Saturday, February 19, 2011

Home » » .::Tropical Village Air Hitam::.

.::Tropical Village Air Hitam::.

Salam pagi Sabtu,

Hari ini mood aku lemau aje kot. Boring tahap gaban. Bila SRD oustation macam nilah mood aku. (Sekali lagi OS, suami kesayangan aku ni memang rajin OS). Apa nak buat?

Anak-anak pun sekolah. Ada sambutan mauldurrasul di sekolah mereka. Tinggal aku , Abid dan Arif. Mood nak tulis pun lemau. Makanya aku buat entri recycle sajalah. Boleh kan?

Entri ini aku pernah masukkan dalam blog lama aku dulu di sini. Saja aku letak balik di sini sebab aku tahu, blog lama aku tu dah sunyi dari pengunjung. Mesti ramai juga yang tak tahu di Air Hitam Johor ada tempat ni kan. Silalah tengok ye....

Koleksi gambar-gambar kami, semasa berkunjung ke Tropical Village Air Hitam. Tempatnya memang cantik dan menarik. Tetapi nak menghabiskan ke seluruh tempat itu, berpeluh juga. Tak berkesempatan berkunjung, ke Hollywood, atau ke Pisa di Italy, dapat kemari jadilah...biggrin

Kuda kepang warisan melayu kita
Yang ni tak tahulah apa, tp menarik


Menara Berkembar Kuala Lumpur..

Piramid dan patung Firaun

mari kita naik unta.....

Eiffel Tower, Paris di Air Hitam...lol. Dulu masa ke Paris dan berkunjung ke sini, tak berpeluang nak naik atas sebab anak2 yang kecil. Tengok dari bawah jer. Di sini, ambil kesempatan naik yer bang..
Hollywood!! Bergambar dengan Oscar besar lagi..hehe


Siapa rasa-rasa ada hati nak ke Hollywood tu bolehlah datang Air Hitam ni. Takdelah mahal sangat kosnya kan

Tembok Besar Cina ker, Tembok parit raja-Air Hitam ni..biggrin



Menara Condong Pisa...
Orang utan pun ada (replika saja)
Taj Mahal di Air Hitam?
Tempat main-main untuk anak-anak pun ada

Gambar yang paling saya suka tengok, di ambil oleh anak sulung kami, Aqil...


p/s: Macam2 replika ada  di Tropical Village ni, Statue of Liberty ada,A Famosa Melaka pun ada. Aku sendiri pun dah lama tak pergi, Malas nak menapak sebenarnya pusing kawasan sekitar tu. Besar!

~ يوس ~

18 comments:

  1. wah nampak menarik tu..banyak replika leh posing2 hehe..

    ReplyDelete
  2. As Salam..kenal@lagi singgah sana-sini
    hebat gakkk...menarik,tertarik ,macam ada.
    Vroooom

    ReplyDelete
  3. @qemaishak
    ye qema, mcm2 replika ada di situ..

    ReplyDelete
  4. @sarah-najwan
    Ye kak, di air hitam johor tempat ni. Ramai tak tahu tempat ni, tgk pun sunyi saja kecuali hari cuti kot..

    ReplyDelete
  5. ade tempat mcm ni kat ayer hitam ye..nanti bulan 3 nak balik johor bolehlah ajak hubby pergi...

    ReplyDelete
  6. Yus,

    sebenarnya kat sini ada banyak lagi tempat menarik. kan ?


    sempat dengan tak aje nak pergi..

    ReplyDelete
  7. eh, dah mcm kat oversea lak...mcm2 ada...siyes, saya x tau selama ni...

    kak, saya ada tag akak, kalau sudi, silalah buat ye...

    ReplyDelete
  8. assalam yus..betul ke di air hitam ada ni.
    ketinggalan le akak..tak tau pun..

    ReplyDelete
  9. salam yus..usahkan menara kat paris tu..kat air itam johor tu pun tak pernah sampai lagi huhu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...
    cam best jer. Tapi jauh sangat le. Dapat tengok gambar pun jadi le.

    ReplyDelete
  11. oh sungguh menarik tempat tu..haruslah terjah:)

    jom join contest bee

    http://www.puanbee.com/2011/02/contest-tangkap-leleh-anjuran.html

    ReplyDelete
  12. gambar ke 2 tu tulang rangka dinasour kot.

    ReplyDelete
  13. Kat Air Hitam pun ada tempat macam tu ya. Menarik juga.

    ReplyDelete
  14. snang x nk cri tmpt ni? xthu la plak ada

    ReplyDelete
  15. @INSPIRASI dua LENSA
    senang je rasanya, masuk kat kawasan pasu di air hitam tu, terus je ada dekat 3 km kot ke dalam, pas tu belah kanan, dia macam kawasan hutan simpan dari depan, tp dlamnya ada benda2 nilah..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...