Wednesday, October 01, 2014

Home » » Sukaneka dan Hari Keluarga Tadika Arif

Sukaneka dan Hari Keluarga Tadika Arif

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan nak update aktiviti Jumaat lepas, 26 September 2014.
Kami sekeluarga ke perkarangan Pasti Al-Fitrah untuk memberi sokongan padu kepada Arif.
Ada acara sukaneka dan Hari keluarga gitu.

Dari rumah terfikir, Arif masuk acara ke?
Kalau tanya dia memang jawapannya tak tahu je...hihi.
Bila sampai sana dan tengok aturcara yang di beri, ada nama Arif untuk satu acara saja.
Oklah tu, tambah semangat nak beri sokongan.

Arif di majlis pembukaan
Sampai je di perkarangan tadika, tengok Arif sudah beratur.
Abahnya dah hantar dia dulu pagi2 pukul 7 sebab dari hari sebelumnya dia dah sibuk kata,
"Kena datang pagi ibu. Pukul 7"
Semangat gitu...hehe.

Dari jauh ibu dah nampak dia memang tak reti duduk diam.
Terpusing sana, terpusing sini.
Tapi suka pulak tengok gelagat dia masa ikut kawan berikrar dan membaca doa.
Besar dah rupanya anak ibu.
Arif baru 4 tahun ya kawan-kawan.

Acara kemudiannya di mulakan dengan sukaneka untuk murid 6 tahun.
Lepas tu 5 tahun, adeh berjanggut juga nak tunggu untuk acara Arif.
Bila sampai acara Arif di mulakan, abahnya takde pulak.
Sebab kena hantar abang2 dan kakaknya ke kelas taekwondo.
Dia dah sibuk, " mana abah bu??"

Bila cikgunya panggil nama untuk bersedia, punyalah tak reti duduk diam.
Kejap pusing sana, kejap pusing sini.
Dalam hati ibu dah kata, " Adeh! Boleh ke Arif ni??"
Nombor akhir pun takpelah nak, asal kamu ikut serta (dalam hati ibulah)
Semangat kesukanan mesti ada.
Tapi bila cikgu nak mula tiup wisel permulaan, pandai pula dia bersedia....hehe.

Nampak Arif tak? Dia yang semangat nak mula tu, kaki dah bersedia nak berlari...hehe.

Inilah acara yang Arif sertai. Acara puzzle huuf kata cikgunya.
Ibu yang sambil tengok Arif, sambil layan Amani,
tak sempat nak ambil gambar masa dia tengah susun huruf2 tu.
Adeh!! Rasa terkilan pulak, macam cepat sangat dia buat.
Tiba2 dah berlari ke depan, dan dapat tempat pertama!!!
Wah!! Tahniah Arif Zakwan! Tak sangka ibu,

Punyalah suka dapat no 1 tu...tahniah Arif.
Dah dapat kad no 1 tu, siap tak mahu pulangkan balik pada cikgu.
Adehlah! Sampai menangis2.
Kata dia, "ni kan hadiah Arif, habis mana hadiah Arif!"
Buat malu je eh, tak sabar nak terima hadiah....hihi.

Ni rupa orang kepenatan nak tunggu masa dapat hadiah, sambil minum air, dia mencangkung...huhu buruk...hehe

Bila acara untuk pelajar dah habis, acara terbuka untuk ibu bapa pulak.
Ibu malas nak ambil bahagian, jaga Amani jelah.
Abahnya masuk dua acara.
Satu acara Ayam Bentan, satu lagi acara mencari barang tersembunyi.

Aksi abahnya MR SRD kita ketika acara Ayam Bentan

Ayam Bentan tu acara berlari, pastu ambil bola,
dan melompat dengan bola tu di celah kelengkang...haha.
Abahnya dapat no 1, dan yang paling gembira bila abahnya dapat tempat pertama ialah Arif.
Punya dia berlari peluk abah dia dan melompat2 suka....hehe.
Untuk acara mencari barang tersembunyi pun menang dapat no 3.

Arif bersama piala yang di menanginya
Gambar masa cikgu pakaikan kalung kemenangan tu tak dapat nak ambil.
Anak2 tadika ceria dan sibuk di depan, nampak kepala mereka saja...hihi.

Ini pula hadiah yang MR SRD dapat. Hehe, sampai 4 besen, kira untuk ibulah ni....kihkihkih

Selesai acara penyampaian hadiah, abahnya pegi ambil abang2 dan kakak di sekolah.
Kemudian tu, kami makan tengahari di situ saja, cikgu dah sediakan pelbagai juadah.
Kalau balik rumah pun mana sempat masak kan, dah pukul 12 masa tu, perut pun dah lapar...hehe.
Keseluruhan, puashati dan Arif memang gembira menang dan dapat hadiah.
Belum sampai rumah, pingatnya tu dah tertanggal dari talinya...hihi.
Punyalah ganas....

Oklah, cukup kot cerita Sukaneka Arif ni.
Oh ya, kepada kawan2 blog yus, jemput ke blog yus satu lagi kalau sudi.
Sihat & Ceria Bersama Ibu MazNaz

Blog lebih detail tentang Shaklee, malas rasanya nak campur2.
Apa pun terima kasih sudi singgah dan tinggal jejak di sini,
Salam Ceria....

~ يوس ~

13 comments:

  1. mau tak semnagat kan..nk main sukan
    alhamdulillah..tahniah arif.. dpt johan tu

    ReplyDelete
  2. Itulah Yus jgn pandang sebelah mata. Kecil-kecil cili padi. Dari gaya dia punya bersedia tu nampak memang ligat hero comel Yus ni. Kakak memang suka tengok dia dari baby sampai sekarang. Cerdik walau bila tanya asyik jawab tak tahu tapi sebenarnya dia tahu sebab itu boleh kata mesti sampai pukul 7 pagi. Dia ingatlah pesan cikgu tu...

    Suka kakak arif dpt no. 1. Tahniah ye Arif - auntie suka tau:)

    ReplyDelete
  3. hahahah..samp[ai tercabut tali..memang ganas tu.teruja kot..:)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Arif.....haruslah tak sabar Yus...mcm kita, kalau nak berjalan ke ada event ke sama jer lagaknya mcm Arif hehe....Kalau boleh pepagi subuh dah nk sampai....haha...Untuug jugaklah dapat besen hehe..

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan.

    jemput ke blog saya

    ReplyDelete
  6. Seronok tgk budak bersukan .... Mcm2 perangai ... Lambat juga sukaneka pasti Arif.... Anak munna awal2 tahun day Ada sukaneka

    ReplyDelete
  7. hu hu mmg seronok tgk anak2 di hari sukan kan Yus...

    ReplyDelete
  8. Wah! Semangat Arif nak g sukan ya.. Tahniah Arif.

    ReplyDelete
  9. Salam K.Yus..
    Eehehe... alolo.. nomei2... kecik2 cili padi.. tahniah arif!
    seri dulu mase mula2 masuk sukaneka, umi dia yg telebih eksaited..sayang sbb tak dapat hadir sama sbb ade team building..itupun abahnye yg wasap gambau.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. seronoknya tengok anak anak bermain dan bersuka ria..happy happy.. ooo ada famly day.. pasti anak saya belum buat lgni.. tapi sukan tahunan tu memang ada setiap tahun.. boleh bagi cadanganni..

    ReplyDelete
  11. Kalau anak2 sedara dah selori... nak gak aku buat sukaneka antara keluarga nih...

    ReplyDelete
  12. ibu2 moden skrg ni bertenaga..b.ersama shaklee...
    wah iklan...
    ramai dah join shaklee skrg ni..
    sy pun dari sejak abah sy lagi...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...