Monday, January 23, 2012

Home » , , » Nikmat pergi kenduri

Nikmat pergi kenduri

Semalam Mak Usu Yah, buat kenduri arwah di rumahnya.
Petang itu, sempatlah tolong rewang sikit-sikit.
Tak buat apa sangat pun,
aku cuma tolong potong tomato dan tolong goreng ikan siakap.

Apa yang baik dan bestnya bila pergi kenduri ni?
Waktu rewang ni pun dah boleh dapat makan.
Selain dapat beramah mesra dengan saudara mara,
makan-makan tu yang paling nikmatnya.
Masa rewang dah dapat makan pengat keladi campur nangka serta pisang goreng.
Malam kenduri pula lagilah dapat makan yang sedap-sedap kan.

Kuih muih dan lauk pauk masa kenduri malam tadi
Pelbagai jenis kuih-muih ada.
Ada talam keladi, seri muka, kuih koci,
karipap kentang dan satu lagi tu aku tak pasti kuih apa...huhu
Semuanya sedap-sedap belaka.

Lauk pun superbbb.
Ada kari ayam, ikan siakap masak tiga rasa, sayur lodeh kering,
sambal belacan dan ikan kering.
Ada yang meleleh air liur?
Inilah nikmatnya bila pergi kenduri kan...

Makan pinggan sampai licin tu!!! Haha
Pinggan dah licin baru teringat nak ambil gambar...hihi.
Tapi bila pergi kenduri ada pula anak kecil yang aktif macam Arif,
haruslah sentiasa bergerak sepantas kilat.
Kalau kita lambat, maksudnya kenalah hadapi sebarang kemungkinan yang mungkin.

Arif yang tak reti duduk diam. Ada hati nak ngorat awek kecik tu...hihi
Apa lagi dia buat semalam ya?
Antaranya tumpahkan air.
Hampir banjir rumah kena tumpah air sirap atas lantai...hehe
Teraburkan nasi atas lantai pun dia juga.

Dan aktiviti utama dia haruslah memanjat.
Nak lihat aksi-aksi Arif memanjat??
Ini dia...hero kecik aku yang suka memanjat.

Masa ini aku masih belum selesai makan. Tiba-tiba ada suara kedengaran, " Anak sape yang memanjat tu?"
"Anak akulah tu!!!"...huhu
Hobi dia yang satu ni memang susah nak di tahan.
Boleh pulak nak masukkan kepala dan kaki dia dari tingkap tu.
Masa dia buat aksi tu, tak sempat ambil gambar.
Dapat 4 keping yang ni pun dah kira bukti kukuh
anak aku yang no 4 ni kuat memanjat kan...hehe

Ini aktiviti semalam, dan hari ini aku dah tiba Melaka pula.
Berehat-rehat di rumah emak.
Pun asyik makan.
Sampai tengahari tadi dah makan nasi lauk sambal sotong,
ikan selar goreng dan sayur kobis masak tumis air.
Petang pula dah makan mee goreng.
Ni sebentar tadi pun emak dah tanya,
"Nak masak apa malam ni kak?"

Makan saja bila cuti-cuti.
Makin besarlah badan aku ni.
Macam mana nak diet ni?...huhu
Tolonnnnnn.....

~ يوس ~

30 comments:

  1. hahahaha
    arif arif
    sabo jela...
    beshnya makan2 ni

    ReplyDelete
  2. sedap2 nengok makanan tu semua..arif ni panjang akal kan..aktif dia ni, tak padan kecik..:)

    ReplyDelete
  3. sungguh.. ayu pun suka pi majlis kawin, kenduri apa2 lah..
    selain dapat makan2 macam yus katakan.. ayu pun suka jumpa sanak saudara

    alahai.. bujang tu.... dah pintar cari tempat permainan..

    PS: yus.... ayu pun dh semakin gemokk

    ReplyDelete
  4. sedapnya kuih ngan lauk2 tu semua..memang best klau kenduri ni jumpa ngan sedara mara, adik beradik boleh sampai tak ingat dunia jd nya

    ReplyDelete
  5. seronok masa kenduri ni..boleh beramah mesra dgn org lain satu nikmat jugak :)

    ReplyDelete
  6. adoii banyak nyeee kuih muih yus .. fuhh berpeluh tgk nie .. lom makan ekkeke

    aduhhh arifff .. ieda lak seram yusss huhuh

    ReplyDelete
  7. kalau balik kg..hancur diet sis oiiii..hahaha..

    ReplyDelete
  8. dulu2 masa anak kak ain kecik2 mcm tu la jugak bukan reti nak duduk setempat...

    ada kuih koci...sedap kuih tu tapi pernah buat selalu tak menjadi asyik lembik jer...

    ReplyDelete
  9. Samalah kita kak yus, makan kenduri mmg best!!! Hihi arif tu mmg nampak kelasakannya huhu

    ReplyDelete
  10. @cheqna
    dia ni mmg terlebih ligat cheqna...huhu

    ReplyDelete
  11. @Huda
    itulah huda, tak padan kecik si Arif tu...huhu

    ReplyDelete
  12. @Citarasa Rinduan
    itulah ayu, makin tombam ha..huhu.

    betul2 jumpa adik beradik, sanak saudara semua, time2 kenduri lah kan...

    ReplyDelete
  13. @Anamarza
    mulalah kuar citer2 lama kan ana...:)

    ReplyDelete
  14. @ieda
    itulah ieda. banyak kan kuihnya, semua sedap pulak tu...

    arif tu mmg aktif dan lasak ieda, jatuh dah dua tiga kali juga, tp hobi memanjat dia ni mmg susah nak di halang....huhu

    ReplyDelete
  15. @Dee
    diet entah ke mana kan sis? semua pun di bedal...hehe

    ReplyDelete
  16. @ainnoraini
    oklah akak pernah buat, saya langsung tak tahu buat kak ainn, tahu makan aje...huhu

    ReplyDelete
  17. @ajumohit
    kalau ada acara makan2 tak kiralah kenduri atau majlis dinner, atau rumah terbuka, mmg bestlah kan aju....:)

    ReplyDelete
  18. perrghhh.. mmg nikmat.. macam2 ada lah kan... kalau saya semua nya saya ak bantai.. bukan selalu ada makan2 sedap macam ni.. ehe

    ReplyDelete
  19. hwaa! mencik! akk kita serius meleleh air liur nih. lg tengok kuih2 tu. sejuk2 ptg2 ni lapo pulak. kalau ada kedai confirm dah keluar dah. hwaa!!

    ReplyDelete
  20. wahhhhh manyaknye makanan kak yus!!! ana tgk pon terlior nih! hehe







    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  21. akak pun suka kalau pergi kenduri...dapat makan2...hehehe..masa ni dah tak ingat lemak kat badan...

    ReplyDelete
  22. suka juga pergi kenduri... masa ini lah dapat jumpa jiran sebelah menyebelah, hari biasa susah nak jumpa... yang tak seronoknya, bila balik dari kenduri, pening kepala, kolesterol... hehe ~

    ReplyDelete
  23. makanan dia memang best warna-warni dan nampak sangat sedap... ehm bestnyer.... budak2 memang gitu....

    ReplyDelete
  24. Makan-makan jug Yus... tapi kakak paling suka tengok adik panjat tingkap. Mesti org yg dtg terkejut tak tahu ini hero bukan sebarangan. Bab panjat memanjat dah teror... tak perlu bimbang:)

    ReplyDelete
  25. sebab tu munna suka gi kenduri.. suka makan2... amboi Arif lasaknya...

    ReplyDelete
  26. huhu..byknye mknn..tp mse mkn still jage lg..amek ckit..

    hehe..penatla kak yus..arif semakin lasak..

    kak yus temok ke?maintain ayu je?

    ReplyDelete
  27. time rewang je dah dapat makan macam2 kan.. ;)

    ReplyDelete
  28. Itulah buktinya anak lelaki. Memang penat si ibu nak monitor 24 hours dan berkejar-kejaran kan tapi tak kurus2 jugak kita2 ni.

    ReplyDelete
  29. makan tuu sedap tuu time kenduri

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...