Wednesday, December 28, 2011

Home » , » Pembelian Buku dan Program Transisi Murid Tahun 1, 2012

Pembelian Buku dan Program Transisi Murid Tahun 1, 2012

Hari ini ada aktiviti seperti tajuk di atas di sekolah.
Tahun ini tidak terlibat untuk Program Transisi tahun 1.
Tapi aku tahu ramai yang masuk blog aku untuk tajuk Program Transisi tahun lepas.
Mesti sebab ramai ibubapa yang nak tahu apa itu Program Transisi ya.
Kalau ikut dari pengalaman aku, tiada apa pun.
Taklimat dari guru, cerita pasal KSSR dan majlis suai kenal antara murid-murid tahun 1.

Ok. Sessi membeli buku anak-anak untuk tahun hadapan berjalan lancar.
Senang dan mudah di SKS ni.
Semua guru kelas dah menunggu di kantin,
dan semua buku yang perlu di beli dah siap di masuk dalam beg.
Tinggal bayar dan ambil aje beg tu.
Semua dah tersedia.
Cepat dan ringkas.
Aku suka!!!

Lebih suka lagi, bila jumlah bayaran keseluruhan untuk anak-anak aku,
tidak melebihi amaun RM100 setiap seorang.
Kiranya duit wang bantuan khas yang aku terima tu
memang cukup untuk buku-buku + duit PIBG mereka.
Alia punya RM90.70, dan Aqil punya RM99.00.

Cukup pandai cikgu mereka ni kan.

Dari senarai tu, aku tengok yang telebih budak tahun 4,5 dan 6 kalau campur wang PIBG.
Tapi sebab Aqil tak perlu bayar PIBG, Alia dah bayar so masih di bawah RM100.
Sumbangan PIBG hanya untuk seorang murid bagi satu keluarga.

Gambar-gambar yang sempat aku ambil sewaktu membeli buku di sekolah tadi.


Semua buku yang perlu di beli dah di masukkan dalam beg. Aqil sedang melihat cikgu kelasnya tahun hadapan menulis resit bersama abahnya. Aqil dapat beg warna oren.

Alia yang dah siap beli buku. Untuk Alia aku yang belikan. Dia dapat beg warna pink. Di belakang tu, kelihatan murid-murid tahun 1 bersama ibubapa mereka mendengar sessi taklimat untuk Program Transisi Tahun 1 2012.
Hari Ahad ini, acara beli buku untuk sekolah agama pula.
Anda yang ada anak-anak bersekolah, dah beli buku ke?
Cukup tak wang bantuan khas yang di perolehi sebelum cuti hari tu?

Kalau nak campur untuk baju-baju dan kasut, memang tak cukuplah kan.
Apa pun alhamdulillah, wang sumbangan tu memang ada gunanya.

:x :x :x
~ يوس ~

6 comments:

  1. seronoknya buat persiapan sekolah..teringat time mula2 masuk darjah 1 dulu k.yus..nak kawan dengan saper2 main tgur jer..kikiki..

    ReplyDelete
  2. Hubby dah beli buku alif semalam. Tapi macam tak puas hati le sebab macam kena paksa rela. Bila check kat kedai buku kat luar, buku yang sama tapi harga murah sikit. Tapi tak pe le utk anak2 takan nak bikira sangat

    ReplyDelete
  3. abg muhaimin blm lagi kak... ahad ni bayar yuran sekolah agama, isnin pula sekolah kebangsaan...

    yelah... RM 100 tu dpt mengurangkan sikit beban kita kan... alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. assalam yus..acik belum beli apa pun lagi..tinggal sorang aje lagi sekolah..tak pe lah lambat sikit..lagipun nak masuk ting.4 kan..

    ReplyDelete
  5. bagus lah inisiatif yg dibuat oleh guru2 & koperasi sekolah.. dah siap pack kan dlm beg khas.. xde lah terbuang masa kan.. cekap..

    ReplyDelete
  6. rm100 tu dapat la mengurangkan sikit beban...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...