Salam tengahari Isnin,
Hari ini bermulalah rutin baru anak-anak aku. Semua dah mula naik van sekolah. Senang sikit kerja aku. Tapi kena keluar duit bayar tambang van sekolah lah pulak kan....
Ok, itu selingan saja. Cerita aku sebenarnya, pasal saman trafik. Semua pun tahu hari ini hari akhir bayar saman kan. Mulai esok, dah takde diskaun lagi dan mungkin nama kita di senarai hitamkan.
Aku ni, sebelum ni buat tak tahu saja. Memang dah pernah check ada dua saman, tapi sebab bukan aku yang buat kesalahan tu, adik aku yang guna kereta tu yang buat kesalahan kan., jadi perasaan nak bayar saman tu takde. Sudah terang lagi bersuluh, peristiwa berlaku masa aku tiada di Malaysia.
Tapi, kerana takut nama di senarai hitam, makanya periksa sekali lagi nama di MyEg. Aku dan SRD antara orang akhir bayar saman lah ni. Tapi bukan hari ini tau kami bayar. Sabtu lepas. ( Eleh, awal dua hari je...hihi)
Bila check nama di MyEg, sah ada dua saman. SRD pun sama ada dua saman. Saman aku dari RM150 dapat kurang jadi RM60. SRD pula dari RM300 tinggal RM140. Oh! Harus bayar ni supaya tiada masalah timbul di kemudian hari. Diskaun banyak juga tu kan.
Resit saman sudah di bayar dari MyEG |
Senang dan mudah je bayar saman kat MyEg rupanya. Tak perlu susah-susah beratur. Cumanya kenalah berurusan di waktu yang betul. Supaya transaksi berjalan lancar dan cepat. Macam aku hari tu, buat waktu hampir maghrib. Orang tak ramai guna waktu tu kot. Senang dan lancar sahaja.
Makanya kami dah bayar saman trafik kami. Anda semua bagaimana?
~ يوس ~
sy pun dah bayo saman
ReplyDeletesy ada 5 saman + 1 waran
huwaaaa
terbang rm440
salam yus..apa khabar hari ni..
ReplyDeletesebut kata saman ni,,tension gak..macam saya hari tu nak renew road tax..awal tahun hari tu..sekali cek saman sampai seribu lebih..kami pindah tak tukar alamat huhu..terpaksa bayar jugaklah. discaun,,dpt rm900...yg agak geram tu semua saman speed trap huhu
Kakcik belum bayo saman... :(
ReplyDeletesaman akak tu dah lama hubby byr..xnak jd camni skrg..org seme serbuuuuu...
ReplyDeletenasib baik tak de saman...kalau tak lari la jugak budget bulan ni..
ReplyDeletedulu2 dah puas byr saman ni...
emm alhamdulillah akak dh sempat bayar...utk akak semoga terus tabah,dapat sesuaikan diri dan cepat sihat...biasa la kak kutuk mengutuk dlm blog ni buat semangat down jer...dh berbalah-balah,sana-sini orang masing2 nk wat entry kat blog masing2...aishh...dh mcm zmn jahiliah
ReplyDeleteakak.... website myeg jem teruk ari ni. dari tadi ai bukak tak dapat. ai nak cek bagi pihak kazen. ai dah lama setel... hehehe
ReplyDeleteteringat saya suka perli asben..sbb selalu kalau blk perak dr johor tu mesti ada surat cinta (saman speed trap).. saya ckp kat dia "bagusnya,berkhidmat utk kerajaan & sedekah duit pulak kat kerajaan"...hehehe
ReplyDelete@Wanita Bertudung Hijau
ReplyDeleteWaran? macam mana tu?
@suri solehah
ReplyDeletesalam suri,
alhamdulillah hari ini sihat. Hari ini lama juga yus depan pc, huhu, yus tak boleh menahan diri dari menjauhi pc ni suri. Bagaimana ye?
Banyaknya amaun yg suri kena bayar ye...huhu
@kakcik
ReplyDeletebelum bayar ke kakcik, kalau satu je takpe kot...hehe
@sarah-najwan
ReplyDeletehari ini semua saluran nak bayar saman jem ye kak
@ainnoraini
ReplyDeletebila lari budget tu yg susah hati kan...
@my name is Yana
ReplyDeletejangan fikir sangat pasal tu Yana. Kita berblog dengan hati suka, dan tahu jaga tatasusila dalam berblog itu yang penting.
Mulut manusia ni biasalah, mudah berkata-kata, even melalui penulisan..
@NM02
ReplyDeletetadi akak cuba bukak pun jem...huhu
@Umie
ReplyDeletehehe..kesian dia kena perli tau. Umie duduk sebelah lain kali bebel2 manja biar dia ingat sikit masa memandu tu, takdelah kena saman kot..hehe
Yus...akak ada dua sama kenalah 260 dpt kurang 130 setiap satu... adik ipar mintak kurangkan sikit...
ReplyDelete