Showing posts with label Arif. Show all posts
Showing posts with label Arif. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Tips Atasi Anak Muntah-muntah Dengan Cepat

Assalamualaikum semua....

Pagi ini mulanya nak kongsi cerita mengenai prestasi Arif di tadika, tapi oleh kerana semalam dia tiba-tiba muntah-muntah, saya nak kongsi tips atasi masalah anak tiba-tiba muntah dengan semua. Kadang-kadang bila anak asyik muntah saja, panik sekejap kan, lebih-lebih lagi kalau ianya berlaku pada waktu malam.

Kejadian berlaku ketika maghrib, waktu semua yang lain sedang bersiap nak bersolat dan kemudian nak mengaji, Arif tiba-tiba muntah. Dia sempat berlari ke bilik air waktu tu. Terkejut juga saya. Kemudian ingatkan semua dah ok, baru abahnya bentang sejadah nak solat, sekali dia muntah lagi. Banyak pula tu, dahlah habis semua tempat solat dan sejadah terkena muntah dia...huhu. Yang keluar semua mee segera yang dia makan petangnya pukul 5. Baru teringat, abang dan kakak, sibuk nak mee segera, ibu tak kasi buat, mereka buat juga sendiri, adik pun makan sama, sekali muntah-muntah sudah....huhu. (Kan dan kata jangan makan mee segera, pi buat juga saper suruh...hehe). Sudahnya, lewat sikit semua bersolat maghrib kena kemas dulu najis muntah yang ada.

Tak habis di situ, kemudian tu, dia muntah lagi 2 kali, adeh!! Risau ibu di buatnya, suruh makan tak mahu pula. So, apa saya buat untuk mengatasinya?? Meh kita baca sama-sama ya...◕‿◕

Kalau anda google cara atasi masalah muntah mesti banyak yang keluar, tapi saya hanya cuba 2 ni saja, dan itu sudah memadai, alhamdulillah.

"Try some ginger tea with a little sugar or eat some fresh gingerbread or fresh ginger slices with salt." [Sumber]
"Ginger tea stops vomiting immediately." [Sumber]

1. Ok, dari 2 maklumat di atas, tahulah saya air teh halia boleh atasi masalah muntah. Makanya apa lagi, cepat-cepat buatkan segelas air teh kosong di campurkan dengan seinci halia tanpa gula buat Arif. Walau tak minum habis, tapi nampak ok dia minum tu alhamdulillah.

segelas teh tanpa gulu + seinci halia

2. Saya juga buatkan Arif  air Performance Drinks untuk di minum. Air teh halia tu dia minum dalam 6 sudu teh saja, tapi air Performance Drinks dapat dia habiskan sehingga ke pagi. Saya cuma bancuh 400ml air masak bersama Performance Drinks dalam shaker dan kemudian beri dia minum.

Arif tidur selepas minum separuh air performance drinks dalam shaker biru tu.

Kenapa Air Performance Drinks pula??

Ini kerana Performance® Natural Orange Drink Shaklee juga di gelar sebagai minuman penghidratan tulen. Apabila kita mengalami muntah-muntah yang teruk, badan kita akan kehilangan banyak air dan ini akan mengakibatkan dehidrasi (penyahairan) berlaku. Bila badan dah kehilangan banyak air, perlulah minum air yang banyak, tapi air Performance Drinks bukan setakat air oren biasa saja tau!!

Performance Drink terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga kepada badan kita. Sebab itu saya pilih PD untuk mengembalikan tenaga Arif yang hilang akibat kerap muntah-muntah tadi. 

Arif kemudiannya tidur nyenyak sampai ke pagi. Ada dua kali dia terjaga dari tidur, tapi cuma sebab nak minum lagi air Performance Drinks tu. Alhamdulillah habis dia minum dan pagi ini dia nampak sangat ceria.

Performance Drink ni memang wajib ada di setiap rumah. Bila ada saat-saat genting macam ni, boleh terus guna. Kalau sebagai minuman seharian pun memang elok sangat. Yalah, anak-anak kita ni banyak bermain, tapi jarang nak minum air masak sangat kan. PD bantu mereka kekal cergas bertenaga. Untuk ibu dan abahnya pun sangat bagus.

Arif yang kembali ceria pagi ini bersama robot GimLock nya...pakai baju askar lagi,...◕‿◕

Ok, selamat mencuba tips @ petua di atas ya, mudah je kan... ◕‿◕. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai Performance Drink?? [Klik sini
p/s: kalau ada tips atau petua lain yang rakan2 blogger nak tambah, jangan segan-segan tinggalkan komen ya... 

Salam Ceria buat semua ,..



 ~يوس ~

Wednesday, October 01, 2014

Sukaneka dan Hari Keluarga Tadika Arif

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan nak update aktiviti Jumaat lepas, 26 September 2014.
Kami sekeluarga ke perkarangan Pasti Al-Fitrah untuk memberi sokongan padu kepada Arif.
Ada acara sukaneka dan Hari keluarga gitu.

Dari rumah terfikir, Arif masuk acara ke?
Kalau tanya dia memang jawapannya tak tahu je...hihi.
Bila sampai sana dan tengok aturcara yang di beri, ada nama Arif untuk satu acara saja.
Oklah tu, tambah semangat nak beri sokongan.

Arif di majlis pembukaan
Sampai je di perkarangan tadika, tengok Arif sudah beratur.
Abahnya dah hantar dia dulu pagi2 pukul 7 sebab dari hari sebelumnya dia dah sibuk kata,
"Kena datang pagi ibu. Pukul 7"
Semangat gitu...hehe.

Dari jauh ibu dah nampak dia memang tak reti duduk diam.
Terpusing sana, terpusing sini.
Tapi suka pulak tengok gelagat dia masa ikut kawan berikrar dan membaca doa.
Besar dah rupanya anak ibu.
Arif baru 4 tahun ya kawan-kawan.

Acara kemudiannya di mulakan dengan sukaneka untuk murid 6 tahun.
Lepas tu 5 tahun, adeh berjanggut juga nak tunggu untuk acara Arif.
Bila sampai acara Arif di mulakan, abahnya takde pulak.
Sebab kena hantar abang2 dan kakaknya ke kelas taekwondo.
Dia dah sibuk, " mana abah bu??"

Bila cikgunya panggil nama untuk bersedia, punyalah tak reti duduk diam.
Kejap pusing sana, kejap pusing sini.
Dalam hati ibu dah kata, " Adeh! Boleh ke Arif ni??"
Nombor akhir pun takpelah nak, asal kamu ikut serta (dalam hati ibulah)
Semangat kesukanan mesti ada.
Tapi bila cikgu nak mula tiup wisel permulaan, pandai pula dia bersedia....hehe.

Nampak Arif tak? Dia yang semangat nak mula tu, kaki dah bersedia nak berlari...hehe.

Inilah acara yang Arif sertai. Acara puzzle huuf kata cikgunya.
Ibu yang sambil tengok Arif, sambil layan Amani,
tak sempat nak ambil gambar masa dia tengah susun huruf2 tu.
Adeh!! Rasa terkilan pulak, macam cepat sangat dia buat.
Tiba2 dah berlari ke depan, dan dapat tempat pertama!!!
Wah!! Tahniah Arif Zakwan! Tak sangka ibu,

Punyalah suka dapat no 1 tu...tahniah Arif.
Dah dapat kad no 1 tu, siap tak mahu pulangkan balik pada cikgu.
Adehlah! Sampai menangis2.
Kata dia, "ni kan hadiah Arif, habis mana hadiah Arif!"
Buat malu je eh, tak sabar nak terima hadiah....hihi.

Ni rupa orang kepenatan nak tunggu masa dapat hadiah, sambil minum air, dia mencangkung...huhu buruk...hehe

Bila acara untuk pelajar dah habis, acara terbuka untuk ibu bapa pulak.
Ibu malas nak ambil bahagian, jaga Amani jelah.
Abahnya masuk dua acara.
Satu acara Ayam Bentan, satu lagi acara mencari barang tersembunyi.

Aksi abahnya MR SRD kita ketika acara Ayam Bentan

Ayam Bentan tu acara berlari, pastu ambil bola,
dan melompat dengan bola tu di celah kelengkang...haha.
Abahnya dapat no 1, dan yang paling gembira bila abahnya dapat tempat pertama ialah Arif.
Punya dia berlari peluk abah dia dan melompat2 suka....hehe.
Untuk acara mencari barang tersembunyi pun menang dapat no 3.

Arif bersama piala yang di menanginya
Gambar masa cikgu pakaikan kalung kemenangan tu tak dapat nak ambil.
Anak2 tadika ceria dan sibuk di depan, nampak kepala mereka saja...hihi.

Ini pula hadiah yang MR SRD dapat. Hehe, sampai 4 besen, kira untuk ibulah ni....kihkihkih

Selesai acara penyampaian hadiah, abahnya pegi ambil abang2 dan kakak di sekolah.
Kemudian tu, kami makan tengahari di situ saja, cikgu dah sediakan pelbagai juadah.
Kalau balik rumah pun mana sempat masak kan, dah pukul 12 masa tu, perut pun dah lapar...hehe.
Keseluruhan, puashati dan Arif memang gembira menang dan dapat hadiah.
Belum sampai rumah, pingatnya tu dah tertanggal dari talinya...hihi.
Punyalah ganas....

Oklah, cukup kot cerita Sukaneka Arif ni.
Oh ya, kepada kawan2 blog yus, jemput ke blog yus satu lagi kalau sudi.
Sihat & Ceria Bersama Ibu MazNaz

Blog lebih detail tentang Shaklee, malas rasanya nak campur2.
Apa pun terima kasih sudi singgah dan tinggal jejak di sini,
Salam Ceria....

~ يوس ~

Tuesday, July 15, 2014

Teruja dapat kasut baru | Bila nak raya ibu??

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah masuk 17 Ramadhan hari ini. Alhamdulillah masih dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan tenang je kan kita di Malaysia ni. Bila teringat sahabat2 kita di Gaza Palestin sana, Ramadhan mereka sangat berbeza dengan kita, tapi kekuatan dan semangat mereka buat kita rasa malu. Malu kalau kita yang baru ujian sikit ni dah rasa berat, tapi meraka di sana masih mampu tersenyum....Masya Allah.

Hari ni nak cerita pasal Arif lagi lah. Arif memang hari2 ada cerita. Dia je kot yang terlebih2 cerita, saya tak tahu nak cerita sangat pasal Amani berbanding dia....hihi. Tahun ini pertama kali belikan dia kasut raya. Sebelum ni selalu belikan sandal raya, atau selipar raya je. Bukan tak mahu, tapi sebab abangnya Aqil memang tak suka berkasut. Katanya susah nak keluar masuk rumah orang beraya dengan kasut.Lambat nak sarung nanti, jadi bila abangya dah beli selipar atau sandal je, yang lain pun ikut sama.

Permintaan kasut raya datangnya dari Abid, Tahun lepas dia baru darjah 1, biasalah lepas raya naik sekolah tu mesti ada jamuan raya kat sekolah kan. Kawan2 semua berkasut raya cantik, tapi dia bersandal saja, tak cantik kata dia. Sebab tu tahun ni sibuk sangat nak kasut. Bila abangnya Abid nak kasut, Arif apa lagi, kalah semua orang lah kan.....huhu.

Makanya Sabtu lepas shopping kasut raya untuk anak2. Semua dapat, tapi paling teruja Arif le. Belum sampai kereta dah sibuk nak pakai kasut baru dia. Tak dapat, sampai rumah, tanya lagi tak dapat juga. Abahnya letak nun jauh atas almari.

Hari2 tanya, bila boleh pakai kasut baru. Saya kata, tunggu raya. Lepas tu hari2 tanya, "bila nak raya bu??? Lambatnya"....Aduhai!!! .

Arif ni walau di sekolah cikgunya kata tekun dia siapkan kerja, tapi kalau di rumah saya suruh, memang tak nak dia buat. Cakaple macam mana pun, tulis satu huruf pun dia kata penat. Memang dari mula cuba ajar dia sikit2 dia tak makan di ajar dengan saya. Semua dia tolak, sebab tu saya masukkan dia sekolah awal dari abang2 dan kakak2nya. Belum 4 tahun dah masuk sekolah. Tapi penangan kasut raya, semalam saya suruh buat latihan menulis, dapat dia siapkan habis. Nak pakai kasut raya punya pasal, hehe.

Saya suruh dia buat tulis no 2 dan huruf B selepas tu . Perasan tak, ultraman dia ada je teman....huhu.
Masa tulis no 2 ni punyalah bersemangat. Habis tulis no 2, sambung tulis huruf B dah mula malas. Ayat dia, " Banyaknya ibu suruh ni. Bila nak siap ni?? Ibulah buatkan. Arif nak kasut je!!"

Sampai menangis, tapi sebab saya tegas, nak try kasut baru kena siapkan, berjaya juga dia siapkan tu, walau muka muncung. Sila percaya, dia memang paling malas kalau saya suruh buat latihan apa2. Baru dua hari ni berjaya, penangan nak pakai kasut raya....hahahaha.

Selama ni saya ingat dia tak pandai menulis lagi, ialah baru masuk 7 bulan di sekolah, dah dia pun belum 4 tahun, tapi betul kata cikgunya, cantik juga tulisan dia, tapi sebab dia tak pernah nak tunjuk di rumah, cikgunya pula tak pernah bagi buku sekolahnya bawa balik, saya tak nampak. Alhamdulillah, kerana kasut baru, kasut raya dia tu, dia nak tunjuk pada saya. 

Ke hulu ke hilir dengan kasut baru dari tadi. Amani pun dia suruh pakaikan kasut.
Nasib baik mendengar kata juga, pakai di rumah je, lepas tu simpan, raya baru boleh bawa keluar. Dan kerana itu jualah asyik tanya, bila nak raya??...huhu.

Ada yang tanya, Arif puasa ke?

Jawapan saya tidak, saya kata pada dia, Arif puasa ya sampai pukul 12. Tapi sibuk nak bawa bekal air juga. Hihi, saya pun tak suruh dia puasa sangat, solat pun belum pandai, baru tahu tertib solat je, bacaan tak pas langsung sebab dia sangatlah pelat. Takpe pelan2 kan, buat apa nak cepat2 ikut orang lain. Bab mengaji alhamdulillah terang hati juga dia. Iqra 1 tu dah lebih dari huruf   ي.

Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak ya Arif. Ibu sentiasa doakan kamu. Nakal2 kamu, kamu sentiasa menghiburkan hati ibu. Gaduh2 manja dengan ibu....hihi. Oklah, cukup kot cerita Arif hari ini, lain kali kita sambung lagi.

Sekian, tq sudi baca.



~ يوس ~

Thursday, July 10, 2014

Apa dah jadi dengan kasut kamu Arif??

Kes budak terlebih bijak ni....huhu.

Kasut sekolah putih jadi hitam legam....huhu.
Pembaca blog Yus pasti kenal Arif Zakwan yang lincah, suka memanjat dari kecik, ligat tak reti duduk diam, ada je benda dia nak buat.

Ni saya sendiri pun tak perasan mulanya, dah malam baru perasan sebenarnya...huhu.

Dua hari lepas balik dari sekolah, saya ke dapur sekejap, dia bermain di luar beranda dengan adiknya Amani. Senyap je dua beradik tu. Tiba-tiba dia berlari masuk ke dalam. Saya tanya kenapa? Dia diam je, kata takde apa2.

Kemudian terkedek2 adiknya Amani masuk dengan tangan hitam legam, habis kaki semua bercop sana sini. Bila tengok luar habis lantai dah penuh dengan kapur kasut hitam abangnya Aqil.

Bila di tanya pada Arif, dia boleh kata, "Amani buat!! Arif tak buat apa pun!!!"

Ok, walau dalam hati tak percaya, biarkan aje, Kemaskan apa yang patut. Tak nampak pun kasut dia dah jadi hitam gitu. Dia letak atas tiang tu, saya tak perasan,

Malamnya, abahnya yang biasa suka rehat di luar sekejap lepas berbuka kata, "Ni kenapa kasut Arif dah jadi hitam ni?"

Aduh!!! Anak ibu dah pandai sorok kesalahan ya??? Kita pandang muka dia, terus sengih...."Iya! Arif buat, tadi tak cakap, nanti ibu marah!!"

Huhu....Arif...Arif....:)

~ يوس ~

Wednesday, April 23, 2014

Amani bersama abang Arif

Ada budak tu tak mahu pergi sekolah hari ini.
Cikgunya bagi surat kata Khamis cuti,
tapi dia dah mencutikan diri sehari awal....hehe.

Makanya pagi ini Amani tidak keseorangan di taman rumah.
Ada peneman, peneman gaduh pun ya juga.

Ada yang rindu dengan Arif ke???

Ok hari ini saya tepek gambar keduanya, Amani dan abang sayang dia Arif.

Arif ni kalau ada orang nak ambil adik dia mulalah melalak sakan tak bagi ambil.
Tapi bila dia dengan adiknya asyik nak mengusik je,
Adik pulak redha je...hehe.

Kesian Amani...

Amani dah pandai berdiri lama, tapi baru maju setapak dua jatuh....hehe

Sukalah tu mereka pagi-pagi main sekejap di luar. Rumput ni dah start panjang, bilalah nak di trim kasi cantik sikit ni...hehe.
Ok, Salam Hari Rabu semua....
Nak sambung kerja balik....


~ يوس ~

Tuesday, February 11, 2014

Perkembangan Arif di sekolah.

Baru masuk bulan ke dua Arif di tadika Pasti. Arif kira masuk awal ke sekolah berbanding abang2 dan kakaknya. Kenapa aku masukkan dia awal?? 

Sebab dia sangat susah nak ikut apa aku kata. Kita ajar A dia sebut B, kira gitulah perumpamaannya. Tambahan lagi, bila aku dah sibuk dengan Amani, tahap kesabaran kurang nak ajar dia. Kalau yang lain, dah kenal huruf, dah pandai bunyi sukukata, baru masuk sekolah, tapi Arif, satu apa tak kenal lagi. Sebab itu masukkan dia awal ke sekolah.

Dapat ambil gambar saat dia balik sekolah je. Ini masa mula2 dapat pakaian seragam sekolah dia, sampai ke balik elok je pakainya...hehe.

Jadinya, selepas sebulan lebih ni apa yang dia dah belajar ya??

Setakat ini dah kenal huruf A sampai F saja, huruf O dia kenal juga. Kalau menulis boleh tulis huruf A, B, C dan O besar. Yang lain aduhhh suruh tulis depan kita tak nampak apa. Dah pandai menyanyi lagu apa entah. Bila suruh nyanyi depan kita, yang dengarnya cuma " Ya Allah!! KepadaMu", perkataan lain langsung tak dapat tangkap...hihi.

Aku sendiri tak berapa nak faham apa dia sebut sebab dia pelat, hehe. Dah boleh baca doa makan dah sekarang. Kalau dulu bila kita suruh baca doa makan ikut abang dan kakaknya, tak bunyi langsung Dengarnya cuma Bismilah je, itu pun pelat juga. Alhamdulillah.

2 minggu pertama sekolah sangat senang nak kejut dia bangun dari tidur. Sungguh teruja dia nak ke sekolah. Tapi sekarang, aduhai!! Liatnya nak bangun, sampai menangis2 kadang tu. Tapi bila wakut balik, tengok dia ceria saja. Alhamdulillah.

Mula2 dulu bila kita tanya "Siapa kawan Arif di sekolah?" Dia jawab "Ayip!" Hahaa, nama sendiri yang keluar. Kemudian ada perubahan sebut nama lain pula, tapi  sebenarnya takde pun kawan nama tu, yang di sebut tu, nama sepupunya Awisy. 

Sekarang dah ada best friend rasanya. Asyik sebut Iqbal je bila kita tanya siapa kawan dia. Dulu bawa beg Ultraman, tapi sebab kawan dia tu bawa beg Boboiboy, dia pun nak bawa beg tu juga. Semua nak ikut kawan, huhu.

Ceria balik dari sekolah. Sekarang bila waktu balik tu, kopiah entah kemana, stokin pun entah kemana...huhu
Awal2 dulu dia panggil cikgunya dengan panggilan Cikgu Mama. Sampai cikgunya terkejut, peramah kata cikgunya. Banyak celoteh walau susah nak faham, hehe. Sekarang dah panggil Cikgu Ayu pula, kadang2 tu dengan ibu pun dia panggil Cikgu.

Semoga perkembangan Arif akan terus baik di sekolah. Luv U Arif!!


***Berminat nak beli produk Shaklee??;


Hubungi Your Shaklee Independent Distributor
Yusmawati Paiman (Yus)
SID: 1094266
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com

Ikhlas,
~ يوس ~

Monday, January 06, 2014

Arif dah masuk sekolah!

Selamat Tahun Baru 2014. Sebulan menyepi dari blog, rasa perlu juga update sekali sekala. Masa memang mencemburui. Banyak lagi benda lain yang menuntut perhatian aku. Tapi kira perlahan-lahanlah update.

Permulaan persekolahan 2014. Tahun ini minggu persekolahan akan bermula dengan hari Ahad. Tiada lagi Monday blues, tinggal Sunday blues saja nampaknya.

Arif pun aku dah masukkan ke tadika. Dalam usianya yang baru masuk 3 tahun 5 bulan lebih kurang, dia berjaya mengharunginya.

Gambar semalam, Ahad, masing2 dengan semangat baru.
Hari pertama ke sekolah bagi Arif ialah semalam. Dari rumah memang cukup bersemangat. Tapi sampai sekolah meraung!!! Abahnya yang hantar ke sekolah, aku tak ikut sekali.Menangis kuat kata abahnya. Masa balik cikgunya beritahu menangis lama sampai tertidur di pangku cikgu. Kesian anak ibu.

Ini gambar pagi tadi. Dah dapat baju sekolah. "Saya budak tadika Pasti", kata Arif.
Nampak lebih berani hari ini.Berjanji dengan semua tak akan menangis. Sampai sekolah abahnya kata, air mata dah mula bergenang bawah mata, tapi dia tahan. Bila abahnya pergi, cikgunya kata, menangis juga dia. Ayat dia pada cikgunya, " Nak tengok abah kejap je!!!" Hehe, kelakar pula ibu rasa,

Selepas daripada tu, diam dah. Mulut dia pula yang tak berhenti bercakap,ada je cerita. Itulah komen dari cikgunya. 

Tersenyum aku dengar. Bravo Arif!! Anak ibu memang budak bijak! 

Teringat pula akhir tahun hari tu, dia masih lagi pakai diapers. Dari bulan November aku latih dia, akhirnya berjaya juga masuk sekolah tanpa diapers lagi. Apa pun masih takut juga kalau2 dia terbabas, tapi dari ceritanya tadi alhamdulillah, tak terbabas.

Buka seluar sendiri, ke bilik air sendiri, tapi pakai seluar semula, cikgu yang pakaikan, hehe.

Semoga menjadi insan yang soleh Arif. Ibu sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan semua anak-anak ibu, amin.

Done! Update ringkas mengenai permulaan sekolah mereka bagi tahun 2014, terutama buat Arif.

Sunday, November 03, 2013

Arif dan Amani : Biar gambar berbicara

Tuesday, September 24, 2013

Video : Putih-putih melati versi Abid dan Arif

Layan dua orang budak ni syok sendiri menyanyikan lagu putih-putih melati. Abid terutamanya. penuh gaya....hahaha. Asal kamu happylah ya nak, senyum je ibu sambil rakam tu. Bila tengok balik pun ibu tetap senyum...:)            
~ يوس ~

Saturday, July 27, 2013

MY DEAR ARIF....

27 Julai 2013, hari ulangtahun anak manja ibu Arif Zakwan. Selamat hari lahir yang ke 3 Arif. Doa ibu sentiasa bersama Arif ya sayang! Semoga membesar menjadi anak yang soleh!Ceria selalu hendaknya ya nak!
Kami semua sayang Arif !!

Wednesday, July 24, 2013

WW : Testing baju raya bersama Arif

Gambar dari ig. Pagi ni mood suram sikit. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Ok, lega!! Alhamdulillah. Dan jangan lupa mulakan semua tugas kita dengan Bismillah....

Kata Arif " Dah boleh pegi raya ke ibu?"

Syawal jauh lagi ya nak, nikmati Ramadhan ini dulu dengan sebaiknya ya sayang!

Friday, July 19, 2013

Reaksi Arif bila dah ada adik

Ada yang bertanya bagaimana Arif bila dah ada adik ni. Jeles ke dia, kacau adiknya tak? Kalau nak di ikutkan, Arif lebih cool menerima adik baru berbanding masa Abid dulu. Abid memang nampak sangat jeles bila dapat Arif, tapi Arif menerima adiknya dengan baik. Cuma dia terlebih nak membantu dalam semua hal berkenaan adiknya, sampai aku jadi hangin kadang tu.

Macam mana tu ya? Masa nak mandikan Amani, dia sibuk nak letak baby wash semua, bila nak pakaikan baju Amani pun dia sibuk. Ada hati nak dukung adik dia, tapi aduhai!!! Faham-fahamlah kan. Suka cium adiknya berulang kali, pantang dengar adiknya menangis, mula sibuk nak tolong diamkan. Tapi cara dia diamkan adik tu menakutkan, di tutup mulut adiknya, konon nak suruh diam, huhu. Kalau terlambat sikit, dia ada hati nak angkat adiknya, tapi sebab tak kuat, terlangkup adiknya tu jadinya. Dah dua kali terjadi begitu, satu di atas katil, satu lagi dalam buai. Berderau darah rasa kan!

Ni dah cakap elok-elok nampak dia faham. Dah tak buat lagi macam tu. Masa mula-mula dapat adik hari tu, bila kita tanya siapa nama adik Arif? Dia jawab, " Mak Nani!!!!"

Hahaha, nak sebut Amani laju-laju tak pandai, dia sebut, Mak Nani, Mak Nani, comel je dengar....ekekek. Sekarang dah pandai dah sebut Amani.

Ibu denga abah dia pula, selalu tersasul panggil Amani sebagai Arif. Hihi, Arif masih melekat di bibir kami sebagai yang paling kecil sebelum ni walau dah ada baru. Selalu benar tersasul.

Dan Arif nampak matang dan macam cepat besar je bila dah ada adik ni padahal dulu kami rasa dialah budak kecik comel yang tak besar-besar...hehe. Namun seperti kanak-kanak lain, dia memang sentiasa mencari perhatian kami. Kalau abahnya ada di rumah lega sikit, dia lebih kepada abahnya kalau nak sesuatu, jadi perhatian aku akan lebih pada Amani. Masalah berlaku bila abahnya kerja, seboleh-boleh nak dengan aku jugalah walau apa-apa. Minta kakaknya buatkan pun tak mahu, nak ibu juga. Pastu suka gaduh manja dengan ibu dia.

Kalau aku suruh apa-apa, malas sekarang, kalau dulu rajin je, pastu bila kita cuba terangkan sesuatu jawapan standard dia, "Apsal?". Tension je dengar kadang tu. Hihi, Arif, Arif, masih anak manja kami seperti abang2 dan kakaknya juga.

Dua video Arif yang aku upload di keek .




Arif yang sibuk nak posing di stroller baru adiknya.
Arif dan Amani. Masa ni Amani baru 16 hari.
Dua beradik. Cer teka mana satu Arif, mana satu Amani....hehe.

Moga Arif dan Amani akan jadi kawan baik bila besar nanti, sama seperti adik beradik yang lain. Ibu dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berlima.
~ يوس ~

Thursday, April 18, 2013

Aksi Arif

Kat lantai kereta pun dia landing, huhu.

Thursday, March 07, 2013

Ultraman pakai songkok!

Pernah tengok ultraman pakai songkok tak?

Hari ini kita tengok sama-sama ya....hihi.

Arif bersama koleksi ultramannya. Sebenarnya ultraman kepunyaan dia baru 2 saja, iaitu Cosmos dan Max. Yang lain tu abang Abid dia punya dulu, sekarang dia pulak bantai main. Baju pun kalau boleh nak hari-hari pakai baju otomen, kalau ibu dia cuci je baju tu, mulalah bising...huhu.

Ultraman Max di tangannya itu adalah ultraman kesukaan dia. Yang biru sebelah dia tu cosmos. Tapi yang kelakar, ultraman yang paling besar tu pakai songkok pulak....hihihi. Ini Otomen Arif namanya...ekekek.
 Kalau nak di ikutkan banyak lagi koleksi otomen yang sepatutnya ada di rumah ni, tapi abangnya Abid main otomen tak pandai cermat. Tengoklah semua ultraman dia tak cukup sifat, tangan dah tercabut, ada kaki yang dah tercabut, hilang pun ada. Arif ni macam cermat sikit, suka nak belek banyak2 sekali, kalau Abid lain pula. Satu rosak, mula sibuk nak beli lain. Kira abang dia Abid pemusnah Otomen, adiknya Arif penyelamat pula...hahahaha.

Ok, saja senyum pagi2 ni lihat gelagat Arif yang memang hari-hari dengan ultraman. Pengaruh kuat dari abangya Abid...huhu.

~ يوس ~

Wednesday, March 06, 2013

Ada ultraman mengamuk di klinik...(^_^)

Lama tak merepek kat sini kan. Hari ni saja nak merepek merapu sat.

Baru balik dari klinik. Hari ni check-up antenatal 25 minggu. Kena injek ATT (kancing gigi). Rasa kebas seluruh tangan, kiri dan kanan. Yang kena injek kiri, kanan ni memang dah 3 hari kebas aje. Tak tahu kenapa.

Secara ringkas, semua ok kot. Tekanan darah= 108/68 (mcm rendah je), HB=12. gerak baby pun ok, berat = 69kg. Huhu....dah naik 9kg dari mula tahu pregnant. Isnin kena ke hospital lagi, masalah semput @ Asthma aku tu.

Dulu rasanya aku pernah cerita, kalau ke klinik sini, misi2 semua dah kenal dengan Arif. Misi Leha tu selalu kata, klinik ni rumah kedua Arif. Hari ni dia ke klinik membawa Ultraman Max nya di tangan.

Apa lagi semua aksi ultraman keluar. Melompat dari kerusi ke kerusi, beraksi ala ultraman, menyorok pun ada, paling tak tahan menendang. Dia syok melompak dari kerusi ke kerusi, tiba-tiba ada orang duduk di kerusi paling hujung. Apa lagi, bila sampai ke kerusi hujung tu, dia pi tendang akak yang duduk di kerusi itu. Sekali takpe, ni sampai dua tiga kali. Aduh anak! Aku angkat dia dan cubit kakinya, melalak sakan. Tapi terus diam.

Bila misi panggil masuk bilik, mula buat lagi, naik atas katil, ambil cop misi, tendang pintu bilik misi. Siap kena marah dengan misi, selamba je muka. Masa misi suruh kami ke bilik suntikan, dia mengikut dari belakang, tadi dah kena marah dengan misi tu kan, boleh dia pukul bontot misi tu!! Sampai terperanjat misi....hihihi.

Masuk bilik suntikan, main peti ais ubat misi. Mana boleh buka kerap2 peti ais berisi ubat tu kan. Kena sound dengan misi lagi, suruh duduk luar. Terus muka mencuka, melalak sakan juga, tapi elok je berdiri di luar bilik sambil tunggu ibu kena suntik. Hehe....Arif, Arif, comel walau nakal. Kalau dah besar kamu buat perangai gitu, mau kena penampar satu dengan misi. Nak jadi ultraman pun, kenalah bertempat sayang....Misi Leha tu cakap, "Macam manalah ibu kamu tak kena semput, auntie yang tengok kamu pun dah semput Arif!!!"...hehe.

Balik klinik, beri botol tidur pulak dia. Tadi lasak sangat kot, bangun pagi2 pulak tu. Ingat nak tepek gambar dia terbaru, tak sempat ambil gambar dah lelap. Kita lihat gambar-gambar masa kami di Cameron Highland nilah ya. Tetap ada aksi ultraman dari Arif Zakwan juga....ekekek.

Arif masa bersarapan di ladang teh Sg Palas

Arif, memang tak reti duduk diam, ada je aksi nak memanjat tu

Arif buat gaya ultraman berlawan lah tu

Yang ni pun sama, sejak ada dua orang peminat ultraman di rumah ni, lagi selalu minta ultraman mainan tu, nasiblah abah dia rajin pula melayan...huhu.
p/s: Memang mengandung kali ni semakin malas nak update selalu macam dulu mahupun ber 'bw'. Namun rasa terharu sangat atas sokongan kawan-kawan semua yang masih rajin tinggal komen walau entri suam-suam kuku dan tak membalas jejak sangat seperti selalu. Dah makin 'tua' + penat kot layan budak2 ni di kala berbadan dua, pulak tu ada semput sikit. Maaf ya kepada semua dan terima kasih kerana masih ingat saya!
~ يوس ~

Tuesday, February 05, 2013

Arif: Berambut baru dan parut di muka

Entri pertama bulan Feb 2013, update cerita Arif jelah. (Mood berblog semakin merudum sebenarnya)

Ada anak kucing baru kat area rumah ni. Tak tahulah datang dari mana, tapi selalu ada kat rumah jiran sebelah tu. Makanya sekali sekala dia masuk kawasan rumah kami.

Arif ni pantang nampak kucing. Sibuk nak tengok, tapi dari jauh jelah. Bila kucing tu datang dekat, dia lari lintang pukang...huhu

Ni akibat berlari takutkan kucinglah ni, makanya dapat parut di muka. Kejadian berlaku petang semalam...huhu.

Kesian anak ibu dah berparut, harap2 parut ni hilanglah nanti ya nak, kalau tidak, jatuhlah saham, kat muka pulak tu...hehe.

Pagi ini selepas mandi, ibu suruh saya posing kat belakang tempat duduk basikal kakak. Saja nak tunjuk muka yang dah berparut kata ibu.

Wajah dari dekat, muka saya yang dah berparut. Walau pun begitu masih tetap kontrol comel dan cute kan....hahahaha. Gaya terbaru Ayipp dengan rambut baru yang abah baru potong Ahad lepas dan muka yang sudah berparut.
Kalau dulu abang Abid je peminat Ultraman, sekarang dah ada kawan, Arif pun sama. Lagi teruk ketegarannya....huhu. Tu baju Ultraman abang Abid pun dah menurun jadi hak milik Arif, sukalah dia!

p/s: Oklah si kecik Arif ni dah sibuk mintak nak tengok ultraman dia di youtube....hmmm.

~ يوس ~

Friday, January 11, 2013

Aksi akrobatik Arif!

Sudah lama juga tak bercerita mengenai anak manja ibu Arif di sini. Hari ini cuma nak letak gambar je sebenarnya. Fresh lagi gambar ni. Baru je ambil 40 minit yang lalu.

Ini memang hobi dia sekarang. Pantang ada dalam bilik ni, inilah aksi dia. Berakrobatik juga bergimnas. Selain itu ada juga aksi ultraman dyna dia...hihi. Siap tunjuk bontot tu....huhu.

Lagi kita tegur lagi dia buat. Ini nasib baik aku dah alihkan beg tangan aku. Biasa aku suka sangkut beg tangan di situ. Makanya beg tangan tu jadi tempat dia bergayut. Sampai dah nak putus tali beg tu. Nasib abah dia kata, nanti kita beli baru ya bu....hehe.

Ini gambar candid taken by Arif. Lepas dia tahu kita ambil gambar dia, sibuk kata, "Ayip pulak." Kononnya nak ambil gambar kakaknya, tapi jari-jari comel dia tu sibuk dekat lensa kamera tu kan, makanya inilah hasil gambar tu. Nampak muka kakak Alia sikit je di balik jari-jari dia yang comel tu...huhu.
Ini pula gambar semasa nak ke majlis persandingan pakngahnya di rumah pengantin perempuan 15 Dis yang lalu. Apa saja kakaknya buat, dia nak buat. Arif memang adik manja kakak. 
Siapa yang rindu nak lihat aksi Arif, harap dah terubatlah ya...hehe.

~ يوس ~

Thursday, November 01, 2012

Arif: Gaya bawa beg

Gambar-gambar yang sempat aku ambil ketika keluar dari hospital tempohari. Gambar Arif je pun. Senyum aku tengok dia sekarang. Semakin bijak, dan kalau boleh banyak benda nak buat sendiri. Cuma satu je yang dia malas, bila nak susu tahu perintah aje. "Ibu!!! Tol mana?"

Itulah ayat wajib dia bila nak botol susu. Walau botol susu tu depan mata je pun, haram dia nak rajinkan tangan ambil. Buat muka toya je, tetap nak kita juga yang ambil. Hangin aku...huhu.

Arif berbaju melayu hari itu, mulut dia bising je sepanjang berada di wad dan hospital tu. Sibuk nak bawa beg berisi baju dan telekung aku, tapi cuba tegok gaya dia bawa beg. Apa yang istimewanya?

Tangan harus di angkat ke atas ya!!! Sepanjang perjalanan dengan beg tu tangan tak boleh turun bawah, sebab kalau tangan jatuh, beg pun jatuh.......hahahhahaha!!!!
Seboleh-boleh dia yang nak bawa beg tu, orang lain jangan kacau, saya nak tolong ibu!! Kan Arif.

~ يوس ~

Tuesday, October 16, 2012

Adik - adik sepupu Arif...

Kalau nak tunjuk semua sepupu sepapat yang Arif ada, mestilah ramai. 21 kesemuanya sepupu yang Arif dan anak-anakku ada. Tapi ni nak tayang gambar adik sepupu jelah. Kiranya yang umur bawah dari Arif. Yang Arif selalu buli bila jumpa....hahahha!

Dari kiri Damia (anak Pak Anjang ), Aiman (anak Busu Ajul), Nuha @ Baim (anak cik Ana)
Kalau Damia tu suka nak bermain dengan Arif, tapi nanti dia kena buli ajelah dengan Arif. Yang tak tahan tu pandai menjerit macam kakaknya. Comel lak Mokteh tengok dengan mulut muncung gitu Damia...hehe. Damia baru setahun lebih tahun ini.

Aiman pula si pipi sentol. Suka dengar suara dia yang garau sikit. Dah pandai jalan dalam walker sekarang, boleh tahan dia ni. Ceria dan senyum sokmo.

Nuha @ Baim. Ibu dia pangil Nuha, tapi kami ikut suka, kadang-kadang panggil dia Nuha, kadang-kadang panggil dia Baim. Ala-ala Baim Wong...hehe. Nama pun Nurul Nuha Ibrahim kan, dua-dua pun nama saya kan Nuha...hehe. Masa gambar ni di ambil, Mokteh tak berapa selesa nak pegang Nuha, ala-ala takut-takut.  Masa ni baru 2 bulan kot.Mukanya selalu nampak pucat je tu yang tak berani pegang lelama sangat. Nuha kurang sihat sejak lahir kan, perlu attention lebih, tu yang muka pun selalu nampak pucat.

Tapi sejak dah buat minor operation baru-baru ni, wajah Nuha makin ceria Mokteh tengok...alhamdulillah. Semakin comel, semakin mengikut wajah ibunya. Dah tak pucat, nampak kulit lebih cerah dan ceria. Barulah mokteh suka nak gomol dan pegang. Tak rasa takut-takut sangat dah. Hujung minggu lepas singgah Muar, Nuha dan berimage baru. Tapi Mokteh lupa pula nak ambil gambar terbaru Nuha, jadi Mokteh cilok gambar dari fb ibu Nuha sajalah....hehehe. 

Nuha dah 4 bulan sekarang. Dah tak pucat macam dulu, makin ceria tnegok. Hencemlah Nuha dengan image baru...hehe. Saya dah takde rambut sekarang....:)
Kalau aku pegang si Nuha ni, ada orang jeles tau! Siapa lagi kan....Mokteh doakan Nuha sentiasa sihat dan cergas dan membesar menjadi anak yang baik ya. Kesian kat ibu kamu, jangan menjeng sangat tau!...hahaha. 

Eh! Takde ambil gambar Arif dengan adik-adik sepupunya pun. Cuma ada satu je dalam kamera hp ni.

Arif bersama adik Aiman...

Tengoklah tu, kan dah mula nak mengusik tu. Sibuk di pegang-pegang telinga dak Aiman tu ya...Ibu bit karang.

Hai!! Macam manalah Arif ada adik nanti....risau gak ni.Arif!!! Jangan suka usik anak orang tau! 

~ يوس ~

Friday, September 21, 2012

Arif semakin panjang akal

Seminggu sudah aku tak update blog. Semakin malas nampaknya aku nak mengadap blog ni. Kenapa agaknya? Namun jika ada terluang, aku masih rajin nak bw ke blog kawan-kawan semua walau sekadar pembaca senyap saja.

Apapun syukur dan tetap gembira kerana UV blog ini tetap di atas 200 walau blog tak berupdate. Terima kasih kepada yang setia berkunjung.

Hari ni nak coret cerita pasal Arif lagi. Aku takut aku lupa pula. Cerita dia yang semakin panjang akal. Ada-ada saja yang dia buat sekarang.

Sepanjang bulan Syawal yang lalu, satu yang aku perhatikan, Arif ni kemaruk nak berbaju melayu. Kalau boleh setiap masa dia nak pakai baju melayu. Baju raya kata dia agaknya. Walau dia tak pandai sebut, tapi selepas saja mandi, dia buka almari dia sendiri dan capai sendiri baju melayu yang ada. Nasib baik dia ada 5 pasang baju melayu, bolehlah bertukar-tukar. 2 pasang dia punya sendiri, 3 pasang lagi turun temurun dari abang-abangnya punya...hehe.

Aku pula tengok dia rasa rimas je. Tengahari pun nak berbaju melayu. Bila kita tak beri, melalak sakan.

Ini salah satu gelagatnya. Hari itu kalau tak silap aku abang dan kakaknya ada jamuan raya di sekolah agama. Baru nak update cerita ni...hihi. Dia nampak aku gosok baju melayu abangnya Aqil dan baju kurung kakaknya Alia. Apa lagi, dia pun nak pakai baju melayu juga. 

Aku kadang tak sabar bila dia buat perangai gini. Mana taknya, kita dah nak keluar masuk kereta ambil abang dan kakaknya dari sekolah, dia melalak sakan seboleh-boleh minta tukar baju, nak juga pakai baju melayu. Terpaksalah aku ikutkan pakaikan dia baju melayu tu. Masuk dalam kereta tak juga berhenti menangis. Adeh! Arif!!!!!! Selalu nak gaduh dengan ibu kan.

Satu lagi akal dia sekarang. Setiap kali waktu maghrib, semasa kami sekeluarga nak solat berjemaah, dia pun konon nak solat juga. Tapi di pertengahan kerja dia memang mengacau saja. Selalu yang jadi mangsa abangnya Abidlah. Suka bebenar dia tolak abangnya Abid ke depan. Kata dia, "ama abah!!!" (sama abah). Dia nak abangnya Abid ke baris hadapan sama dengan abahnya yang jadi imam. Tak sudah-sudah dia tolak abangnya. Manalah orang tu nak khusyuk. Abangnya pula bila dah di tolak tu, boleh tersengih-sengih. Adeh!

Berhenti seketika, mulalah dia naik keatas belakang abahnya ketika kami semua sujud. Saja je dia tau! Kemudian bila dia nampak kami semua dah di tahiyat akhir, cepat-cepat dia naik atas katil dan tutup muka dengan bantal. Konon nak sembunyikan diri sebab dah buat salah. Dia tahu setiap kali dia mengacau, mesti kemudian tu abahnya letak dia di luar. Esoknya mesti dia tak dapat bersama kami waktu solat. Kemudian tu mestilah konon berjanji tak nak kacau lagi. Tapi kemudian dia ulang perkara sama.

Selalu bila selesai memberi salam, aku cari kelibat dia, nampaklah mata dia sikit di celah-celah bantal yang di tutup di mukanya. Tahu memang dia sedang tersengih. Nakal tau kamu Arif!!!!

Waktu pagi nak bangun dari tidur pun suka dengki ibu. Aku jarang kejut dia pagi-pagi, selalu dia bangun sendiri. Tapi bila dia bangun suka jerit kuat-kuat pangil "Ibu!!!!!" Masa tu mungkin aku di dapur, atau di belakang sedang sidai kain. Selagi aku tak datang, selagi itu dia jerit, "Ibu!!!!"

Yang buat aku hangin tu, bila dia nampak aku datang menghampiri je, terus dia buat-buat tidur semula. Siap pejam mata, peluk bantal kuat-kuat lagi. Aku panggil nama pun dia buat tak tahu je. Saja dengki ibu kan!

Aku pun buat tak tahu terus berlalu dari situ. Tahu pula dia panggil semula ibu!

Arif, Arif. Pandai menari juga. Ikut step lagu akhir dalam cerita Rab Ne Bana Di Jodi. Ibu dan kakak dah bawa pengaruh cerita hindi pada Arif. Aduh!!! Salah siapa? Salah sendiri. Tapi dia sungguh cute buat aksi konon menari tu, terlompat-lompat atas katil. Arif memang anak manja ibu yang comel.

             
Arif suka menari mengikut step lagu ni....hihi. Cerita romantik terbaru yang aku suka tengok dari SRK. (Adeh! Tak habis-habis minat tengok cerita SRK dari zaman muda belia aku ni? Bila nak hilang?) Tapi cerita ni memang best! Setanding dengan KKHTH dan Dilwale Dulhania LeJayenge

Apa lagi ya? Ibu pun tak ingat dah apa lagi yang ibu selalu gaduh manja dengan Arif. Tapi ibu gembira, ibu bahagia. Arif ceria sepanjang masa. Oh! Ada satu lagi yang ibu suka dengar dari mulut Arif. Bila saja ibu atau abah nak keluar ke mana-mana, mesti Arif kata, " Ibuuuuuuuuuuuuuu, nak ikut leh!" Manja sangat tau Arif. Ibu like!!

Sekian.....hingga coretan berikutnya....
Salam.....

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...