Monday, January 09, 2012

Home » , » Sedikit kecewa tapi takpelah yang penting buku-buku itu kemas sudah!!

Sedikit kecewa tapi takpelah yang penting buku-buku itu kemas sudah!!

Salam bahagia....

Apa khabar kawan-kawan?
Hujung minggu kali ini aku cuti dari berblog.
Ada yang cari?
Tidak kot, masing-masing pastinya ada agenda tersendiri.

Apa aku nak cerita sebenarnya ni ya?
Hujung minggu kali ini aktiviti aku yang utama adalah mengemas.
Lepas itu menerima tetamu ayah dan emak ku yang buat lawatan mengejut...hehe
Jalan-jalan Carefour.
Makan durian, dan mengemas dan kemas lagi.

Paling utama kemas buku-buku yang dah semakin banyak di rumah ni,
tapi tiada rak yang sesuai untuk menyimpannya.
Makanya aku dah SRD sepakat cari rak buku yang sesuai.
Rak buku sekarang jenis besi gitu je, macam rak pinggan tu...haha.

Pergilah dua tiga kedai perabot.
Tiada yang betul-betul berkenan,
sebab kebanyakkan rak bukunya tiada cermin atau penutup.
Aku tak suka, takut hero kecik aku panjat nanti,
dan senang buku nak berterabur.
Tiba di satu kedai di Sri Gading, aku berkenan sangat dengan rak buku itu.
Maka kami pun sepakat beli.

Malam, baru dia hantar ke rumah.
Tak kisahlah tu, tapi yang buat aku sedikit kecewa, rak buku itu dah cacat sedikit.
Di bahagian belakangnya, papannya tu tersompek.
Macam terlanggar sesuatu, dan nampak sedikit lubang.

Bila aku tanya kenapa ada lubang sedikit ni, dia pun tak tahu.
Mungkin masa dalam lori, terlanggar sesuatu.
Aku terdiam, dia pun diam.
Dalam hati tak nak terima rak buku itu.
Nak minta dia tukar yang lain.
Tapi dalam masa yang sama, kesian juga, sebab rumah aku dengan kedainya jauh.
Kemudian dia bersuara;
"Takpelah, bahagian belakang je. Tampal plaster ok, tak nampak. sikit saja!"

Eh! Mana boleh!!!
Aku tak puashati.
Nasib baik SRD pula menyampuk,
" Ganti papan lainlah!" 

Dan aku pun menambah,
"Betul ganti papan lain. Saya tak mahu bayar penuh dulu selagi tak ganti papan"
(nasib baik baru bayar deposit separuh)

Makanya dari harga sebenar almari itu,
kami pegang dulu RM100 sehingga dia ganti papan baru.
Janjinya malam tadi dia nak sampai, tapi tak juga muncul.
Dah agak dah!...huhu.

Mula-mula dia kata, "saya tak lari punya, nanti saya datanglah ganti papan belakang tu"
Kami pun cakap, "kami pun tak lari punya, awak datang ganti papan, kami bayar habislah!"
Budget nak suruh kami bayar penuh hari tu jugalah tu!
Kita tunggu dan lihat, janji semalam takde pun???
Bila mahu sampai tauke kedai??

Dalam pada kecewa, aku dan SRD kemas juga buku-buku yang ada.
Paling banyak buku anak-anak, dan tentunya SRD punyalah.
Sana sini penuh barang dia.
Assigment pelajar yang menimbun pun ada..huhu.
Kalau dari depan takdelah nampak pun,
tapi tak bestlah kan, beli barang baru, ada cacat pula.

Mungkin taukeh dan pekerja kedai tu sibuk.
Kita tunggu dan lihat sampai hujung minggu ini pula.
Kalau dia tak datang, selamat RM100 aku,
cuma sedih sebab cacat sedikit almari buku tu.

Inilah almari buku itu. Dari depan nampak cantik aje. Tapi belakang dia  ada sedikit sompek dan lubang..huhu. Apa pun alhamdulillah, yang penting buku-buku itu ada tempat untuk di letakkan.
Kalau korang puashati tak?
Beli barang baru, sampai rumah nampak sompek dan lubang macam tu?
Mesti sedikit kecewa kan.

p/s: tak dapat nak tunjuk bahagian sompek dan lubang tu, sebab tak larat nak alih sendiri almari yang dah penuh buku tu untuk ambil gambar...huhu. 
~ يوس ~

50 comments:

  1. saya cari entry akak hujung minggu, agaknya akak rehat kot..cantik rak buku tu, tapi kalau cacat tu kecik je saya ok je, tapi kalau cacat tu besar ke memang saya suruh tukar la..hehe

    ReplyDelete
  2. cantik...

    klau terbuka kat belakang senang dimasuki lipas, labah, cicak dan yg sewaktu ngan nya la kan

    ReplyDelete
  3. ciannya..klu saya pun mesti bising sikit..sbb almari baru..dorang punya responsiblity le kan kena jaga jgn smpai rosak. Kita byr :)

    lain le klu dah tntu beli perabot terpakai..sabar ek..mgkin ada hikmah sebalik tu :)

    ReplyDelete
  4. @Huda
    macam besar juga huda, sbb tembus ke depan...huhu.

    Papan tu terkeluar sikit bahagian depan dalam tu...huhu.

    Sedih lagi ni...., almari2 cantik, tapi tak sempurna...huwaaa.

    ReplyDelete
  5. mmg tak puas hati...bknnyer mende free kan..

    ReplyDelete
  6. akak, izan pun tak puashati kalau ada sompek ni walaupun tak nampak dari depan.

    hmmm... takpelah kak, janji dah susun ngan kemas semua buku2 tu. cantik... nampak kemas aje!

    ReplyDelete
  7. @Anamarza
    itulah ana, kalau dia tak datang juga, kenalah tampal sesuatu bagi benda2 tu tak masuk...huhu

    ReplyDelete
  8. @sisdee
    itulah, mmg tugas mereka jaga bagi elok sampai ke tangan pelanggan kan, kalau dah mcm jadi mcm ni, mereka kenalah bertanggungjawab....huhu

    ReplyDelete
  9. klu saya pun tak puas hati yus.. tp almari tu cantik.. saya pun tgh mencari2 almari buku yg sesuai sbb buku2 dah merata2 tempat dah letaknya.. klu dah letak setempat mmg lgi kemas dan mudah nak cari..

    ReplyDelete
  10. baguslah akak tak bayar penuh..kalo tak buat rugi jak kan..mmg salah diorg pun...

    ReplyDelete
  11. Pernah beli perabut melalui katalog tapi bila tak dpt tak puas hati. Cuma mals nak bising terima ajelah.. Dah selamat dihuni pinggan mangkuk lama ku.. :D

    ReplyDelete
  12. mujur tak bayar penuh..nasiblah tauke tu..kalau nak duit bakinya..terpaksalah dtg dan ganti kan..

    ReplyDelete
  13. kalau D pun bising juga la kak...kita beli baru tiba2 dpt tak sempurna...

    ReplyDelete
  14. mestilah tak puashati sbb
    kita dah bayar dan nak yg baik

    cantik alamari tu tapi kalau
    rumah kita tak muatlah ..
    rumah kecik je..hihi

    ReplyDelete
  15. mmg tak puas hati dan sakit hati lagikann..

    kenapa tak bg tau jer suruh tukar yg baru jer yus..

    ReplyDelete
  16. lawa almari tu..berapa ratus tu??saya nak beli rak buku yang biasa2 je.untuk buat perpustakaan dalam bilik belakang..

    yus..saya tengok ada banyak la review yus kat alexa blog lain..kalau rasa tak keluar review satu hari satu blog pun ok je...

    ReplyDelete
  17. cantik2...
    tp hangen jugak la cma ade kt situasi akak..
    sabar ye..

    ReplyDelete
  18. sh mmg fitrah eB, kalo dh tau ader jer defect, mls nk tgk dh. sedih. hu3

    ReplyDelete
  19. Klu Nurul memang x kisah pun sbb x nampak kat blkg.....tp klu hubby Nurul memang x boleh,mesti dia suruh tukar ambik yg baru,pernah sekali kat Sibu beli almari baju brapa kali tukar sbb dia x puashati,rasanya tukar 2 kali dan ketiga baru dpt yg betul2 kita hendak....

    ReplyDelete
  20. Yus... memang cantik... orang lain tak nampak cuma kita je yang tau ada kecacatan...tu yang buat tak sedap dlm hati tu... orang kata sebab kita membayar untuk produk itu...jadi kita mau yang sempurna...

    ReplyDelete
  21. kalau hb org sure dia reject trus..dia lg cerewet..huhu

    ReplyDelete
  22. kalo papa mifz pun tak puas hati kak...mahal xpe janji kualiti mau ada...

    ReplyDelete
  23. @dianaharga masa di kedai 590, tawar2 dapat 470....

    nak review tu tak sempat2 diana, kena baca sikit2 dulu apa kandungan blog tu baru boleh review kan, tak kan nak hentam kromo je...

    ReplyDelete
  24. kalu cheqna..terus reject..hehehehe

    ReplyDelete
  25. laaa... awat berlobang tu kan..?? dah pegang rm100 tu ok la. takde rasa tertipu sangat..

    ReplyDelete
  26. saya pernah kena mcm ni kak...masa tu baru pindah umah baru...kami ada order coffea table, tapi sekali sampai mcm ada berminyak sikit kat hujung meja tu...terus saya kol tokeh kedai mintak diskaun...padahal masa kat kedai dah mintak diskaun, dah jadik mcm ni, mintak diskaun lagi...hehe....diskaun byk lak tu...

    ReplyDelete
  27. @fieda
    itulah fieda, kita bayar kan..huhu

    ReplyDelete
  28. @Izan Ishak
    baca komen izan, sejuk sikit hati...:)

    ReplyDelete
  29. @Hanis Azla
    itulah Hanis. Memang lebih kemas bila dah letak semua satu tempat, tp ada pula yang cacatnya...huhu

    ReplyDelete
  30. @kis
    rasa nak minta balik semua duit pun ada kis...huwaaa

    ReplyDelete
  31. @Zefa NorAsmara
    yus pun malas nak bising2, dan nak cepat kemas buku2 yang bersepah tu, tp sekarang hati rasa ralat pula tak minta tukar terus...huhu

    ReplyDelete
  32. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    nasib baik almari tu cantik kan, kalau tak cantik, sure lagi sedih akak...huhu

    ReplyDelete
  33. @Ati Masrif
    rumah yus pun takdelah besar mana kak...:D

    ReplyDelete
  34. @ainnoraini
    entahlah kak, kenapa entah mulut yus tak cakap minta tukar aje, yus selalu tak sampai hati sbb dia dah hantar jauh2 tu kak..huhuhuhu

    ReplyDelete
  35. @eB ezrin
    malas nak tengok ya eB, tapi kena tengok sbb almari tu besar...huhu

    ReplyDelete
  36. @Nazayiena
    baguslah ada yang cerewet ni, kami dua2 lebih kurang aje, tak cerewet sangat, sikit2 je cerewetnya...hehe

    ReplyDelete
  37. @aNIe
    kan kak, ralat sangat sebab ada cacatnya walau pun tak ketara kan...

    ReplyDelete
  38. @kayzie
    kenapa lah kami tak cerewet macma tu kan, sudahnya sendiri sedih...huhu

    ReplyDelete
  39. @cheqna
    ala cheqna, kenapa kak yus tak macam cheqna ya...huhuhuh

    ReplyDelete
  40. @Mama Ema
    itulah, tp kenapa dia tak muncul2...huhu

    ReplyDelete
  41. memang cantik lemari tu yus.. terjeles ku .. heheh..

    rumah kakyong pun buku2 dah semakin beteraburan.. sbb lemari yg ada memang dah penuh gila/sesak..

    kakyong pun mcm Yus la, defect sikit pun, ralat dlm hati jer.. nak komplen leleih tu cam terkelu lidah jer..

    hrp2 segera la depa ganti kan papan tu kan..

    ReplyDelete
  42. alhamdulillah bayar deposit jer kak..kalau dia tak datang maka selamatlah duit akak..kira fair lah..
    memang tak patut sebab dia bagi barang yang ada rosak tapi almari tu cantik jer sebab tengok dari depan..still boleh guna kan..hee

    ReplyDelete
  43. qema baca tapi tak sempat komen ritu, cantik almari ni kak tapi dah berlubang tu tak puas hati la kan, mujur diorang nak ganti papan tu:)

    ReplyDelete
  44. Kat mana beli ni ye? berapa harganya? berkenan lah..

    ReplyDelete
  45. kat mana beli ni ye? berkenan lah..boleh tau harga tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli di kedai perabot kat area Pura Kencana Parit Raja.

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...