Wednesday, February 23, 2011

Home » , » Catatan seterusnya : Retinal Detachement

Catatan seterusnya : Retinal Detachement

Nasib baik sempat juga buat entri umumkan pemenang pagi tadi. Kalau tidak, memang sekaranglah masa terawal dapat menulis di sini.

Catatan hari ini :-

Keluar dari rumah 8.45pagi, terus ke PKU, jumpa Dr Saidatun. Tunjukkan surat yang aku dapat dari Klinik Pakar Mata Masran & Tg Kamal tu. Tujuan aku kesana atas saranan SRD, nak dapatkan surat rujukan dari Uni sendiri supaya lebih mudah SRD gunakan GL nya untuk aku. Kalau surat rujukan di bawa dari klinik swasta, tapi nak buat di gov, mungkin lain cara mereka mengendalikannya.

Dr Saidatun melihat dengan teliti, dia telefon kenalan baikknya di Hospital BP yang juga seorang doktor mata. Kes aku di rujukkan ke Hospital BP. Dia buatkan surat dengan letter head PKU, dan suruh aku ke hospital pula untuk tindakan lanjut. Kes aku mungkin boleh di cepatkan, berbanding nak tunggu berbulan-bulan.

Sampai hospital dalam pukul 11.20, buat pendaftaran, pukul 12 di panggil untuk buat ujian melihat lagi. Dr Zakiah, sebelum tu telah membaca laporan dari Dr Saidatun dan Dr Tg Kamal. Dia buat ujian melihat sekali lagi, kali ni lebih terperinci. Di tutup mata kanan aku, dan suruh aku berjalan guna mata kiri saja. Bengkang-bengkok aku jalan, sambil kena cuba baca apa huruf di depan. Langsung aku tak nampak weh!

Sekali lagi mata aku dititik kan dengan ubat, kali ini kiri dan kanan. Selepas itu aku di suruh tunggu di luar untuk anak mata aku mengembang kata dia. Masa tu dah masa untuk ambil Aqil dari sekolah. Oh Ya! Lupa pulak, tadi sebelum ke hospital, kami ambil Abid dulu di tadikanya. Terpaksalah dia habiskan kelasnya awal. SRD yang bawa aku ke hospital ye kawan-kawan. Makanya, kerana sudah hampir masa Aqil keluar kelas, SRD bawa semua anak-anak termasuk Arif pulang dulu. Aku tunggu lagi sehingga anak mata mengembang kata doktor..huhu.

Selepas lebih kurang 1 jam baru aku di panggil semula. Di periksa mata aku kiri dan kanan. Koyak pada retina mata kiri aku ada tiga kata doktor. Memang sudah agak besar, dan hampir kepada tempat sensisitif. Kes aku kira urgent juga. Kemudian dia periksa mata kanan pula. Mata kanan ni lagi lama dia periksa. Aku dah risau, sebab aku ingat mata kanan pun ada masalah. Dia letakkan jeli dalam mata kanan aku. Masa tu nampak semua warna ungu.

Dengan menggunakan kanta pembesar untuk mata, di masukkan ke dalam bebola mata, di putar-putar dalam bola mata aku tu. Entah apa lah yang dia lihat. Aku di suruh lihat kiri, kanan, atas, bawah berselang seli. Akhirnya dia kata, alhamdulillah belum berjangkit pada mata kanan. Dia risau kalau mata kanan pun sudah mula terkoyak lapisan retina tu. Kalau dapat kesan dari awal, hanya perlu guna ubat dah boleh pulih, tak perlulah di bedah macam mata kiri aku.

Selepas itu, dia suruh aku pilih, masih nak ke hospital Melaka atau Johor. Kali ini aku tak perlu buat temujanji sendiri, dia sendiri akan buat temujanji untuk aku ke hospital yang aku pilih. Lebih cepat kata dia, dan tindakan pun akan lebih cepat di buat. Kali ini aku pilih hospital JB kerana aku fikir lebih senang kalau emak dan ayah datang sini jaga anak-anak aku, dari aku yg ke Melaka. Tak perlu lah anak-anak ponteng sekolah. Ayah pun sudah bersetuju untuk datang, cumanya tak boleh lama, pesan dari ayah. Ayah akan tinggalkan emak nanti.

Makanya aku di rujuk ke hospital Tun Aminah Johor. Dr Zakiah telah uruskan temujanji aku di sana hari Jumaat ini pukul 9 pagi untuk berjumpa dengan Dr Gan. Beriya aku tanya, "saya akan di bedah Jumaat ini ke doktor?". Takut aku weh! Nasib baik jawapannya tidak.

Dr kata, Dr Gan perlu buat pemeriksaan lagi, sebab dia yang nak bedah aku dan bukannya Dr Zakiah. So, Dr di JB tu perlu tahulah kondisi mata aku dari hasil pemeriksaan dia sendiri. Kemudian aku di suruh tunggu lagi. Kali ini cermin mata aku di ambil untuk dia mengetahui power spec aku tu.

Aku tanya juga, kenapa aku boleh kena penyakit ini. Aku masih tak berapa faham penerangan dia. Kata Dr, biasanya orang yang rabun jauh memang berisiko dapat retinal detachement, tapi biasanya kalau power tinggi. Power aku dalam dua ratus lebih saja. Kadang-kadang, memang kita tak tahu puncanya, tapi mungkin juga berpunca dari power spec yang tak betul dengan kerabunan mata sebenar. Jadi bila kita pakai kaca mata yang power di beri tidak menepati pada kerabunan mata kita sebenar, itu juga boleh menjadi punca.

Aduhai! Lepas ni aku tak mahu suka-suka beli cermin mata baru kat mana-mana kedai sebelum buat pemeriksaan mata dari doktor mata. Serius, takut aku.

Selesai semua dah pukul 2.45 petang. Dari keluar rumah pagi tadi, aku cuma makan roti sekeping saja. Lapar sunggub perut aku. SRD , Abid dan Arif pun dah sampai selepas menghantar Aqil dan Alia ke sekolah agama. Makanya selepas itu, dia bawa aku pergi makan dulu. Masa tu mata aku masih kelam. Even sekarang pun tak berapa jelas penglihatan aku, tapi aku masih kuat hati nak update di sini kan.

Bukan apa, aku takut sebenarnya, selepas pembedahan di buat, aku tak berupaya tulis apa-apa di sini untuk jangka masa lama. Doktor dah kata, lepas pembedahan, aku tak boleh memandu, atau apa jua yang boleh membahayakan aku. Penglihatan aku masa tu perlu di jaga dengan teliti. Aku masih perlu berulang-alik ke hospital JB untuk pemeriksaan sususlan.

Macam -macam aku fikir. Tak dapatlah aku jadi driver anak-anak ke sekolah buat satu jangka masa lama selepas ni. Kenalah usahakan mereka naik van sekolah selepas ni.

Banyaknya aku membebel hari ini kan. Aku memang akan rasa lega meluahkan. Terima kasih tak terhingga pada yang sudi membacanya sampai habis. Aku mungkin tak dapat rajin BW macam selalu, harap masih ada yang sudi singgah blog aku...huhuhu.

Hari ini hari jadi Aqil, tapi aku masih belum sempat buat kek kukus oreo yang dia minta. Sampai rumah pun dah hampir pukul 4 tadi. Penat!!. Nasib juga Arif tak meragam.

Apa pun Aqil sangat gembira kerana semalam aku sempat siapkan goody bags untuk kawan-kawannya. Balik sekolah agama saja tadi, terus happy jemput kawan-kawannya dan makan apa yang ada dalam goody bag itu. 

Aku masih ada hati nak buat kek kukus oreo tu, tapi letihlah pulak. Mata pun kelam je...huhu. Nanti takut jadi mcm kek kukus oren tu pulak. Tapi kan, aku dapat hadiah mixer baru dari SRD. Mixer aku kan rosak kerana kek kukus oren tu. Sayang abang tau!!

Oklah, masa untuk aku siapkan apa yang patut.

~ يوس ~

19 comments:

  1. kak.. cepat sembuh ye kak..
    sya doakan semuanya selamat..
    takut sangat dengar cerita akak nie.
    cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah DIA akan mempermudahkan urusan akak selepas nie.. akak, saya pun bila baca cite akak nie mcm cuak2 gak..yelah dah kata saya pun spesis specky berabun jauh jugak nih.. nak tau la kak, yg akak duk buat test yg doktor suruh tu yg akak x nampak tu kan..that test tu with spec or without spec?saya mcm konpius plak ni.. kalau saya without spec mmg x nampak pun tp kalau dgn spec clear la..;-)

    ReplyDelete
  3. akak,sy mmg tertunggu2 entry nih..yela,risau jugakla kan..sbb sy pun rabun jauh..bak kate akak,benda ni mungkin boleh jd rujukan buat ms depan..kalau x BW sgt pun xpela kak..org phm,lgpun akak xbolela duk mngadap lappy lama2kan..smoga semuanya dipermudahkan olehNya..iA.:)

    ReplyDelete
  4. as salam yus..risau jugak akak baca cerita yus ni..risaukan anak la..
    akak harap yus tabah..insyaallah..semua nya akan selamat..

    ReplyDelete
  5. assalam yus..happy birthday buat aqil..
    nanti dah sihat boleh la buatkan kek birthday tok aqil..

    ReplyDelete
  6. Yus...rehatlah ye... alamak akak baca apa yang doktor buat pun sedap...jgn dok lama2 kat komputer...mata tu kena jaga...semoga cepat sembuh...

    Selamat Harijadi buat Aqil...semoga dia menjadi anak yang soleh...dan membanggakan kedua ibubapanya

    ReplyDelete
  7. Insyallah semuanya akan selamat.. Yus take care ok......

    p.s
    Hari ini baca habis N3 yus.. hehehehehe.....

    ReplyDelete
  8. Walau panjang mana pun entry kak yus sy setia baca..semoga semuanya baik2 saje ye kak yus...

    ReplyDelete
  9. salam yus..baca entri kali ni dalam keadaan tegang pulak..moga semua masalah yus akan cepat berakhir..dan kembali pulih seperti sediakala...

    ReplyDelete
  10. alaa yus... biarlah baik betol2 dulu.. moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  11. Kesian, Yus... cepat2lah okey, ya. Nanti boleh jwb GA kat sini...http://sariyusa.blogspot.com/2011/02/ga.html

    ReplyDelete
  12. kak..jaga kesihatan kak, xpe qema akan jejak gak blog akak ni, harap k.yus pulih cepat ye..

    Nanti dah sihat akak sambung la rentetan kesihatan akak kat sini ye..qema mendoakan yang terbaik untuk akak dari jauh.

    Kenapa Bali???

    ReplyDelete
  13. alaa sedihnya...doa dan tawakkal yer kak..mungkin ade hikmahnya..mohon petunjuk drNya...mudah-mudahan akak selamat dan dpt berblog spt sediakala nanti

    ReplyDelete
  14. xpe kak...tak perlu BW lagi skrg ni..
    jaga mata...kurang kan tgk monitor lama2 ye...nanti mata cepat letih...tambah lak kang...
    jadi byk kan rehat mata....tgk pokok2 menghijau...

    ReplyDelete
  15. take care Yus..

    kakyong pun bercermin mata... rabun jauh juga... bila baca kesah Yus ni, takut pun ada...

    kakyong doakan semoga dipermudahkan urusan Yus & pembedahan berjaya.. Amin

    ReplyDelete
  16. @Umie
    With spec Umie, kalau tanpa spec, lagi serba hitam..huhu

    ReplyDelete
  17. KEPADA SEMUA YANG LAIN..

    TQ SO MUCH FOR YOUR SUPPORT. SAYA TERHARU. INSYAALLAH, SAYA AKAN KUATKAN SEMANGAT HADAPI SEMUA NI, TERUTAMA OPERATION TU. MOGA DOA DARI KALIAN DAPAT HILANGKAN PERASAAN TAKUT SAYA NI...:)

    ReplyDelete
  18. lagi cepat jumpa doktor lagi bagus yus
    lagi cepat kita tahu apa sebenar puncanya...

    jangan fikirkan sangat
    nanti lagi stress ...

    semoga semuanya dipermudahkan
    kak ati ni pun baru balik dari
    jumpa doktor pakar

    ReplyDelete
  19. masih terus membaca untuk tahu apa yg sebenarnya..
    entah kenapa saya risau plak ngan mata saya nii

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...