[image ehsan google] |
Tiada lagi beg plastik di sediakan kecuali dengan bayaran 20 sen.
Walau lama sudah tahu, hari Sabtu kena bawa beg sendiri kita masih tetap lupa.
Selalu tidak ingat, sebab dah terbiasa
bila membeli belah mestilah kedai tu akan sediakan beg plastik, tak gitu.
Pada kami, bila barang banyak sangat tu,
memang akan keluar jugalah duit 20 sen untuk satu plastik.
Kalau sikit-sikit, tahan lagi nak sorong troli sampai ke kereta kan.
Tapi ini bukan cerita kami.
Ini cerita ayah aku yang memang suka buat 'lagu' tu.
Bukan buat apa tapi aksi spontannya selalu buat yang lain ketawa.
Ayah jarang membeli belah di hypermarket.
Kalau beli barang pun di kedai runcit berdekatan rumah saja.
Malas dia dah tua-tua hendak ke pasaraya besar.
Hari Sabtu itu entah kenapa dia boleh singgah di Econsave.
Itulah pasaraya besar sikit yang dia suka nak pergi.
Dia tak biasa atau mungkin tak sedar wujudnya hari tanpa beg plastik setiap Sabtu.
Bila saja sampai di kaunter pembayaran
dan hendak mengeluarkan wang untuk membayar barang yang sudah di kira,
keluarlah dialog-dialog ini antara ayahku dengan cik adik di kaunter itu;
"Takde plastik ke? Macam mana pakcik nak bawa barang ni?"
"Hari ni Sabtu pakcik. Kalau nak plastik kena bayar 20 sen"
"Hah! Kena bayar 20 sen?"
" Kerajaan mengadakan kempen......"
Belum sempat dia habiskan ayatnya ayah dah mencelah.
"Pakcik tak tahu pasal kempen ke, kerajaan kata apa ke? Tapi ini barang di kedai kamu kan. Dan duit ni duit pakcik. Takpe, kamu ambik balik barang kamu ni,pakcik tak nak beli."
Ayah terus berlalu dari situ.
Dengar saja perkataan dari ayah dan nampak ayah berlalu,
orang di kaunter itu terus mengejar ayah dan memberikan beg plastik secara percuma.
Selepas itu barulah ayah bayar barang-barang yang di belinya .
Ayahku bukan tak nak ikut kempen ya.
Tapi dia tak tahu pasal kempen itu
dan terkejut bila di suruh bayar 20 sen tiba-tiba untuk satu beg plastik.
Hahaha.....
Dan bila ayah keluar dengan beg plastik percuma,
kedengaran suara-suara dari pelanggan di belakang ayah
yang menyaksikan kejadian itu berkata mereka pun sepatutnya buat macam ayah...hihi.
Aku sendiri menyokong kempen ini,
tapi sepatutnya kalau dah buat hari tanpa beg plastik,
janganlah sediakan terus pulak tu kena bayar 20 sen kan.
Sediakan beg alternatif lain kalau kena bayar pun yang pasti beg tu bukan dari plastik.
Beg macam nilah kan. [image ehsan google] |
pelanggan pun rasa takpe, lain kali boleh guna lagi.
Dan ini juga untuk mengingatkan mereka supaya bawa beg itu sentiasa pada hari Sabtu.
Ini kononnya nak menjayakan kempen, tapi tetap ada beg plastik tu kan.
Jadi, kita ni pun tak beringat dan boleh je kata dalam hati,
"Alah takpe, kalau lupa bawa beg bayar ajelah 20 sen"
Orang muda tak macam ayahku tu,
sanggup pergi terus dari situ hanya kerana plastik berharga 20 sen kan.
lagipun dah jalan jauh-jauh ke mall, tiba2 tak dapat barang yang di beli,haru juga.
Susah juga nak jayakan kempen ni sebenarnya.
Cumanya perlu ada kesedaran daripada semua untuk pastikan kempen ni berjaya.
Dan peniaga pun, baru di gertak sikit dah boleh beri plastik beg percuma.
Macam mana nak berjaya??
Lebih takut barang mereka tiada yang beli daripada berusaha jayakan kempen.
Kesedaran tidak seharusnya datang dari pengguna saja tapi juga dari peniaga.
Aku nak cadangkan, kalau nak kempen ni berjaya,
pihak peniaga patut sediakan beg kertas macam dalam gambar ni.
[image ehsan google] |
Dan yang paling utama, haruslah percuma!
Tak perlu ada beg plastik terus, walaupun di hari lain.
Jadi bila semua dah tahu kalau beli barang kena bawa beg kertas macam tu.
Bila rasa susah nak bawa, sebab takde tangkai nak pegang kan.
Dengan sendirinya kita akan beringat bawa beg galas sendiri nanti.
Tak gitu??
Jadi rasanya, peranan terbesar datang dari para peniaga sendiri.
Sedikit demi sedikit, pasti pengguna semua ikut.
Ini mereka pun lebih memikirkan keuntungan.
Konon aje nak menyahut seruan kerajaan jayakan kempen.
Untuk peringatan aku sendiri,
lepas ni kena rajin-rajin bawa beg galas sendiri untuk membeli belah.
Peliharalah alam sekitar hari ini,
Demi kesejahteraan masa hadapan.
p/s: poyo aje ayat kan, boleh ke aku beringat ni?... Korang ada cadangan lain bagaimana nak pastikan kempen ini berjaya?? Kongsilah di sini...
~ يوس ~
Baca entri kak yus ni tingat hari sabtu ritu g econsave lupa bawa beg, dah la barang banyak sorong je troli sumbat barang lam bonet keta hehe..jenuh nak byr walaupun 20sen kalau barang sikit takpe juga..
ReplyDeleteCute juga ayah yus... kelakar juga.
ReplyDeleteKakak pernah terlupa bawa tapi sebab masa shopping tu kakak ada beli plastik sampah, so semua barang masuk plastik sampah kemudian masuk trolley.
Betul, betul. betul!
ReplyDeleteMula2 kempen ni dulu pun saya terperanjat. Hah tak de beg plastik ari Sabtu? Lepas tu dah okaylah. Lagipun kami beli barang sesikit, boleh angkut je anak-beranak heh heh...
yus,
ReplyDeletekami anak beranak sekarang mmg dah jadi alert...kalo shopping hari Sabtu...mmg dah kumpul & bawak 6-7 beg (bukan plastik) yang ala2 macam gambar beg biru yus tepek tuh
Mmg sokmo lupe kak, tapi kami tak beli pon plastic tu, angkut je brg2 tu masuk troli, pandai2 la nk adjust masuk bonet, hihi
ReplyDeleteTahu hari sabtu tanpa beg plastik,tp selalu lupa bawa beg sendiri,last2 belilah beg plastik yg 20 sen tu.
ReplyDeleteKak yus, saya kat sini kalau pegi aeon mmg dah sentiasa ready letak beg plastik besar dlm handbag..senang, mmg takkan lupa lah...;-)
ReplyDeleteader tmpt sabtu & ahad kan?
ReplyDeletebagus juga ayah yus buat macam tu.. saya pun selalu terlupa.. asyik membayar berpalstik aje.. padahal beg recycle dah berlambak2 kat rumah..
ReplyDeletesetuju sis!
ReplyDeletesy pon kdg2 terlupa jugak bila hr sabtu ada kempen hr tnpa plastik..
biasanya kalau teringat awal..terus cancel nak beli brg.
cayalah ayah! :D
ReplyDeleteyus...akak pun sllu lupa bawak beg utk mmbeli pada hari sabtu...dan mmng trpksa beli jugaklah beg plstik tu...
ReplyDeletesepatutnya diorang kena buat hari beg kertas~bukan tanpa plastik~~he~~
ReplyDeletehajar pulak ari sabtu tau tanpa beg lastik tp sll je lp nak bawa... adehhh....
ReplyDeletepenuh membeli hari tu..satu troli...tak letak plastik pun takpe...terus angkut ngan troli2 masuk lam kete..hahahaha
ReplyDeletesaya prepare beg dalam kereta je kak..tapi pernah gak terlupa bawak beg recycle tu..
ReplyDeletekat sini mmg hari2 tak pakai plastik. tiap kali keluar mmg bawk la beg shopping. tp kdg2 kami guna kotak. ni lagi bagus, supermarket sini sediakan kotak2 kalau customer lupa nk bwk beg. lagi satu sistem sini brg yg dibeli simpan sendiri, bukan cashier yg simpankan. kotak pun disediakan dengan plaster besar, sng customer buat sendiri. tp plastik masih ada dijual 3yen satu plastik. :D
ReplyDeleteKelakarlah ayah akak.. boleh bayangkan dia buat mcm tu..hehe
ReplyDeleteyelah yus tul tu
ReplyDeletebuat sgt kempen kurangkan plastik
tapi still ada plastik di pasaraya
kdg2 peliuk juga
kalau nak tahu org2 skreg x kesahpun
kena bayar 20 sen tuu
still mereka dpt plastik tuu huhuh
hehehe..blh tahan jugak ayah kak yus ni..
ReplyDeletecma sahut saran kerajaan..
katakan TAK NAK pd plastic bag!
mmg bawak recycle bag kalo g beli barang dapo.
@qemaishak
ReplyDeleteakak kalau brg sikit angkut je ke kereta, tp kalau banyak separuh masuk gak dalam plastik beg. Selalu lupa gak bawak beg sendiri qema..huhu
@Kakzakie
ReplyDeleteayah yus mmg mcm tu kak, dia tak boleh terkejut, nnti mcm2 peel kuar...hihi
@RYS AREESA NASIR
ReplyDeleteyus tak terperanjat, cuma malasnya nak angkut barng kecik2 tu, lebih2 lagi kalau parking jauh, nak sorong troli tu kan,..
@Ina Hashim
ReplyDeleteWah! baguslah akak..:)
@ajumohit
ReplyDeletemesti berterabur dalam bonet tu kan..:)
@Nazayiena
ReplyDeletesamalah kita nurul...:D
@eB ezrin
ReplyDeleteoo ya ke? yus tak tahu pulak..mungkin di sini takde kot
@Hanis Azla
ReplyDeleteayah yus kata, mmg dia tak kan ke pasaraya hari sabtu kalau dah tahu mcm tu...huhu
@diana
ReplyDeletehehe, main campak2 je ya diana...
saya beli juga satu dua, asal muat untuk barng yg kecik2, tak suka dia berterabur dalam kete tu, kete takde bonetlah katakan...huhu
@wida
ReplyDeletekan, mmg patut disediakan beg kertas terus, tak payah lagi letak beg plastik...:)
@:: Mrs.Eady ::
ReplyDelete:)
@MulutPayau
ReplyDeletesamalah kita akak...:P
@bujal X
ReplyDeletebetul, betul, betul..:)
@hajarus
ReplyDeletetulah hajar, kita tahu, tapi kita ni pelupa,..:)
@cheqna
ReplyDeletekete ada bonet takpe, mcm kami ni mpv takde bonet, kalau takde beg, berterabur habis, anak2 main pulak...huhu
@Huda
ReplyDeleteakak pun pernah gak prepare bag, tp bila dah bawa masuk hari tu, lupa nak letak semula biasanya..huhu
@Asmara
ReplyDeleteinilah yang patut kita contohi, ni tak, mcm sekadar nak lepaskan batuk di tangga aje..
@Sufia Mahzan
ReplyDeleteana kenal gak mcm mana ayah akak kan..:)
@ieda
ReplyDeletetulah ieda, bukan kisah sangatkan, patut hapuskan terus penggunaan beg plastik tu kalau nak selamatkan bumi kita...:)
@♥cmª shIemª♥
ReplyDeletecayalah cma. Keep it up! Akak patut contohi cma..:)
@Umie
ReplyDeletesana ada Aeon juga ya..:)
memula dulu memang sellau lupa & kami pulak jarang ke pasaraya besar.. beli kat kedai runcit jer.. skrg ni memang dah letak siap2 beg dlm dashboard.. lagipun dah byk dpt beg recycle ni, dari topup maxis la, beli nescafe la.. heheh.. yg kwn2 bagi lah..
ReplyDeleteSuka dengan reaksi ayah Yus .. :-)
ReplyDeleteakk sumbat smua dlm troli je tp dlm krt dh standby green bag. rs nya buat kmpen hr2 pun tak pe coz klau pikir effect dia thdp environment agak gerun lah jugak
ReplyDelete