Tuesday, July 03, 2012

Home » » Arif : Aksi si budak ligat di Pizza Hut

Arif : Aksi si budak ligat di Pizza Hut

Arif....memang sinonim dengan lincah dan ligat kot. Tapi ada ketikanya dia baik dan diam juga. Itu adalah ketika dia penat nak tidur, haus nak susu ataupun ketika takut dengan orang yang baru dia kenal. Arif ni macam burung merpati jugalah, nampak jinak, ramah dan suka nak dekat dengan orang, tapi bila orang tu nak ambil dia lari....huhu.

Gambar-gambar ini aku ambil semasa kami  makan-makan di pizza hut sempena birthday SRD hari tu.

Ya Allah. Tak tahu nak diamkan dia macam mana. Asyik nak memanjat sana sini. Sebenarnya dia nak berbual dengan orang di meja sebelah tu. Peramah si Arif ni. Lepas tu bila kita turunkan, mulalah berlari ke meja orang lain pula. Takat itu aje takpe, terus berlari ke luar restoran pun ada....huhu.

Bila dapat sup cendawan diam seketika. Dia suka mushroom soup dan bread stick. Memang itu aje yang dia telan. Bila dah kenyang, mulalah bising, minta nak basuh tangan....

Cukup becok mulut dia sekarang tau! Hampir semua suka melayan dia bercakap, sebab mereka semua suka dengar suara dan sebutan dia bila bersuara. Comel!!!

Anak-anak jiran sebelah aku ni pun kuat menyakat dia, sebab nak dengar dia bercakap.

Cuma yang aku tak tahan, selagi aku tak layan dia, selagi itulah "Ibu!! Ibu!!!Ibu!!!." Aduh! Pandai mengadu nak cari perhatian kita...

Arif anak ibu yang comel dan lincah. Semoga terus membesar dengan sihat ya sayang...

Eh! Hari ni tarikh 13 Sya'ban kan. Maknanya lagi 2 hari ialah hari ulangtahun kelahiran Arif yang ke dua mengikut kalendar Islam. Arif lahir pada tarikh 15 Sya'ban 1431H. Atok ayahnya pernah berseloroh nak namakan dia Ahmad Nisfu, sebab dia lahir pada tarikh Nisfu Sya'ban tahun itu. Tapi ibu dia je yang tak mahu...hehe. Macam nama orang lama je, takut anak jadi pelakon macam Ahmad Nisfu pulak...hihihi.

p/s: updated 5:57pm; terima kasih atas pendapat dan pandangan kawan-kawan pada entri ini. Setelah membaca semua komen, dan masuk semula ke fb page kemah keming tu, aku mengambil keputusan untuk padam entri hebahan pertama kemah keming tu di blog ini. Terima kasih sekali lagi. 
~ يوس ~

18 comments:

  1. tu dia...budak sihat gitu la :)

    ReplyDelete
  2. pizza bp mall kan? hehe ligat n aktif ni budak bijak sbnrnye kak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, di bp mall. Ramainua orang masa ni...huhu

      Delete
  3. nisfu sya'ban , murah rezeki . mudah-mudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke kak? Mudah-mudahan....InsyaAlah.

      Delete
  4. Ya Allah Yus... betul-betul ligat si kecik ni. Lasak betul. Itulah bila dia tidur terus lena sampai pagilah tu.

    Bagusnya dia tu tak minta tolong org. Panjat ke, makan ke dia buat sendiri. Bijak kan. Kakak suka tengok dia. Macam nak peluk geraaammm sangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang kalau boleh serba serbi nak buat sendiri kak. Mandi pun nak sendiri kadang tu, kita yang risau, nak bukak sesuatu dalam plastik pun nak sendiri, sampai guna gunting sendiri. Nampak semut, konon nak sembur dengan ridsect sendiri, kalau air tumpah pun nak mop sendiri. Penat! Tapi bila nak susu, suruh ambil botol sendiri malas.....buat selamba je, tapi mulut tak berhenti cakap "mana? mana? mana?" Merujuk kepada suruh kita yang cari dan ambilkan botol dia...huhu. Bab tu memang malas sungguh dia....ekekek

      Delete
  5. hehe..same la mcm faiz..xmo dok diam..mknn peberet die pun same..boleh jadi geng ngan faiz ni.. :)

    ReplyDelete
  6. tulah pasal waktu anak2 yg 1st N 2nd tu kecik2 lg en hubby x brp suka mkn kat luar. . x dan nak makan asyik nak dok layan anak2 je huhuhu

    ReplyDelete
  7. bijak arif ni, tapi geram sebab tak dapat peluk dia masa kat wetworld hari tu..kalau akak nak tau saya suka menyakat budak kecik tau..

    ReplyDelete
  8. aahhhh dpt rasakan kelasakan dia dari sini yus ;))

    ReplyDelete
  9. huu kak...danisha gurl tp camnila lasak die huuu....sore dia je dengar..malu pun aada huuu

    ReplyDelete
  10. hukhuk boleh tahan.. zie baru nak merasa anak boy.. tak tahulah besar ni macam na.. harap bersopan.. huk huk boleh ker?

    ReplyDelete
  11. arif...!! bila nak datang sini lagi..???

    ReplyDelete
  12. cerdik 'ahmad nisfu' ni ehehe

    ReplyDelete
  13. ikat je kak yus..ehehe.. (gurau je tau..jangan buat betul-betul ^_^)

    ReplyDelete
  14. baya2 macam nih memang ligat la kan kak..
    aper je keletah dia buat orang geram je kan.. :)

    ReplyDelete
  15. Biasalah tu Yus budak2,memang ligat sama ngan anak Nurul Izzyan girl tu,
    berani jln sana sini sorang2 bila pegi shopping complex.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...