Wednesday, July 04, 2012

Home » , , , » Bunga-bunga di halaman rumahku

Bunga-bunga di halaman rumahku

Semalam cerita pasal jambangan bunga pertama di ruangan tamu rumah. Hari ni sambung cerita bunga-bunga yang aku tanam di halaman rumah pula.

Serius inilah baru berjinak-jinak nak tanam pokok bunga. Sejak duduk rumah sendiri ni. Kalau tidak, tak pernah pun aku kisah pasal pokok-pokok bunga ni. Duduk rumah sewa dulu, satu pasu bunga pun takde...hihi.

Sebenarnya sangat jeles juga bila lihat halaman rumah jiran sebelah menyebelah, jiran setaman semua ada pokok bunga. Tapi halaman rumah aku kosong je. Mula-mula duduk sini, ada berjinak-jinak menanam beberapa pokok bunga kertas. Tapi kan korang, mati...hihi.

Ni baru bersemangat semula. Setiap pagi selepas SRD dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah, mulalah aku menyiram pokok-pokok yang ada. Semalam rasa teruja bila tengok bunga-bunga sudah mula berkembang mekar. Cantik pula rasanya.

Inilah nikmat bila pokok yang di tanam mengeluarkan bunga kan. Rasa seronok sangat! Mereka yang memang penggemar bunga dan dah lama menanam pokok bunga ni mesti tahu. Aku je baru nak merasai pengalaman itu.

pokok bunga mawar/ros ku kian mekar bunganya

Seronok tengok kuntuman bunga mawar merah yang cantik ni.

Ini aku tak tahu pokok bunga apa sebenarnya. Aku panggil bunga merah kecik. Ingat dulu masa kecik-kecik suka sangat cabut batang kecik di tengah bunga tu dan jilat rasa madunya. Manis. Bunga apa ni ya kawan-kawan...huhu

Satu-satunya pokok bunga kertas ku yang berbunga. Ada 3 jenis pokok bunga kertas yang aku tanam, dua lagi warna merah dan kuning, tapi bunga yang warna pink ni saja yang mengeluarkan bunga yang banyak. Cantik!! Lain-lain kenapa tak berbunga ya....huhu.

Ini pun aku tak pasti pokok bunga apa. Aku panggil bunga seroja pagi. Suka-suka aku je beri nama. Tapi tadi cuba google nama buga ni ialah bunga tapak dara @ kemunting cina. Benih pokok ni aku ambil dari rumah mil. Suka nampak bunga ni banyak di rumah mil, jadi aku ambil benih dia dan cuba tanam. Tanam 3  tempat, yang dalam pasu ni satu je yang hidup dan berbunga...alhamdulillah. 2 lagi, mati pokoknya....huhu

Akhir sekali pembantu aku Arif nak enter frame.Aku sibuk membelek bunga, dia pun belek sama, Sikit lagi nak di petik bunga mawar tu. Menjerit sekejap aku. Janganlah Arif, berilah bunga tu mekar lama sikit. Ni muka orang baru bangun tidur, mandi belum, basuh muka pun tak....huhu
Ada hati juga nak bela dan tanam bunga orkid. Senang ke susah ya nak jaga. Takut tak menjadi je....huhu.

p/s: gambar-gambar bunga ni semua aku ambil guna kamera Nikon lama aku. Nikon E5200. Nikon yang paling banyak berjasa pada aku, dari duduk di Sheffield sampai sekarang masih boleh gunalah....huhu. Dulu aku beli yang purple yang lens nya baru rosak tu, sebab kamera yang lama ni tempat tutup baterinya dah longgar. Asyik terbuka saja. Jadi setiap kali nak ambil gambar, aku kena pegang dan tekan sekali tempat penutup bateri tu, kalau tidak dia tak nak berfungsi. Kali ni, sebab kamera baru dah rosak, keluar semula kamera ni dari dalam simpanan, terpaksa aku selotape tempat penutup bateri tu,supaya boleh ianya berfungsi dengan baik. Nasib boleh guna....alhamdulillah. 

Tetiba teringa pepatah lama, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Tapi kini tanduk itu juga yang aku cari. Jadi ingat ya, kalau dah dapat yang baru, yang lama jangan di buang, mana tahu satu hari dia akan berjasa kembali kepada kita. Peringatan untuk diri aku sendiri ni....:)

~ يوس ~

37 comments:

  1. Aduhai Arif... auntie sukalah bunga rose ibu tu. Jeles betul auntie tengok:) jgn petik tau sayang petik bunga yg ibu tak tahu nama tu. Itu bunga siantan kot. Auntie macam ibu dulu masa kecik-kecik hisap madu dipangkalnya manis tau... tak kena keracunan pun hihi... (kalau ingat kelakar kan Yus budak dulu-dulu. budak sekarang nak buat tak agak-agaknya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, budak sekrang tak tahu kot. Tp saya ada ajar anak2 saya, mereka cuba ambil dan hisap madu tu juga, pas tu cakap, tak manis pun...huhu

      Delete
    2. saya pun suka hisap bunga tu..rasanya kalau budak sekarang tak berani kot nak hisap2 macam tu..hehehe..

      Delete
  2. Selamat Pagi, Yus. Segar mata pagi2 tengok gambar bunga2 yg mekar berkembangan.. Betul kata KakZakie, tu pokok siantan, dalam nama modernnya, nama kereta nasioanal kita tu, Exora... urmmm. Saya pun suka hisap madunya masa kecik2 dulu.. hihi.

    Saya tak tanam pokok dah, lalang jer yg subur dalam pasu.. huhu. Tapi saya nak share penjagaan bunga rose tu, kalau bunganya dah kembang dan dah nak layu, Yus cepat-cepat potong pangkal tangkai bunganya tu supaya lagi banyak bunga yg berputik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke? Tq kak share tips di sini. Saya memang baru berjinak-jinak tanam pokok bunga ros ni...:)

      Delete
  3. wei yus, jeles2 nengok bunga2 ni specialy mawar tu! cantik giler

    ReplyDelete
  4. saya pun suka bunga-bunga ni...kalau ada rumah sendiri dan laman sendiri...pasti saya akan menanam bunga...cantik-cantiklah bunga rumah yus ni...suka tengok kesegarannya..

    ReplyDelete
  5. cantik tu ...pandai jg bunga... zie smgt berkebun bunga dh hilng dek masa...
    camera lama pun gambar cantik lagi...

    ReplyDelete
  6. cantiknyer ros tu...
    sy pun suke tanam bunga gak, tp skrg ni sjk ada penyakit kronik virus M ni,
    cam limited sket, pokok bunga kertas aje yg segar sbb dh tak pyh jaga.. heheh

    ReplyDelete
  7. cantiknya bunga2 tu. bestkan kalau ada banyak pokok kat rumah. Rumah Amy tak leh banyak2 tak de ruang.
    Setiap kali Amy beli pokok bunga ros mesti daun dia jadi kuning pastu ngan bunga2 dia sekali terbantut nak berkembang.. skang ni dah tinggal batang aje daun baru nak ada balik.

    ReplyDelete
  8. rajinnn yus menanam dan menjaganya ...
    ieda x minat tanam2 nie sbb kurang sabar ekekke

    aah yus bila dah ada baru lama dilupakan , tapi dlm terdesak
    yg lama juga banyak berjasa .. biasalah ;)

    ReplyDelete
  9. Dulu masa mula2 pindah rumah byk juga tanam bunga.Masa tu sis kerja,jarang dpt bagi tumpuan pd bunga2 tu...akhirnya mati.Bila tgk bunga Yus ni datang pulak semangat nak menanam bunga semula.

    ReplyDelete
  10. cantiknya bunga ros tu!! mak pon ada tanam di kampung. tapi dalam banyak2 pokok bunganya, bunga ros la paling kambing suke makan.

    ReplyDelete
  11. Kak, saya tak suka tanam bunga tapi ada hati nak serikan rumah baru kitaorang dengan bunga yang comel2 je..macam saya bagitau semalam yagn terer bab bunga ni ayah saya jer..

    ReplyDelete
  12. bunga bawah bunga ros tu namanya ixora.

    tapi roses awak cantik2 berbunga. mcm baka yg tumbuh kt CH tapi version kecik kan?

    ReplyDelete
  13. suker tgk bunga ros tuh.. cantik sgt kak.. sy pun minat nak tanam bunga cuma rumah skrg x sesuai.. InsyaAllah dh duduk rumah sendiri nanti nak berjinak2 tanam bunga.. hehe..
    patut la gambarnya cantik sgt guna camera dslr ye kak.. nasib masih berfungsikan kak.. arif x mandi pun x busukkan.. tetap comel tau.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! taklah ct. Kamera compact juga ni, bukan dslr, akak tak pandai nak guna kalau ada dslr pun, suka guna compact senang.

      Delete
  14. waaahh... segar nya bunga yus... sini susah bunga ros nak hidup sbb tepi laut..

    ReplyDelete
  15. Salam Yus... nampaknya bunga2 yang ada di halaman rumah Yus sama aje dgn yang ada di rumah akak... cuma sekarang bunga akak dah tak terjaga sgt..sebab tuannya asyik takde rumah je...hehehe

    ReplyDelete
  16. Wah cantiknya bunga! Suka bunga ros tu! Kena rajin-rajin siram lah nampaknya ni ye Yus hu hu...

    ReplyDelete
  17. cantiknye...kat kampung blh la tanam bungge2 ni..kat umah skrg umah flat,nk letak pasu kat luar pun ade org nk kebas..huhuh..ha...tu bunga jenjarom rasenye..sedapkan isap2 madu tu..hehe..

    alahai model bunga..tomeyy!

    ReplyDelete
  18. salam..

    semuanya comel..

    bila tangan x panas, mmg senang pokok bunga hidup bila ditanam...

    ReplyDelete
  19. wah....cantiknya bunga2 tu Yus....mmng suka sangat kalau pokok bunga yg kita tanam mngeluarkan bunga....

    ReplyDelete
  20. jeles tgk pokok tu, tunggu masuk rumah sendiri nanti baru nak tanam mcm2 pokok juga

    ReplyDelete
  21. jeles tengok hasil tembakan nikon itu juga bunga yang mekar kembang cantik itu...
    suka tengok bunga tapi malas nak jaga... alahai..

    ReplyDelete
  22. subhanallah..cantik2 nya bunga2 u tanam sis..yg merah tu bukan jenjarum ke? gambar dari kamera nikon u pun cantik2...

    ReplyDelete
  23. wah, cantik semua bunga berkembang....kalau ema pasti layu jer..

    ReplyDelete
  24. Waaa jelesnyaa..tgk pokok bunga Yus yang mekar berkembang tuh.. caya laa.. sejuk tangan.. bunga pun idup.. :)

    ReplyDelete
  25. cantiknya yus.. berseri2lah rumah yus dipenuhi pokok bunga.. rumah saya togel aje depan rumah.. he..he.. betullah yus, yg lama jgn dibuang, mana tahu ianya berguna satu hari nnt..

    ReplyDelete
  26. Cantiknya bunga Rose Yus,Nurul pun ada cuba tanam tp x jadi,
    Dulu kat Sibu memang byk Nurul tanam bunga kertas dan bunga mahkota berduri ada
    bermacam warna Nurul ada,tp sayang bila nak pindah sini semua tu kasi ngan kwn2.

    ReplyDelete
  27. bunga yang tajam2 tu nama dia bunga siantan @ bunga ixora kak yus, tapi yang bunga lagi 1 tu masz x tahu nama dia, betul la tu kut bunga keminting cina.. hehe

    cantik, nanti kalu dah dok umah sendiri, masz pon nak tanam bunga warna warni macam kak yus, tapi x tahu la idup ke idak.. haha

    ReplyDelete
  28. canti2nya bunga kat rumah kak yus... munna pun teringin nak menanam tapi sebab rumah sewa jadi malas...tunggu dpt rumah sendiri barulah seronok menanam

    ReplyDelete
  29. akak! Ros tu cantik sangat! suka tengok.

    ReplyDelete
  30. cantiknya..eh..cantiklah yus guna kamera ni..nmpk sgt menarik gambarnya..

    ReplyDelete
  31. nama bunga merah tu ixora =) local sikit bunga kalu srilanka punya banyak bunga =)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...