Wednesday, January 11, 2012

Home » , » Slide.com akan di tutup???

Slide.com akan di tutup???

Tadi tiba-tiba tergerak hati buka akaun aku bersama slide.com.
Aku memang banyak simpan gambar di situ.
Kira gambar-gambar kenangan dulu, hampir semua di situ.
Tiada back-up lainlah kiranya.
Sebab sebelum ni ada simpan dalam hard disk CPU pc lama,
tapi entah bagaimana semuanya telah hilang.

Bila buka kembali akaun aku di situ, nampak notis ini pula.

Klik image untuk paparan lebih jelas
Di situ tertulis, slide.com akan di tutup bermula 6 Mac 2012,
dan semua yang menggunakan slide.com
di nasihatkan memindahkan semua gambar ke tempat lain,
atau  gambar-gambar itu akan hilang terus.

Nasib baik tergerak hati buka, kalau tidak, habislah segala memori di dalamnya.
Pasti sedih kalau tak dapat lihat lagi gambar-gambar yang tersimpan di situ.

Mujur ada cara mudah dan aku boleh export semua gambar ke picasa web albums.
Alhamdulillah....

Beberapa keping gambar yang aku sayang itu adalah...

Di depan pintu masuk Liverpool FC Club Store

Di belakang rumah sendiri buat snowman menggunakan baki snow yang ada. Sampai nampak rumput semua sebab snownya ciput aje masa tu.

Yang ni tak ingat di mana? Alamak di mana ni? Tapi yang pasti di salah satu Castle di UK

Di belakang rumah lagi, Aqil dan Alia bersama permainan mereka

Aqil dan Alia, rasanya masa ni di Wales. Betul ke? Aku lupa...huwaaa

Alia bersama Eiffel Tower

di Disneyland Paris

di Kota London berlatar belakangkan Tower Bridge
Raya tahun 2006 rasanya di PMC Sheffield. Masa ni aku tengah mengandungkan Abid.
Banyak betul gambar di situ, kenapa tak semua aku tulis aku dimana masa tu?
Huhu...masa tu memang tak ingat nak tulis semua tu ke?
Kan dah banyak yang lupa...huwaaa.

Di harap picasa tak shutdown juga macam slide.com.
Kalau picasa web album pun tutup juga,
habislah aku nak simpan di mana ni??

Korang semua biasa simpan gambar di mana ya?

~ يوس ~

16 comments:

  1. dalam cd , pastu bila pakai netbook dan tak de external tuk cd dah meroyan tak leh nak buka..huaaaa

    ReplyDelete
  2. dlm picasa ada, dlm cd pun ada...mrata2 he..he..

    ReplyDelete
  3. WAH,BEST NYA G OBERSI..

    BUI SIMPAN DEKAT DLM PC JER..

    ReplyDelete
  4. akak!! gambar no 1, 5 ngan 7 tu kita ada jugak. haha.. ingat lagi travel sama2. siap duk bilik hotel sekali kat london kan! ekeke...mmg kene simpan kenangan. gambar je la yg mampu jd kenangan. kita takat ni simpan external ngan cd, ada separuh gak simpan kat picasa. :D
    *teringt kotak gmbr kat rmh kak su khalid tu. sedih aii..

    ReplyDelete
  5. banyak kenangan tuu
    kena amik balik lah yus ;)

    ReplyDelete
  6. akak tak pernah amik kisah benda2 camni...selalu takder masa jer,..

    ReplyDelete
  7. mmg syg kalau semua gambar tu ilang..saya simpan dlm hard disk yg 4 segi tu..ala2 mcm pendrive..

    ReplyDelete
  8. Yus... nasib baik tak hilang semua gambar tu... gambar2 tu semua memori yang paling indah masa anak2 masih kecil ... dan kenangan semasa kat sana... kan?

    ReplyDelete
  9. Klu Nurul simpan dlm external hard disk je dan pc....

    ReplyDelete
  10. kakyong cepat dlm CD & buat 2 copy.. sbb pernah terjadi CD rosak.. huwaaa rasa nak melalak gamabr2 tahun 2008/2009 byk hilang..

    ReplyDelete
  11. menariknyaa... sy mmg xda akaun kat stu.. tak berani nak letak2 gambar sembarang

    ReplyDelete
  12. sib baik tergerak hati..
    kalau tak habislah..gambo2 tu =)

    ReplyDelete
  13. sayang kan kak kalau semua gmbr2 kenangan kita hilang cam tu aje. izan pun tak sempat2 lagi nak copy kat cd. masih dalm pc, laptop, netbook aje... merata2...

    ReplyDelete
  14. Wah, suka tengok gambar2 Yus tu... simpanlah semula dalam VCD ke apa ke.. (saya rabun IT hu hu)... sayanglah kalau terhilang nanti, anak2 nak tengok balik susah...

    ReplyDelete
  15. sy lak simpan kt laptop n pendrive jer.. kena simpan elok2 x bg hilang.. hehe..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...