Monday, February 21, 2011

Home » » Aku dan 35....serta 1 Day Lucky Draw for you!

Aku dan 35....serta 1 Day Lucky Draw for you!

Salam hari Isnin semua,
(p/s: entri ini haruslah di baca sampai habis untuk mengetahui apa dia 1 Day Lucky Draw tu!Ada hadiah menanti anda)

Hari ini hatiku berbunga riang. Tanggal 21 Februari ini adalah hari jadi aku yang ke 35.  HAPPY BIRTHDAY TO ME! Betullah orang selalu kata, benda yang sentiasa naik dan tak turun-turun ialah umur kita. Makin lama makin naik, tapi tak pernah turun kan...:)

Ramai juga kawan-kawan di fb dah hantar ucapan mereka pada aku. Ucapan pertama aku terima ialah daripada pakngah Al-lavendari iaitu pagi semalam, pukul 10.13 pagi. Terharunya, semalam hari jadi dia, tapi dia pula yang wish aku dulu..huhu. Al-maklum, dia pernah kata dengan aku dulu yang dia tua sehari saja dari aku...:p.

Selain itu, orang penting yang dah beri ucapan Selamat Hari Ulangtahun semestinya dari SRD tercinta kan. Emak dan ayah pun sama. Semalam mereka datang sini, sekejap saja dalam 4 jam saja di rumah aku. Kata ayah, " hari jadi anak ayah esok kan, tak sempat nak buat kek, ayah hantar aiskrim saja." Gembira rasa hati, emak dan ayah datang bawa rojak dan aiskrim untuk aku...:x.

Begitulah antara perkara happy berlaku bila umur meningkat, tapi sebenarnya bila umur meningkat usia kita berkurang, betul tak? Berkurang sebab tinggal sedikit saja masa kita di muka bumi ini. Sudah bersediakah aku untuk menghadapi hari-hari terakhir? Takutnya!!  

Aku sebenarnya ada nak wish sesuatu di hari jadi aku. Permintaan di tuju kepada SRD suami aku....:). Aku belum dapat hadiah aku lagi. Aku tahu, setiap tahun dia beri hadiah lambat punya. Mesti sehari, dua tiga hari atau beberapa hari lewat. Sebabnya, kalau dia beri awal aku biasa tak berapa suka hadiah tu. Teruknya aku kan! Orang dah beri hadiah pun tak suka.

Bukan tak suka apa ok, tapi dia selalu tak perasan apa yang aku dah ada. Dia beli benda yang aku dah ada dan taste dia memang selalu tak sama dengan taste aku...huhu.

Contoh, aku pernah dapat hadiah tudung yang warna, corak dan jenis semuanya sama dengan yang aku dah ada. Sebijik sebijun, sebab dia tak perasan aku dah ada tudung tu. Ni peel dari sejak berkawan lagi bermula 17 tahun yang lalu. Setiap tahun, mesti ada sesuatu dari dia, tapi semua selalu benda yang aku dah ada...:(

Oleh kerana dia memang suami yang perihatin, dan aku tahu dia sangat sayang pada aku, makanya sejak dari beberapa tahun lepas, dia suruh aku nyatakan apa yang aku nak, dan InsyaAllah dia akan belikan sekiranya mampu. 

Makanya setiap tahun, di hari jadi aku aku akan pilih sendiri apa yang aku nak dan biasanya kerana aku seorang isteri yang juga sangat sayang kepada suaminya, aku tak suka nak minta yang bukan-bukan melainkan yang dia boleh beri pada aku, tak semestinya dalam bentuk material.

Tapi tahun ini rasanya nak minta yang material. Boleh tak bang?:p (Dia memang pembaca setia blog aku). Ada 4 benda dalam senarai yang aku harap aku dapat, tapi aku bukan nak semua, satu saja cukup alhamdulillah. Dah suka hati sangat.

  • Aku nak cermin mata baru. Cermin mata aku ni rasanya dah tak sesuai dengan power mata aku yang aku rasa dah semakin meningkat. Aku nak cermin mata yang bingkainya warna merah atau pink.
  • Aku nak handphone baru. Hajat hati nak yang warna merah atau pink juga. Tak kisah jenis apa, Nokia C3 pun ok juga. Kalau tidak pun  handphone yang jenis touch screen tu. Bestnya!
  • Aku nak kamera baru. Bukan nak yang dslr, yang compact saja sudah cukup. Asalkan ianya mesti Nikon juga seperti yang sekarang dan warnanya mestilah merah atau pink juga....hahaha.
  • Aku nak SRD sentiasa bersama aku dalam waktu senang atau susah, sentiasa menjadi sahabat aku dunia dan akhirat, sehingga ke akhir hayat aku. You're the best husband ever! I know that.

Amacam? Wishlist aku melampau ke? SRD sendiri yang tanya aku, apa yang aku nak kan. Haruslah aku senaraikan, sebab aku nak beritahu mulut macam tak keluar aje...:">. Apa pun, cukup saja kalau yang ke 4 tu aku dapat. Memang selama ni aku gembira bersama suami dan anak-anak tercinta. Semoga ianya terus kekal hingga ke akhir hayat aku.

Ada satu perkara lagi yang buat aku sangat terharu hari ini. Dalam pada aku sibuk-sibuk siapkan bekal untuk anak-anak ke sekolah, agak leka sedikit + mulut asyik membebel suruh mereka semua cepat, tiba-tiba dengan senyum simpul Aqil datang. Kemudian tu menyusul Alia dan Abid. Siap beri tunduk bow pada aku dan mereka bertiga macam koir menyanyikan lagu happy birthday untuk aku. So sweet, ibu terharu sayang!

Semuanya ingat hari ni hari jadi ibu ye. Terima kasih. Ibu sayang anak-anak ibu semua.

Dan sebagai menghargai kawan-kawan blog aku, semua follower aku yang rajin singgah blog kecil aku ni, yang selalu meninggalkan komen pada setiap entri aku. Makanya aku nak buat satu cabutan bertuah.sempena birthday aku hari ini. Aku namakan ianya 1 Day Lucky Draw.

Apakah syarat-syarat untuk sertai 1 Day Lucky Draw aku ni? Syaratnya mudah saja. 
  1. Haruslah baca entri aku yang ini sampai habis. Kalau tak baca sampai habis tak tahu lah kan apa ceritanya.
  2. Haruslah memberi komen pada entri ini, ikhlas dari hati anda semua kan.
  3. Komen yang aku terima haruslah pada tarikh hari ini saja iaitu 21 Feb 2011. Makanya semua yang beri komen dari mula entri ini di publish sampai 11.59 tgh malam nanti. Bila dah masuk 12 malam mestilah dah 22 Feb kan? Yang itu aku tak terima ye!
  4. Mestilah follower aku, kalau yang baru pertama kali masuk sini pun boleh, tapi jadi follower aku jugalah ye.
Ok. Itu saja syaratnya. Tak pelu buat entri ke apa ke. Tapi bila dah dapat hadiahnya nak buat entri tu bolehlah :p.

Apa hadiahnya? Takdelah apa sangat pun. Bukan benda tapi wang tunai yang nilainya pun ciput saja. Tapi aku dah niat nak beri kan, makanya aku harus beri dan nyatakan di sini. Hadiah berupa wang tunai RM35 yang aku akan bank-in ke akaun . Lebih senang yang ada Maybank akaun lah ye. 

Kenapa RM35? Sebab hari jadi aku yang ke 35. 

Makanya, semua yang tinggalkan jejak/komen di entri ini hari ini 21 Feb sahaja, namanya akan aku tuliskan dan masukkan ke dalam kotak lucky draw. Satu pemenang saja di pilih, dan cabutan di buat oleh anak aku Aqil sebab 23 Feb, iaitu 2 hari lagi adalah hari jadi dia pulak. Jadi cabutan akan di buat pada 23 Feb pada hari jadi anak aku ye. Keputusan pula di umum selepas cabutan dibuatlah kan.

Ok itu saja. Hajat hati nak buat kek oren kukus hari ini. Tak tahulah berjaya buat ke tidak, sebab barang-barang belum di cari. 

p/s: hari ini juga aku puasa ganti. Aku kan kena ganti puasa banyak sebab lahirkan Arif seminggu sebelum bulan puasa hari tu. Bila nak habis ni? huhu.

Entri ini juga akan aku refresh beberapa kali hari ini supaya lebih ramai yang akan tinggalkan komen/jejak. Makanya akan lebih ramailah peserta 1 Day Lucky Draw aku ni. Harap-harap begitulah...:) 

nota kaki: refresh entri kali keempat on 8.09pm. Mula post 8.10 a.m.
~ يوس ~

41 comments:

  1. Selamat harijadi yg ke-35 kak..

    Semoga apa yg dihajati akak akan termakbul juga semoga dipanjangkn umur lagi,diberikan kesihatan yg baik & diberkati allah selalu..

    salam syg dari kami sekeluarga :)

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun ke-35 yus
    [awk ni beza 2 tahun dari akak tau..hehe]

    semoga salah satu wishlist awk tu..hubby akan sediakan

    ucapan dari akak:
    1. semoga panjang umur dan sihat sokmo2
    2. semoga murah rezeki
    3. semoga bahagia sokmo2 dgn hubby, anak2 dan seluruh waghih waghah..hehe
    4. semoga semua impian, harapan, keinginan akan tercapai
    5. semoga akak terpilih utk lucky draw ini-->hahahaha..gurau deh..

    semoga gembira2 sajooo...

    [jika besdey akak..hubby akak wish ajo..hadiah2-->tarakkkk]

    ReplyDelete
  3. Assalamaualaikum...
    Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 35. Betapa besarnya nikmat yang Allah SWT kurniaan kepada yus sempena hari kelahiran tahun ini. Syukur Alhamdulillah. Saya tumpang gembira. Semoga kebahagiaan yang dikecapi akan berkekalan selama-lamanya dan jangan lupa untuk sentiasa bersyukur kepadaNya. Selamat menjalani ibadah puasa. Cepa-cepat habiskan yea. Bulan 8 nanti dah nak posa balik.

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun kelahiran yang ke-35 kak..

    Semoga langkah-langkahmu semakin matang
    dan selalu membawamu ke arah yang lebih baik.

    xoxo~nor

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yus....

    Hepi Bday yg ke 35..
    Semoga bertambah sukses.Mudah2an di panjangkan umo,murah rezki dan berbahagia selalu.Deeja doakan Kak Yus(hehehe,jgn marah..)akan dapat apa yg diidamkan dihati...
    Yus pe fb Yus,nk jugak add..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir kak..semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, gembira dan dibawah barakahNya..

    Terharu bila anak2 & orang terdekat igt birthday kita kan..

    ReplyDelete
  7. Yus..baru terperasan selama ari ni xpolo lagi laa...hehehe

    ReplyDelete
  8. salam kak yus. hepi beday utk awak. moga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati selalu.

    seronok baca kisah akak pagi ni. mak ayah dtg umh anto eskim. wah, feveret saya tu tau.

    insyaAllah, moga suami akak akan tunaikan 3 permintaan akak tu dan permintaan yang keempat tu saya juga doa yang terbaik utk akak.

    harap2 dapat le hadiah RM35 tu. hehehe... aqil, nnt cabut nama untie tau. *_*

    nak wish hepi beday utk aqil jugak walaupun lagi dua hari nak sampai tarikh bedau dia. tak kesah kan.

    kalu wat kek kukus, kirim2 le kat saya sekali.. ahakss..

    eh akak, saya pun puasa ganti. sama le kita. moga bertahan le utk hari ni.

    akak!!!!! hepi beday sekali lagi!!!! uummmuuuaaahhhh!!!

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Jadi Akak YUS..
    semoaga allah panjangkan umur akak,murahkan rezeki serta mendapat kerahmatan di dunia dan Ke akhirat...serta akan sentiasa tersenyum dengan kehidupan seharian akak bersama anak2 tersayang...

    sweet sangat anak2 buat kior nyanyikan lagu bezday utk akak (tetiba air mata nengalir time baca ayat tue)
    pasal hadiak..akak kita serupa jue pun biasa kena beri list utk hubby yang di mampu untuk jue...insayallah biasanye akan dapat salah satu....
    dan list terakhir tue pasti akak akan dapat sebab SRD pasti sayang akak dunua dan akhirat...

    ReplyDelete
  10. wah yus...dah 35 thn ke?????mati² akak ingat baru 30 thn ke(tak tipu tau...seriyesss!psst...apa rahsia anda *wink*)

    so nak wish you HAPPY 35th BIRTHDAY...may Allh bless you always

    ReplyDelete
  11. Selamat ulang tahun yang ke-35,semoga berbahagia disamping suami, anak dan keluarga tercinta...semoga dpt apa yg dihajati...nak belajar wat kek oren tu,kebetulan si kurus nak makan kek limau @ oren lak...semoga frenship 4ever n ever...mmmmuaahh

    ReplyDelete
  12. semoga yus panjang umo dan dimurahkan rezeki dan berbahagia disamping org tersayang...

    dan yg paling penting diberkati oleh Allah didunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  13. otanjyoubi omedetou akak.. saya pun tu hari bocor puasa 5 hari..tp bile balik sini tunggu winter time, then ganti puasa waktu tu..so, puasa kejap aje dah berbuka kan??hihihi..tu yg saya suka part winter...part sejuk sampai ke tulang tu kalau bole nk lari blk mesia...kih3x

    ReplyDelete
  14. Yus..

    Anak itik tersedak hama,
    Lembu tua tertendang si buaya,
    Selamat Harijadi Ke 35,
    Moga sihat & selamanya bahagia.

    ReplyDelete
  15. happy 35th birthday kak! :)

    peminat warna merah dan pink ek kak? semua wishlist nak warna merah atau pink :D. nasib baik SRD takleh tukar kaler..kalau tak agaknya akak mintak SRD bertukar jadi warna merah atau pink..hihi.. (gurau je..jgn marah ek..)

    ReplyDelete
  16. wah arinie besday kak yus la...
    Hepi besday yg ke 35..umur saje meningkat tapi kita ttp muda!semoga panjang umur,murah rezeki dan dikurniakan keluarga yg bahagia dan harmoni selalu...
    Semoga dpt henpon pink or spek baru:-)

    ReplyDelete
  17. Happy Birthday, Kak!

    Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

    Saya nak tolong abang pilihkan hadiah untuk akak lah.. Bgler 2. Henpon dgn kamera. Wish #4 tu rasanya kene maintain je kan?

    Senyum selalu :)

    ReplyDelete
  18. Selamat hari jadi yus.. Semoga panjang umur dan sentiasa mendapat keberkatan hidup bersama keluarga tersayang.. Rupanya birthday yus sama date dengan birthday anak saya..

    PS: selamat menerima hadiah mcm dlm wish list tu yer..

    ReplyDelete
  19. happy birthday kak
    may allah bless u =)

    ReplyDelete
  20. hepy belathed beday kak..lmbat wish..huhu..xdpt nk join contest special akak ni..

    ~bestnye wishlist..mesti dpt tu..ngeee...

    ReplyDelete
  21. As salam yus..happy birthday..muda lagi tu yus..baru 35..
    semoga yus dapat apa yang di idamkan dari hubby tu..

    ReplyDelete
  22. Salam kak yus comey♥

    Dah lama x singgah umah kak yus disebabkan layan karenah aqil yang x sihat.Rupa2nya kak yus sambut hari lahir hari ni..Tahniah, kak Yus. Bertambah umur bermakna akan bertambah rezeki dan keberkatan dari Allah swt..insyaAllah.

    Saya doakan perjalanan hidup akak sekeluarga dipermudahkan dan diberkati...amin

    *permintaan akak yg ke4 tu hadiah yang x ternilai ♥

    ReplyDelete
  23. Yus,
    happy birthday to you!
    Bertuah Yus, dikelilingi oleh keluarga, orang tua, yang sayangkan Yus.
    Semoga segala impian Yus tercapai. :)

    ReplyDelete
  24. SALAM KAK YUS..
    wah!dah advance..siap buat peraduan lagi..ini kali pertama saya join contest ;-)
    harap2 ada rezki la..

    selamat ulang tahun ke 35..sungguh touching entri akak..saya doakan moga mahligai cinta akak n SRD di berkati Allah bersama anak-anak penyeri hidup..

    pandai akak yer,buat permintaan kat blog..hehe.org kata apa.mintak cara baik..tak dapat takpe..kalau dapat itu kira bonus la.

    ada can tak?hehe

    ReplyDelete
  25. salam yus..Selamat hari lahir yus...(eh..dah 35 ye taun ni :-)..samalah kita tu) semoga semakin bertambah kebahagian hidup yus..baca wish yg terakhir tuk hubby yus tu,,touching pulak..moga bertambah2 kebahagian n kasih sayang...peminat pink ye?

    ReplyDelete
  26. Tajoubi omedetou kak! Moga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah selalu. Amin.. Semoga berbahagia disamping Dr Din dan anak2 comel tersayang. *Hepy besdey untuk Aqil jugak in advance. Moga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yg berguna di masa hadapan. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  27. wah bestnye anak2 nyanyi lagu hepi besday sama2...pandai la diaorg...sweet tul..

    bertambah sweet dgn request yg ke4 tu...

    sy ucapakan selamat meniti usia dan semoga kak yus bersama keluarga bahagia hingga ke syurga....

    ReplyDelete
  28. salam my dear kak yus...
    selamat hari lahir yg ke 35..apasal nampak cam 30 je neh? adeh la...
    semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan semoga sentiasa bahagia bersama SRD dan anak2...amin...

    kak, mcm nak buat jugak je kek oren kukus tu...ngeee...

    ReplyDelete
  29. as salam..
    happy birthday yus.moga panjang umur...sihat & murah rezeki selalu.
    wish list yg ke 4 tu rasanya dapat dah kot...

    ReplyDelete
  30. kak yus...malunye cma..mati2 cma ingatkan hari ni 22 hb..huhu..rase cam nk nyuruk bwh meja opis ni..
    hehe..so bukan belathed beday la ye..
    selamat hari lahir kak yus tersyg..
    ~semoga sentiasa berada dlm lindungan dan rahmat allah swt~

    lucky draw tu cma cukup syaratkan..
    hehe3....

    ReplyDelete
  31. kak yus ....
    hepi besday .... Moga panjang umo dan dimurahkan rezeki ... Aminn ...

    ReplyDelete
  32. HappY birthday Yus.. moga ceria dan gembira selalu..

    ReplyDelete
  33. happy birthday kak...salam ziarah dr saya...saya follow yer..:)

    ReplyDelete
  34. selamat hari lahir yg ke 35
    sama tarikh dengan enariq, tp tak sama tahun ; )
    nampak gaya peminat pink yg tegar nih
    wish list yg 4 tu
    insya'allah akan berkekalan sehingga akhir hayat dengan izinNya yang Esa..
    amin.

    ReplyDelete
  35. selamat hari lahir yg ke 35, semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan...

    ReplyDelete
  36. Kak Yus,
    Rasenyerr....masih belum terlewat nk wish hepi birthday 35th to kak yus.
    semoga berbahagia dan selamat menghadapi ape jua rintangan bersama keluarga tercinta...

    ikhlas ajid sekeluarga.
    shidy + kathy + awisy + rayyan.
    putrajaya..

    ReplyDelete
  37. Yus...Happy Belated Birthday...hehehe... dah jam 12 lebih...dah belated dah...

    Semoga Yus sentiasa diberkati dan dirahmati serta berbahagia selalu

    ReplyDelete
  38. akak..sori lmbt wish..
    happy belated birthday..smoga berbahagia dan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan rahmatNya ..:D

    ReplyDelete
  39. "ala beday yuyuu...

    ala beday yuyuuuu...

    ala beday yuyuuuu auntie yus :)

    ala beday yuyuuuuu...."

    lagu happy birthday versi kakak Auni..hihi...btw, Selamat Hari Ulangtahun kak yus... Semoga kebahagiaan berkekalan abadi...dah 35 ye? wani baru 25....(tahun ni masuk 26, tp sbb lambat lagi kan...so kita ngaku 25 la...haha)

    Nak tag akak jugak ni, GA rempeyek...my buddy yg buat :)

    http://familymoza.blogspot.com/2011/02/sapa-nak-rempeyek-freeeeeeeeeee.html

    ReplyDelete
  40. akak kena tag..untuk contest Sikecil dan Bunga..kat blog saya.

    ReplyDelete
  41. Happy Birthday kak yus... Semoga sentiasa dalam limpah RahmatNya dan bahagia bersama keluarga tercinta.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...