Ahad semalam, kami 5 beranak ke SKPR untuk acara grading taekwondo Aqil dan Alia. Kali ke dua mereka grading tahun ini. Grading pertama hari tu di sini.
Kali ini mereka terlibat dalam grading pelajar gred 8 untuk ke gred 7. Kalau lulus dan berjaya, tali pinggang masih tetap warna sama, cuma dah up sikitlah, kuning 1 jadi kuning 2.
Aku perhatikan anak-anak aku ni, takde sibuk takut atau gabra macam aku dulu-dulu bila ada sesuatu acara atau perkara yang berlaku macam ni. Semua relax je. Nak ambil ujian pun relax je. Bagus kot untuk mereka, sebab anak jiran sebelah siap tanya dia. "Aqil, Alia nko tak takut ke nak grading ni nanti?"
Jawapan mereka, "takde pun!". Over confident je mereka ni tau!
Sekitar gambar-gambar semasa di sana. Tak dapat nak ambil dari jarak dekat, sebab ada Arif yang over aktif. Kali ni kan aku pergi dengan anak-anak je. SRD tiada untuk meneman kerana ada urusan kerja.
gambar kiri sedang menunggu giliran mereka untuk di panggil ke hadapan, gambar kanan, aksi Aqil semasa membuat persembahan. |
Aksi-aksi mereka semasa menunjukkan skill depan master. Alia dan Aqil dalam bulatan merah tu untuk gambar paling kiri, gambar kanan, kecik lah malas nak bulatkan...hihi. |
Selesai sudah sessi ujian, terus jumpa ibu, Abid dan Arif fi tempat duduk ibubapa. Muka masing-masing toya je...hihi. |
Moga lulus dan berjaya naik gred ya anak-anak ibu. Ibu tengok semua memang berkeyakinan dan nampak bersemangat semasa melakukan ujian tu. Tahniah!
Bulan November nanti ada majlis grading lagi. Harap nama anak-anak ibu akan terpilih sekali lagi. Cepat sikit bertukar warna tali pinggang kan.
Buat abah, kami dah lakukan yang terbaik, InsyaAllah kami pasti lulus!
~يوس ~
Agak-agak kalau Yus lepaskan Arif dia nak masuk group taekwondo abang/kakak dia ke. Mesti tak sebab walau lincah dia tapi dia bijak mana dia boleh pergi mana tak boleh... Cuma penatlah nak kejar hihi...
ReplyDeleteEh... lupa sampai nak ucap tahniah buat Aqial dan Alia... Moga terus cemerlang:)
ReplyDeleteanak2 fieda ari ahad ni tukar tali pinggang gak kat Puchong...ni kat mana yus..?
ReplyDeletegood luck, relax jer diorang ya...
ReplyDeleteassalam yus..semoga anak2 yus berjaya naik gred dan bertukar warna talipinggang
ReplyDeletetahniah...! seronok ye...:)
ReplyDeletesaya sampai biru 3 je kak. lagi 2 je black belt. rugi... masa sek. men. dulu. tak sempat habiskan dah spm.
ReplyDeletebagus aqil dan alia..agaknya budak2 zaman sekarang macam tu kot..hari tu zarif grading pun buat dek je, cam takde perasaan langsung..
ReplyDeleteinsyallah akan lulus ngan cemerlang dgn semangat n keyakinan tu! gd luck
ReplyDeletewahhhhhhhhhhh auntie tabik spring nih :)
ReplyDeleteInsyaAllah mereka leh lulus dgn cemerlang.. yg penting mereka dh buat yg terbaikkan kak.. :)
ReplyDeletegred dorang jenis menurun ye kak? dari g8 ke g7? apepun gud luck buat mereka berdua!
ReplyDeleteTahniah buat alia dan aqil, bagus gak taekwando ni kan kak yus, cerdas Mental and fizikal, kak yus Mintak kak yus tukar link Aju di bloglist Akak, dari www.ajumohit.com ke http://ajumohit.com/feed
ReplyDeleteTq ye kak
Yus..
ReplyDeleteAnak-anak Yus memiliki semangat mamamnya...semoga kedua-duanya dapat naik gred..
wahh taniah!
ReplyDeletelama dah tak main teakwondo, hehehe last sampai brown 2 jek hehhe
tahniah utk aqil n alia!
ReplyDeletemoga anak2 kak yus terus bersemangat samapi ke black belt nanti ye...