Thursday, February 24, 2011

Home » , » Kek Lapis Oreo Kukus permintaan dari Aqil

Kek Lapis Oreo Kukus permintaan dari Aqil

Salam tengahari Khamis.

Semalam memang penat rasanya. Tak dapat aku buat kek lapis oreo kukus permintaan Aqil tu. Pagi tadi, dia cakap dengan aku. " Ibu tu kata nak  buat kek oreo untuk Aqil, tak buat pun?"

Aduh! Sedih rasa hati anak cakap begitu. Bukan ibu tak nak buat sayang, ibu bz semalam..huhu.

Makanya pagi ini aku gagahkan diri buat juga. Lama juga prosesnya. Akhirnya menjadi juga kek lapis oreo kukus aku, walaupun lapisannya tidak begitu ketara.

Lapisan kuning dan hijaunya tak berapa jadi kan. Aku baru pertama kali buat kek ni, makanya tak pandai nak bagi adunan tu sama banyak antara dua warna.

Kek lapis oreo aku masih dalam loyang
Resepi aku ambil dari Album @ Suke-Suke Masak ni. Boleh terjah sana kalau nak cuba juga ye.

Hari ini balik dari sekolah, tengok kek sudah tersedia, Aqil sampai tak nak makan nasi. Makan kek tu saja. Malas aku nak paksa dia makan nasi kalau dah dia tak nak kan. 

Aku takde warna oren di rumah. Guna warna kuning, macam tak menarik je gabungan warna ni . Lain kali aku nak cuba gabung dua warna yang lainlah..hehe. Rasa boleh tahan sedap. Gebu.

Buat Aqil, SELAMAT HARI JADI SAYANG!

Walaupun kek ini lewat sehari ibu buat, ketahuilah ibu sayang semua anak-nak ibu. Kalau tak kerana perkara semalam, pasti ibu dah buat awal. Jangan terasa hati ye!

SAYANG AQIL!

~ يوس ~

19 comments:

  1. emm akak tk nak try chill cheese cake oreo ke?simple tp sedap cam kat secret recipy...yana ade letak kat blog,gi arr godek kat blog...

    ReplyDelete
  2. perghhh nampak sedap je tue..meh le anta sini sikit hehe..

    ReplyDelete
  3. yang penting sedap! mesti sedap la tu kan. hehe..

    ReplyDelete
  4. nampak sedap lah... klu dah anak minta macam tu.. mmg macamana pun mesti kena buat juga kan...

    ReplyDelete
  5. Nampak cantikje jalur oreo tu kak..xpe warna tu perkara kedua yang penting sedap hehe

    Jom baca: Khasiat BUDU Terbongkar

    ReplyDelete
  6. dari gamba ni je dah tau kesedapannye kak..:)

    ReplyDelete
  7. assalam yus..
    alhamdulillah dah tertunai hajat aqil
    hati seorang ibu kan yus..camana pun luangkan jugak masa untuk memenuhi permintaan anak..

    ReplyDelete
  8. biler la bleh buat kek ni kan..hhu..teringin tapi x pandai...

    ReplyDelete
  9. cantik kek tu yus..

    sape tak sayang anak kan ^___^


    Jom baca: MENGIDAM SERI MUKA

    ReplyDelete
  10. kak...nmpk sedap sungguh..kelaparan ni...

    ReplyDelete
  11. nak buat!! nak buat!! thanks akak bg link!

    ReplyDelete
  12. salam

    sedap tu,,,semua kek kita makan..heheh

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum

    hepi belated besday utk ibu aqil dan aqil... moga jadi anak yg membahagia ibu dan ayah yea (^__^) ~

    ReplyDelete
  14. sedapnye...nnt nak try (ntah bile la agaknye nak buat tu)..hehe

    akak,saya ada kawan..dia cite abg dia dulu pun ada buat operation mata sebab retina dia koyak..sebabnya dia jenis pakai contact lense & sometimes sampai bwk ke tido..tu yg effect kat kornea dia sampai terkoyak..so, mmg operation la jalannya.. Alhamdulillah lepas tu ok.. so, InsyaAllah akak pun akan ok..gambare ye kak!

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum Kak Yus...cantik la kek ni...nampak pun sedap...boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  16. pada saya dah nampak cantik dah kek tu... nampak sedap sgt.. klu saya jd aqil saya pun tolak nasi juga.. he..he..

    ReplyDelete
  17. nampak sedap jekan..warna pun ok ape..tapi lagi terang lagi cun kot..

    akak nak tanya tropikal village tu kat arae mana..4/3 ni nak balik johor umah mak cik hubby kat rengit..jauh tak kalau dari rengit..

    ReplyDelete
  18. cantekkk per....tang oreo tu nampak mengancam. saper2 yg nak rase kenalah rajin mencuba ! :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...