Semalam balik ambil Aqil dari sekolah, tiba-tiba dia bertanya;
Aqil: Ibu nanti kalau Aqil tingkatan 1, Aqil sekolah mana ibu?
Aku: Kenapa? Aqil sekolah dekat-dekat sini ajelah. Tapi ibu tak nak sekolah Senggarang. Sekolah yang baik-baik sikitlah (kalau cikgu sekolah SMS dengar ni marah kat aku agaknya..hehe), High School ke? Tak pun Sekolah Sains BP tu ke.Tak lama lagi kan nak siap dah. Ibu tak nak Aqil sekolah asrama awal sangat.
Aqil: Alah, Aqil nak sekolah yang dekat rumah je.
Dan hari ini, baca status seorang kawan yang anaknya baru masuk asrama untuk tingkatan 1. Bagaimana dia merindui anaknya, dan anaknya pun asyik menelefon. Nak basuh baju telefon, habis sekolah telefon, dalam sehari kira asyik telefon ajelah.
Dan adalah komen-komen dari akak-akak yang berpengalaman hantar anak ke sekolah asrama di bawahnya. Satu yang menarik hati aku, komen dari seorang akak ni. Seminggu pertama anaknya di asrama, dia asyik menangis setiap malam. Anaknya setiap malam yang sama juga asyik teringat ibunya, dan mimpikan ibunya, tapi tak menangis. Macam ada telepati antara anak dan ibu ni kan.
Ada juga ramai yang beri komen kata, itulah antara sebab dia tak mahu anaknya ke asrama terlalu awal. Tunggu mereka tingkatan 4, sebab nanti kalau dah masuk universiti, dah kahwin, lagilah lama tiada di depan mata. Dalam setahun mungkin 100 hari pun tak sampai..huhu.
Aku sendiri dulu, masa nak masuk Tingkatan 1, emak tak benarkan ke sekolah berasrama. Tapi bila masuk form 4 baru dia benarkan. Dan aku rasa mungkin aku pun sama. Bukan sebab tak percaya anak, tapi tak nak berpisah dengan anak terlalu awal...huhu.
Kakak-kakak yang dah ada pengalaman anak belajar di asrama tu, macam mana ya? Elok ke cara pemikiran aku ni? Tak mahu hantar anak ke sekolah asrama terlalu awal. Sekarang ni nak masuk sekolah asrama pun kena banyak tapisan kan, tapi aku memang rasa tak sanggup rasanya berpisah terlalu awal dengan anak-anak...huhu.
Dalam hati mula terfikir, kenapalah Aqil dok tanya perkara ni semalam. Dia sendiri pun mungkin belum mengerti sangat, tapi sebab sekarang ni dia banyak berkawan dengan budak darjah 6, tu yang soalan tu muncul kot.
Lepas tu, bila baca berita pasal ada anak-anak yang kena buli di sekolah, lagi takut. Anak aku tu kecik aje orangnya, macam mana dia nanti?...huhu.
Anak baru darjah 4, belum pun ambil UPSR dah fikir jauh aku ni kan. Tapi betul, aku rasa tak mahu dia masuk sekolah berasrama awal, biarlah dia membesar depan mata aku lama sikit. Kalau macam ni bagaimana anak tu nak belajar bedikari kan?
Sekolah dekat rumah pun, kalau memang anak tu bijak urus masa dan tekun belajar, pasti boleh dapat keputusan yang baik juga kan. Tak semestinya sekolah berasrama aje yang boleh lahirkan pelajar yang cemerlang.
Entah apa yang aku melalut hari ini, tapi aku sebenarnya sebak bila baca status kawan tu yang sedih mengenangkan anaknya di sekolah berasrama. Aku rasa, aku pun akan macam dia kalau berada di tempat yang sama...huhu.
~ يوس ~
hurmm kalau duk rumah dia x belajar servive .. kalau duk asrama kena lebih pemantauan ..
ReplyDeletesoo kena tgk keadaan .. pada ieda , ieda ok je kalau anak2 duk asrama , cuma memang kena ada pemantauan yg lebih ..
senario skrg x sama dgn zaman dulu , dulu kita takut nak buat yg bukan2 .. tapi budak2 skrg memang berani
insyaallah penerapan agama sgt2 perlu .. ;)
yus,
ReplyDeletereason yg sama why akak tak apply mana2 sek asrama utk anak sulung akak pas UPSR dulu tu....akak dah lalui masuk sek asrama dari Form 1....banyak sangat kehilangan rasanya....sampai sekarang masih terasa ralat di hati sebab membuatkan akak jauh dari adik beradik.....banyak memories bersama keluarga yang hilang....anyway, masuk sek asrama banyak ajar akak hidup berdikari...walaupun akak homesick dulu berbulan2 sampai parent akan datang visit every weekend even rumah n sek di 2 negeri berbeza
sama la klau boleh tak nak anak duduk asrama, biar sekolah dekat2 yg penting sekolah tu okey
ReplyDeletesobsobsob..bab anak ni yang tak sanggup nak berpisah walaupun kalo dihantar ke sekolah harian..
ReplyDeletekalau ikutkan mmg nk kasi jer anak masuk asrama sbb mgkn dorang lebih berdisplin utk belajar dan kata org pandai berdikari..tp bila tgk pengalaman kwn2 yg anaknya ke asrama rasa mcm tak sanggup plk...huhuhu...
ReplyDeletekalau saya taknak berpisah, tapi suami nak suruh g awal..sementara dia ada ni biarlah dia dok depan mata kita, nanti bila dah besar sikit nak hantar tu takperlah..kecik2 ni sedihlah..
ReplyDeleteKalau Nurul memang nak kasi anak duduk asrama agar diorg boleh berdikari,tp rasa takut juga nanti byk masalah lain yg timbul plk macam kes buli,pelajaran hanyut klu kita x memantau sendiri....
ReplyDeleteaah betol la kak.. mesti terasa bila anak2 dok jauh kan kak? :)
ReplyDeleteluv,
cik ana
tertarik untuk tinggalkan komen..
ReplyDeletekalau saya pon tak nak anak sekolah asrama eventho orang kata sekolah asrama ni bagus untuk melatih anak2..ok fine..mungkin bagi tapi kalau boleh nak area dekat2 rumah aje so every weekend saya boleh lawat dia & hantar makanan kat anak-anak saya..hehehehe
kalau U pon tak mau jauh-jauh..biar diorang membesar depan mata saya juga;)
erm, rasanya kalu anak dah pandai memilih nak sekolah mana, biar dorang decided kut... ikut selesa dorang kan, x leh paksa nanti jadi lain lak..
ReplyDeleteYus... kena tunggu Aqil dah masuk 12 tahun - mesti dia tukar persepsinya. Anak kakak pula dia kalau boleh tak mahu sekolah dekat-dekat. Dia nak masuk asrama kerana rata-rata sepupu mereka semuanya sekolah berasrama. Dia malu kalau tak dapat sebab itu anak kakak dari tingkatan satu dah masuk asrama.
ReplyDeleteAnak kakak tak menangis tapi kakak yg menangis bila setiap kali makan mesti ingat. Nak tidur pun sama dah biasa nak tidur kan dia jumpa salam. Tapi masuk 2-3 bulan oklah Yus....
Pengalaman akak sekolah asrama di JB form 1, sebulan / lebih dok kat phone booth menangis, wlpn kakak akak sekolah sama. Tak masuk kelas. Dulu keluarga susah dari segi RM & jauh, takle nak visit. Tapi akak syukur, dapat belajar byk benda. Study hard coz kawan2 sentiasa berlumba-lumba. Kalau masih sekolah di Melaka, memang takle belajar sebab asyik kena mengorat jer :-) dan banyak lepaking xtvt with friends.
ReplyDeleteInsyaAllah akak akan buat benda yang sama pada anak2, kalau ada rezeki mereka. Tapi biarlah asrama depan mata, senang nak visit. Boleh buat pilihan tak? hehe ...
belum terfikir lagi sebab anak kecik2 lagi... tapi rasanya tak nak sekolah asrama kalau sekolah kat rumahni baik... family akak masuk asrama tingkatan satu sebab sekolah kampung memang takder kemudahan..
ReplyDeleteseeloknya baik biar depa dah besaq
ReplyDeletesikit..pandai uruskan diri dan keperluan
bukan apa takut kena buli pun
tak reti nk mengadu or takut ke..
form 4 oklah :)
el dh cop nak jagerkan fav niece dier tuh. satu skolah ngan dier. sng, pegi balik ngan dier. hik3.
ReplyDeleteyus..bila baca apa yang yus tulis ni..terpikir pulak,,mesti keliru antara nak bagi duk asrama atau takkan..kalau suri dulu adik beradik semua duk asrama dr ting 1..tapi budak sekarang mmg rasa lainkan..yelah mcm yus ckp..kes buli lah..mcm2..jd risau pulak diaorg takde depan mata..apa-apahalpun kalau dia pandai bawa diri..insya allah kat manapun ok
ReplyDeletesaya anak kecik lagi, biarlah skola kt umah jek, tp kalau dh besar bulehla nk masuk asrama huhuhuu
ReplyDeletesaya dgn en.asben mmg tak pernah sekolah asrama waktu sekolah.. jdnya utk lepaskan anak ke asrama mmg beratlah.. rasanya biarlah anak ddk rumah smp form 5 pun.. tp bila form 3 nnt kena fikirkan jg mana yg lbh baik utk anak2.. mmg kena fikir dari awal yus.. mcm kami, lepas dpt rslt upsr baru nak fikir.. jdnya mmg susah sgt nak buat keputusan.. nak apply mana2 pun teragak2 sbb tak tahu nak buat keputusan.. Alhamdulillah han dpt sekolah harian yg elok sikit.. klu tak kesian juga bila kwn2 dia ke sekolah yg bagus2 tp dia tidak.. mujur han mmg tak berat nak masuk asrama.. jdnya bila mama & ayahnya tak lepaskan, dia pun okey aje.. kena tanya pendapat anak2 juga yus apa kehendak mereka..
ReplyDeletex reti nak komen sbb anak2 masih kecik benor.. jika pjg umur 7 tahun lagi..
ReplyDeletetp kakyong dulu memang nak sgt masuk asrama.. Alhamdulillah, form 1 dok asrama.. ada lah sbb2nya.. x la homesick apa sgt.. sbb dok asrama makan lebih sedap.. org susah mcm ni la,,
salam kak yus..cma x penah merasa dok sek asrama..xde pengalaman anta anak2 ke sek asrama jugak..
ReplyDeletextau komen ape..
tp rasenye klu nk ajar anak hidup berdikari why not kan..?
sy pun x reti nk komen.. anak pun kecik lg.. x terpikir pun pasal nih.. hehe..ikut pengalaman sy plak, form 2 dh duk asrama.. bagus benonya sbb leh berdikari di usia mudakan..
ReplyDeleteizan pun pernah juga bersembang2 ngan en hubby pasal asrama ni. kami pun dulu2 sekolah harian je dan tak pernag dok asrama sampailah masuk U. itupun masing2 masih belajar dlm negeri masing2... tak ralat sangat pasal homesick atau apa2...
ReplyDeleteinsyaAllah.. bila masanya tiba nanti, biarlah bincang baik2 ngna anak2. dan taknak juga kita buat keputusan atas kehendak kita sendiri...
*4 thn lagi abg muhaimin pun dah masuk tingkatan 1... pejam celik pejam celik sampailah masanya kak kak yus...
lepas PMR @SPM oke kot..dulu yana dpt asrama lepas UPSR pun asyik homesick je,ahh sudahnya balikk
ReplyDeletekak abid nye cerita-ceriti sekolah ada tk?lama tk dengar citer dia..
maaf byk2 yana skrg kdg2 tk sempat nk dtg,..bw pun mlm2 atau pg2 tp yana tetap ingat dan cuba dtg sini...
akak yana ada sebut2 nama akak kat blog,jgn mare yea...n terima kasih :)
lepas SPM le baru leh lepas anak kot.. awal2 ni perlu kawalan ibu bapa lagi.. masa SPM matang sikit..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya pon klau boleh takmo hantar anak pegi masuk sekolah asrama. Tak sanggup rasanya nak jauh dari anak..
Saya tak terjangkau lg pemikiran tentang sekolah menengah dan asrama sbb lama lg. Tp baca n3 ni buat sy berfikir tentangnya.. cuma belum ada jawapan..
ReplyDeleteklu saya lak..saya ikut jek keadaan..sape yg nk bpisah ngan anak..tapi selagi diorang depan mata..jaga dan tatanglah dorang sebaiknya sbb kita takkan boleh terus bsama dorang..satu hari nnt dorang akan pergi @ kita akan pergi juga..(ckp ni pun dah sedih) sebenarnya..ikut pada keadaan..waktu dorang depan mata ni..biarlah dorang bsama kita :)
ReplyDeleteTengah peninggg dan sayu utk buat keutusan ni....anak dpt.smka,tp dia dh selesa sekolah harian biasa dekat umah,tp sblm ni dia minat nk ke sana,bila tanya air mata berlinang ja,sambil jawab kalo along sekolah ni ja x boleh ka....Alahuakbar
ReplyDelete