Salam semua....
Hari ini ibu beri peluang saya mencoret sepatah dua di blog ibu lagi. Walaupun sebenarnya ibu yang buat semua pun, saya berlakon je. Ibu tu takut tayang gambar makanan lama-lama dalam blog nanti ada yang terbatal puasa pulak. Baik letak video saya ni kan.
Tapi masa ibu suruh saya berlakon tadi, saya takde mood sebenarnya. Jadi saya buat tak mengikut piawaian yang ibu mahu.
Inilah saya aunty2 semua. Tadi sebenarnya ibu ada lihat video anak kawan dia yang duduk Germany tu. Ibu suka pula tengok video tu, jadi ibu pun mulalah nak ambil video saya pula. Dulu-dulu ibu selalu rakamkan aksi-aksi abang2 dan kakak saya dan muatkan video mereka di blog. Tapi saya ibu jarang buat. Ibu malas ya?
Tapi kemudian ibu kata takut rugi pula tak rakamkan serba sedikit aksi saya tu, jadi ibu pun rakamkan satu yang ini. Kemudian bila dah siap rakam, baru ibu teringat, esok 27 Julai adalah ulangtahun kelahiran saya yang ke 2. Ibu benar-benar terlupa ulangtahun kelahiran saya tinggal sehari je. Sampai hati ibu tau!
Tapi saya tahu ibu sayang saya. Saya pun bukan tahu nak minta apa-apa untuk hari jadi. Ibu nak beri apa ya? Kawan-kawan blogger ibu saya semua pun nak beri saya apa? Rasanya tak perlulah minta apa-apa kan bulan-bulan puasa ni. Saya cuma minta semua doakan saya sihat sejahtera dan dapat membesar dengan baik, menjadi anak yang berguna dan dapat bantu ibu dah abah bila saya besar nanti. Itu adalah hadiah yang paling best rasanya kan, doa dari semua.
Terima kasih....jumpa lagi esok di hari lahir saya ya!
Yang menurut perintah,
Ayipp
~ يوس ~
wah dah besar anak ibu. esok nak sambut birthday pulak.
ReplyDeletetapi bulan posa ada kek tak? aunty saja tanya je..
happy becoming birthday arif..jadi anak yang soleh dan taat ya..
ReplyDeletekak yus,
berkenaan dengan supplement tu. paling basic saya bagi multivitamin double x (yg ni ada multivitamin multimineral termasuk kromium yg diperlukan utk orang kencing manis) dengan protein powder (utk baiki semula tisu dan sel2 bagi mengurangkan insulin resistance).. protein ni blend dengan green apple.. minum 2 kali sehari..pagi dengan malam..dari segi pemakanan kena jaga jugak..lebihkan banyak sayur dan buah.. kurangkan minyak lemak..kalau boleh tukar beras putih ke beras perang..
kalau bacaan gula bawah 10 ambik 2 jenis ni insya allah ok..tapi kena konsisten dan jaga makan..kalau tak mampu bersenam..cuba slow walk. start dengan 10 minit sehari..
baik syg..auntie doakan yg terbaik buat kamu :)
ReplyDeletehihi..ni bicara ayyip ke mama ayyip..:)
ReplyDeletemata ayyip tu yang tak menahan..:) ada jelingan manja lagik.:)
Wah esok hari jadi Arif ya,memang patut pun ibu awak mskkan video dlm blognya sempena hari terakhir umur arif sthn.Tp syg aunty ptg nie xleh lg buka video nie,Insya Allah klu ada masa kat rumah nak tgk juga.
ReplyDeletealah comel dia gedik2 taknak buat apa ibu dia cakap..hehe..geram mata shepet!
ReplyDeletebesok hari jadi arif ke?...
ReplyDeletesamalah ngan cik Amy.
eheheh...comel la ariff..
ReplyDeletealah2 ... comelnya arif
ReplyDeleteyelah2 .. aunty2 semua mendoakan buat arif ;)
Ibu mana boleh lama-lama nak inerview Arif kan. Dapat duduk sekejap tu dah oklah ibu.. Banyak sangat nak tanya benda tu Arif dah pandai tak payah tanyalah. Esok kan Arif masuk 2 tahun semua tu kacang buat Arif hihi...
ReplyDeleteLigat kan Yus. Geram je kakak tengok dia. Kalau kakak tangkap menjerit tak agaknya ye dia.
hehe..ayip..nape sampai kat tinga tak mau tunjuk dah,,ibu patut beli hadiah dulu baru ayip tunjuk semua...dah nak masuk 2 tahun dah ye,,,kalau anti duk dekat boleh bagi adiah,,tp dah duk jauh..anti doakan ayip membesar jadi anak yang soleh,,yang taat dengan agama...amin
ReplyDeletecomel la arif.. geram tgk..
ReplyDeleteauntie doakan arif jugak yer.. amin.. :)
happy birthday arif...!!! geram je aunty tengok arif.. bila nak datang sini lagi..??
ReplyDeleteTengok video kak Azi smlm tu kan. hihi.. rasa semua ibu2 pun ada ckp dan ajar benda yg sama kat anak2 kecik kan. kite pun mcm tu kak, rambut mana rambut, pandai, tangan mana tngan, pandai.. dan seterusnya. hihi.. tp haqem ni tau omputih yg melayu confuse, kdg2 kakaknya ajar bhs jepun. lagi pengsan. hikhik..
ReplyDelete