Friday, December 09, 2011

Home » » Arif: Perkataan pertama

Arif: Perkataan pertama

Korang ingat tak apa perkataan pertama yang keluar dari anak-anak?
Maksud aku semua anak-anak yang ada ya...hihi.
Biasanya orang lain aku dengar,
perkataan pertama yang keluar dari mulut anak mereka 'ma'.
Mesti seronok perkataan pertama tu merujuk kepada diri kita.

Tapi, macam aku ni ada empat orang anak,
tapi seorang pun tidak memanggil,
atau merujuk kepada aku untuk perkataan pertama mereka.
3 orang yang terawal semua keluar perkataan 'abah' dari mulut mereka.
Cuma Arif yang berbeza nampaknya.

Sangat teruja kalaulah perkataan pertama dari Arif itu 'ma' atau 'ibu'.
Tak kisahlah apa kan, asal dia panggil nama aku.
Tapi tetap bukan.
Tahu tak apa perkataan pertama Arif??

Arif masa di Tg Balau dulu....
Perkataan pertama Arif ialah "Aliaaaaaaaaa"
Apa-apa pun bila bersuara..."Aliaaaaaaa"
Aduhai! Nama kakak dia yang dia panggil.
Kenapa bukan ibu sayang?
Ibu jeles ni......:hityou hihihihi.

Dan aku rasa antara faktor kenapa 'Alia' yang keluar dari mulut dia dulu,
sebab hari-hari aku jerit nama Alia kot.
Yalah, dalam rumah ni, selalunya aku minta tolong dari Alia.
Alia pula jenis sekali cakap tak dengar.
Maknanya aku kena kuatkan suara memanggil dia baru dia dengar.
Dan Arif pun mengikutlah kan.

Hmm...takpelah.
Walau bukan 'ibu' yang Arif sebut sebagai perkataan pertama.
Kiranya Arif dah melangkah setapak lagi ke hadapan.
Sudah ada perkataan keluar dari dia kan.
Di usianya 1 tahun 4 bulan.
Yang selebih tu bahasa dia sendiri.
Masih belum kami faham....ekekek.

~ يوس ~

23 comments:

  1. mesti comel je kan bila dia panggil nama alia tu..tunggulah bila ariff dah banyak cakap nanti mesti meriahh

    ReplyDelete
  2. @Huda
    Dia kalau sebut Aliaaa tu kuat tau Huda, siap sengih2 lagi.
    Bila nak beri dia makan pun, dia panggil Alia, ajak kakaknya makan sekali...hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh...first word!!

    saya tak sabar nk tunggu first word anak saya :)

    ReplyDelete
  4. Ye le kot selalu dgr nama Alia tu si Arif pun blh mengikut......siap ajak mkn sekali tu......

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, ...ye mmg biasanya nama mama yg disebut dulu...anak2 sy pn cm tu gak.

    ReplyDelete
  6. anak abah perkataan pertama "abah"..bangun tidur skrg pun "abahhh"...adeehhhh

    Thanks Yuyu Zulaikha Sebab Sudi Makan Bersama

    ReplyDelete
  7. haruslah ibu dia jeles ni. tapi takpe kak...nnti besar mesti dia sayang byk2 kakak alia.

    izan plak empat2 anak sume panggil 'ayah' dulu...

    ReplyDelete
  8. anak sy pun perkataan pertama abah, senang nk sebut kot dari sebut mama

    ReplyDelete
  9. anak2 cma panggil mieeeeeeee
    "ummi"

    hehe..

    sonoknye arif men air:)

    ReplyDelete
  10. anak kakyong pun 3-3 panggil ayah dulu... lambat sikit baru nak dpt sebut 'ibu'... bagus lah arif dah mula menambah vocabnya.. ;)

    ReplyDelete
  11. @suw
    lebih seronok kalau perkataan pertamanya memanggil nama kita kan..:)

    ReplyDelete
  12. @Nazayiena
    tulah nurul...hehe.

    Tp sebenarnya tak berapa clear 'l' dia, lebih kepada..Ayaaaa....:)

    ReplyDelete
  13. @mamaDiana
    tulah, jeles ni, anak2 saya semua sebut perkataan lain dulu...huhu

    ReplyDelete
  14. @abah khalisha
    mesti rasa bahagia anak sebut abah tu kan..:)

    ReplyDelete
  15. @Izan Ishak
    memang jeles tahap gaban izan...hahaha

    ReplyDelete
  16. @Anamarza
    tu sebenarnya, senang nak sebut, kalau saya lagilah 'ibu' susah nak kuar dari mulut dia kot 'i' tu, 'a' senang sikit kan

    ReplyDelete
  17. Msti kakak Alia seronok kan kak yus hihi, msti Alia suke layan arif main tu yg arif pggil Nama kakak ;)

    ReplyDelete
  18. akak, bole tak saya dah lupe perkataan pertama yg Muaz sebut..padahal anak baru sorang..umur pun x sampai setahun setengah lagi..tapi mamanya dah pelupa...kekeke.. Alhamdulillah Muaz ringan mulut, mmg dah byk perkataan la yg dia bole sebut clearly... semoga anak2x kite semua membesar dengan sihat lah hendaknya kan kak...

    ReplyDelete
  19. ahahah .. ieda pun dah lupe perkataan pertama zahrien .. hurmm entahlah kdg2 tuu x ambil kesah pun ..

    tapi sure lucu .. hurmm mereka dah semakin membesar nie makin macam2 lahh :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...