Friday, July 20, 2012

Home » , » Menu hari ini : Inspirasi dari internet

Menu hari ini : Inspirasi dari internet

Esok dah nak mula puasa, bahangya kian terasa. Bila tiba bulan Ramadhan, mood untuk memasak macam-macam mula datang. Bila setiap hari dah memasak, kadang-kadang rasa jemu juga makan dan masak benda yang hampir sama je kan. Mulalah tekak nak rasa macam-macam dan nak cuba menu-menu yang berlainan dari biasa.

Hari ini malas nak keluar beli barang. Habiskan saja apa yang ada kat rumah ni. Berinspirasikan resepi-resepi yang banyak ada dalam internet ni, inilah yang terhasil untuk makan tengahari tadi.

Aku panggil menu ni, nasi hujan panas hitam segar boleh...hihi.
Sebenarnya apa yang ada atas pinggan itu ialah nasi hujan panas, di makan bersama daging masak hitam manis dan salad sayur segar.

Resepi hasil cedok dari internetlah kan.

Nasi hujan panas dan daging masak hitam manis tu resepi datang dari sini. Untuk nasi hujan panas, aku bantai guna beras biasa je, mana nak cari basmathi dalam rumah. Kan malas nak keluar cari kan. Daging masak hitam manis tu, nasib baik semua bahan ada.

Dan salad sayur segar pula datang dari blog ini. Namun ada perubahan sendiri sebab aku bubuh mana ada yang ada di rumah saja.Takde letak kentang pun, cili pun pakai cili hijau sebab cili bangla takde, ada campur sikit minyak bijan, tomato dan black pepper....sedap!

Komen dari SRD, "Hmmm....macam ni kalau nak buat jamuan raya nanti tak payahlah suruh orang masak, atau guna katering. Bini abang masak semua sendiri lah ya!"

Saja tau dia, perli ke apa....huhuhu. Masak sikit bolehlah bang, masak banyak-banyak, kenalah ada pembantu. Kalau pembantunya si Arif tu, alamatnya tetamu semua tak dapat makan le...hihi.

Seterusnya untuk minum petang....bubur sum sum kegemaran sepanjang masa.

bubur sum sum hasil tangan aku. First time buat sendiri ni, biasa makan yang emak buat je...hihi.
Untuk bubur sum sum, tanya resepi dari emak, tapi aku saja nak ikut resepi dari internet juga. Resepi aku ikut dari blog ini. 

Komen dari SRD, "air gula manis terlebih, cer kurangkan gula tu". 

Opps, aku ikut bulat-bulat resepi tu, so, maknanya lain kali bila nak buat kena kurangkan amaun gulalah ya.

Komen Abid penggemar benda-benda manis macam ni, "Sedap ibu!!!!"

Arif pula..."nak agi!!Agi!!Agi bu!!"

Dua lagi tu, tak berapa suka sangat yang manis-manis ni...huhu. Sebenarnya tak suka nak mencuba benda baru yang mereka tak pernah makan, adeh!

Ok, untuk bubur sum sum ni memang aku suka sangat. Nanti boleh buat lagi di bulan puasa ya.

p/s: Mungkin boleh jadi inspirasi untuk menu berbuka esok atau lusa bagi kawan-kawan yang lain juga ya. Selamat berpuasa!Belum sempat BW lagi...sorry.


~ يوس ~

19 comments:

  1. sedapnye menu tu.selamat menyambut ramadan dan salam kemaafan dari akak ye.

    ReplyDelete
  2. Aduhai... gambar makanan lagi dan bertambah lapar perut kakcik. :)

    ReplyDelete
  3. Wah rajin Yus cuba resepi baru ya,menjadi plk tu.
    Masak bubur sum sum tu lama ke Yus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah lama Nurul, kejap je. Kalau ikut cara senang, masuk je dalam loyang besar, potong-potong. Yus saja letak dalam acuan, konon nak kasi bentuk sikit...sedap bubur sum sum ni. Orang Jawa biasa memang suka bubur sum sum.

      Delete
  4. maisara pun tak suka nak cuba benda baru yang dia tak biasa makan..susah kan??kalau yus tak pe lagi la sebab anak yang lain nak jugak makan.tak la membazir pun..

    ReplyDelete
  5. bubur sum2 tu mak sy slalu buat bila puasa, sy tak pnah cuba buat sndiri..

    selamat berpuasa, Yus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya pun selalu buat, saya nilah baru pertama kali buat. Sebab dah nak puasa lah ni, testing dulu sebelum mula puasa esok...hehe

      Delete
  6. hmmm....
    tergoda tgk..nyam3..
    pandai kak yus buat kuih sum3 tu..

    selamat berpuasa ye..

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah akan ditiru untuk menu berbuka nanti. thanks akak! ;D

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa bubur sumsum tuu yuss !
    rajin tul yus masak ...
    kalau ieda x menjadi lerrr ekekek ;))

    salam ramadhan al mubarak yuss
    semoga kita semua mendapat keberkatannyaa .. insyallahh
    ps : ieda je x leh pose layie huhuh

    ReplyDelete
  9. wahhh, nampak sedap ketika bersahur.. salam 1 Ramadhan Yus

    ReplyDelete
  10. nasik tu cantikkk.. sukaa

    ReplyDelete
  11. bestnya lah tgk menu akak tu! izan pun suka bubur sum2 tu. tapi blm pernah buat sendiri. tiba2 teringat kalau mak ada ni, kompem nak suruh mak buatkan jugak. air tgn mak juga yg best kan...

    ReplyDelete
  12. Rajin Yus mencari resepi...tapi berbaloikan bila suami dan anak2 suka...

    Selamat menjalani ibadah puasa utk Yus dan keluarga....

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan..

    wah..nasi minyak ujan pns tu dr trg..

    ReplyDelete
  14. bial posa ni....tengok daging masak hitam dan bubur sum2 terliur la pulak. kecur air liur.

    ReplyDelete
  15. salam ramadhan akak...

    best la kak,suami dah puji tu..tu yg buat dia tmbah sayang :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...