Wednesday, December 14, 2011

Home » , » Trip to Kerteh : Bertemu sahabat blogger (Bhg 2)

Trip to Kerteh : Bertemu sahabat blogger (Bhg 2)

Sampai Kerteh, terus sms kak Mulan.
Sudah lama berkenalan dengannya di alam maya.
Dari awal aku berblog, ketika sama-sama masih di perantauan.
Kak Mulan dah lebih dulu buat entri mengenai pertemuan kami di sini.

Dari dulu kak Mulan biasanya memang tak tunjuk muka di blog.
Berdebar-debar juga nak jumpa dia, sebab tak tahu bagaimana orangnya.

Kemudian dia kata Kak Silversarina pun ada.
Dulu Kak Rina ni aktif berblog, tapi sekarang tidak lagi.
Tak sangka dapat jumpa ke dua-dua mereka.
Seronok pula.
Banyak yang di bualkan.

Kak Mulan orangnya memang ramah.
Tak kekok bila jumpa dia, terasa seperti berada di pekan sendiri....hihi.
Terima kasih kak Mulan kerana bawa kami pusing-pusing di kawasan sekitar.
Kalau tidak memang aku terperuk ajelah dalam bilik hotel tu sebab SRD ada urusan kerja.
Petang baru nampak batang hidung semula.

Bersama kak Mulan dan kak Rina serta anaknya.

Hari Isnin jumpa lagi Kak Mulan. Kali ini dua orang anaknya pun ada sama. 
Sangat seronok sebab dapat jumpa mereka.
Harap-harap dapat jumpa lagi nanti kan kak... :x

~ يوس ~

24 comments:

  1. alhamdulillah


    jumpa gak dengan Che Puan Mulan kita

    ReplyDelete
  2. wah..bagusnya!
    dari alam maya ke alam nyata.
    mmg berdebar..

    ReplyDelete
  3. @pB
    alhamdulillah....akhirnya bertemu juga kami...:)

    ReplyDelete
  4. tqs yus.... sebab sudi jumpa.. seronok sangat2... excited bila ada yang nak jumpa... rasa sunyi & rindu dah lepas yus balik kl.. insyA nnti kita jumpa lagi..

    ReplyDelete
  5. wyok mmg klu dpt jmpa kwn2 blogger...kita nie bila ek nk jmpa..hahahahahah acah jek :)

    ReplyDelete
  6. @MULAN
    Yus pun seronok jumpa akak...

    kak yus balik Johor lah bukan KL...hihi.

    ReplyDelete
  7. @sisdee
    ada rezeki nanti mana tahu kita pun boleh jumpa sisdee...:)

    ReplyDelete
  8. bestnya dpt jumpe sesama blogger kan kak yus..hehehe rupanya mmg kak mulan tidak menunjukkan wajahnya ye hehehhe

    ReplyDelete
  9. yus...
    seronokkan dapat jumpa sahabat alam maya....macam akak ni, ade ka yg.sudi nak jumpa?....

    ReplyDelete
  10. aahlah seronoknya kan dapat jumpa kawan blogger..bila saya nak jumpa akak ni?

    ReplyDelete
  11. @azi
    kalau kena masa dan tempatnya, InsyaAllah kita boleh jumpa juga akak..:)

    ReplyDelete
  12. @Huda
    yalah huda, orang jauh akak dah jumpa, huda yang dekat belum lagi ni...hihihi.

    InsyaAllah ada rezeki nnti kita jumpa ya huda...:)

    ReplyDelete
  13. @Ujie
    berdebar sebab tak pernah bersua muka mahupun tgk gambar sebelum ni tu ujie...:)

    ReplyDelete
  14. bestnya bertemu ngan sahabat blogger..setakat ni baru sekali..tu pon tak lama, tak sempat nak beramah mesra..

    ReplyDelete
  15. Yus..tulah... Mulan pun ada beritau akak jumpa Yus... tapi akak tak dpt jumpa Mulan biarpun akak ke Ganu juga...

    ReplyDelete
  16. seronok dapat jumpa kawan maya ye..
    bnyk cerita boleh dikongsi..
    moga ukhuwah berpanjangan..amin

    ReplyDelete
  17. bertuah dpt jumpa kenalan maya..
    dpt mengerakan silaturrahim..

    bila pulak turn kite ye..?
    :)

    ReplyDelete
  18. seronok dpt jumpa geng2 blogger kan..

    ReplyDelete
  19. Seronok dapat jumpa kawan siber ni kan kak..moga ikatan tambah erat.

    ReplyDelete
  20. sonokkan kak dr alam maya ke alam realiti.. leh eratkan lg silaturahim..

    ReplyDelete
  21. @ajumohit
    a'aa, kak mulan pemalu orangya...hihi

    ReplyDelete
  22. @aNIe
    tempat lain walau pun negeri sama kan kak...

    lagipun akak dah pernah jumpa kak mulan...hehe

    ReplyDelete
  23. @♥cmª shIemª♥
    yelah kan cma. bila agaknya turn kita ni?

    ReplyDelete
  24. bestnya Yus dpt jumpa kawan2 blog..

    dulu suka jugak baca blog kak sarina @ silversarina... teringin nak jumpa dia, sbb dia pun org Perak..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...