Tuesday, February 01, 2011

Home » » Kini di Melaka....

Kini di Melaka....

Selamat Malam semua....

Ada ke yang bersiaran malam-malam ni? Rasanya hampir semua dah mood cuti-cuti kot. Aku pun sama. Bersiaran di rumah emak di Melaka. Satu hari ni tak dapat bertenet apa lagi berblog, lain macam rasanya...huhu.

Bertolak dari Senggarang tengahari tadi. Singgah makan nasi beriani Mad Shah dulu di Batu Pahat. Kemudian tu berehat sebentar di rumah MIL di Muar. Solat dan borak-borak dengan MIL dulu.,lepas tu baru bertolak ke Melaka. 

Pukul 6.00 petang baru sampai di Tg. Minyak. Lama pula rasanya tak balik rumah emak. Arif dari tadi tak mahu tidur. Mungkin sebab berubah tempat. Sedari tadi cuba muat naik gambar tapi internet rasa slow sangat. 

Mood betul-betul ke laut ni. Sambil menaip, sambil tu tengok Cicakman 2 di Astro Ria. Serius, ini baru pertama kali aku tengok cerita ni...huhu.

p/s: esoklah baru letak gambar.....
~ يوس ~

23 comments:

  1. selamat sampai kpg dah yer..kami esok baru berangkat!

    ReplyDelete
  2. @puanbee
    Alhamdulillah dah selamat sampai dah..:)

    ReplyDelete
  3. seronoknye balik kampung kan... rindunya nak balik kampung jugak.. time cuti panjang camni mesti ada byk kenduri gak kan kak..rindu jugak nak makan lauk kenduri..huhu

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti kak yus & family...

    ReplyDelete
  5. sronoknyer... slamat bercuti ;)
    jemput singgah jenguk kami yer ;p

    ReplyDelete
  6. salam yus..yus kat area umah MIL yus tu tak ada banjir ye..patutlah semalam cam sunyi je..penya yus balik kg..

    ReplyDelete
  7. wah, bestnya balik kampung.. akak ni masih terfikir2 lg nak jalan kemanalah cuti panjang CNY ni.. tp klu lepak aje kat rumah pun best jgk.. boleh rehat puas2..

    ReplyDelete
  8. sonotnye akak balik kpg holiday..

    selamat bercuti ye..

    ReplyDelete
  9. oo..patut la kak yus snyp je..dah start bercuti~hehe

    ReplyDelete
  10. Wahhh seronoknya dia balik kampung.
    Makan puas puas tau.. heheheh

    ReplyDelete
  11. wah seronoknya sudah sampai di kampung amy baru malam nie bertolak ke k.l dan besok pagi baru ke melaka..

    ReplyDelete
  12. @Umie
    takpe Umie. Kutip pengalaman di tempat orang pula. Nanti akan jadi satu kenangan yg manis juga kan.

    Sampai masa nnti, mesti tak sabar2 nak pulang ke kampung kan

    ReplyDelete
  13. @~Yus~
    Terima kasih yus. Tak pulang bercuti ke Malaysia ke?...hehe

    ReplyDelete
  14. @mamaaedrean
    Jengah mamaaedrean? Di Melaka juga ke kini...:)

    ReplyDelete
  15. @suri solehah
    Alhamdulillah area rumah emak yus ni tak banjir. Rumah mil pun ok. Ha'ah dah balik kampunt. Suri tak balik kg ke?

    ReplyDelete
  16. @Hanis Azla
    Lepak2 kat rumah sendiri pun best juga kak. Boleh kemas2 apa yang patut kan..hehe

    ReplyDelete
  17. @atie
    Senyap dari BW, tapi update, InsyaAllah update. Cuma nak BW mcm selalu agak terhad masanya..huhu

    ReplyDelete
  18. @azieazah
    Makan2 biasa je kot kak, cumanya ada org masakkan tu yg best kan. Kita cuma jadi pembantu je..hihi

    ReplyDelete
  19. @Amy Syaquena
    Oo, kampung di KL ke? hehe...semoga selamat dalam perjalanan ye

    ReplyDelete
  20. Salam Kak Yus... hujung september ni insyaAllah balik Malaysia (dah takyah bercuti, terus balik)... hihi.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...