Friday, July 13, 2012

Home » , » Semuanya kerana mengkarung itu.....

Semuanya kerana mengkarung itu.....

Korang semua mesti kenal mengkarung kan. Spesis cicak tapi sedikit besar.  Mengkarung ni dah jadi cerita besar di rumah aku hari ini...hihi.

Semalam balik dari sekolah, Alia menjerit, " Ibu ada binatang dekat dapur tu?!"

"Binatang apa? Cicak? Tikus? Tupai?"

"Bukan! Bukan! Semua bukan!"

"Habis tu apa? Ibu tak nampak pun?"

"Ekor dia panjang, Alia takutlah ibu!"

Oleh kerana tiada orang lain yang nampak, semua terus lupa sehinggalah hari ini.

Pagi ini hujan lebat. Gelap aje rasa rumah walau waktu dah pukul 930 pagi. Terpaksa buka lampu bila ke dapur. Buka saja lampu, nampaklah satu lembaga kecik atas lantai. Duduk diam aje dia, betul-betul bawah suis lampu yang aku petik tadi.

Terkejut sekejap. Arif yang bersama aku pun terkejut. Terus dia terduduk diam di situ. Tak mahu bangun-bangun, sambil matanya memerhatikan lembaga itu. Sambil pandang, sambil mata ditutup. Duduk keras kejung dekat situ. Aku suruh bangun pun tak mahu. Aku angkat dia duduk di atas kerusi. Posisinya tetap sama macam tadi. Keras kejung aje....

Huhu, anak aku. Takut dengan mengkarung! Aku pun sama. Geli geleman sebenarnya.

Aku memang geli geleman tengok spesis ini. [image ehsan google]

Aku ketuk-ketuk meja suruh dia lari. Tak bergerak apa pun. Dalam hati aku fikir, ni mesti binatang yang Alia cerita semalam. Oleh kerana dia tak bergerak, aku sembur mengkarung tu dengan ridsect. Baru dia bergerak. Terus berlari ke ruang depan. Ku kira mengkarung itu telah masuk ke dalam bilik komputer. Cepat-cepat aku tutup bilik komputer tu. Terus aku takut nak masuk dan guna lappy hari ini....huhu.

Arif masih duduk mengeraskan diri. Aku buka baju mandikan dia pun dia diam je. Mukanya jelas nampak takut. Selepas pakaikan baju, beri botol terus diam je sambil mata tertutup. Aikkk! Tak kan nak tidur lagi? Baru bangun tidur.

Bila SRD balik makan tengahari dan nak ke masjid solat Jumaat, aku suruh dia periksa sekejap bilik komputer ni. Selak sana sini tak nampak bayang mengkarung itu pun. Anak-anak lain sibuk nak tahu sama.

Bila saja SRD dah ke pejabat semula, barulah mengkarung tu muncul. Tapi dia di ruang tamu depan. Menyorok balik sofa. Aku yang penggeli, suruh Aqil bertindak sebagai hero. Abid hanya melompat-lompat atas kerusi. Arif lagi penakut, duduk saja di ruang menonton tv kat bahagian belakang. Aku suruh dia masuk bilik tak mahu. Duduk terjelepuk kat situ diam membatu. Penakut betul rupanya dia!

Muka Arif yang diam membisu sebab takut tengok mengkarung.
Aqil memang hero kami. Dia yang mengerjakan mengkarung tu dan halau mengkarung keluar. Punyalah liat suruh keluar. Asyik berlari-lari aje bawah meja semua. Terima kasih Aqil!

Bila dah keluar tu, dia bersembunyi pula bawah kereta aku. Aku suruh Aqil ambil gambarnya. Diam aje mengkarung tu di situ.

Mengkarung kecik pun takut...kihkihkih
Kerana mengkarung itulah aku tak pegang lappy ni dari pagi.
Kerana mengkarung itulah Arif jadi sangat pendiam hari ini.
Kerana mengkarung itulah Arif asyik nak berkepit je di sisi.
Kerana mengkarung itulah, Arif tidur sampai 3 kali hari ini.
Kerana mengkarung itulah, petang-petang ni baru aku dapat up entri.
Kes takut nak masuk bilik inilah.....hihihi.

Wahai mengkarung, janganlah masuk ke rumah kami lagi ya!
Please....please....please.....hehe.

~ يوس ~

25 comments:

  1. ahahaha..kalau saya pun geli kak.. adeh.. kesian budak2 tu..jangan sampai demam sudah la kak..

    kalau rumah mak saya kat kampung 2-3 kali dimasuki biawak..ada sekali biawak duk kat lubang toilet cangkung tu.. sampai sekarang saya ala ala trauma nak melepas dalam tu..waaa..sori cerita geli sikit..hihi

    ReplyDelete
  2. KITA PUN GELI..
    kesian arif terus jadi pendiam....
    kalau tak mesti dia herokan....

    ReplyDelete
  3. hihi.. kalau kite pun takut gak kat. tp mengkarung ok lagi la, tp still tak berani nak dekat. tp jgn tikus. muahaha.. harus ku terus keluar dari rumah.

    ReplyDelete
  4. Yus... usah kata si ligat Arif takut kakak pun takut. Lagilah Arif ni agaknya sepanjang dia lahir ini mesti kali pertama dia nampak. Dalam rumah pulak tu. Kalau di zoo buaya tu dia tahulah ye tak...

    Kelakar pulak bila kakak membayangkan dia punya kecut. Tapi jgn takut-takutkan dia kata ada mengkarung bila dia nak buat sesuatu dlm rumah tak mahulah kesian. Pun takut juga dia jadi tak ligat tak best. Kakak lebih suka dia ligat seronok....

    ReplyDelete
  5. Yus, baru bulan lepas jugak mengkarung masuk umah saya, terus serkup dengan baldi sampai husband balik. Rupanya dia pun penakut juga.. ditolaknya baldi tu sampai pintu belakang & dihumban keluar, sampai sekarang tak berangkat2 lagi baldi tu, hehehe

    ReplyDelete
  6. hahahaha.akak pun geli geleman ngan spesis ni.Lawak tul story ni lebih2 lagi kata2 last tu.i like.

    ReplyDelete
  7. hihi..kelakar baca entri ni. nadiah pun geli juga kak binatang macam tu :p

    ReplyDelete
  8. hehe..mengkarung mmg suka duk diam n perhatikan orangkan..kalau geli mmg tak leh nak buat apa..anak2 suri pulak takut lipas..kalau ada apa2 yg diaorg tak mau buat usiklipas skit,,cepat je diaorg buat balik hehe

    ReplyDelete
  9. ooo..mengkarung ini...selalu gak jumpa...ehehe..comel la..

    kesian tgk ariff..diam je die

    ReplyDelete
  10. huuu sy ni penggeli sgtla kak..x tau nak atasi camna...cicak ke lipas ke...anai2 ke...ulat..semua sy x bole...mak selalu marah sebab penggeli sgt huuuu

    ReplyDelete
  11. Yus...kesian betul akak Ariff tu, memang takut betul dia...tapi jangan kata Ariff, aunty azi pun takuttt..he..he..

    p/s memang aqil layak jadi hero...."hero kesayangan mama"...:)

    ReplyDelete
  12. Memang tak suka apa-apa binatang/haiwan/serangga masuk rumah even kat halaman rumah.... kat rumah eynda selalunyer dulu sesumpah lepak 2-3 ekor kat halaman rumah... siap main kejar2 atas rumput.... lepak atas pokok2.... lagi besar dari mengkarung.... mengkarung pernah nampak sekali... sesumpah pernah sekali masuk dlm toilet dapur.... tutup toilet tu sampai ke pagi nak tunggu hubby halaukan.... pernah jugak tetiba jumpa dlm washing machine gara2 lupa tutup penutup semalaman heheheh.... sekarang dah takde datang... pegi rumah org lain pulak kot :-p (citer sesumpah ada dlm blog eynda)

    ReplyDelete
  13. ahahhaha mau idokk
    kalau ieda punnn
    adoiii ieda punnn geli geleman ngan mengakrung nie uhuhuh

    ReplyDelete
  14. sian tengok Ariff tu....betul2 takut tu...

    ReplyDelete
  15. eeyyy... memang geli laa... kesian ariff ya..

    ReplyDelete
  16. la kecik je mengkarung tu..Tapi kan kak, kalau saya pun sumpah penakut, hehe..muka arif tu memang muka takut betul la kak..sian kat dia..

    ReplyDelete
  17. hehehehe...memang geli jugak kalau dengan mengkarung cicak dan sewaktu dengan binantang macam tu

    ReplyDelete
  18. Hehehe.. Hebat juga penangan mengkarung ni ye. Hrp2 dah tak dtgblg ke rumah yus binatang tu ya.. :-)

    ReplyDelete
  19. seb baik mengkarung je! tapi ttp geli jugak lah for KA

    ReplyDelete
  20. Tak suka jugak ngan spesis gini.. sebab suka melabur di merata2 tempat..geram sgt..

    ReplyDelete
  21. kalau saya pun geli kak...serius!! takut pun yer....

    nasib baik ada hero yg tolong halau mengkarung tu...hehe...

    ReplyDelete
  22. samalah kita ni kak.. mmg geli ngan binatang2 camni.
    syabas aqil sbb berjaya halau mengkarung tu!

    ReplyDelete
  23. Kasihannya dgn Arif takut sungguh dia mengkarung tu,Nurul xlah geli sgt boleh lg kot setakat halau klr rumah.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...