Tuesday, January 03, 2012

Home » , » Pemilihan beg sekolah sesuai

Pemilihan beg sekolah sesuai

image dari sini.
Tertarik aku tengok gambar di atas.
Dah ada beberapa orang anak ke sekolah,
aku rasa memang ada pengalaman juga pilih beg sekolah ni.

Masa anak pertama baru nak masuk sekolah dulu,
ikut je cakap anak pilih beg yang jenis ala troli.
Tapi betul, aku rasa beg ni tak bagus sebenarnya.
Tak sampai 3 bulan aku dah kena beli beg lain untuk Aqil.
Buku dah lah banyak, semua dia nak angkut.
Suruh ikut jadual, dia kata cikgu suruh bawa semua buku.
Aku ingatkan mungkin sebab beg tu murah.

Kami pun belikan beg Swan untuk dia.
Juga jenis yang boleh di tarik dan di sorong macam troli tu.
Sekali lagi, sama aje, baru beberapa bulan dah hancus.
Tali beg tersangkut pada roda troli beg.
Lepas tu roda dia pun tak berfungsi.

Bila dah jadi macam tu, dah tak boleh guna rodalah kan.
Suruh dia angkut beg tu macam biasa.
Sandang di belakang.
Tapi sebab beg itu ada roda dan penariknya, bila disandang jadi tambah berat.
Aqil pula masa tu kecik aje.

So, ibubapa di luar sana, baik tak payah beli beg macam ni.
Sekejap aje dah tak berguna.
Akhir sekali aku belikan beg yang biasa-biasa aje.
Tak perlu nak berkartun-kartun bagai.
Lagi tahan lama, hampir 3 tahun dia pakai.
Baru pertengahan tahun lepas tukar.

Beg macam ni lagi cepat jahanamnya...huhu [image dari google]

Bayangkan, darjah 1 masa tu 3 beg bertukar,
beg yang akhir tu tahan sampai dia darjah 3.
Beli beg yang biasa-biasa macam zaman kita dulu lagi tahan lama.
Cumanya anak kita pulak yang tak suka kan.
Tapi dah besar-besar sikit ni, mereka sendiri dah tahu.
Bawa troli beg lagi menyusahkan dari jenis beg biasa.

Tapi itu untuk Aqil lah kan.
Untuk Alia, tiap tahun beg bertukar.
Baru nak masuk darjah 2.
Aku rasa dia paling banyak beg, sebab pantang nampak beg cantik sikit.
Mulalah sibuk nak beli...huhu.
Ini kes masa dia tadika dan darjah 1 lah.

Yang aku pun ikutkan siapa suruh kan?
Tapi, tahun ni dia tak beli beg, sebab aku kata beg dia dah banyak sangat.
Nasib dia faham....hehe.

Hari ini anak-anak dah mula sekolah?
Anak-anak aku belum lagi.
Esok baru mula.
Aku pulak yang excited.
Tengok anak-anak biasa aje, kecuali Abid.
Tak sabar-sabar nak masuk sekolah dah...huhu

~ يوس ~

17 comments:

  1. Kak betul la kak, saya baru semalam berkesempatan beli beg sekolah zarif, takde roda takde kartun, beli beg style macam kita dulu2, lagi bagus, haraplah tahan..

    ReplyDelete
  2. semangat anak yg tinggi utk bersekolah..

    ReplyDelete
  3. samalah kita... masa izzah start darjah 1 arituh banyak kali tukar beg. rasanya ada 3 beg, now yg ke 4.. jenis yg takde roda, mmg tahan jer.
    Beg swan yg takde roda tuh mmg tahan rasanya, sebab takat ini ada satu beg swan beli masa dia umur 5 tahun arituh, now masih boleh pakai untuk sekolah agama.. mmg tak koyak pun, cuma biasalah.. comot ler skit hahaha

    ReplyDelete
  4. ye lah yus
    ieda nie tiap2 tahun adakalanya x sampai setahun beg 2x tukar
    skrg nie kalau yg betul2 elok sampai beratus2 huhuh x daya nbak beli
    kalau 2 org dah berapa dahh
    huhuh last2 beli yg sederhana je ..
    kalau rosak kira beli yg baru lahh huhuh

    ReplyDelete
  5. kesian tengok budak2 bawak beg sek besar2... macam2 pesen bag ada..

    ReplyDelete
  6. anak tak sekolah lagi abah dia dah belikan beg, memang yg troli tu tak tahan lama, cepat je rosak... Safiyya pun esok start sekolah budak pra tak perlu bawak beg so mmg tak beli beg la, setakat tuk main sekolah2 kat rumah tu ada la beg sorang satu

    ReplyDelete
  7. saya mmg tak beli beg beroda tu sebab terfikir bebannya anak2 nak bawak naik tangga.. mmg beli beg biasa lagi bagus.. kdg tu yg ada brand pun tak bermutu juga kan.. sejak dah besar2 ni, bag yg ada gambar karektor mmg tak jd pilihan anak2 sebab malu nak bawa ke sekolah.. he..he.. klu dulu itulah juga pilihannya..

    ReplyDelete
  8. sy pun beli beg yg murah je utk aidil.. baru kindie je kan.. buku pun x byk..

    ReplyDelete
  9. say lum merasa lah susun buku teks anak byk2 lagi sbb bru tadika...

    harap2 next yr anak tak demnad lah beg kartun yg mahal2 tu....

    ReplyDelete
  10. Fikri utk pra ni masih gunakan lagi beg masa dia tadika dulu.. lagipun bukan nak bawa buku apa sgt pun.. mujur lah dia tak demand, jenuh juga ckp, beg ni elok lagi..

    dah sek rendah nanti tak tahu lah camana..

    ReplyDelete
  11. btul tu beg roda mmg tak elok la..mula2 kuar beg ni dulu excited anak2 nak beli..pastu pakai sekejap jer..last2 dh besar msg nak beg biasa jer..masa mula2 naik darjah 1 mcm2 style beg kena beli..

    ReplyDelete
  12. betul la..beg roda ni mmg cepat rosak..tapi anak2 nak jugak..sy beli la jugak..tapi beli yang murah je..kat ten ten ten

    ReplyDelete
  13. huhu...anak2 belom mula sek.lagi..bca cerita kak yus ni nampaknye kena preparelah awal2 nak cari beg skolah utk anak2 nnti...

    ReplyDelete
  14. skrg tgok beg seklah jnis tarik sesuai utk budak2... ksia tgok galas beg berat2....

    ReplyDelete
  15. kakyus, izan tak pernah belikan beg skolah yg beroda pun utk muhaimin. sbb dari drjh 1 mmg dia naik van sekolah dan dilarang sama skali bawak beg beroda. so smpai skrg ni beli yg biasa2 aje. kadang2 yg takde jenama lagi thn lama.

    thun lepas dia pakai beg free masa ayah pegi servis kereta.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...