Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana agaknya bila nikmat melihat itu Allah tarik terus dari aku? Baru saja pandangan sedikit kabur, aku dah teraba-raba, rasa takut ada,rasa susahnya nak melakukan kerja. Syukur nikmat melihat itu masih Allah kurniakan kepada aku. Janganlah Kau tarik nikmat itu dariku Ya Allah. Sesungguhnya aku masih memerlukan nikmat penglihatan itu kerana aku tahu aku adalah hambaMu yang lemah.
Sebenarnya semalam rutin biasa check-up mata di klinik mata. Seperti biasa sebelum mata di periksa, ubat titis agar anak mata mengembang akan di beri. Hasil pemeriksaan alhamdulillah, doktor kata mataku semakin stabil selepas operation itu.
Biasanya semasa pengaruh ubat titis masih ada pandangan aku akan kabur. Namun selepas beberapa jam, penglihatan akan menjadi semakin baik. Tetapi semalam tidak tahu mengapa, penglihatan kabur itu tetap ada walau sudah beberapa jam, malah di saat aku menaip ini pun penglihatan aku tidak begitu terang seperti biasa. Penglihatan kabur itu hanya pada jarak dekat, untuk jarak jauh aku dapat melihat dengan baik walau sedikit pening. Kenapa agaknya? Tak kan aku rabun dekat pulak. Adeh! Susah rasa nak baca akhbar pun tak dapt semalam. Terkebil-kebil, malah nak baca sms pun susah. Penglihatan untuk jarak dekat terlalu kabur. Kesan ubat itu kuat sangat kah?
Hari ini nampaknya ada beransur baik. Namun masih belum begitu jelas. Kalau sampai esok sama, harus aku berjumpa doktor semula ni. Sepatutnya next appointment 4 bulan lagi, tapi kalau macam ni, tak sampai 4 hari kenalah di periksa. Susah rasa nak membaca...huhu. Menaip nasib baik aku ni kira ada basic menaip. Huruf-huruf di keyboard ni aku dah tahu mana duduknya walau tidak melihat dengan baik.
Maaf tak dapat rasanya berlama-lama depan lappy seperti biasa. BW pun aku tak berpeluang kerana mataku memang agak kabur untuk membaca.
Apapun baru saja selesai masak rendang ayam tadi. Kemudian tu saja je letak rendang tu di pinggan putih. Konon-konon nak buat plating ala masterchef. Tapi takde pinggan putih 4 segilah kat dapur ni. Mana nak cari ekk pinggan macam dalam masterchef selebriti tu hahahha.
Tahniah sebab Dato' Fazley menang. Kesian dia semalam kan, ulang alik antara dua dapur. Berbaloi berpenat-penat akhirnya juara juga...
p/s: kawan-kawan semua. Minta maaf belum sempat balas kunjungan. Tunggu mata aku kembali pulih macam biasa ya.....Rindu nak baca blog kawan-kawan semua....
~ يوس ~
Semoga mata yus cepat pulih. Sedapnya rendang tu.. :-)
ReplyDeletemata KA pown kabur2 dh sikit tp masih terliuq tengok ayam rendang yg sedap tuh!
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh... tengok ayam rendang terliur pulak terus teringat ketupat hihihi
ReplyDeleteAda kesilapan dimana-mana kot masa titis ubat kat mata tu, hope semuanya okey, susah juga mata kabur ni kan nak buat keje umah pun boleh terganggu
ReplyDeletebaru tadi saya teringat nak makan rendang.. tapi nak makan rendang daging..ish ish..kak yusss~~
ReplyDeletedah lama maksu planning nak masak rendang ayam. sampai sekarang lom buat, hahaha
ReplyDeleteYu,mmeehhh....
ReplyDeletesemoga ce[at pulih penglihatan Yus... kesian, Yus.
ReplyDeleteRendang ayam tu pun menyelerakan.. plate putih segiempat cari kat Clay Air Hitam, dekat jer tu...
kalau belum okay cepat2 jumpa dr balik..harap semua baik dan pulih balik lepas ni
ReplyDeletepenangan masterchef buat kita rajin memasak yang best2 kot..sayangnya takpernah dapat tengok..huhu..nak try dr kat utubelah..:)
mungkin kesan ubat kot.. tp apa2 pun klu masih tak bertambah baik mmg lebih baik berjumpa dengan doktor.. tp harap2 semuanya akan kembali pulih seperti biasa.. wah.. betullah yus.. mmg pinggan putih memainkan peranan besar.. makin terserlah keenakkan masakan. tp rasanya rendang yus tu pastinya sgt sedap..
ReplyDeleteBimbang juga kan Yus. Sementara ini jangan tonton tv/lihat monitor dululah. Bagi pulih dulu.
ReplyDeleteRendang guna daun limau purut pun sedap Yus. Kakak suka:)
harap2 pandangan mata kak yus kembali normal. tapi kalau berlarutan kabur mmg kena jumpa doktorlah jawabnya.
ReplyDeletesedapnya rendang tu kak.. dah lama tak masak n makan rendang. cam nak raya dah ye...
jaga kesihatan ye yus..wat org terliur tau letak gambar rendang tu..
ReplyDeletesemoga mata Yus akan pulih... Insya-Allah, kalau berusaha adalah penawarnya tu nanti... saya sampai la ni tak pandai masak rendang. Ada sekali terjadi kari daa... kalau sebut tentang hajat nak msk rendang je, muka husband dah cuak.. hu hu...
ReplyDeleteYati campur rempah kari ke masa masak tu, jangan campur rempah kari lah, guna je resepi rendang biasa tanpa rempah kari tu...
Deleteyus kalau masak rendang, yg penting ada halia, lengkuas, serai, kunyit, bawang, cili....blend semua,tumis jadilah rendang
sy pun kdg2 kabur gak..gi cek optometri ok...mayb sebab migrain efek ke mata
ReplyDeletesemoga cepat sembuh kak..dressing lauk dh mcm masterchief dah...
ReplyDeletehuhuhu..btl tu kak..kadang2 terlintas difikiran jugak tetiba allah tarik balik kenikmatan yg diberi pada kita ni..mcm mana keadaan kita lepas tu kan?? huhuh...
ReplyDeletekak...sedappppppnye tgk...nak3,,,
aduhh yus .. bahaya tuu
ReplyDeletekena pi check dr lah , toksah tunggu huhuh
mata nielah segalanya .. risau kalau jadi apa2 kan ..
wahhh sedap nieeee .. rajin yus masak rendang ..
ieda smpai skrg x pandai buat sbb dah biasa makan rendang mak ekeke ;)
Semoga mata Yus boleh pulih spt biasa.
ReplyDeleteSedapnya rendang ayam Yus masak lawan ngan nasi himpit.