Sunday, January 01, 2012

Home » » Masa Honeymoon dah tamat!!

Masa Honeymoon dah tamat!!

Malasnya hari ini.
Tapi terpaksa di kerjakan juga.
Siap jahit lencana dan tanda nama pada baju sekolah Aqil yang baru.
Alia minta di jahit pada tudung barunya tapi aku berhenti dulu.
Mata ni dah makin tak nampak bila menjahit.
Dua pasang baju Aqil tu saja dah buat mata berpinar.

Kenapalah dia perlu tukar baju baru tahun ini
sedangkan tahun lepas baru juga tukar baru?....huhu.
Kemudian tu sessi menggosok baju-baju sekolah mereka semua.
Penat!

Teringat kata-kata dari SRD semalam.
Masa honeymoon ku sudah tamat.
Anak-anak cuti sekolah, walau bising di rumah, tapi aku tampak relax sedikit.
Betul! Memang macam honeymoon rasa.
Tapi masa honeymoon itu akan tamat very soon.

image dari mr google
Bila anak-anak dah mula sekolah, jangan harap boleh bersenang lenang lagi kan.
Semua kerja perlu on time.
Lambat sikit, kelam kabut jadinya nanti.
Tambahan pula sessi persekolahan ada sedikit perubahan antara Aqil dan Alia.
Dah tak sama macam dulu sebab Aqil tahun ni dah darjah 4.
Dan masuk tahap 2,
jadi dia balik lambat sikit dan sekolah agama pun bermula lambat dan pulangnya lewat.
Lagi banyak keluar ulang-alik nampaknya.

Yus!! Sila jangan tenggelam dek mood honeymoon kamu selama cuti ini.
Wake up dear!

Dan mata, oh! mata!
Kenapa dua tiga hari ni rasa kabur aja.
Ada masalah lagi kah?
Temujanji dengan doktor lambat lagi.
Perlukah aku segerakan temujanji itu?

Buat sementara aku order produk dR8 dr rozmey tu.

image ehsan google
Aku baca mengenai kebaikkannya untuk mata di sini.
Harap-harap betullah hendaknya.
Aku baru nak mencuba ni.
Order dari hari Khamis, tak sampai-sampai lagi nampaknya.
Mungkin esok atau lusa baru sampai.

Esok, perlu ke sekolah untuk beli buku sekolah agama pula.
Jadual semakin padat nampaknya.
Apa pun, tahun baru, azam baru, semangat pun mesti baru.
Jangan berhoneymoon saja ya.
Duduk di comfort zone, tak akan kemana.
Nasihat untuk diri sendiri....hehe

~ يوس ~

12 comments:

  1. Yelah kak pagi2 dah start menjerit suh anak2 bgn mandi hihi, nnti dh try produk tu kak yus bg feedback ye

    ReplyDelete
  2. samalah yus..nnt selasa anak2 saya pun dah naik sek.mmg busy lah lps tu

    ReplyDelete
  3. yus..kalau ada anak sekolah ditahap yang berbeza..memang susah sikit..tapi masih lagi mudah..daripada sorang sekolah pagi..sorang lagi sekolah petang.

    ReplyDelete
  4. bila buka sekolah nanti, ibu lah yang paling sibuk sana sini kan.. saya sayang ibu saya... (",)

    ReplyDelete
  5. ekkeke bermulalahhh edisi mengejutkan anak2 dan membuat sarapan mereka ..

    ieda siap mengosok baju lagi huhuh

    ReplyDelete
  6. Mcm menteri juga kut , kalau Guru disiplin baru baju pengawas pun tukar warna baru , potfolio barulah katakan,.

    ReplyDelete
  7. supermak akan bermula =)
    go kak yus..=)

    ReplyDelete
  8. hehehe..

    selamat mem 'busy' kan diri yek kak...

    ReplyDelete
  9. bab iron baju tu sy mmg malas..hehe.
    selamat berkerja sis..hehe
    menabur bakti pd anak2 yg bersekolah esok

    ReplyDelete
  10. sy pun sama kak.. tahun nih anak dh mula sekolah wlupun kindie je pun.. tp rutin harian tetap berubah.. :)

    ReplyDelete
  11. dah mula semula rutin sibuk.. kakyong pun baru nak warm-up tapi rasanya Yus anak ramai di sek rendah.. memang harus lah Yus lebih cekap..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...