kredit image: sinemamalaysia.com |
Dua hari lepas aku berpeluang menonton filem ini.
Dan aku rasakan filem ini memang best!
Aku bagi 4.5 bintang.
Tak tahu aku nak komen macam mana ya,
tapi bagi aku lakonan yang di tunjukkan oleh Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali memang patut di puji.
Baru perasan 3 orang pelakon utama filem ini namanya bermula dengan huruf S.
Aku suka baca artikel dari gua.com mengenai filem ini di sini.
Semua yang di tulis di situ aku sokong.
Shaheizy Sam memang boleh di angkat sebagai pelakon terbaik menerusi Songlap.
Watak dia dalam tu mencabar aku rasa.
Ada yang tertanya aku tengok Songlap di mana?
Mana lagi kalau bukan di sini.
Itu sebab aku kata Songlap pun telah di 'songlap'.
Tapi tulah, rupanya mudah saja nak tonton filem terbaru sekarang ya?
Kesian juga pada penggiat filem kita, semua kena rompak.
Aduhaii...
Tapi kalau peluang dah depan mata,
lebih-lebih lagi orang yang memang malas nak ke panggung macam aku,
pastilah ramai yang ambil peluang tu kan.
Hmmm....
Sinopsis Filem Songlap
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang.
Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?
Diterbitkan oleh Red Films dan Primeworks Studios Sdn. Bhd, (Grand Brilliance), filem Songlap bakal ditayangkan kepada umum mulai 15 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia.Sumber: gua.com
~ يوس ~
betul kak yus... kami pun tak rajin pegi panggung.
ReplyDeletehmmm.. semuanya dah ada versi cetak rompak ye skrg. ada masa nnti nak tgk jugalah kat situ...
best tak filem ni? rasa cam nk tengok tp tunggu dulu
ReplyDeletetengok juga anak2 suri pasang,tapi tak tengok betul2,nampak mcm cerita berat yg mengkritik masalah sosial skrgkan..hasil dari anak yg dibiarkan..
ReplyDelete-suripun beli yg pirate sbb ank2 mengamuk nk tanguk pelakun kongsi tu huhu
x penah masuk panggung...dan tak tengok lagi citer songlap ni...hehe
ReplyDeletespontan K
dah ada dalam external belum berkesempatan nak tengok
ReplyDeleteakak saya pun suka filem ni, tapi saya beli cd cetak rompak je..bukan satu, tapi beli dua lagi sebab cd pertama cam sangkut2, pastu cd kedua pun sama gak padahal beli dari tempat berbeza..Rasanya badi nama filem tu kot, saya songlap citer tu, mmg patut la sangkut2 cd nya, huhu..p/s-padahal cd citer lain beli dari tpt yang sama dengan cd tu takde lak sangkut2..
ReplyDeleteIbu yusuf cuma dpt tgk cerita dr filem kalau ayahnya beli cd, tak pun langgan kat astro 1st.. seumur hidup beli cd sendiri baru sekali.. ombak rindu.. tu pun tgk masa cerita tu dah basi.. hehe..
ReplyDeletecerita nie memang nampak hebat kan .. hurmmm bilelah boleh tgk kat wayang umah ;)
ReplyDeleteterus terang, ayu mmg kasihankan dengan semua pengarah..
ReplyDeletemereka tiada hak.. semuanya diciplak dan di songlap
tumpang sedih
saya paling malas nak download2 filem..hehehe..kalau tak FB, baca blog, saya baca buku..kalau tgk filem pun apa yg ditayang di tv je..tp ramai juga yg review songlap best..
ReplyDeletekalo download atau pon tengok dvd kat rumah, jawapnya citer 1 1/2 jam akan jadi 1 1/2 hari.. hehehe.. banyak sangat permintaan nak itu ini dalam rumah ni.. pastu pause sbb ngantuk dll..
ReplyDeleteChe Mid tak sampai hati nak tengok filem Malaysia 'songlap'..nasib baik ada astro first..
ReplyDeletesam mmg best!
ReplyDeletetp belum berpeluang nk tgk citer ni..
err...hehehe..tgk kat youtube je la..huk huk
dah ada link akak bgini senang lah sy nak tgk nnt...tak la penat nak mcari..hehehe...
ReplyDeletejue pun dah tengok..memangterbaik bagi jue cerita dia penuh pengajaran ..walaupun nampak mcm boring tapi cerita lagi best pada ombak rindu...
ReplyDelete@Izan Ishak
ReplyDeleteanak dah ramai, nak kepanggung susah kan izan
@Anamarza
ReplyDeletebest ana, bagi yus bestlah, filem ni ada kualiti
@suri solehah
ReplyDeleteanak2 suri suka ya tengok citer macam ni? Kalau anak2 yus tak suri..huhu diorang suka kartun je...
best ek?
ReplyDelete