Thursday, December 29, 2011

Home » » Hitamnya mee goreng itu!!!

Hitamnya mee goreng itu!!!

Teringat aku bila berbual-bual dengan ibu mertuaku.
Dia selalu kata, dia suka bee hoon goreng berbanding mee goreng.
Kalau dia nak makan mee goreng pun, dia pastikan mee goreng itu tidak hitam.
Ibu mertuaku sedikit alergic dengan mee kuning sebab katanya ada angin.
Bila makan mee, badan jadi sakit-sakit.

Aku kalau buat mee goreng suka nak letak kicap.
Tapi teringat pula ibu mertuaku yang tak suka mee dengan kicap berlebihan.
Kalau ada peluang buat dan kebetulan ibu mertua akan merasa sikit,
akan ku cuba kurang-kurangkan amaun kicap tu.
Bagi aku pula kalau tiada kicap langsung, tak sedap pula.

Tapi pengalaman makan mee goreng
semasa menginap di Intekma Resort Shah Alam yang lalu,
memang tak boleh lupa.
Bukan aku makan mee di resort itu, tapi SRD beli dari luar untuk sarapan aku.

Aduhai!!! Hitam legamnya.
Takut aku tengok!!
Sekali rasa je dah rasa masin kicap sampai naik ke kepala.
Patutlah ibu mertua ku tak suka mee goreng hitam.
Kalau dah gini rupanya, korang rasa berselera nak makan tak??

Mee goreng hitam yang SRD beli untuk aku bersama nescafe susu yang aku buat.
Hitam kan!
Wahai peniaga di luar sana, janganlah masak hitam sangat ya!
Takut pelanggan tengok,
lebih-lebih lagi dapat pelanggan macam ibu mertua aku....;)

p/s: untuk aku, walau dia hitam legam aku telan juga dengan muka yang kelat sebab lapar ...huhu

~ يوس ~

20 comments:

  1. ni kes masak takmo pelanggan datang lagi...

    ReplyDelete
  2. klu syahmi n sarah lak mmg suka mee hitam .. fav dia tapi bukan beli di kedai le nak ibu dia yg masak :)

    ReplyDelete
  3. hitam sgt tu sis..boleh darah tinggi kalau makan kicap byk sgt.kicap kan masin..

    ReplyDelete
  4. saya nengok jugak..tapi cam kak yus tau saya prefer pada mihun goreng..betul kata MIL akak tu mi goreng tu takut ada angin..tapi kadang2 saya belasah jer..

    ReplyDelete
  5. apa2 pun masak sendiri lagi best kan...

    ReplyDelete
  6. mmg hitam sangat tue..nak makan pun pk byk kali.. patut diaorg letak jgn le byk2 kan

    ReplyDelete
  7. suka mee goreng basah tapi tak la yang sampai hitam sangat tu mmg tak berselera menengoknya

    ReplyDelete
  8. yna suka mee goreng basah yang hitam2 jugak k.yus..tapi taklah hitam pekat sampai masin naik ke kepala..hi3..dasyat betul tukang masak tu..

    ReplyDelete
  9. saya suka yang hitam tu kak~~he~~

    ReplyDelete
  10. tu mesti kes lori kicap terbalik dalam kuali dia ekekeke...

    ReplyDelete
  11. heh heh.. diorang ni memang selalu tertumpah kicap dalam mee gemok tu Yus..

    ReplyDelete
  12. saya suka mee goreng kaler hitam kak!

    pastu wajib tambah sos sebelum makan (walaupun mee tu dah secukup rasa..baru layannn..hihi~

    ReplyDelete
  13. sama dgn mak izan, tak suka makan mee grg. mak prefer buat bihun grg atau maggi grg. izan pun kalau mee tu hitam legam terus tak lalu nak makan kak. kecuali lapar sgt mmg terpaksa telan juga... hehe

    ReplyDelete
  14. salam yus..miza jg tak suka mee hitam legam.bila msk mee mmg akan letak sikit kicap nnt tak sedap, tp takmo yg legam cam pariya tu..huhu


    klu nak beli mee mmg saya cr yg tak legam

    ReplyDelete
  15. aah yus , ida kalau hitam punn seram nak makan .. ada pernah sekali tgk hitam tapi rasa dia sedap .. bila tanye dia lebihkan kicap manis rupenya .. huhuhuh

    ReplyDelete
  16. hari tu makan mee sotong, hitam macam ni la. masin. bahaya kan, tak elok untuk kesihatan. darah naik pulak kang

    ReplyDelete
  17. Kekadang mee hitam tapi sedap tau !!!

    ReplyDelete
  18. kakyong pun kurang suka mee lebih kicapnya.. tp kena tgk rasanya juga, ade mee hitam tp x masin sbb dia guna kicap pekat,.. ade mee kurang hitam tp masin ya amat, sbb dah masukkan kicap masin, letak garam lagi..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...