Baru kali pertama aku menonton telemovie ini. Hijab Kekasih. Tajuk yang sedap dan membawa maksud mendalam bagi aku. Sama dengan tajuk lagu M Nasir itu. Suka aku tengok Yatt dalam telemovie ini. Wajahnya yang mulus, tulus, sangat manis dia bertudung. Memang terbaik.
Mula membaca info mengenainya dah buat aku tertarik. Info pendek dan ringkas hasil dari aku menekan remote astro itu. Jelasnya cerita ini membawa kisah bagaimana balasan dari Allah apabila harta anak yatim di salahguna dan urus walau dari anak kandung sendiri.
Aku menjadi sangat ingin tahu tatkala membaca info ringkas itu. Sambil aku menonton, sambil aku mencari sedikit maklumat mengenai cerita ini. Serius banyak pengajaran daripada telemovie ini. Jangan main-main dengan harta anak yatim walau anak itu anak kandung kita sendiri tau! Kita sebagai pemegang amanah, wajib menguruskannya dengan betul dan membahagikan kepada yang hak dengan betul mengikut faraid.
Serba ringkas cerita ini mengutarakan isu tentang sikap masyarakat yang ambil remeh berkenaan wasiat dan harta anak yatim, HIJAB KEKASIH cuba untuk menunjukkan segala kifarah Tuhan kepada mereka yang sambil lewa dalam pengurusan harta anak yatim. Setelah Azmi (Zaidi Omar) berkahwin dengan seorang balu, Zakiah (Mislina), dia cuba untuk mempengaruhi isterinya menjual rumah yang dibeli oleh arwah suami Zakiah, Rahmat tanpa berbincang dahulu dengan anak kandung Zakiah, Rozaimi (Yuswaisar).
Peristiwa itu, menyebabkan Rozaimi mula menjauhkan diri daripada keluarga baru ibunya, kerana tidak mahu bersubahat dengan harta yang telah disalahgunakan, tambahan pula, pernah satu ketika Azmi bersikap tamak dan tidak merestui hubungannya dengan isterinya, Halima (Farah).
Satu demi satu malapetaka menimpa keluarga Azmi, bermula dengan kematian adik tiri Rozaimi semasa pulang dari mengambil keputusan SPM, sehinggalah kepada peristiwa Zakiah jatuh tangga dan mendapat traumatic brain injury yang menyebabkannya diam membisu, tidak mahu berinteraksi dengan sesiapa pun. Hj Sulaiman (Mazlan Tahir), rakan karib arwah Rahmat berpendapat, ada hijab yang menyebabkan Zakiah membisu dan tiada respon. Dia juga berpendapat, hanya Rozaimi sahaja yang dapat menghilangkan hijab itu.
Dengan berbekalkan sebuah album lama bertajuk 'Kekasih' yang menempatkan segala memori indah Zakiah dan Rahmat, Rozaimi berserta anak Hj Sulaiman, Hamidah (Yatt) berusaha untuk memulihkan Zakiah dan melepaskannya daripada hijab yang membelenggu.
Rupanya telemovie ini sudah berulang kali di siarkan di Astro, hanya aku saja yang baru menyaksikannya malam ini. Sangat memberi keinsafan. Memberikan ingatan kepada kita tentang sesuatu yang melibatkan harta anak yatim, hendaklah di urus dengan betul dan sempurna, supaya tiada akibat yang menyusul akibat dari kecuaian kita.
Lagu tema pun sangat sedih dan mendayu bila di dengar. Sungguh menyentuh kalbu apabila menonton cerita ini. Thumbs up!!
Satu lagi yang jadi Rahmat tu Rosyam Nor....hihi. Siapa tengok telemovie ni tadi? Di siarkan di Astro Oasis. Drama dalam Astro Oasis, banyak yang bertemakan ketuhanan dan keinsafan kan?
Satu lagi yang jadi Rahmat tu Rosyam Nor....hihi. Siapa tengok telemovie ni tadi? Di siarkan di Astro Oasis. Drama dalam Astro Oasis, banyak yang bertemakan ketuhanan dan keinsafan kan?
~ يوس ~
