Nasib baik sempat juga buat entri  umumkan pemenang pagi tadi. Kalau tidak, memang sekaranglah masa terawal  dapat menulis di sini.
Catatan hari ini :-
Keluar  dari rumah 8.45pagi, terus ke PKU, jumpa Dr Saidatun. Tunjukkan surat  yang aku dapat dari Klinik Pakar Mata Masran & Tg Kamal tu.  Tujuan aku kesana atas saranan SRD, nak dapatkan surat rujukan dari Uni  sendiri supaya lebih mudah SRD gunakan GL nya untuk aku. Kalau surat  rujukan di bawa dari klinik swasta, tapi nak buat di gov, mungkin lain  cara mereka mengendalikannya.
Dr  Saidatun melihat dengan teliti, dia telefon kenalan baikknya di  Hospital BP yang juga seorang doktor mata. Kes aku di rujukkan ke  Hospital BP. Dia buatkan surat dengan letter head PKU, dan suruh aku ke  hospital pula untuk tindakan lanjut. Kes aku mungkin boleh di cepatkan,  berbanding nak tunggu berbulan-bulan.
Sampai  hospital dalam pukul 11.20, buat pendaftaran, pukul 12 di panggil untuk  buat ujian melihat lagi. Dr Zakiah, sebelum tu telah membaca laporan  dari Dr Saidatun dan Dr Tg Kamal. Dia buat ujian melihat sekali lagi,  kali ni lebih terperinci. Di tutup mata kanan aku, dan suruh aku  berjalan guna mata kiri saja. Bengkang-bengkok aku jalan, sambil kena  cuba baca apa huruf di depan. Langsung aku tak nampak weh!
Sekali  lagi mata aku dititik kan dengan ubat, kali ini kiri dan kanan. Selepas  itu aku di suruh tunggu di luar untuk anak mata aku mengembang kata  dia. Masa tu dah masa untuk ambil Aqil dari sekolah. Oh Ya! Lupa pulak,  tadi sebelum ke hospital, kami ambil Abid dulu di tadikanya. Terpaksalah  dia habiskan kelasnya awal. SRD yang bawa aku ke hospital ye  kawan-kawan. Makanya, kerana sudah hampir masa Aqil keluar kelas, SRD  bawa semua anak-anak termasuk Arif pulang dulu. Aku tunggu lagi sehingga  anak mata mengembang kata doktor..huhu.
Selepas  lebih kurang 1 jam baru aku di panggil semula. Di periksa mata aku kiri  dan kanan. Koyak pada retina mata kiri aku ada tiga kata doktor. Memang  sudah agak besar, dan hampir kepada tempat sensisitif. Kes aku kira  urgent juga. Kemudian dia periksa mata kanan pula. Mata kanan ni lagi  lama dia periksa. Aku dah risau, sebab aku ingat mata kanan pun ada  masalah. Dia letakkan jeli dalam mata kanan aku. Masa tu nampak semua  warna ungu.
Dengan  menggunakan kanta pembesar untuk mata, di masukkan ke dalam bebola  mata, di putar-putar dalam bola mata aku tu. Entah apa lah yang dia  lihat. Aku di suruh lihat kiri, kanan, atas, bawah berselang seli.  Akhirnya dia kata, alhamdulillah belum berjangkit pada mata kanan. Dia  risau kalau mata kanan pun sudah mula terkoyak lapisan retina tu. Kalau  dapat kesan dari awal, hanya perlu guna ubat dah boleh pulih, tak  perlulah di bedah macam mata kiri aku.
Selepas  itu, dia suruh aku pilih, masih nak ke hospital Melaka atau Johor. Kali  ini aku tak perlu buat temujanji sendiri, dia sendiri akan buat  temujanji untuk aku ke hospital yang aku pilih. Lebih cepat kata dia,  dan tindakan pun akan lebih cepat di buat. Kali ini aku pilih hospital  JB kerana aku fikir lebih senang kalau emak dan ayah datang sini jaga  anak-anak aku, dari aku yg ke Melaka. Tak perlu lah anak-anak ponteng  sekolah. Ayah pun sudah bersetuju untuk datang, cumanya tak boleh lama,  pesan dari ayah. Ayah akan tinggalkan emak nanti.
Makanya  aku di rujuk ke hospital Tun Aminah Johor. Dr Zakiah telah uruskan  temujanji aku di sana hari Jumaat ini pukul 9 pagi untuk berjumpa dengan  Dr Gan. Beriya aku tanya, "saya akan di bedah Jumaat ini ke doktor?". Takut aku weh! Nasib baik jawapannya tidak.
Dr  kata, Dr Gan perlu buat pemeriksaan lagi, sebab dia yang nak bedah aku  dan bukannya Dr Zakiah. So, Dr di JB tu perlu tahulah kondisi mata aku  dari hasil pemeriksaan dia sendiri. Kemudian aku di suruh tunggu lagi.  Kali ini cermin mata aku di ambil untuk dia mengetahui power spec aku  tu.
Aku  tanya juga, kenapa aku boleh kena penyakit ini. Aku masih tak berapa  faham penerangan dia. Kata Dr, biasanya orang yang rabun jauh memang  berisiko dapat retinal detachement, tapi biasanya kalau power  tinggi. Power aku dalam dua ratus lebih saja. Kadang-kadang, memang kita  tak tahu puncanya, tapi mungkin juga berpunca dari power spec yang tak  betul dengan kerabunan mata sebenar. Jadi bila kita pakai kaca mata yang  power di beri tidak menepati pada kerabunan mata kita sebenar, itu juga  boleh menjadi punca.
Aduhai!  Lepas ni aku tak mahu suka-suka beli cermin mata baru kat mana-mana  kedai sebelum buat pemeriksaan mata dari doktor mata. Serius, takut aku.
Selesai  semua dah pukul 2.45 petang. Dari keluar rumah pagi tadi, aku cuma  makan roti sekeping saja. Lapar sunggub perut aku. SRD , Abid dan Arif  pun dah sampai selepas menghantar Aqil dan Alia ke sekolah agama.  Makanya selepas itu, dia bawa aku pergi makan dulu. Masa tu mata aku  masih kelam. Even sekarang pun tak berapa jelas penglihatan aku, tapi  aku masih kuat hati nak update di sini kan.
Bukan  apa, aku takut sebenarnya, selepas pembedahan di buat, aku tak berupaya  tulis apa-apa di sini untuk jangka masa lama. Doktor dah kata, lepas  pembedahan, aku tak boleh memandu, atau apa jua yang boleh membahayakan  aku. Penglihatan aku masa tu perlu di jaga dengan teliti. Aku masih  perlu berulang-alik ke hospital JB untuk pemeriksaan sususlan.
Macam  -macam aku fikir. Tak dapatlah aku jadi driver anak-anak ke sekolah  buat satu jangka masa lama selepas ni. Kenalah usahakan mereka naik van  sekolah selepas ni.
Banyaknya  aku membebel hari ini kan. Aku memang akan rasa lega meluahkan. Terima  kasih tak terhingga pada yang sudi membacanya sampai habis. Aku mungkin  tak dapat rajin BW macam selalu, harap masih ada yang sudi singgah blog  aku...huhuhu.
Hari  ini hari jadi Aqil, tapi aku masih belum sempat buat kek kukus oreo  yang dia minta. Sampai rumah pun dah hampir pukul 4 tadi. Penat!!. Nasib  juga Arif tak meragam.
Apa  pun Aqil sangat gembira kerana semalam aku sempat siapkan goody bags  untuk kawan-kawannya. Balik sekolah agama saja tadi, terus happy jemput  kawan-kawannya dan makan apa yang ada dalam goody bag itu. 
Aku  masih ada hati nak buat kek kukus oreo tu, tapi letihlah pulak. Mata  pun kelam je...huhu. Nanti takut jadi mcm kek kukus oren tu pulak. Tapi  kan, aku dapat hadiah mixer baru dari SRD. Mixer aku kan rosak kerana  kek kukus oren tu. Sayang abang tau!!
Oklah, masa untuk aku siapkan apa yang patut.
~ يوس ~
 


kak.. cepat sembuh ye kak..
ReplyDeletesya doakan semuanya selamat..
takut sangat dengar cerita akak nie.
cepat sembuh ye..
insyaAllah DIA akan mempermudahkan urusan akak selepas nie.. akak, saya pun bila baca cite akak nie mcm cuak2 gak..yelah dah kata saya pun spesis specky berabun jauh jugak nih.. nak tau la kak, yg akak duk buat test yg doktor suruh tu yg akak x nampak tu kan..that test tu with spec or without spec?saya mcm konpius plak ni.. kalau saya without spec mmg x nampak pun tp kalau dgn spec clear la..;-)
ReplyDeleteakak,sy mmg tertunggu2 entry nih..yela,risau jugakla kan..sbb sy pun rabun jauh..bak kate akak,benda ni mungkin boleh jd rujukan buat ms depan..kalau x BW sgt pun xpela kak..org phm,lgpun akak xbolela duk mngadap lappy lama2kan..smoga semuanya dipermudahkan olehNya..iA.:)
ReplyDeleteas salam yus..risau jugak akak baca cerita yus ni..risaukan anak la..
ReplyDeleteakak harap yus tabah..insyaallah..semua nya akan selamat..
assalam yus..happy birthday buat aqil..
ReplyDeletenanti dah sihat boleh la buatkan kek birthday tok aqil..
Yus...rehatlah ye... alamak akak baca apa yang doktor buat pun sedap...jgn dok lama2 kat komputer...mata tu kena jaga...semoga cepat sembuh...
ReplyDeleteSelamat Harijadi buat Aqil...semoga dia menjadi anak yang soleh...dan membanggakan kedua ibubapanya
Insyallah semuanya akan selamat.. Yus take care ok......
ReplyDeletep.s
Hari ini baca habis N3 yus.. hehehehehe.....
Walau panjang mana pun entry kak yus sy setia baca..semoga semuanya baik2 saje ye kak yus...
ReplyDeletesalam yus..baca entri kali ni dalam keadaan tegang pulak..moga semua masalah yus akan cepat berakhir..dan kembali pulih seperti sediakala...
ReplyDeletealaa yus... biarlah baik betol2 dulu.. moga cepat sembuh..
ReplyDeleteKesian, Yus... cepat2lah okey, ya. Nanti boleh jwb GA kat sini...http://sariyusa.blogspot.com/2011/02/ga.html
ReplyDeletekak..jaga kesihatan kak, xpe qema akan jejak gak blog akak ni, harap k.yus pulih cepat ye..
ReplyDeleteNanti dah sihat akak sambung la rentetan kesihatan akak kat sini ye..qema mendoakan yang terbaik untuk akak dari jauh.
Kenapa Bali???
alaa sedihnya...doa dan tawakkal yer kak..mungkin ade hikmahnya..mohon petunjuk drNya...mudah-mudahan akak selamat dan dpt berblog spt sediakala nanti
ReplyDeletexpe kak...tak perlu BW lagi skrg ni..
ReplyDeletejaga mata...kurang kan tgk monitor lama2 ye...nanti mata cepat letih...tambah lak kang...
jadi byk kan rehat mata....tgk pokok2 menghijau...
take care Yus..
ReplyDeletekakyong pun bercermin mata... rabun jauh juga... bila baca kesah Yus ni, takut pun ada...
kakyong doakan semoga dipermudahkan urusan Yus & pembedahan berjaya.. Amin
@Umie
ReplyDeleteWith spec Umie, kalau tanpa spec, lagi serba hitam..huhu
KEPADA SEMUA YANG LAIN..
ReplyDeleteTQ SO MUCH FOR YOUR SUPPORT. SAYA TERHARU. INSYAALLAH, SAYA AKAN KUATKAN SEMANGAT HADAPI SEMUA NI, TERUTAMA OPERATION TU. MOGA DOA DARI KALIAN DAPAT HILANGKAN PERASAAN TAKUT SAYA NI...:)
lagi cepat jumpa doktor lagi bagus yus
ReplyDeletelagi cepat kita tahu apa sebenar puncanya...
jangan fikirkan sangat
nanti lagi stress ...
semoga semuanya dipermudahkan
kak ati ni pun baru balik dari
jumpa doktor pakar
masih terus membaca untuk tahu apa yg sebenarnya..
ReplyDeleteentah kenapa saya risau plak ngan mata saya nii