Semalam SRD berkesempatan melawat dua orang sahabat yang baru pulang dari Haji.
Kedua-duanya mempunyai pengalaman yang sedikit berbeza.
Teruja aku mendengar cerita dari suamiku tentang pengalaman mereka.
Sahabat pertama pergi sendiri.
Dia lelaki jadi mudah untuk bergerak di sana.
Seawal 3 pagi dia sudah ke masjid.
Pukul 11 baru pulang ke hotel.
Bila ada terluang pergi lagi.
Memang seboleh-boleh dia pulun mengerjakan ibadat di sana.
SRD kata dia sangat beruntung.
Dia tak fikir pun untuk membeli belah dulu.
Selepas selesai menunaikah rukun haji baru dia membeli ole-ole dari sana.
Sahabat kedua pergi bersama isterinya.
Mereka juga berusaha untuk melakukan yang terbaik di sana.
Tiada cacat celanya.
Pengalaman menjadi antara sukarelawan bersama krew tabung haji antara yang di ceritakan.
Menarik.
Sahabat ini bebelanja awal-awal sebelum melaksanakan haji.
Kemudian di pos ke Malaysia.
Cumanya dari cerita mereka, SRD merasakan sahabat pertama lebih beruntung.
Yalah, bila pergi seorang, tak perlu nak tunggu isteri sama.
Bila-bila masa tergerak hati nak ke masjid boleh pergi.
Takde kerisauan isteri tertinggal di belakang.
Aku bertanya kepada suamiku;
"Abang nak pergi haji seorang ya?"
SRD senyum memandang aku.
Mungkin memahami maksud tersirat di sebalik pertanyaanku itu.
Tidak terlintas di fikirannya begitu.
Kami selalu berharap dapat ke tanah suci bersama-sama.
Semoga rezeki kami ke sana juga ada.
Teruja kan bila dengar cerita dari mereka yang baru balik haji.
Ada juga cerita-cerita mengenai suami isteri yang baik di sini, sampai sana bergaduh.
Tak kurang juga sebaliknya.
Ada yang sangat mudah melaksanakan rukun Islam ke 5 ini,
dan ada juga yang mendapat pelbagai dugaan dari Allah.
Aku terasa diri ini sangat kerdil.
Teringin untuk kesana, tapi terasa diri belum bersedia.
Usia kedua-dua sahabat kami itu tak jauh beza dari kami.
Tua sedikit saja.
Mereka memang sangat bertuah.
Moga kami juga dapat tempiasnya sama.
Kena menabung cepat supaya boleh ke sana dengan baik.
Bukan menabung dari segi wang ringgit saja,
tetapi juga ilmu dan amalan yang setimpal dan seiring.
Agar perjalanan kita ke sana sama-sama mendapat keredhaan
dan pulang membawa haji yang mabrur....amin.
p/s: entah kenapa, tiba-tiba hati ini rasa sayu saat aku menaip bait-bait perkataan dalam entri ini...huhu

Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu,Beruntung kan mereka-mereka yang dapat ke tanah suci menunaikan haji di usia muda.
Bimbinglah aku ke jalanMu,
Semoga aku dapat menjadi antara insan-insan bertuah yang sentiasa di dalam rahmatMu.
Amin....
Usia kedua-dua sahabat kami itu tak jauh beza dari kami.
Tua sedikit saja.
Mereka memang sangat bertuah.
Moga kami juga dapat tempiasnya sama.
Kena menabung cepat supaya boleh ke sana dengan baik.
Bukan menabung dari segi wang ringgit saja,
tetapi juga ilmu dan amalan yang setimpal dan seiring.
Agar perjalanan kita ke sana sama-sama mendapat keredhaan
dan pulang membawa haji yang mabrur....amin.
p/s: entah kenapa, tiba-tiba hati ini rasa sayu saat aku menaip bait-bait perkataan dalam entri ini...huhu
~ يوس ~
Kak, sapa yang taknak pergi haji kan..saya pun teringin kak..Lagi2 mak saya asyik pesan, pergi time awak muda dan bertenaga ni..so sama2lah kita menabung kak, sama jugak dari segi ilmu, saya mengharap dipermudahkan untuk jejak ke sana.
ReplyDeletemunna pun berharap dapat ke rumah ALLAH dlm usia yg muda...
ReplyDeleteAkak dan hubby pun teringin nak pergi..
ReplyDeleteMenunggu jemputan Allah..
moga Dia mahu menerima kedatangan..
entah kapan bila..
mmng niat dah ada..nak sgt2 pgi. moga dpercepatkn n dpmudahkn
ReplyDeleteinsyaAllah.. sampai masa pasti akan ke sana.. ;)
ReplyDeleteYus,
ReplyDeletememang sayu sebenarnya bila dpt mendengar kisah2 sahabat/kenalan/saudara ulang dr mengerjakan haji..
terasa bertuah nya jika dpt ke sana pada usia muda...
baru baca n3 ni di blog kak limah yg baru balik mengerjakan haji... ;)
http://mohkembara.blogspot.com/2011/12/kalau-bimbang-hilang-di-makkah.html
Yus...abang akak dah 2 kali dpt mengerjakan haji semasa bekerja di sana.. alhamdulillah semuanya dipermudahkan... mungkin Insyaallah untuk kali yg lain dia akan membawa akak bersama....
ReplyDelete@Huda
ReplyDeletekah huda. Pergi masa muda ada lebih tenaga. Itu yang orang selalu pesan.
Moga sama2 kita dapat ke sana dalam usia muda kan huda...aminn
@munna
ReplyDeleteInsyaAllah, moga di makbulkan olehNya
@sal
ReplyDeleteada yang dapat pergi bukan hanya sekali, tapi kalau dapat sekali pun dah rasa bersyukur sangat kan kak...
@So Shy Lady
ReplyDeleteaminn...
@aizamia3
ReplyDeleteya, tunggu masa dan ketikanya menunggu jemputan dariNya ketanah suci...InsyaAllah
@kakyong
ReplyDeleteterima ksih kakyong berkongsi entri itu. Nanti yus terjah sana..:)
@aNIe
ReplyDeleteAlhamdulillah ya kak....
Moga giliran akak pun akan sampai juga...aminn
mmg selalu berdoa mahu kesana seawal yg mungkin..masih lagi sihat...
ReplyDeleteSemoga kita nanti juga akan jadi insan yg terpilih jadi tetamu-NYA....Insya Allah.
ReplyDelete* x jadilah Yus, Nurul tukar background kotak komen tu jadi eror bila step 7 tu,wlpn dah tukar ID Nurul.
@Nazayiena
ReplyDeletemungkin tak delete betul2 yang code sebelum tu kot nurul.
Sila buat betul2 macam yang di ajar di blog tu, cuma code saja tukar yang di fb...
@ainnoraini
ReplyDeletetulah kak ainn, yus pun sama...
amin amin rabbil alamin :)
ReplyDeleteseronoknya dgr citer pengalaman org di tanah suci kan yus.. semoga kita juga ada peluang untuk ke sana dalam usia yang muda.. semoga kita mendapat haji yg mabrur juga, insyaAllah..
ReplyDeleteinsyallah kak..cma pun berdoa moga2 diberi kesempatan utk bwk mk ayah ,suami n anak2 beribadat kesana..
ReplyDeleteizan pun tiba2 rasa sebak bila baca antry akak ni. yelah...kalau boleh nak sgt pegi haji sama2 suami kan. lagi muda lagi baik. tenaga pun masih kuat.
ReplyDeleteizan pun berazam sama sbb 2 org kakak izan pegi haji dlm usia yg muda...before 40...
memang betul Yus, teringin sangat hendak ke sana... rasa sat-sat ni pun nak pergi... semoga kita semua diizin Allah menjadi tetamu-Nya....
ReplyDeletetak sabar nak pi..
ReplyDeleteInsyaAllah semoga kita semua diberi kesihatan dan kesempatan untuk pergi menunaikan rukun yg ke-5...
ReplyDeletemcm2 dgar cerita disana...sebaiknya pesan mereka yg lebih arif kena buat solat taubat nasuha banyak2 dulu sblum itu...kat sana pun kena jaga lidah dan perbuatan..
tk kurang juga ada yg bertuah meninggal dunia disana...terlepas siksa kubur kan...mak yana selalu ckap nak meninggal kat sana...sedih pula tiba-tba
akak, saya pun teringin nak pegi haji di kala fizikal masih kuat nie... semoga kite semua di beri kelapangan untuk menunaikan ibadah yg ke-5 nie..;-)
ReplyDeleteMemang digalakkan pergi time muda, masih bertenaga ... jangan pikirkan sgt pasal ada orang tu camni, kat sana camni etc ... kita ikhlas beribadat, insyaAllah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
ReplyDeletePergi haji suami isteri lagi best, mesra gitu. Husband akak selalu pergi masjid cepat sebab dia selalu nak dapat saf pertama. Akak pergi sendirian juga ... lagi khusyuk beribadat.