Thursday, July 26, 2012

Home » , , » Catatan 5 Ramadhan 2012 : Homemade pizza

Catatan 5 Ramadhan 2012 : Homemade pizza

Dah lama nak cuba buat pizza sendiri tapi takut tak jadi. Anak-anak aku semua memang hantu pizza, semalam semua dok request nak makan pizza waktu berbuka. Boleh ke aku buat ni? Paling takut bahagian doh pizza tu, takut sangat tak jadi.

Yus! Kamu boleh! Buat je, tak jadi pun anak-anak pasti ngap punya....hahaha.

Google resepi cara buat pizza sendiri, jumpa resepi Pizza Ayam Hawaian dari Nannie ni. 

"Ok! Kalau ibu jumpa bahan-bahannya ibu buat ya anak-anak," itu janji aku pada mereka semua.

Susahnya nak cari cheese dekat pekan Senggarang yang kecik ni!!! Shortening tu apa? Tak pernahku tahu...huhu. Tapi ada bantuan resepi doh dari seorang akak kenalan lama dari Sheffield. Resepi dia tak perlu ada shortening. Dalam hati dah kata, kalau tak jumpa shortening tu, guna je resepi Kak Mar tu. Tapi sebab jumpa, guna resepi Nannie jawabnya.

Call penyelamat en. SRD kita di pejabat. Minta dia cari bahan di PR kalau berkesempatan.

Dia memang penyelamat. Semua bahan ada di sana kecuali Mixed Italian Herbs. Aku gantikan saja dengan paprika herbs. Jadilah pizza aku Pizza Ayam Hawaian Paprika kot namanya....hehe.

Pizza sebelum di bakar dalam oven.
Pizza yang sudah masak, terlebih bakar sikit kot...huhu. Inilah Pizza Ayam Hawaian Paprika aku....suka2 je letak nama...hihi.

Bagi aku, percubaan kali pertama ni, kurang berjaya sikit. Rasa dah ada, anak-anak dah kata sedap. Tapi ibu belum puashati! Bahagian tepinya agak keras, sukatan doh kalau ikut resepi itu macam terlebih untuk tray pizza aku yang size nya 10 inci. Kena kurangkan sikit sukatan selepas ni. Bila baca balik, Nannie tu buat untuk tray 12 inci. Adeh! patutlah.

So semalam berbuka ala western kami. Ada 2 pizza, ada garlic bread resepi ikut sini, ada cream of chicken bancuh dari tin Campbells tu je dan air sirap bandung. Lain-lain makanan lupa nak ambil gambar, excited sangat berjaya buat pizza sendiri, tangkap gambar pizza je...huhu.

Bulan puasa ni, dah kurangkan makan nasi lagi, baru berjaya turun sikit lagi berat badan. Ingat tak, aku hari tu excited kejap berdiet. Ni barulah berubah lagi angka tu sikit. Perkembangan terbaru selepas 3 bulan...





Ada hikmahnya di sebalik bulan Ramadhan ni, kalau tidak tak bergerak dari angka 61kg yang akhir dapat turun  hujung bulan 6 hari tu....huhu.Tak mahulah target sampai 51kg tu, dapat 55kg sehingga habis Ramadhan pun kira ok dah, alhamdulillah. 
~ يوس ~

21 comments:

  1. terliur pulak tgk pizza tu..

    ReplyDelete
  2. wah hebat sungguh pizza pown boleh wat sendiri, tahniah juga diet dah berjaya ye hehehe

    ReplyDelete
  3. mudah2an akak berjaya yer....sedap je tgk piza tu :)

    ReplyDelete
  4. Kakcik juga yang masih belum berjaya menurunkan berat badan walaupun 100gm! :(

    ReplyDelete
  5. Yus...
    Pandainya Yus buat Pizza....tentu seronok anak-anak Yus makan Pizza hasil tangan mama sendiri...nak order satu!!!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. berjaya juga.. teror tu klu dah boleh buat pizza sendiri.. tahniah.. tahniah juga sbb berat badan dah turun.. saya pun bulan puasa ni ada turun sikit.. tp rasanya raya nnt naik balik kut sbb saya kaki makan.. he..he..

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak..terer akak masak, saya pun suka pizza tapi tak yakin nak buat doh tu, tapi nengok akak buat ni hati teringin la pulak..

    ReplyDelete
  8. hihihi..ni yang teruja nak buat pizza petang ni bersempena meresmikan oven baru tu..:)

    menarik sungguh akak buat nih..
    bila akak cakap garlic bread bagus jugak kalau buat sebab suami suka makan..pastu buat creamy sup..wah!!

    hihi..tapi kita ingat nak buat pizza guna roti arab je..:) atau kalau tak jumpa buat mini pizza pun oklah guna roti keping..:)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum Yus
    wah rajinnya
    nampak sedap ni
    bolehlah saya mencubanya nanti
    saya biasanya buat dgn roti arab je.

    ReplyDelete
  10. nampak menarik...ermmm..yummy

    ReplyDelete
  11. yus,

    akak x penah pun guna shortening bila buat pizza....instead of mixed italian herbs tu, akak biasa guna Oregano je... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang baru pertama kali nak buat kan kak, tu yg ikut betul2 resepi tu, takut tak jadi...hihi. Yus pun ada letak oregano, sbb oregano mmg ada je kat rumah ni, selalu untuk buat spaghetti.

      Delete
  12. Wahh nampak meriahnyaa pizza buatan sendiri tuh.. tak per leh cuba lagikkan.. sampai berjaya.. :)

    ReplyDelete
  13. saya belum buat lagi pizza bln puasa nih. tak dan lagi nak membuatnya.

    ReplyDelete
  14. kalau saya nampak cantik dah rupa pizza tu kak..adeh..husband da duk peringat kan ada lebihan cheese dalam fridge tu..nampak gayanya kena nguli la jugak ni..

    ReplyDelete
  15. Tgk nie dah jadi le Pizza yg Yus buat nie,
    Shortening nie byk dijual kedai bahan2 buat kuih.

    ReplyDelete
  16. mmg kaya rasa ni.. penuh kat atas dgn cheese dan kawan2nya.

    ReplyDelete
  17. waaa. sedapnye.. huu. nak oder.... n k satu.

    ReplyDelete
  18. Yus... akhir ramadhan capai target 55kg tapi bila syawal pulak bimbang balik asal.
    Hebatlah Yus boleh reach targetlah.

    Kalau kakak nak kawal dari makan susahlah apa lagi nampak pizza macam yg Yus buat tu mana boleh tahan.

    ReplyDelete
  19. Pandainye kak yus buat pizza.. jelessss :)

    chaiyok2.mari kita sama2 berdiet

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...