-edXz6JhJAULnIDihv4okJege6w

Monday, January 16, 2012

Home » » Pengawas kaki buli??? (bhg 2) | Semuanya dah selesai...

Pengawas kaki buli??? (bhg 2) | Semuanya dah selesai...

Salam....

Berat rasa nak mencoret sesuatu di sini.
Tak tahu kenapa, tapi penyakit M aku dah datang kot,
plus mood berblog ku jatuh merudum.
Baru letak azam untuk tahun ini, tapi penyakit M ni cepat pula datang...huhu.

Apa pun aku nak update kesinambungan dari entri
Aku emosi | Pengawas kaki buli?? yang lalu.

Petang Jumaat tu, jiran @ guru yang aku laporkan mengenai kejadian itu datang ke rumah.
Dia nak tengok sendiri kesan bergaris di tangan Aqil, takut dah hilang kata dia.
Selain itu nak tahu cerita sebenar dari Aqil juga,
sebelum dia sendiri bawa Aqil dan pengawas tersebut jumpa guru disiplin.

Aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya
sebab aku lebih fokus pada rasa geram
dengan tindakan dari pengawas tersebut terhadap Aqil.
Aku ingat dia bising jelah kan.

Bila di soal siasat petang itu oleh guru @ jiran aku tu,
aku tumpang sekaki dengarlah kan punca tindakan agresif dari pengawas tersebut.
Ok, guru tiada dan Aqil bersama kawan-kawannya buat bising.
Menambah rasa geram pengawas itu bila Aqil tidak duduk di tempatnya.
Bila di tegur Aqil menjawab pula.
Cara Aqil menjawab tu aku kira membuat pengawas tadi naik hangin.
Kata Aqil, " Yalah! aku nak duduk tempat sendirilah ni!"

Jawapan Aqil itu membuat dia bertindak memulas @ piat telinga Aqil.
Aqil diamkan saja.
Tapi dia masih juga berbual dengan rakan-rakannya.
Kali ini dia masih tetap mahu berganjak dari tempat duduknya.
Cuma caranya, dia angkat kerusi dia dan bawa ke meja kawannya.

Pengawas itu marah lah kiranya, dan menegur Aqil sekali lagi
kerana tidak mahu duduk di tempatnya.
Tapi jawapan loyar buruk dari Aqil pula keluar.
Kata dia, " Kan aku duduk kat kerusi aku sendiri ni, bukan kerusi orang lain pun!"
(lebih kuranglah ayat dia begitu, merujuk kepada dia angkat kerusi dia sendiri ke tempat kawannya)

Loyar buruk Aqil membuat kan pengawas tadi bertambah hangin.
Di saat inilah dia capai gunting di atas meja yang berdekatan
dan meletakkan gunting itu ke pelipat lengan Aqil lalu di tekannya dengan kuat.
Jelas Aqil dia membuka gunting itu sedikit,
tapi dia tak acukan kawasan yang tajam ke lengan Aqil.
Oleh kerana dia tengok muka Aqil berang sedikit,
dia capai pisau lipat pula dan mengacukan ke jari Aqil.
Dari cerita Aqil, aku rasa dia tak berniat untuk cederakan Aqil,
sebab dia konon-konon je nak lukakan jari Aqil,
cuma mungkin terkuat sedikit sehingga mengakibatkan jari Aqil tercalar sedikit.

Secara ringkasnya, anak aku ni pun satu.
Loyar buruk terlebih, sampai pengawas tu naik hangin.
Belajar dari siapa entah!
Huhu....

Hari ini semua dah selesai.
Menurut Aqil, dia dan pengawas itu di panggil ke satu bilik.
Ada 3 guru terlibat, cikgu @ jiran aku tadi, seorang guru perempuan,
dan seorang lagi guru lelaki merangkap guru disiplin.
2 orang rakan Aqil turut di panggil sebagai saksi.

Mulanya pengawas tadi tidak mengaku,
tetapi setelah semua saksi mengatakan dia melakukan perkara tersebut,
akhirnya dia mengaku juga.

Sessi memohon maaf antara satu sama lain juga berlangsung.
Dan menurut Aqil guru disiplin ada bertanya dengan Aqil,
"Awak nak saya lucut jawatan dia atau tidak?"

Aqil cuma berdiam diri....huhu.
Dan cikgu telah beri amaran kepada pengawas tadi supaya tidak mengulanginya.
Oops, terlupa, pengawas itu rupanya baru darjah 5,
dan bukannya darjah 6 seperti yang anak aku sangkakan.

Aku risau sebenarnya dari semalam, tentang apa yang akan berlaku hari ini di sekolah.
Tapi nampaknya anak aku relax aje.
Aku tanya juga dia, kot-kot pengawas itu pandang dia dengan cara berdendam atau apa.
Tapi kata Aqil tidak, biasa-biasa aje.

Kiranya semuanya sudah selesai.
Dan panjang lebar aku nasihatkan Aqil agar tidak berlagak pandai lain kali.
Loyar buruk pun ya, terlebih berani dengan senior pun ya juga.
Aku takut aje dia jadi mangsa buli, sudahlah dia kecik aje.
Tapi dia tu memang pantang orang usik, walau hakikatnya dia kecik aje...huhu.

Moga Aqil akan mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Jangan lawan cakap pengawas lagi ya sayang....

p/s: dalam pada Aqil kena buli dengan pengawas tu, dia pulak di lantik sebagai pengawas untuk sekolah agama. Macam tak percaya aje, budak kecik tu jadi pengawas, dah kena tukar samping merah...huhu


~ يوس ~

21 comments

16 January 2012 16:19

Syukurlah masalah Aqil dgn pengawas tu dah settle,takut jugakkan pengawas tu berdendam.......dan tahniah Aqil jadi pengawas sklh agama,semoga dpt menjalankan tugas sbgi pengawas tu dgn sebaik mungkin.

16 January 2012 16:20

owhh akhirnya dah selesai dgn cara baik..

16 January 2012 16:28

Kakcik sebenarnya tak suka anak2 jadi pengawas di sekolah, tapi Along dan Bangcik tetap nak jadi juga. Hmmm... mungkin mereka nak tunjuk bakat kepimpianan yang terpendam agaknya.

Kebetulan, Along memang dapat Anugerah Tokoh Kepimpinan sewaktu bersekolah dulu.

16 January 2012 16:30

apa-apa pun cik ina tak sokonglah kalau benda tajam cam gunting atau pisau lipat dijadikan bahan untuk menakutkan budak-budak. hendaknya lepas tak akan terjadi lagi perkara cam tu. InsyaAllah

16 January 2012 16:36

:)

16 January 2012 16:42

alhamdulillah kak yus.. semuanya dah selesai dgn cara paling baik...

macam nilah anak2...ragam pun macam2 kat sekolah kan. hmmm... muhaimin pun baru je siap sampin merahnya. mujur kami balik selangor, mak izan lah yg tolong jahitkan...

16 January 2012 16:43

Bagus la selesai cara baik..agaknya dia angin Aqil menjawab tu kak hehe

16 January 2012 16:51

akhirnya dah selesai ye...bagus la..TAPI dia guna pisau n gunting memang tak baik utk kesihatan tau...

tahniah ye dah jadi pengawas pulak dia...

16 January 2012 16:56

alhamdulillah.... semuanya dah selesai

16 January 2012 17:16

bagus jugak sek tu cepat je gurunya ambil tindakan...
-tahniah..aqil jd pengawas sek agama tu hehe,,aqil ni kecik2 cili padi tu ibu..

16 January 2012 17:16

tu baru pengawas.. kalau nak dikira,.. betapa le cikgu2 tak tahan dengan karenah anak murid, nasib baik tahap kesabaran ni masih ada,.. almaklum perangai buadak2 sekarang.. tp sikap pengawas tu memang x boleh dibiarkan sebab dia melibatkan benda tajan, setakat lapor pd cikgu cukuplah...

16 January 2012 17:19

Alhamdulillah dh settle ye kak.. hati pun senang..

16 January 2012 17:37

mujurlah dh selesai..moga pengawas tu x berdendam dgn aqil..tindakan pengawas tu mmglah salah sbb guna benda tajam dan aqil pon mesti dh belajar sst dr peristiwa nih..


tahniah aqil sbb dpt jd pengawas sekolah agama :)

16 January 2012 17:48

lepaS NI JADI PENGAWAS DIA RASA PULAK CEMANA BUDAK2 LAIN LOYAR BURUK KAT DIA..EKEKEKKE...

JADI PENGAWAS YANG BAIK YE AQIL..
JANGAN LOYAR BURUK DAH YE..
TAK MACHO LA LELAKI LOYAR BURUK..EKEKEK

16 January 2012 17:57

cool je aqil ek...bagus bagus...

17 January 2012 00:11

Dua orang anak che mid menolak jadi pengawas selepas setahun jadi pengawas. Banyak kerja di luar, kurang masa dalam kelas. Kena datang awal pula tu..

17 January 2012 10:16

nasib dah settle kan kak, biasa lelaki senang settle harap takde masalah lagi..tetiba saya pulak risau sebab zarif pun jenis loyar buruk, adehh

17 January 2012 16:07

Alhamdulillah, semua dah selesai. Tahniah Aqil, dilantik jadi pengawas.. :D

17 January 2012 16:46

alhamdulillah dah selesai..harap aqil dapat pun dpt belajar sesuatu..eheheh kiranye aqil petah berkata2 kot...maybe leh masuk pembahasan ni /debate...ehehehe

dan harap pengawas tu tak bedendam....kita pun tak dpt nak pantau apa yg berlaku kat sekolah kan kak..doa jer la iringan kita buat anak2...

17 January 2012 16:58

Alhamdulillah.. selesai satu kes.. gelihati pun ada baca kes aqil ni..


bagus la jd pengawas kat sek agama.. jgn buli org sudah.. ;)

17 January 2012 18:29

alhamdulillah..
moga tiada dendam dr pngawas tu..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...