My other Blog

Sunday, January 01, 2012

Home » , , , » Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Rajalawak

Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Rajalawak

Baca entri dari ibu Yusuf dan Maryam pasal Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus.
Seronoknya dapat menghadiri majlis seumpama itu.
Kira acara sambutan tahun baru yang agak berbeza dari yang pernah kita dengar.
Khabarnya kehadiran lebih dari 70,000 penonton.
Alhamdulillah.

image dari fuhsantai.com
Teringin sekali aku mendengar serba sedikit apa agaknya yang di sampaikan masa itu.
Cari-cari video di youtube kot-kot ada, tapi nampaknya hampa.
Jumpalah blog fuhsantai.com
yang ada menyiarkan beberapa video dari Countdown 2012 itu.
Pengacara malam itu ialah Zizan Rajalawak,
Tapi sayang, tak berapa jelas, sebab dia mungkin berada jauh di belakang.

Cuba cari lagi, masih tak jumpa.
Tiba-tiba aku jumpa blog rotikaya.com ni.
Ada video ustaz Azhar Idrus
menceritakan pengalamannya berbual bersama Zizan Rajalawak dalam telefon.

Bila tengok video tu, rasa respect juga dengan Zizan.
Bagus Zizan ni, merujuk kepada Ustaz untuk sesuatu perkara yang dia tidak pasti.






Seronok dengar, walau beberapa kali tengok.
Pandai Ustaz Azhar Idrus ni bagi ceramah kan.
Makin suka dengan cara dia menyampaikan ilmu.

Pengajaran yang boleh di ambil,
malu bertanya sesat jalan.
Bertanya dan merujuklah kepada yang lebih pakar,
untuk sesuatu perkara yang kita tak pasti dan ingin tahu kebenarannya.
Semoga darinya kita dapat memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dan berguna.
~ يوس ~

7 comments:

  1. kalo ustaz azhar datang kerteh, kami pasti serbu..

    ReplyDelete
  2. byk sgt youtube ustaz azhar..mmg byk soalan org tny.lg byk org tny lg byk ilmu kita dpt kan.klu dpt dgr ceramah dia mmg lg best la.

    ReplyDelete
  3. Dah jd fenomena ust azhar idrus ni...bagusnye... semoga menjadi idola yg baik utk kite sume ;)

    ReplyDelete
  4. Uztz ni mmg best.
    Dlm berceramah ada lucunya. Dlm lucu ada benarnya.

    selamat tahun baru utk YUS sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. tak dpt nak tgk video ni kat ofis..disekat....balik rumah baru dpt tgk kot...tapi kawan ada tjk video ustaz azhar main gitar...mesti seronok kan

    ReplyDelete
  6. seronok tgk ceramahnya di youtube... kalau ada dekat2 sini mau pegi juga serbu...

    ReplyDelete
  7. fenomena sungguh ustaz azhar idrus ni skrg kan.. teringat pulak pada Ustaz Ismail Kamus.. ;)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...