Monday, September 10, 2012

Home » , , » Teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai, tetapi ada logiknya kot?

Teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai, tetapi ada logiknya kot?

Berfikir dua tiga kali sama ada nak kongsi cerita ini atau tidak. Tetapi ianya sesuatu yang mencuit hati aku sehingga kini. Sangat lucu teori dari suamiku SRD ini, tetapi ada logiknya kot....kihkihkih. 

Biasa waktu makan adalah antara waktu kami berseronok sekeluarga. Kecoh pun ya juga, masing-masing nak bercakap, bercerita dan bertanya soalan. Bila sikit-sikit tu aku suka, tapi bila dah melalut tu aku tak suka. Tambah tak suka bila mereka tak habis-habis makan sebab dok bercerita. Cuma cerita yang satu ini berlaku masa makan malam semalam, lucu ok!!!

Tak ingat bagaimana dialog permulaanya tapi aku rasa begini kot.

Aqil: Kenapa abah gemuk?

Abah: Nanti Aqil dah besar pun mesti gemuk macam abah, mesti punya!

Aqil: Aqil tak nak gemuk macam abah, Aqil nak kurus aje.

Abah: Kalau Aqil kurus nanti isteri Aqil mesti gemuk!

Aqil: Kenapa pulak?

Abah: Aqil kata abah gemuk kan. Tengok ibu, ibu kurus sikit kan dari abah. 

Aqil: Ha'ah ibu kurus sikit.

Abah: Cuba Aqil tengok abah kawan Aqil si A, abah dia kurus sangat kan. Ibu dia kurus ke gemuk?

Aqil: Ibu dia gemuk sangat!!

Abah: Haaaaa! Aqil nanti nak bini Aqil kurus ke gemuk?

Aqil: Aqil tak nak bini gemuk, Aqil nak bini Aqil kurus!!!

Masa ni aku dah ketawa terbahak-bahak. Tak boleh tahan tu, nak juga isteri dia kurus.

Abah: Haaa, kalau Aqil nak bini Aqil kurus, Aqil kenalah gemuk!

Aqil: Oklah, nanti Aqil besar nak gemuk sikit je, jadi nanti bini Aqil pun kurus sikit je, tak naklah kurus sangat, macam abah kan abah.....

Hihihihi, tulah aku kata teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai langsung, tapi selalu kita nampak berlaku kan. Kurus ke gemuk ke suami atau isteri kita, yang penting kita bahagia ya anak-anak. Jangan percaya teori abah kamu tu, saja je dia tu nak cover line tahu.....hahahahhaha.

~ يوس ~

23 comments:

  1. bijak abag aqil mengemukakan teori...tgk kt diri sendiri....apply lah teori tu kt ktorg :)

    ReplyDelete
  2. amboi kemain ye
    kecik2 dh pk nak cari isteri
    sama la ngan bujang kat umah tu ;)

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha.. sajer mengusik Aqil.. kihkihkih

    ReplyDelete
  4. ahahaha..kesian aqil dilema sungguh..nak sendiri gemuk ke bini gemuk..wakaka..

    notti ayah dia nyakat aqil..

    ReplyDelete
  5. comel je dialog abah dan anak ni hehe

    ReplyDelete
  6. see.. ada citarasakan.. walaupun baru setahun jagung..

    ReplyDelete
  7. jarang nak jumpa kan suami isteri menten je dua2..hehe...

    ReplyDelete
  8. Saya suka teori SRD tu. At least boleh buat cover line kalau emak Adam bising saya dah mula gemuk .... hahaha

    ReplyDelete
  9. gemuk ke kurus ke asal bahagia.. dan sihat kan. hehe

    ReplyDelete
  10. ahahhaha sabor aje
    gurauan ayah dan anak
    hurmm sedikit tercuit hati ieda nie ;)
    ( maklumlahh pernah gemuk ahaha )

    ReplyDelete
  11. Tetiba kepala kakak terus bayangkan adik-beradik kakak yg dah kahwin. Pandai betul SRD buat teori. Kakak rasa kakak dgn abang dua-dua gemuklah Yus hihi...

    ReplyDelete
  12. teori dua2 kurus dua2 gemok pun boleh pakai jugak! ahahaha..

    ReplyDelete
  13. kesian si aqil kena usik gitu... hehehee...

    ReplyDelete
  14. hahahahah mmg kelakar teori ni.pandai aqil jawab tu.

    ReplyDelete
  15. hihi pandai abah aqil cover line tu tapi ada benarnya kak, byk tgk gitu la kan hihi

    kak, mekasih sudi jenguk blog berhabuk qema tu ye ekeke

    ReplyDelete
  16. Hehe... pandai Aqil. :)
    Gemuk ke, kurus ke, yang penting kita sihat.

    ReplyDelete
  17. hahaha kelakar la kak teori nih kak.. gelak sorang2 sy baca entry akak nih.. ekekeke..

    ReplyDelete
  18. Salam kak yus..

    Erkk.. hihih…blh tahan jugak soal jwb ngan aqil ni ye..
    Kami suami isteri badan sama2 naik, tapi cma berjaya kurus ckit..:0

    ReplyDelete
  19. hahaha...kelakarlah sis..kurus ke gemuk ke..yg penting sayang menyayangi..

    ReplyDelete
  20. kak, saya selalu pakai teori ni gak, haha...

    ReplyDelete
  21. klu guna teori tu, saya gemuk sebab en.asben saya kurus.. he..he.. mmg tersenyum2 membacanya.. nice one..

    ReplyDelete
  22. Tersenyum Nurul bacanya,rasanya klu Nurul dan husband dua2 gemuk....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...