Salam bahagia....
Apa khabar kawan-kawan?
Hujung minggu kali ini aku cuti dari berblog.
Ada yang cari?
Tidak kot, masing-masing pastinya ada agenda tersendiri.
Apa aku nak cerita sebenarnya ni ya?
Hujung minggu kali ini aktiviti aku yang utama adalah mengemas.
Lepas itu menerima tetamu ayah dan emak ku yang buat lawatan mengejut...hehe
Jalan-jalan Carefour.
Makan durian, dan mengemas dan kemas lagi.
Paling utama kemas buku-buku yang dah semakin banyak di rumah ni,
tapi tiada rak yang sesuai untuk menyimpannya.
Makanya aku dah SRD sepakat cari rak buku yang sesuai.
Rak buku sekarang jenis besi gitu je, macam rak pinggan tu...haha.
Pergilah dua tiga kedai perabot.
Tiada yang betul-betul berkenan,
sebab kebanyakkan rak bukunya tiada cermin atau penutup.
Aku tak suka, takut hero kecik aku panjat nanti,
dan senang buku nak berterabur.
Tiba di satu kedai di Sri Gading, aku berkenan sangat dengan rak buku itu.
Maka kami pun sepakat beli.
Malam, baru dia hantar ke rumah.
Tak kisahlah tu, tapi yang buat aku sedikit kecewa, rak buku itu dah cacat sedikit.
Di bahagian belakangnya, papannya tu tersompek.
Macam terlanggar sesuatu, dan nampak sedikit lubang.
Bila aku tanya kenapa ada lubang sedikit ni, dia pun tak tahu.
Mungkin masa dalam lori, terlanggar sesuatu.
Aku terdiam, dia pun diam.
Dalam hati tak nak terima rak buku itu.
Nak minta dia tukar yang lain.
Tapi dalam masa yang sama, kesian juga, sebab rumah aku dengan kedainya jauh.
Kemudian dia bersuara;
"Takpelah, bahagian belakang je. Tampal plaster ok, tak nampak. sikit saja!"
Eh! Mana boleh!!!
Aku tak puashati.
Nasib baik SRD pula menyampuk,
" Ganti papan lainlah!"
Dan aku pun menambah,
"Betul ganti papan lain. Saya tak mahu bayar penuh dulu selagi tak ganti papan"
(nasib baik baru bayar deposit separuh)
Makanya dari harga sebenar almari itu,
kami pegang dulu RM100 sehingga dia ganti papan baru.
Janjinya malam tadi dia nak sampai, tapi tak juga muncul.
Dah agak dah!...huhu.
Mula-mula dia kata, "saya tak lari punya, nanti saya datanglah ganti papan belakang tu"
Kami pun cakap, "kami pun tak lari punya, awak datang ganti papan, kami bayar habislah!"
Budget nak suruh kami bayar penuh hari tu jugalah tu!
Kita tunggu dan lihat, janji semalam takde pun???
Bila mahu sampai tauke kedai??
Dalam pada kecewa, aku dan SRD kemas juga buku-buku yang ada.
Paling banyak buku anak-anak, dan tentunya SRD punyalah.
Sana sini penuh barang dia.
Assigment pelajar yang menimbun pun ada..huhu.
Kalau dari depan takdelah nampak pun,
tapi tak bestlah kan, beli barang baru, ada cacat pula.
Mungkin taukeh dan pekerja kedai tu sibuk.
Kita tunggu dan lihat sampai hujung minggu ini pula.
Kalau dia tak datang, selamat RM100 aku,
cuma sedih sebab cacat sedikit almari buku tu.
Kalau korang puashati tak?
Beli barang baru, sampai rumah nampak sompek dan lubang macam tu?
Mesti sedikit kecewa kan.
p/s: tak dapat nak tunjuk bahagian sompek dan lubang tu, sebab tak larat nak alih sendiri almari yang dah penuh buku tu untuk ambil gambar...huhu.

Inilah almari buku itu. Dari depan nampak cantik aje. Tapi belakang dia ada sedikit sompek dan lubang..huhu. Apa pun alhamdulillah, yang penting buku-buku itu ada tempat untuk di letakkan. |
Beli barang baru, sampai rumah nampak sompek dan lubang macam tu?
Mesti sedikit kecewa kan.
p/s: tak dapat nak tunjuk bahagian sompek dan lubang tu, sebab tak larat nak alih sendiri almari yang dah penuh buku tu untuk ambil gambar...huhu.
~ يوس ~
saya cari entry akak hujung minggu, agaknya akak rehat kot..cantik rak buku tu, tapi kalau cacat tu kecik je saya ok je, tapi kalau cacat tu besar ke memang saya suruh tukar la..hehe
ReplyDeletecantik...
ReplyDeleteklau terbuka kat belakang senang dimasuki lipas, labah, cicak dan yg sewaktu ngan nya la kan
ciannya..klu saya pun mesti bising sikit..sbb almari baru..dorang punya responsiblity le kan kena jaga jgn smpai rosak. Kita byr :)
ReplyDeletelain le klu dah tntu beli perabot terpakai..sabar ek..mgkin ada hikmah sebalik tu :)
@Huda
ReplyDeletemacam besar juga huda, sbb tembus ke depan...huhu.
Papan tu terkeluar sikit bahagian depan dalam tu...huhu.
Sedih lagi ni...., almari2 cantik, tapi tak sempurna...huwaaa.
mmg tak puas hati...bknnyer mende free kan..
ReplyDeleteakak, izan pun tak puashati kalau ada sompek ni walaupun tak nampak dari depan.
ReplyDeletehmmm... takpelah kak, janji dah susun ngan kemas semua buku2 tu. cantik... nampak kemas aje!
@Anamarza
ReplyDeleteitulah ana, kalau dia tak datang juga, kenalah tampal sesuatu bagi benda2 tu tak masuk...huhu
@sisdee
ReplyDeleteitulah, mmg tugas mereka jaga bagi elok sampai ke tangan pelanggan kan, kalau dah mcm jadi mcm ni, mereka kenalah bertanggungjawab....huhu
klu saya pun tak puas hati yus.. tp almari tu cantik.. saya pun tgh mencari2 almari buku yg sesuai sbb buku2 dah merata2 tempat dah letaknya.. klu dah letak setempat mmg lgi kemas dan mudah nak cari..
ReplyDeletebaguslah akak tak bayar penuh..kalo tak buat rugi jak kan..mmg salah diorg pun...
ReplyDeletePernah beli perabut melalui katalog tapi bila tak dpt tak puas hati. Cuma mals nak bising terima ajelah.. Dah selamat dihuni pinggan mangkuk lama ku.. :D
ReplyDeletemujur tak bayar penuh..nasiblah tauke tu..kalau nak duit bakinya..terpaksalah dtg dan ganti kan..
ReplyDeletekalau D pun bising juga la kak...kita beli baru tiba2 dpt tak sempurna...
ReplyDeletelupa nak bgtau...cantek lo almari tu...
ReplyDeletemestilah tak puashati sbb
ReplyDeletekita dah bayar dan nak yg baik
cantik alamari tu tapi kalau
rumah kita tak muatlah ..
rumah kecik je..hihi
mmg tak puas hati dan sakit hati lagikann..
ReplyDeletekenapa tak bg tau jer suruh tukar yg baru jer yus..
cantik2...
ReplyDeletetp hangen jugak la cma ade kt situasi akak..
sabar ye..
sh mmg fitrah eB, kalo dh tau ader jer defect, mls nk tgk dh. sedih. hu3
ReplyDeleteKlu Nurul memang x kisah pun sbb x nampak kat blkg.....tp klu hubby Nurul memang x boleh,mesti dia suruh tukar ambik yg baru,pernah sekali kat Sibu beli almari baju brapa kali tukar sbb dia x puashati,rasanya tukar 2 kali dan ketiga baru dpt yg betul2 kita hendak....
ReplyDeleteYus... memang cantik... orang lain tak nampak cuma kita je yang tau ada kecacatan...tu yang buat tak sedap dlm hati tu... orang kata sebab kita membayar untuk produk itu...jadi kita mau yang sempurna...
ReplyDeletekalau hb org sure dia reject trus..dia lg cerewet..huhu
ReplyDeletekalo papa mifz pun tak puas hati kak...mahal xpe janji kualiti mau ada...
ReplyDelete@dianaharga masa di kedai 590, tawar2 dapat 470....
ReplyDeletenak review tu tak sempat2 diana, kena baca sikit2 dulu apa kandungan blog tu baru boleh review kan, tak kan nak hentam kromo je...
kalu cheqna..terus reject..hehehehe
ReplyDeletelaaa... awat berlobang tu kan..?? dah pegang rm100 tu ok la. takde rasa tertipu sangat..
ReplyDeletesaya pernah kena mcm ni kak...masa tu baru pindah umah baru...kami ada order coffea table, tapi sekali sampai mcm ada berminyak sikit kat hujung meja tu...terus saya kol tokeh kedai mintak diskaun...padahal masa kat kedai dah mintak diskaun, dah jadik mcm ni, mintak diskaun lagi...hehe....diskaun byk lak tu...
ReplyDelete@fieda
ReplyDeleteitulah fieda, kita bayar kan..huhu
@Izan Ishak
ReplyDeletebaca komen izan, sejuk sikit hati...:)
@Hanis Azla
ReplyDeleteitulah Hanis. Memang lebih kemas bila dah letak semua satu tempat, tp ada pula yang cacatnya...huhu
@kis
ReplyDeleterasa nak minta balik semua duit pun ada kis...huwaaa
@Zefa NorAsmara
ReplyDeleteyus pun malas nak bising2, dan nak cepat kemas buku2 yang bersepah tu, tp sekarang hati rasa ralat pula tak minta tukar terus...huhu
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeletenasib baik almari tu cantik kan, kalau tak cantik, sure lagi sedih akak...huhu
@Ati Masrif
ReplyDeleterumah yus pun takdelah besar mana kak...:D
@ainnoraini
ReplyDeleteentahlah kak, kenapa entah mulut yus tak cakap minta tukar aje, yus selalu tak sampai hati sbb dia dah hantar jauh2 tu kak..huhuhuhu
@♥cmª shIemª♥
ReplyDeleteitulah kan cma...huhu
@eB ezrin
ReplyDeletemalas nak tengok ya eB, tapi kena tengok sbb almari tu besar...huhu
@Nazayiena
ReplyDeletebaguslah ada yang cerewet ni, kami dua2 lebih kurang aje, tak cerewet sangat, sikit2 je cerewetnya...hehe
@aNIe
ReplyDeletekan kak, ralat sangat sebab ada cacatnya walau pun tak ketara kan...
@kayzie
ReplyDeletekenapa lah kami tak cerewet macma tu kan, sudahnya sendiri sedih...huhu
@Papa Mifz
ReplyDeletehmmm.....sedih gak ni...huhu
@Papa Mifz
ReplyDeletehmmm.....sedih gak ni...huhu
@cheqna
ReplyDeleteala cheqna, kenapa kak yus tak macam cheqna ya...huhuhuh
@Mama Ema
ReplyDeleteitulah, tp kenapa dia tak muncul2...huhu
memang cantik lemari tu yus.. terjeles ku .. heheh..
ReplyDeleterumah kakyong pun buku2 dah semakin beteraburan.. sbb lemari yg ada memang dah penuh gila/sesak..
kakyong pun mcm Yus la, defect sikit pun, ralat dlm hati jer.. nak komplen leleih tu cam terkelu lidah jer..
hrp2 segera la depa ganti kan papan tu kan..
alhamdulillah bayar deposit jer kak..kalau dia tak datang maka selamatlah duit akak..kira fair lah..
ReplyDeletememang tak patut sebab dia bagi barang yang ada rosak tapi almari tu cantik jer sebab tengok dari depan..still boleh guna kan..hee
qema baca tapi tak sempat komen ritu, cantik almari ni kak tapi dah berlubang tu tak puas hati la kan, mujur diorang nak ganti papan tu:)
ReplyDeleteKat mana beli ni ye? berapa harganya? berkenan lah..
ReplyDeletekat mana beli ni ye? berkenan lah..boleh tau harga tak?
ReplyDeletebeli di kedai perabot kat area Pura Kencana Parit Raja.
Delete