pada aku menjemur kain di beranda belakang, dia dah ke luar dengan berkaki ayam main lecak.
Nampak muka aku lagi dia menyeringai sambil kakinya semakin laju di celup-celup dalam lecak itu.
Arif, Arif!
Selalu buat ibu kurang sabar.
Tak kisahlah tu, yang penting Arif sentiasa berada di depan mata ibu.

Bila tengok anak-anak, mula terbayang pembunuhan kejam adik Dirang.
Dunia sekarang semakin tak selamat.
Anak2 nak bermain di luar pagar rumah pun rasa takut nak lepaskan.
Semua tempat ada risiko bahaya kan?

Membaca mengenai Dirang di bunuh kerana dendam terhadap neneknya rasa macam tak masuk akal langsung.
Kenapa semakin ramai manusia kurang akal dan pedoman di luar sana?

Satu pertanyaan dari Alia yang menyentuh hati aku,"kalau Alia hilang macam Dirang, ibu buat apa?"
Ya Allah, kalau itu terjadi pada anak-anak aku, tak tahu bagaimana harus ku harungi dugaan itu.
Minta dijauhkan dari berlaku.

Semoga anak-anak kita sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.
Al-Fatihah untuk adik Dirang.

Peristiwa ini juga ,membuat aku teringat cerita SRD menemuduga pelajar untuk dapat biasiswa.
Pelajar yang dapat 9A+ dalam SPM tetapi gagal bila di temuduga.
Skill menjawab soalan masa temuduga langsung tiada.
Mereka macam tahu maklumat dari buku saja langsung tak dapat kaitkan dengan pengalaman sendiri.

Persoalannya, bagaimana anak2 kita nak belajar dari pengalaman kalau semua ibu bapa dah makin takut nak lepaskan anak2 sendiri.
Anak2 lebih banyak di kurung di rumah, di suruh baca buku 24 jam, atau lebih banyak bermain dengan komputer berbanding bermain dengan kawan2 di luar rumah.
Banyak beza dengan zaman kita dulu kan.
Salah siapa agaknya?
Persoalan yang sukar untuk di jawab kan.
Hmmm....


................
Sent from my Nokia phone :)

Tip tangani kanak-kanak mengamuk

* Elak tunjukkan rasa sayang kepadanya hanya kerana sesuatu tingkah laku baik yang dilakukannya contohnya, "mama sayang kamu berkongsi dengan adik."

* Tunjukkan kepadanya bahawa anda sentiasa menyayanginya walau siapa dia.

* Cuba gunakan sense of humor untuk meredakan mood tidak baik yang ditunjukkannya.

* Bantunya meluahkan rasa marahnya dengan memperakui perasaan yang sedang dialaminya itu supaya dia memahami yang dia tidak dibenci kerana memiliki perasaan tersebut.

* Elakkan dari menjerit memarahinya bila dia cuba meluahkan rasa marahnya!

* Tunjukkan kepadanya bagaimana mengawal rasa marah melalui contoh yang anda sendiri lakukan.


#* SUMBER: Ratu Berita Harian m/s R6 - slot Bersama Dr Mastura Badzis *#.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Friday, March 02, 2012

Aqil: Anak ibu kena buli lagi?

Ibu pun tak pasti sama ada ini kes buli ke tak?
Namun ibu rasa ini kes tak puashati pelajar.
Namun ibu jadi gerun tau Aqil.
Anak ibu ni terdedah dengan amarah budak2 lain.
Siapa yang salah?
Aqil ke puncanya?

Ceritanya, petang semalam dia balik dari sekolah agama dengan muka yang suram.
Sampai depan pintu terus tunjuk leher pada aku.
"Ibu Aqil kena cekik dengan budak darjah 6!"

Aduh!Kena lagi.
Gaduh sampai cekik2 leher kawan apa kes ni?
Risau aku dengan budak2 zaman sekarang ni.

Kata Aqil, dia tengah sapu sampah sambil gurau2 dgn kawannya.
Guru takde, dan waktu hampir nak balik masa tu.
Dia bertugas sapu sampah semalam.
Tetiba ada budak darjah 6 lalu depan kelas tu.
Aqil pandang budak tu semacam kot.
Budak tu jadi hangin terus kata, "Apa pandang2?"


Aqil pula jawab, "Nko sekolah pagi kelas 6B kan?
"Kalau 6B kenapa? Nko kelas apa?"
"Aku 4T!"

"Nama je 4T tapi bodoh!"
Lepas cakap benda tu dia terus cekik Aqil.
Sampai merah berbekas leher anak aku!
Kawan Aqil cuba meleraikan pun kena cekik sekali.
Nasib baik ada ustazah lalu kata Aqil, terus dia berhenti dan melarikan diri.

Budak lelaki mmg macam ni ke?
Rasa tercabar sikit mula nak tunjuk hero?
Aqil menangis sambil bercerita tu.

Aku pun tak faham kenapa budak tu hangin.
Mungkin ke cara Aqil sebut dia 4T tu dgn nada riak?

Kelas T@Terbilang kat sekolah ni kira kelas A lah,
dan kelas B@Bistari kelas yang paling akhir dari 4 kelas yang ada untuk setiap darjah.
Adakah itu puncanya dia hangin?

Aduh!! Aqil, tolonglah jangan cari pasal dengan pelajar lain nak!
Risau ibu tau!

Aqil balik sekolah agama sekali dengan anak jiran aku yang juga ketua pengawas sekolah agama.
Kira satu keretalah sbb jiran aku tu yang bertugas amik mereka.
Jelas anak jiran aku tu, budak yang cekik Aqil ni pernah kena tangkap dengan guru sbb curi jam kawan di sekolah.

Adeh! Tolonglah Aqil.
Jangan berlagak pandai lain kali.
Awak tu kecik aje.

Gambar atas, konon nak tunjuk leher Aqil yang masih merah berbekas masa balik semalam.
Tapi tak clear sangat guna kamera hp ni.

Korang, sebagai ibu apa patut aku buat ekk??
Anak aku Aqil ni pun pantang orang bercakap, suka menjawab.
Risau!!!!!!!

Please Aqil, behave and mind your own business.
Jangan sibuk orang lain boleh tak?
huhu.

Sekian...

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Thursday, March 01, 2012

Tomato dan ais batu pengganti scrub dan toner

Nak berkongsi dengan semua tips penjagaan muka yang aku dapat dari rancangan Safiyya di tv9 sebentar tadi.
Tips berkesan untuk kecerahan kulit muka dan penjagaan wajah kita di samping dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia pada muka.

1. Buah tomato di belah dua. Sebelah untuk waktu pagi dan sebelah lagi untuk malam sebelum tidur.
2. Sebelah tomato tadi di taburkan sedikit gula di atasnya. Gosokkan muka kita dgn tomato itu perlahan2 sama seperti cara kita scrub muka selalu tu.
3. Setelah itu biarkan jus tomato td kering di muka kita sendiri selama lebih kurang 5 minit sebelum di bilas dgn air suam.
4. Lap muka kita dgn tuala bersih atau tisu.
5. Ambil ketulan ais pula dan sapukan ke muka. Ketulan ais ni adalah pengganti toner muka sebenarnya.
6. Kemudian keringkan muka dgn tuala bersih dan bolehlah mula gunakan pelembap muka atau alat solek seperti biasa.
7. Lakukan ini 2 kali seminggu pagi dan malam untuk dapatkan wajah yang bersih dan segar.

Ok kawan2. Aku pun tak pernah cuba lagi ni.
Tapi nampak mudah, jimat duit dari belanja untuk toner dan scrub muka.
Macam aku memang tak pandai sangat nak ber'scrub' atau ber'toner' ni.
Tengok wajah cik kak yang beri tips ni di tv tadi, memang lembut, cerah dan bersih aje kulit muka dia.
Jom kita cuba sama-sama nak? . . .hehe.

Sekian.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)