Salam pagi Selasa kawan-kawan....
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang tinggalkan komen pada entri semalam, sekaligus menjadi peserta 1 Day Lucky Draw aku. Ada dua komen yang di tinggalkan selepas pukul 11.59 21 Feb, makanya kerana mengikut syarat yang aku tetapkan, dan berlaku adil kepada yang lain, dua yang terakhir tu, tak dapatlah turut serta dalam cabutan.
Minta maaf banyak2 kepada Kak Anie dan Kamalia. Namun begitu aku sangat menghargainya, selepas ni kalau ada yang tinggalkan komen di situ pun, aku masih menghargainya. Cuma tak dapat ikut lucky draw itu saja. Semua yang beri wish birthday pada aku , buat aku lupa sekejap dengan masalah baru yang timbul semalam.
Wishlist pertama aku semalam, nak cermin mata baru dengan bingkai merah atau pink kan. Aku hampir-hampir mendapatkannya daripada SRD. Sampai di kedai membuat cermin mata, seperti biasa aku dah pilih bingkainya. Belum muktamad dengan keputusan aku, tukang kedai suruh aku buat test mata dulu.
Bila ujian di buat, sebelum masuk ke bilik gelap, tukar-tukar lens macam selalu tu, dia kata, aku sebenarnya ada masalah dengan mata kiri. Mungkin problem katarak atau apa, dia tak pasti. Dia sarankan aku ke klinik pakar mata terlebih dulu buat check-up dan dapatkan power spec dari sana terus sebelum datang ke kedai semula untuk buat cermin mata. Cara itu lebih selamat dan kita akan dapat power lens yang lebih tepat untuk mata kita.
Makanya aku, SRD dan Arif pun ke klinik pakar mata .
Klinik Pakar Mata Masran & TG Kamal |
Kami ke klinik di atas atas cadangan kedai cermin mata Nusantara di Parit Raja. Sampai sana hati berdebar juga. Bila sampai giliran untuk ujian mata yang biasa tu, aku di dapati tidak boleh membaca atau nampak sedikit pun huruf2 di depan yang di tunjukkan pada aku apabila mata kanan aku di tutup. Sah! Ada masalah pada mata kiri aku. Makanya, kena buat pemeriksaan lanjut.
Tunggu lagi, kemudian aku di panggil semula untuk berjumpa doktor. Di periksa dengan teliti mata aku tu, doktor mendapati ada masalah pada mata kiri aku. Aku di suruh keluar semula dan diberikan sejenis ubat pada mata kiri. Ubat itu di titis kan ke mata aku 3 kali dalam selang 15 minit setiap satu. Setelah itu baru aku di panggil semula untuk buat pemeriksaan selanjutnya.
Masih berdebar-debar, lama juga doktor membelek mata kiri aku tu. Di letak satu kanta apa aku tak tahulah, di pancarkan cahaya putih terang pada mata, di tengok dengan teliti lah senang kata. Akhirnya dapatlah masalah yang aku hadapi sebenarnya. Doktor kata aku menghidap RETINAL DETACHMENT pada mata kiri.
Sedikit terkejut. SRD di panggil. Doktor menerangkan serba sedikit pada kami pasal retinal detachment ni. Tak berapa faham masa tu, sebab hati rasa susah hati selepas doktor kata hanya boleh pulih dengan pembedahan yang di panggil Vitreoretinal Surgery. Itu pun dia jangkakan akan 90% pulih, ingatkan 100% tadi.
Bila SRD tanya, tak boleh ke guna laser je? Doktor kata tidak, hanya dengan pembedahan dan dia tak boleh buat pembedahan tu, harus di rujuk kepada hospital besar di JB , Melaka, atau Selayang. Dia suruh kami pilih yang mana kami lebih selesa.
Setelah berbincang lebih kurang dengan SRD, maka aku memutuskan untuk di rujuk ke hospital Melaka. Doktor pun kata, hospital Melaka lebih advance untuk pembedahan mata. Kalau nak di rujuk ke swasta, memakan belanja lebih kurang 8k-9k. Banyak tu? Huhu...
Selepas keputusan pemilihan hospital di persetujui, doktor tersebut buatkan surat rujukan untuk aku bawa ke hospital nanti. Aku harus buat pembedahan mata dulu sebelum cermin mata aku ni di ganti!!.
Ya Allah. Dalam pada aku suka-suka pagi semalam, dapat pula ujian ini, aku memang tersentak dan bersedih. Selama ini aku tak perasan, sebab mata kanan banyak membantu. Memang rasa penglihatan semakin kabur, tapi tulah, aku ingat power naik je kan, macam biasa. Tak tahu pula ada masalah yang lebih berat.
Aku redha dengan ujian ini. Cumanya aku risau bila aku nak ke Melaka buat check-up selanjutnya dan tentukan bila aku harus di bedah. Anak-anak di sini, semua sibuk dengan persekolahan lagi. Buntu aku. Memang kena cari masa sesuai, dah kami belum tahu lagi bilakah masa yang sesuai itu.
Setelah pulang dari klinik semalam, aku ambil kesempatan cari dalam web apa itu RETINAL DETACHMENT dan aku menemui satu laman yang banyak info pasal ni. Aku petik sedikit dari laman web itu di sini :
Untuk lebih maklumat lanjut, bolehlah ke laman web itu juga di sini ye.What is it Retinal Detachment?The retina acts as the 'camera film' of the eye. For the retina to work, it has to be in the correct place, lining the inside wall of the eye (like wall paper lining the wall of a room). In retinal detachment, part or all of the retina has peeled away from the wall, affecting its ability to work properly.The cause of most retinal detachments is a break/tear in the retina which results in fluid 'seeping' under the retina and detaching it from the wall of the eye.Retinal detachment is therefore a potentially serious condition because it can severely affect the vision of the eye, especially if the detachment affects the part of the retina that serves the central vision (called the fovea). Some detachments spread quickly to involve the fovea in the matter of hours while others may remain stable and never progress.
Gambar di bawah ni aku dapat dari laman web yang sama. Semalam masa jumpa doktor pun, doktor menunjukkan image yang sama berlaku pada mata aku.
Ini gambar retina yang normal (detached retina) |
Ini pula gambar retina mata yang ada detachment macam mata kiri aku ni |
Aku memang susah hati sekarang ni. Satu lagi aku sangat takut untuk di bedah. Mata pula tu. Takut weh!! Harap kawan-kawan semua dapat doakan yang tebaik buat aku ye.
Aku perlu berfikiran positif demi semua yang sayang pada aku kan. Aku tak nak buta sebelah. Ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat melihat yang kau berikan kepada aku selama ini. Aku masih belum puas melihat duniaMu.
Masih belum pasti bila nak ke hospital Melaka. Mungkin Jumaat ni.
Apa pun semalam aku tetap buat juga kek kukus oren tu. Tapi tak jadi kek aku. Dia merajuk kot, sebab orang yang buatnya hati tengah gundah gulana kan. Sebenarnya mixer aku tiba-tiba rosak masa pukul mentega . Siap keluar api gitu. Terus pukul pakai tangan saja, tu yang tak jadi kot.
Nanti aku kongsi gambar kek kukus oren aku yang tak jadi tu ye. Entri selanjutnya lah kiranya....
Do pray for the best for me. Luv u guys.....
Do pray for the best for me. Luv u guys.....
~ يوس ~
kesiannye kak,tkde cara lain ke selain dibedah? mudah-mudahan semua selamat...
ReplyDeleteKak.
ReplyDeleteTak tahu kenapa tiba-tiba je menangis baca entry akak ni. Semalam akak cerita rasa risau. cakap kat mak, mak lg lah terkejut besar.
Betul tu, akak kene kuatkan semangat untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, Allah mendengar rintihan hati kita.
Ana doakan semuanya berjalan dengan baik. Paling penting, akak kne positive!
kak.yus..semoga tabah hadapi semua ni, qema doakan moga segalanya berjalan lancar & selamat..
ReplyDeleteya Allah..gerun pulak tgk gmbr tu. apa2 pun, moga dipermudahkan urusan akak..
ReplyDeleteakak, perkara mcm ni akak kena cepat tau. takut nnt lagi melarat. jgn susah hati, berdoalah utk hilangkan rasa risau akak tu. insyaAllah.. takde ape yg akan berlaku. Allah tu adilkan.
ReplyDeleteAllah bukakkan hati akak utk permintaan cermin mata baru tu adalah jalan utk akak tau ape yg tak kena. betul tak kak...
takpe, akak jgn susah hati.. teruskan rawatan dan pembedahan tu. saya doakan yang terbaik utk akak. tiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
sekurang kurang dapat tahu seawal ini, mungkin ada cara yang terbaik untuk merawat pada peringkat sekarang kan?
ReplyDelete@Misz Sephia
ReplyDeleteAna! Tak tahu kenapa bila baca komen Ana, air mata akak terus mengalir deras Sampai teresak-esak gitu....:(
Thanks my dear, doakan yg terbaik dan moga semuanya berjalan lancar
Kak Yus,
ReplyDeleteSabar, kak...
insyaAllah semua akan selamat.
Alhamdulillah akak tahu awal, masih boleh buat rawatan.
Mami doakan yang terbaik utk akak, dipermudahkan menghadapi dugaan ini, kak..
akak, saya sgt simpati ngan nasib akak, sgt2 simpati...saya bayangkan saya berada dlm kedudukan akak sekarang...
ReplyDeleteakak kena kuat demi anak2 dan SRD...jgn putus berdoa akak...saya doakan yg terbaik utk akak...
percayalah, apa yg Allah tentukan ni, sebenarnya ada hikmah disebaliknya...
percayalah kak...
kami semua sayang akak...
kak yus..takut dan sedih bila saya baca kisah akak ni..smoga seumanya dipermudahkan..Insya Allah,akan selamat..
ReplyDeletealahai sedinhyer baca cerita kak yus nie kak.. semoga di permudahkan yer akak.. dah mudah-mudahan cepat sembuh yer kak...
ReplyDeletesabar yus.. kami doa agar mata yus sembuh seperti asalnya..
ReplyDeletesaya mendoakan yg terbaik utk Yus & semoga dipermudahkan Allah swt... Amin.
ReplyDeletekuatkan semangat ye kak yus..terkejut sy...semoga segalanya berjalan lancar utk akak dan keluarga:-)
ReplyDeleteya Allah yus..
ReplyDeletekita dapat rasakan mcmana perasaan yus
semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik2
mana yang bagus tulah yang pergi yus
anak2 mungkin boleh minta mak or
MIL bantu...
kita nak sihat demi anak2 kita kan ^__^
ada buat apa semalam...
ReplyDeleterugilah kak ati ni tak on9
syahmi demam panas...hari ni pun
curi2 masuk sat
takde rezeki ^__^
moga2 semuanya selamat kak...
ReplyDeleteinsyaallah
Kak Yus! moga semua selamat ye. banyak2 tengok pokok2 hijau. hehe.. rehatkan mata tu. Take care!
ReplyDeleteouch..ngeri oke..erm mmg kena bedah jugak?? xde cara lain? be strong k =)
ReplyDeletekak yus....jgn ssh hati ye..insyallah...semua akan oke..
ReplyDeletekak cma tag akak..free nnti join ye..
http://shiemacma.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-sayangku-faish.html
sedihnya dapat berita ni.. harap2 yus terus tabah.. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.. kita sama-sama berdoa yg terbaik utk kesihatan yus.. Take care yer..
ReplyDeleteYa Allah terkejut baca cerita nih. Kesiannya. Memang kuat betul Yus bila dapat redha cerita macam nih. Saya yang baca pula yang susah hati. Moga2 Allah permudahkan urusan nanti dan dapat pulih semula. Take care. Shafakillah..Shafakillah
ReplyDeletesemoga urusan akak semuanya berjalan lancar dan pulih semula...
ReplyDeleteinsyaAllah kak...
@ermayana a.k.a mrs mahzan
ReplyDeletemenurut doktor tu mmg cara terbaik pembedahan...tawakal ajelah
@qemaishak
ReplyDeleteaminn..tq
@Nadiah Sidek
ReplyDeleteterima kasih nadiah
@NM02
ReplyDeletesuka sangat baca nasihat dari neeza ni. Buat akak rasa tenang tau! TQ ye..."hugs"
@sayangsayangibu
ReplyDeleteye alhamdulillah masih di peringkat awal.
Saya ni mmg takut bila sebut operate..huhu
@mummiey
ReplyDeletetq
@wahida
ReplyDeleteSayang Wahida tau! Memang kena kuat untuk anak2. Akak fikir anak2 yg akak tambah risau sebenarnya. Sebab selepas pembedahan perlu ada rawatan susulan. Masa tu mesti tak boleh memanndu terus. Mata perlu jagaan kan, kena lah fikir cara lain untuk anak2 ke sekolah..huhu
@Kamalia
ReplyDeleteLia yg baca takut, akak mula2 dengar lagi takut. Takutnya bila dengar kena bedah kat mata tau...huhu
@Isteri Yang Comel
ReplyDeletetq....:)
@MULAN
ReplyDeleteterima kasih kak Mulan
@Sari Yusa Ibrahim
ReplyDeleteAminn..tq Sari
@mrs_zura
ReplyDeleteakak akan kuat semangat selagi ada suami dan anak2 akak di sisi, InsyaAllah.
TQ dear
@Ati Masrif
ReplyDeletetulah, tp lebih risau saper nak hantar mereka ke sekolah dan ambil dari sekolah seperti biasa. Emak tak pandai drive, kena naik van sekolah lg nampaknya..huhu
@Ati Masrif
ReplyDeleteOo, semalam ada lucky draw sempena birthday yus yg ke 35..hehe
@cheqna
ReplyDeletetq
@Asmara
ReplyDeletetengok pokok hijau, retina boleh kembali normal ye As..hehe
tq dear
@Cma Shiema
ReplyDeleteok, nnti free akak tgk ye
@Hanis Azla
ReplyDeleteHanis, tq....:)
@lady zaini
ReplyDeleteSaya kuat ke zakiah. Entah ek. Saya mmg jenis orang tak suka pendam, suka meluahkan dengan itu baru saya boleh teruskan apa yang patut saya lakukan.
Selagi saya tak luahkan, biasanya saya akan murung saja, semua kerja tak jadi nanti..
@~aSHa~
ReplyDeleteTerima kasih ye...
@YanaMIB
ReplyDeletemenurut doktor bedah ada lah rawatan terbaik. Thanks
kak yus, think positive..insyaAllah,semuanya akan selamat..i used to be in that situation..bukan psl mata lah tapi still about pembedahan.. masa tu saya baru pregnant & dr. scan & found out saya ada ovarian cyst..the cyst size is about tennis ball..besar kan?..and mmg xde cara lain selain dari bedah..bole kalau xnak bedah tp kalau jd pape, sendiri tanggung la..lagipun nak bedah tu sbb nak tau type cyst tu samada itu adalah norm cyst or kind of cancer..kalau cancer have to buang everything, janin,ovari & termasuk rahim (nyawa wanita yg dah kawin kan??).. akak imagine, masa tu dah le saya baru dpt berita gembira (+ve pregnant) after waited almost 2 yrs but then at the same time dpt ujian dariNYA yg sebegitu rupa... kalau saya tak kuatkan diri masa tu, ntah le.. so, saya set dalam otak saya masa tu.. ALLAH akan bagi ujian setakat apa yg mampu diterima hambaNYA..DIA tau yg saya mampu terima ujian yg mcm tu,sebab tu DIA pilih saya utk diuji.. bila dah set mcm tu baru saya ada kekuatan diri & pilih utk operation.. Alhamdulillah, semuanya dah selamat sekarang.. So, akak pun kena kuat & banyakkan doa padaNYA..insyaALLAH DIA akan memudahkan jalan utk akak.. saya doakan yg terbaik utk akak..
ReplyDeletesorry kak, terpanjang plak comment saya nie..;-)
Umie,
ReplyDeletecerita umie buat akak rasa kecilnya akak ni. Takpe, Umie nak tulis panjang mana pun boleh. Akak baca punya. Thanks kongsi dengan akak pengalaman Umie ni.
Memang akak fikir yang positif je sekarang walau dalam hati sangat takut di bedah..huhu
kak yus.. lambat saya tau citer ni.. sbb ari ni baru nak baca2 blog.. kak yus tabah ek.. saya doakan moga sumenya akan berjalan lancar..
ReplyDeleteMudah2an semuanya berjalan dgn lancar. Takecare Yus. Hugs frm Azi.
ReplyDeleteAskum,
ReplyDelete